Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 29

TASNIM tersenyum melihat Noni dan Jihanyang berada dihujung pangkin dibawah pokok ketapang itu. Dari tadi asyikbergaduh, pantang jumpa nak gaduh. Tasnim mula melangkah menuju tepi pantai.Air laut yang berwarna jernih itu, sudah cukup membuatkannya tenang. Banyakkenangan aku dengan Najmi kat sini. Kat sinilah kami bulan madu, walaupun cumatiga hari.. Itupun sudah cukup buat aku bahagia. Aku faham dengan situasi Najmiyang sentiasa sibuk, sementellah dia punya syarikat sendiri.

            Katsini jugaklah aku tenangkan perasaan, Najmi selalu sibuk dengan kerjanya.Sepanjang perkahwinan aku dengan dia, tak banyak detik-detik manis aku dengandia. Kadang-kadang aku cemburu tengok Hafiz layan Noni, Ariq layan Qila.Apapun, hati aku akan rasa tenang bila ada kat sini. Kenangan manis aku denganKimi  ada disini.

            Kadang-kadangaku terfikir, apa hikmah yang Allah nak tunjukkan kat aku? Apa pun aku redhadengan takdir yang tersurat buat aku. Aku tak pernah berdendam dengan Kimi, cumaaku terkilan! Terkilan dengan sikap Kimi yang tak pernah percayakan aku.Mungkin ini yang terbaik buat aku. Untuk terima lelaki itu semula, aku perlukanmasa yang panjang untuk menerima. Tapi percayalah, tak ada lelaki lain yangpaling aku sayang selain dia.. Tasnim berpeluk tubuh, angin laut yang laju itumembuatkan dia terasa terbuai.

            Tasnimmemejamkan matanya, cuba mengusir kenangan yang mula datang menerpa. ‘Abang sayangkan Ayang sampai bila-bila.’Ayat itu pernah Najmi menuturnya  dicuping telinga aku dulu. ‘Bila-bila’?Tapi hakikatnya Ayat itu bukan bermaksud selama-lamanya. Tasnim mengeluhperlahan.

            Tasnimtersenyum bila matanya memandang gumpulan-gumpulan awan kecil yang adadilangit. ‘Abang! tengok tu, awan tumacam..’

            ‘Macam bentuk transformer lah! Perghh,dahsyat!’ Selamba saja Najmi memintas ayat Tasnim, sedangkan tangannya masihlagi membentukkan pasir ditepi pantai itu. Dia tersenyum, wah dahsyat aku ni.Boleh buat transformer dengan pasir je. Tak payah susah-susah nak cari besiburuk. Hahah!

            Tasnim mengerutkan dahinya. Transformer? Binatangapa pulak yang suami aku merepek ni? Ditoleh Najmi disebelahnya. Bulat bijimatanya melihat apa yang suaminya itu buat. ‘Apa abang ni, orang cakap lain..Abang cakap lain. Mana ada orang buat transformer guna pasir?’ Sekali pandangdah tak ada transformer pun, nampak macam snowman  ada lah!

            Najmi mengangkat kening sebelahnya.‘Ada lah, ingat buat istana pasir je ke yang boleh guna pasir? Cantik tak?’Najmi tersengeh sambil menunjukkan hasil kerjanya itu.

            Tasnim mencebik. ‘Abang… Cepatlah tengokawan tu.’ Melihat Najmi masih ralit dengan transformer dia tu, Tasnim menarikpipi Najmi supaya mendongak kelangit. ‘Tengok awan tu..’ Tasnim melepaskan pipiNajmi sambil tersengeh. Hahah! Merah pipi dia dicubit oleh Tasnim. Laju sajaTasnim menggosok-gosok pipi Najmi lembut dan dikucup. Kesian dia.

            Nak je Najmi membalas, sakit woo!Nasib baik dia senyum, sejuk sikit hati aku. Haha! ‘Ada apa? Tak ada apa-apapun, nak hujan ke?’Ujar Najmi dengan wajah tanpa riak.

            ‘Ish, apa pulak hujan! Tengok sanatu. Macam bentuk baby kan? Tu pun sama, comelnya..’ Tasnim mengkebil-kebilkankelopak matanya sambil tangannya dibawa kepipi. Exited sangat!

            Naik juling biji mata Najmimelihatnya, yeke? Mana ada. Macam bentuk monyet adalah. Biar betul isteri akuni, kena sampuk dengan hantu laut apa ni? Najmi menoleh kemuka Tasnim.Berkerut-kerut dahinya.

            Tasnim yang faham maksud pandangan suaminyaitu, mengeluh panjang. ‘Bukan yang itu lah. Yang kat hujung sana tu.’ Tasnimmenunjukkan kepulan awan yang seakan bentuk muka baby yang sedang ketawa dandiatas kepalanya ada setoncet rambut. Alolorh, comelnya.

