Home Novel Komedi/Romantik Komedi SOULMATE
BAB 11

Pasal Nasriq, dah selensai. Pejam celik,dah masuk dua hari kami berlima kat Danga Bay ni. Biarlah, mungkin ini kaliterakhir dapat kumpul kut. Nanti, kumpul balik semuanya dah ada family masing-masing. Cuma aku je, yangmasih single double special. Hahaha.. Biarlah, aku penat fikir soal jodoh ni.Kalau Allah nak bagi, bila-bila masa je Dia nak bagi. Cuma belum masanya lagibuat aku. Macam orang gila pulak aku cakap sorang-sorang kat sini. Mana pulaksi Kimi ni? Tak akanlah lupa kut yang aku nak jumpa dia sekarang? Apapun akukena settle kan masalah lagi satu ni.Aku rasa macam kritikal sangat dah ni!

            Akumenghirup gelas air epal yang kedua itu, punya lama gila aku tunggu sampai duagelas nak masuk tiga gelas aku minum air epal ni! Mana pulak dia ni?! Ini bolehmendatangkan marah!!

            “Dik,tehais satu..” Dengan selamba Najmi duduk didepan Tasnim, siap sempat order airpulak tu. Muka sehabis mulia tak bersalah.

            Naikternganga Tasnim dibuatnya dengan sikap selamba Najmi yang muncul dengantiba-tiba tu. Sempat jugak aku mendongak melihat langit dan kembali memandangNajmi.

            “Apakau ingat aku jatuh dari langit? Kau tak nampak ke aku datang guna kaki tadi?” Najmiyang faham dengan reaksi muka blur Tasnim tu, mula bersuara. Cakap je lah kautergoda tengok aku hensem malam ni kan Nim? Eleh malu-malu pulak nak cakap.

            “Ituaku pelik tu, apa kaki kau tak pijak tanah ke? Tiba-tiba sangat kau muncul.”Tasnim masih mempamerkan wajah blur. Sebenarnya, jantung aku saat ni macamgunung berapi muntah batu! Berdegup tak henti-henti. Hensem pulak Si Najmi nimalam ni? Kau ingat kita nak berdating ke? Lain benar Najmi malam ni. Pergghh!Macam Daler Yusof la. Sumpah Hensem!!

            “Apakau ingat aku ni keturunan bukan manusia ke? Hah, pehal kau nak jumpa aku ni?”Najmi menghirup air Teh ais dihadapannya.

            “Kaudengan Ikah okey?” Tasnim membetulkan duduknya. Kalau dengan lelaki ni, kau takpayah kona sana sini kalau nak soal dorang. Kau berlapik kata sekalipun, bukandia faham. So, aku main redah je tanya. Apa reaksi dia, lantak lah. Jangansesekali kisah!

            Najmiterdiam. Aku dah agak mesti pasal Ikah. Bosanlah, aku sebenarnya tak boleh tipudiri aku sendiri Nim! Ikah sememangnya membosankan dan buat aku tercabar.Seronok lagi aku  bila dengan kau. Rasabebas je, kalau dengan Ikah segala benda nak perfect. Keluar dating, tapibukannya dating pun jadi peneman diabershopping. Sumpah, aku memang tak mampu nak teruskan apa yang aku cubalakonkan ni. Tambahan pulak bila peristiwa hitam tu berlaku depan biji mata aku.Berganda-ganda benci aku pada dia jadinya!

            Najmimenarik nafas dalam. “Okey kut..” Nak tak nak saja bunyinya.

            “Korangkenapa ni? Ada masalah cuba cakap dengan aku.. Mana tahu aku boleh tolong.”Tasnim cuba berlembut.

            “Kaugaduh dengan Ikah? Apa masalahnya ni? Cuba bagi tahu aku..” Tasnim bersuaralagi bila Najmi sikit pun tak bersuara.

            “Kautak..” Ayat Tasnim terhenti bila tiba-tiba Najmi bersuara lantang.

            “Sudahlah Nim!! Tak payah masuk campur masalah aku! Aku punya masalah, akutanggunglah. Kau tak payah susah-susah ambil tahu! Aku tahu macam mana handle!!” Najmi mula tak dapat tahanrasa marahnya bila Tasnim berulang-ulang bertanya. Kau tanya aku macam ni,makin aku rasa terseksa tau tak!

            Tasnimterkedu, tak sangka Najmi sanggup tengking aku depan orang ramai macam ni? Airmata aku mula bergenang. Sumpah, aku betul-betul kecik hati! Aku bangunmendadak dari kerusi. “Okey, kalau itu yang kau nak sangat! Fine! Aku tak ambil tahu dah pasal kau!Lantak kau lah! Hah, pergi terjun laut!” Laju saja aku berlari. Rasa macamsakit sangat hati aku. Orang yang aku sayang boleh tengking aku macam tu! Please, jangan menangis Tasnim! Disekakasar air mata yang sudah menitik-nitik dipipi.

Previous: BAB10.2
Next: BAB11.1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.