Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB11.2

Tasnim diam. “Tak apa, kau dengan Ariqmemang suka jadikan aku ni tempat lepaskan tekanan hidup kan? Aku tak kisah..”Bunyi macam kecik hati je.

            “Nim,janganlah cakap macam tu. Sedih aku dengarnya. Kau nak dengar aku nangis pulakke?” Najmi mula menggiat. Najmi tahu, Tasnim memang senang dipujuk.

            Tasnimketawa, ditumbuk dada bidang Najmi berkali-kali. “Kau jahat! Aku tak pernahmenangis depan lelaki tau selain Along.. Tapi kau dah tengok aku nangis, entah-entahnanti kau sebar kat facebook.”

            Najmiketawa. “Bagi aku, ini kali pertama dan terakhir kau menangis depan aku.. Akurasa macam nak tercabut nyawa tengok kau menangis. Rasa bersalah gila!”

            Tasnimmengelap air matanya. Durjana punya Kimi, tak pasal-pasal aku menangis hari ni.Aku terdiam sekejap, kenapa tangan aku rasa lain je ni? Pantas aku melihattangan aku yang entah bila dah digenggam erat oleh Kimi. Laju pula aku melihatwajah lelaki itu. Apa si Kimi tak ada deria rasa apa? Selamba je muka dia.

            “Ehem..Ehem…”Aku try berdehem.

            Najmimenoleh.. “Eh, ingatkan tunggul kayu tadi.. Sorry tak perasan..” Najmimelepaskan pegangannya. Siap tersengeh lagi.

            “Apa?Tunggul kayu kau cakap tangan aku ni? Memang nak kena campak kat laut la kau niKimi!” Tasnim sudah bercekak pinggang. Terangkat-angkat keningnya..

            “Alah,itu pun kau nak marah. Anim, aku nak tanya sikit..” Najmi melabuhkan dudukdisebelah Tasnim.

            Tasnimmengerutkan dahinya. Tak pernah-pernah Mamat ni mintak izin kat aku nak tanya,demam ke apa dia ni? “Apanya?”

            “Bilaagaknya aku dapat makan nasi minyak kau erk?” Najmi tersengeh. Saja nak‘memancing’.

            Pergghh!!Soalan maut ni.. Sebenarnya aku tunggu kau dulu. Kau pun satu, slow punyamanusia. Kalau suka kat aku cakap, ini main tarik-tarik kayu pulak dengan aku. Tasnimmenggosok-gosok dagu, cewah. Macam susah sangat soalan Mamat ni nak aku jawab.

            “Setakatni, masak nasi tu aku tahulah.. Nak masak nasi minyak, kau tolong belikan akubuku resepi dulu. Nanti aku masak specialuntuk kau..” Tasnim tersengeh. Aku saja buat muka blur tak faham kehendaksoalan. Malas aku nak jawab, sendiri mau ingat lah..

            Najmimengerutkan dahinya. Apa aku tanya dalam bahasa Sepanyol ke tadi? Apa lainpulak jawapannya? “Kenapa sejak dua tiga menjak ni perangai blur kau semakinmerebak Nim? Lain yang aku soal, lain yang kau faham.. Kalau aku nak makan nasiminyak, mak aku pun mampu buat Nim. Masalahnya aku sekarang tengah mengidam nakrasa nasi minyak kenduri kahwin kau lah…”

            Tasnimmengerutkan mulutnya, tanda tak puas hati. Aiseman, kutuk depan-depan pulak dia.Hampeh kau Kimi.  “Kau ni, ada pulaktanya pasal kahwin. Apapun aku nak tunggu kau kahwin dulu Kimi.” Sebabnya, kalaukau tak nak kawin. Siapa nak jadi pengantin lelaki aku? Tettttt… Berangan kauNim! Haha

            Najmitersengeh penuh makna. Makna yang dia saja yang tahu. Kalau kau nak tengok akukahwin dulu, jom kawin dengan aku. Bukan takat kau boleh tengok aku kahwin, siapboleh duduk sama-sama kat atas pelamin lagi. “Aku? Buat masa ni, aku nak focus pada syarikat kecik aku tu dulu.Lepas tu, baru aku fikir pasal bidadari kesayangan aku tu..”

            Tasnimterdiam, eh.. Lain je bunyinya. Bidadari kesayangan?? Kimi ada bidadarikesayangan? Pergh!! Bertaburan hati aku! Huwaaaaa!!! Kecewa lagi!

            “Kaukenapa?” Soal Najmi bila melihat wajah Tasnim mendadak berubah air muka.

            Tasnimtersenyum senget sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tak ada apalah. Eh,mak kau sihat?” Tasnim cuba mengalihkan topik.

            Najmitersengeh. Nak tukar-tukar topik pulak. Macam lah aku tak tahu. Namun,dilayankan saja soalan Tasnim itu.

Previous: BAB11.1
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.