            Najmi  tersenyum. ‘Ayang nak baby eh? Jom-jom kitapergi beli kat pasar sana tu. Dua seringgit. Hahaha!’

            Tasnim membulatkan biji matanya.‘Abang ingat anak patung apa?’

            Najmi tersengeh. ‘Dah ayang nakkan?’

            Tasnim ketawa. ‘Memanglah ayang nak,tapi ayang nak yang betul-betul punya. Abang, abang mengandunglah! Nak babygurl sorang. Please..’ Tasnim melabuhkan kepalanya kebahu Najmi sambil  mengusap-ngusap perut Najmi. Tasnim menutupmulutnya cuba menahan ketawa!

            Terbeliak biji mata Najmi. Bini akuni nak sindir aku ke apa ni? Mentang-mentanglah perut aku sejak dua menjak ninaik sikit. Ala, sikit je pun. Main sindir-sindir pulak dia. Ni ada yang nakkena baham ni. ‘Kalau abang mengandung, tak keluar baby. Cacing kerawit yangkeluar nanti. Tak pun usus kentut abang.’ Najmi ketawa bila melihat wajahcemberut Tasnim.

            ‘Eii,tak senonoh betul abang ni! Apapulak cacing yang keluar?’ Tasnim memuncungkan mulutnya.

            Najmi ketawa mengkekeh. ‘Habis tu,ayang nak sangat abang mengandung kan? Ayanglah yang mengandung, kalau ayangyang mengandung. Mesti keluar baby gurl punyalah! Silap-silap 12 orang sekaliyang keluar, wah best tu.. Boleh buat satu team bola. Abang boleh ajakanak-anak abang main futsal!’ Najmi tersenyum. Dalam otaknya dahterbayang-bayang perancangan untuk anak-anaknya. Yang sulung capten! Yangkedua.. Bla..bla..bla..

            Tasnim menelan air liurnya, 12orang? Ditepuk dahinya. Adoi boleh nazak aku macam ni. ‘Abang ingat perut ayangni lori tangki petronas boleh isi 12 orang?’

            Najmi ketawa. ‘Abang main-main je,tapi yang 12 orang tu betullah tau. Abang nak anak 12 orang. Eh, tambah lagi dualah. Buat permain simpanan. Payah jugak kalau tak ada pemain simpanan. Maknanyasemua sekali 14 orang. Chantekkk! Boleh tak?’ Najmi mencubit pipi montelisterinya.

            Dicubit pinggang Najmi. Hah! Gerampulak aku! Main-main pulak dia! ‘Abang ingat Ayang ni kilang buat baby apa?Kejam lah abang ni.’ Tasnim mencebik.

            ‘Alolorh, sayang abang ni. Tak apa,ayang jangan risau. Biar abang jaga semuanya. Abang akan jaga ayang dengananak-anak kita sampai kehujung hayat abang.’ Najmi mengucup perlahan dahiTasnim dan dipeluk erat tubuh isterinya itu.

 Tasnim tersenyum. “Lah kat sini rupanya. Jomlah Nim, kita pergi resort.” Tasnim tersentak, hilang semua kenangannya bersamaNajmi. Dikesat perlahan airmatanya, dan ditoleh kebelakang melihat siapa yangmemanggilnya.

Iman tersenyum. Lajusaja langkahnya menuju kearah Tasnim. “Kenapa ni?” Iman menyedari mata Tasnimyang kemerahan.

Tasnim hanya tersenyum.“Jomlah..” Iman tidak lagi menyoal bila Tasnim sudah mula melangkah ke resort.

 

 

RESTORAN ASFAN SEAFOOD milik Kak Shidadan Abang Malik memang dah terkenal sangat kat Langkawi ni. Makanan seafoodyang paling sedap! Restoran yang menjangkau lima tahun ni sangat cantik dantenang.

            “Nim,customer akak dah asyik sebut-sebut nama kamu. Bila nak nyanyi lagi?” Kak Shidatersenyum. Dah naik cair taik telinganya asyik ditanya bila Anim nak nyanyilagi? Adoi, dah macam penyanyi terkenal pulak si Anim ni.

            “Ish,akak ni. Anim nyanyi saja-saja je. Bukan sedap sangat suara Anim ni. Kalauterasa nak bagi hujan bumi Langkawi ni, boleh la ajak Anim nyanyi. Hhahah!”Tasnim ketawa. Wah, tak sangka aku ada peminat. Boyot-boyot macam ni pun lakugak jadi penyanyi ek? Haha!

