Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB10.1

Alhamdulillah, usaha penat lelah akudengan Noni pergi ke Johor ni tak sia-sia. Apeh bagi tahu yang Ariq ikut samadalam khusus itu. Kimi pun ada. Yang buat aku musykil ni, khusus apa dorangbuat kat Danga Bay ni? Paling aku terkejut, mereka bertiga boleh siap santaibaik punya kat tepi laut tu. Siap minum air kelapa lagi. Aku tak rasalah ininamanya ‘khusus’. Mesti ada something ni. Masa aku sampai tadi, terkejut berukbudak tiga orang tu. Sementellah mereka tak sangka yang aku dengan Noni bolehsampai ke situ kan? Aku yang suruh Noni buat-buat tanya kat mana dorang lepaksekarang.

            Palingbuat aku kecik hati bila Ariq nampak aku dia terus blah dari situ. Apa dia taktahu ke aku tengah cari dia macam orang gila? Aku melihat pula si Kimi. Budakni lagi satu masalah. Pasal Kimi, aku nak settlekan jugak nanti. Sekarang akunak kerjakan si Ariq tu!

            Makinaku kejar, makin laju pulak dia melangkah. Kut iya pun nak lari dari aku, larilahkat tepi jalan ke apa ke kan? Ini kat tepi laut, habis basah skirt aku. Akuberhenti sekejap, memanglah Mamat ni. Nak bagi aku siarkan siaran lansung kut, sikapbrutal aku ni? Dengan kasar aku menanggalkan high sandal yang tebal tu, akucampak ketepi. Skirt aku pula aku pegang ala-ala princess pulak. Ah, aku takpeduli dah! Rambut aku yang aku biar lepas tadi aku sanggul-sanggulkan. Akumain capai je ranting kayu kat tepi tu jadi pengganti chopstick. T-shirt lenganpanjang itu aku lipat sedikit.

            “Hah,larilahlagi. Apa kau lupa kut yang aku ni johan berturut-turut lumba lari 400 meter?!Ingat aku tak mampu nak kejar langkah kau yang besar-besar tu?” Sambil berjalanmenghampiri Nasriq sempat lagi aku membebel.

            Nasriqnampaknya buat tak peduli. Payah ni,aku cakap pun bukan dia ambil kesah. Otak, cepatfikir.. Apa aku nak buat ni? Urmm..Hah!!

            “OUCHH!!”Bamm!! Adoi, patah tulang aku. Ah, belakon punya pasal aku sanggup. Ayu sangatpulak cara aku pengsan ni. Ah, nantaklah.. Aku buka kelopak mata sikit.Nampaklah jugak, muka Nasriq yang tergamam tu. Hah, dia datang dah. Pura-purapengsan!! Aku pejam mata rapat-rapat..

            “Anim!!”Nasriq pantas berlari kearah tubuh Tasnim yang sudah terkulai layu kat ataspasir tu.

            “Anim!!”Serentak Apeh dan Kimi bersuara. Mereka yang melihat dari jauh pun turut terkejut.Tapi Noni biasa saja, eleh.. Si Tasnim tu banyak helahnya. Taktik lama dia guna tu. Noni menarik tangan Kimiyang mahu berlari mendapatkan Tasnim. Cuak gila muka si Kimi. Sayanglahkatakan..

            “Kimi..Biarkan. Aku yakin Ariq boleh handle.Awak, ajak Kimi ke kedai tu jom.” Noni menarik pula tangan Apeh sambil memberiisyarat yang manandakan si Tasnim tu auta jerk. Berlakon!

            “A’ah,Kimi biarlah. Aku rasa Ariq boleh handle..Jom..” Apeh memeluk bahu Najmi. Hafiz pun dapat rasa yang Kimi memang dah jatuhsayang sangat dengan Tasnim. Tapi Si Kimi ni!! Arghh!! Aku pun tak tahu nakcakap apa. Hati dah yakin untuk Tasnim, tapi mulut istihar pulak yang Ikah tuawek dia. Aku pun dah naik pening, jangankan aku… Awek aku ni pun pening..

            “Animtu Apeh..” Kimi masih tak lepas-lepas memandang Tasnim yang masih terbaringatas pasir. Nasriq masih disebelah Tasnim.

            “Dahtu Kimi, biarkan dorang settle kansendiri. Jom..” Hafiz menarik tangan Najmi.

            Aduhsakitnya hati aku, kalau apa-apa jadi dengan Anim. Siap kau Ariq!! Najmi mulamelangkah mendahului Noni dan Hafiz. Gaya jalannya macam marah je..

            “Awak,Kimi cemburu kut?” Noni berbisik ditelinga Hafiz.

            “A’ah,saya  pun rasa macam tu.. Biarlah.. Nantisejuklah hati dia tu.” Hafiz manarik tas tangan Noni agar mengikut langkahnya.Noni hanya ketawa.

Previous: BAB 10
Next: BAB10.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.