Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 6

DATIN RINA MELABUHKAN DUDUK dihadapansuami dan anak bongsunya diruang tamu itu. Nasriq sedang leka menonton ceritakartun kegemarannya Naruto Shippuden. Dato Murad pula leka menatap suratkhabar. Datin Rina berdehem sedikit, agar Nasriq memberi perhatian. Namun, anaknyaitu masih leka melayan cerita pelik itu.

            “Ariqtak keluar jumpa Qila? Qila bagi tahu kat Mama,sejak kebelakangan ni Ariq taklayan dia pun..” Datin Rina merenung lama Nasriq.

            Nasriqbuat tak tahu, Mama ni tak habis-habis dengan si Qila tu. Bosan! Kalau Mama naksangat buat Qila tu sebagai menantu kahwinkan je dengan papa. Nasriq makinmemfokuskan matanya memandang kaca television itu. Kalau boleh masuk tubuhnyakedalam TV ini, dah lama dia buat!

            “Ariq,Mama tengah tanya kamu kan? Ariq bergaduh ke dengan Qila?” Datin Rina kembalimenyoal apabila soalan pertamanya tak berjawab.

            “Lah..Mama tanya Ariq ke? Qila? Mana Ariq tahu… Dia pun dah jarang datang pejabat.”Hahaha Maaf ma, Ariq  tipu sikit. Manamahunya si Qila tu tak datang pejabat aku? Naik muak aku, hari-hari diadatang..

            DatinRina mengeluh. “Dia merajuk dengan Ariq tu, pujuklah dia… Tak lama lagikan Qilatu kan bakal jadi isteri Ariq.. Sampai bila Ariq nak bertunang lama-lama dengandia? Datin Seri pun dah asyik tanya Mama bila nak langsungkan perkahwinan tu.Dah empat kali Ariq tundakan. Naik segan Mama nak jawab..”

            Nasriqterdiam, Mama tolong fahami Ariq.. Dah bertahun-tahun Ariq ikut je cakap Mama.Sampai nak bertunang dengan Qila pun Ariq terpaksa turutkan. Walaupun dahberkali-kali Ariq merayu, Mama langsung tak peduli. Mama nak jugak Qila jadiisteri Ariq… Ariq tak boleh terima Qila Ma.. Tak boleh!! Ariq tahu, Qila dah banyakberubah sekarang.. Sejak  bulan lepaslagi Qila berubah! Aku tak pasti sebab apa dia berubah, yang aku tahu perangaidia juga semakin menyenangkan aku. Tapi itu bukan bermakna aku boleh terimadia! Ariq tahu jugak yang Qila punya ciri-ciri menantu idaman Mama. Tapi Ariqtak pernah anggap Qila lebih dari seorang kawan.

            DatoMurad meletakkan surat khabar Metro diatas meja tamu. Seketika kemudian diamenanggalkan cermin matanya. Anak matanya kembali merenung isterinya. “SudahlahIna, jangan dipaksa-paksa lagi Ariq tu.  Sejak dulu lagi Abang dah pesan kat Ina, janganpandai-pandai jodohkan Qila dengan Ariq. Ina tak serik ke tengok Nani sekarang?Baru dua tahun kahwin, dah cerai.  Yakinsangat Ina yang si Faiz tu menantu yang baik. Tengok-tengok kaki pukul. Ina naksi Ariq ni jadi duda muda macam Nani jadi janda muda?” Walaupun perlahan sajaDato Murad menutur kata, namun kedengaran amat tegas sekali.

            DatinRina menunduk. “Mama tahu, itu kesilapan Mama.. Tapi Ariq, kali ni Mamabetul-betul yakin! Qila terbaik untuk Ariq. Percaya cakap Mama… Ariq percayakanMama kan?” Datin Rina merenung sayang anak bongsunya itu. Sedaya upaya ditepiskata-kata suaminya itu.

            Nasriqterdiam membisu, akhirnya dia mengeluh lama. Dipandang Mama dan papanya silihberganti. “Kalau itu Mama harapkan, Ariq tak mampu nak buat apa. Tapi Ariq nak Mamabagi Ariq masa dulu..” Nasriq mula bangun dari duduknya lalu menuju keanaktangga untuk kebiliknya.

            DatinRina tersenyum puas. Dato Murad menggeleng-geleng lemah. “Buatlah apa saja yangawak rasa puas Ina. Abang tak tahu nak cakap apa lagi…” Giliran Dato Murad pulaberedar menaiki tangga kebiliknya.

            DatinRina tersenyum, dia yakin Ariq tak pernah mengecewakannya. Macam Nani patuhdengan kehendaknya.

Previous: BAB 5.1
Next: BAB 6.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.