            “A’ahNim, kau nyanyi je lah. Aku pun dah lama tak dengar kau nyanyi.” Noni menyampuk.Jihan mengangguk setuju.

            “Nah..”Iman menghulurkan mikrofon kearah Tasnim.

            “Naknyanyi lagu apa ni? Anim main nyanyi je ek, kalau tak sedap jangan baling botolpulak.” Tasnim ketawa melihat Noni yang memang dah ready dengan botol kosongditangan sambil mengacah untuk membaling.

            Tasnimmenaiki pentas kecil itu. Lagu apa pulak aku nak sumbangkan tengah hari butani? Nyanyi lagu burung kakak tua pun best jugak ni. Hahah! Tiba-tiba kedengaranintro nada lagu yang membuatkan Tasnim tersentak. Dilihatnya Noni tersenyumsambil membuat thumbs up.

            LaguTak Boleh Lupa nyanyian Siti Nurhaliza itu membuatkan Tasnim menelan airliurnya kelat! Ya Allah, susahnya aku nak nyanyi lagu ni.

            Tasnimmenarik nafas perlahan, dipejam matanya sekejap. Dilontar pandangnya kedepan,dipegang kejap mikrofon ditangan.

            Muzikitu betul-betul membuatkannya dia teringatkan seseorang. “Nim! Nyanyisedap-sedap tau! Kalau tak aku baling dengan botol ni.” Jerit Noni sambiltersengeh ditunjuk botol kosong ditangan kirinya.

            Muzikmula dimainkan.. Tasnim menarik lagi nafasnya panjang. Tasnim melabuhkanduduknya diatas kerusi tinggi itu. Ditarik nafas dalam, kemudian dengan tenangdia mula bersedia untuk melantunkan vocalnya. 1..2…3…

            “SEWAKTUMULA BERTEMU DULU…

            KUANGGAPKAU HANYA KAWAN…

            TETAPIBILA SUDAH MESRA, BERPUTIKNYA RASA SAYANG….”

 (Tasnim tersenyum bila teringat kenangan demikenangannya bersama Najmi.)

 

            “PABILAKITA TIDAK BERTEMU TERASA RINDU DIKALBU…

            AKHIRNYAKITA MENYEDARI YANG KITA SUDAH JATUH CINTA…”

            (Tasnimmasih tersenyum namun entah kenapa airmatanya menitis perlahan.)

 

             “DIAWAL PERCINTAAN… SUNGGUH INDAH…

            KAUBERSUMPAH… DEPANKU..

BAHAWA KAU KAN TETAPSETIA.. DENGAN KU…

            KINIMENGAPA KAU LUKAI HATIKU…

            (AirmataTasnim sudah tak tertahan lagi, makin lama makin deras.)

            DIMANAKAHSAYANG OHH JANJIMU??

            KUBERDOA SEMOGA HATIMU MASIH SAYANG, DAN TAK LAGI MENGGURIS HATIKU…

            (Tasnimmenggenggam erat mikrofon ditangan, airmatanya sedaya upaya ditahan. Tapi takboleh! Dia betul-betul tak boleh teruskan nyanyian itu. Namun, tetap dicubauntuk meneruskan.)

            DEMIKERANA… (Tasnim mula terdiam, dia betul-betul tak boleh nak teruskan! Tiba-tibakedengaran seseorang menyambung lirik itu…)

            AKUCINTA PADAMU.. RELANYA HATIKU MEMAAFKAN…

            SUDAHADAT BERCINTA.. ADA PAHIT DAN MANIS..

            TETAPIJANGAN SAMPAI TERPISAH…

            Najmimula perlahan-lahan menghampiri Tasnim yang masih tersedu-sedu menahan tangis.Dicapai tangan Tasnim dan disapu air mata Tasnim yang tak henti-henti mengalir.Ditatap wajah Tasnim. Dan Najmi kembali menyambung nyanyian tadi.

            SELAGIDIHATI MASIH CINTA DAN RINDU..

 SELAMA ITULAH KU SETIA!!

            TAKGUNANYA BERPISAH JIKA SUDAH SURATAN..

 DIANTARA KITA TIDAK KAN LUPA..

            Tasnimtersentak, pantas saja ditarik tangannya yang dipegangan Najmi. Ditenung dalamkearah Najmi dan dengan wajah marah Tasnim terus berlalu.

            Najmiterdiam, keluhan kecil mula kedengaran dimulutnya. Dia menunduk. “Sabar bro!insyallah lama-lama lembutlah hati dia tu.” Najmi menoleh kebelakang, cubamencari siapakah yang menepuk bahunya itu.

            Imantersenyum. “Iman Haziq, panggil Iman je. Saya anak Mak Mon. Jom kita makandulu.” Iman memperkenalkan diri sambil tersenyum.

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.