Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 7.2

TASNIM MASIH LAGI BERSUARA, sedangkanNajmi dari tadi mengelamun entah kemana. Tasnim terdiam, wajah lelakidihadapannya direnung tenang. Tasnim berdehem, tak ada reaksi. Kali ini Tasnimberdehem kuat.

            Najmiterpinga-pinga. “A’ah, aku pun setuju. Memang patut pun kau cuti esok..”Tiba-tiba lelaki itu bersuara, tapi jauh menyempang dengan apa yang diceritakanoleh Tasnim!

            Tasnimmembetulkan duduknya, gadis itu cuba untuk bertenang. “Kenapa dengan kau ni?Aku tengok sejak tadi kau tengok gelas tu macam boleh tertembus kebawah meja.Lagi satu, bila pulak aku cakap yang aku nak cuti esok? Aku cakap, Jessi bagitahu aku tadi. Reunion kita ditangguhkan selama 1 tahun lagi. Kau kenapa niKimi? Kau tak pernah macam ni tau…”

            Najmiterdiam, aduh.. Tak menepati kehendak soalan pulak ayat aku tadi. Najmimenggaru-garu keningnya memikir apa yang perlu dijawab. Dia tersengeh. “Nim, aku..Err, aku sebenarnya tengah fikir pasal kerja aku tadi. Aku mintak maaflah sebabtak focus apa yang kau cakap tadi.”

            Tasnimtersengeh sinis. “Aku kenal kau bukan sekejap tau tak Kimi? Dah bertahun-tahun..Aku kenal sangatlah kau jenis manusia macam mana.. Kau tak pernah macam nikalau kau punya fikiran tak fikir seseorang. Aku tengok kau sejak kebelakanganni macam kusut semacam je.  Bagi tahuaku, aku nak tahu jugak…” Tasnim mula menarik kerusinya menghampiri Kimi.

            Najmitersentak, dikesat peluh yang tiba-tiba mengalir didahinya. “Apa kau merapu ni?Aku okey lah. Saja arr kau ni Nim, pandai-pandai je nak buat kesimpulan..”Alamak perempuan ni. Cemas aku!

            “Kalauaku salah, kenapa muka kau pucat semacam ni?” Tasnim menjungkitkan keningnyasambil tersenyum sinis.

            “Aduh,perut aku sakit.. Aku pergi toilet sekejap..” Tiba-tiba saja Najmi bersuaramengejut begitu. Pantas saja Najmi bangun dari duduknya. Tasnim turut bangundari duduknya juga.

            Seketikakemudian, seorang wanita dan seorang lelaki melintasi mereka. Jelas wajahterkejut dimuka Najmi. Tasnim melontar pandang kearah wanita itu. Dan kemudianmelontar pandang pula kearah Kimi. Lelaki itu berwajah marah? Kenapa? Adasedikit riak-riak cemburu dimata lelaki itu. Yeke?

            Najmimenahan rasa gelodak perasaan yang payah nak ditafsirkan. Yang penting diamerasa tak senang melihat Ikah sedang berkepit dengan lelaki itu. Pantas sajaNajmi menghampiri kedua pasangan itu. Ikah dan lelaki itu sama-sama tersentakdengan kehadiran mengejut Najmi.

            “Bos..Err..” Ikah  segera bangun dari kerusinya.

            “Awaktahu tak sekarang masih waktu pejabat?” Soal Najmi dalam nada tegas.

            Ikahmenelan air liur. “Saya tahu, tapi bos sendiri yang cakap tadi.. Kalu saya nakMC, mintak je. Saya kerja separuh hari ni. Rasa macam nak demam..”

            Najmitersengeh sinis. “Demam? Demam-demam pun boleh lagi ‘beriadah’ macam ni erk?”Jelas lagi nyata nada suaranya yang cemburu itu. Eh,bukan cemburu! Tapi.. Entahaku tak faham dengan aku sendiri!!! Tolong aku!! Jerit hati Najmi

            Ikah sudah kecut perut melihat wajah tegangbosnya itu. “Maaf Encik Najmi,saya…”

            “Saya..Saya.. Saya apa?!” Penat sangat Najmi menunggu ayat yang bakal terkeluar darimulut wanita itu.

             Tersentak Ikah dengan tengkingan Najmi yangtiba-tiba itu. “Apa hak Encik nak tanya saya soalan macam tu? Encik tanyaseolah-olah macam saya dah buat kesalahan yang besar! Salah ke sepupu sayatolong hantarkan saya pergi klinik? Salah ke saya nak buat apa saja yang sayasuka?” Bentak Ikah  sambil menahan geram.

            “Memangsalah! Dah banyak sangat kesalahan yang awak buat dalam hidup saya, Ikah! Awakbuat sesuatu yang saya sendiri tak percaya boleh wujud dalam hati saya!”Tengking Najmi. Seketika kemudian dia mengetap bibirnya. Najmi sempat memandangTasnim yang kelihatan biasa.

Previous: BAB 7.1
Next: BAB 7.3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.