Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 40

NAZRIL menghulurkan sedikit duit kepada Safia. "Ambillah, buat belanja." Ujarnya lalu melabuhkan punggung di atas tilam.

Safia mengambil duit yang diberikan oleh Nazril dengan wajah yang mencuka. Hatinya masih marah dengan tindakan Nazril yang telah meninggalkannya selama dua hari. Kehidupannya di dalam rumah itu bagaikan penjara apabila perlu berhadapan dengan ibu mertuannya yang bagaikan singa.

Nazril menyentuh pipi Safia. "Sayang janganlah merajuk. Abang dah balik ni," pujuknya lalu mencium leher Safia yang putih gebu. Dia melepaskan rindu yang ditahan selama dua hari. Jika dahulu dia suka berfoya-foya, kini tidak lagi. Dia sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. 

"Abang cakap senanglah. Tapi Fia yang kena," omel Safia dengan rasa marah. "Mak tu macam tak dapat terima lagi Fia ni. Seandainga mummy daddy tak buang I. Tak marahkan I. Dah lama I balik ke rumah," ujarnya dengan nada sedih.

Nazril menyapu air mata yang membasahi pipi Safia. "Abang pergi bukan suka-suka. Abang kerja."

"Safia pun nak kerja boleh?"

"Sayang nak kerja apa?" Soal Nazril dengan kehairanan. Safia dilahirkan dalam keluarga yang kaya. Dia tidak pernah buat apa-apa kerja. Itu yang menghairankan dirinya apabila mendengar permintaan Safia.

"Tak kisahlah kerja apa pun. Sekurang-kurangnya sayang tak tinggal dekat rumah seharian."

"Nanti abang carikan sayang kerja. Sekarang jomlah tidur," ujar Nazril sambil memeluk tubuh Safia dari arah belakang. "Abang dah mengantuk ni," balasnya lagi sambil bermanja-manja.

Safia faham akan kehendak Nazril. Walaupun perasaan marah belum reda. Hatinya juga merindukan belaian suami tercinta. Akhirnya malam pun berlalu dengan membawa rahsianya yang tersendiri.


"ALHAMDULILLAH, keadaan baby dan Puan Arra dah kembali stabil. Jantung baby juga dalam keadaan baik," jelas Doktor Eva. 

"Alhamdulillah," ucap Arra dengan rasa syukur. "Jadi saya dah boleh discaj ke?"

"Ya. Hari ni saya akan buat surat. Tunggu nurse bagi nanti."

"Terima kasih doktor?"

"Sama-sama. Tapi balik nanti banyakkan berehat. Jangan terlalu aktif," pesan Doktor Eva lagi. 

"Baby saya dalam keadan baik kan?" Soal Arra menginginkan kepastian.

"Setakat ini, baby tiada masalah apa-apa. Cuma pastikan kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Jika tidak kemungkinan besar awak akan bersalin awal."

Arra mengganggukkan kelalanya. "Okey doktor."

"Saya minta diri dulu. Ingat pesanan saya," ujar Doktor Eva sebelum berlalu meninggalkan Arra.

Arra menarik nafas panjang. Hatinya berasa lega apabila mendengar penjelasan doktor. Matanya memandang pantai di hadapan hospital. Terasa sunyi pula berada di hospital selama seminggu. Pesakit lain silih berganti. Perut yang semakin membesar diusap perlahan. Perasaan ingin menyambut kelahiran permata hati tidak dapat dibendung lagi. Dia suka melihat bayi-bayi rakan di dalam wad yang baru dilahirkan.

"Doktor cakap apa tadi?" Soal Nelda. Kenalan barunya di sebelah katil. 

"Alhamdulillah dah boleh balik," ujar Arra senyum sambil membayangi rumahnya. 

"Alhamdulillah."

"Baby mana?" Soal Arra apabila melihat bayi Nelda tiada di sisinya.

"Nurse ambil mandikan."

"Owh. Dekat sini Nurse mandikan baby ke?"

Nelda angguk. "Kebiasaan baby yang tak bermasalah akan tinggal dengan ibu dekat wad. So pagi macam ni, nurse akan mandikan."

Arra angguk tanda faham. Dia merebahkan badannya di atas tilam. "Susah tak handle baby?" 

"Alhamdulillah setakat ni anak sulung akak tak ada lah susah sangat. Cuma kita sebagai ibu kena alert lah bila waktu dia nak susu. Kadang-kadang dia menangis bukan nak susu aje. Mungkin lampin penuh ke? Perut kembung pun baby akan meragam," jelas Nelda.

Arra senyum mendengarnya. "Risau pulak. Maklumlah anak sulung kan?"

"InsyaAllah dipermudahkan urusan Arra membesarkan anak-anak."

"Amin."

"Kata dah boleh discaj? Tak bersiap nak balik ke?"

"Doktor cakap tunggu surat dulu?"

"Tak apa. Kemas dulu apa yang patut. Nanti nurse bagi surat dah boleh balik terus."

"Owh. Tak apalah dulu. Arra nak rehat kejap," kata Arra lalu mengiringkan badan ke arah kanan. 

Entah kenapa perasaan ingin pulang ke rumah seperti hambar. Gambar Aril pada skrin telefon dipandang. Dia mula merindukan suaminya. Dia tidak pernah bergaduh lama dengan lelaki itu. Selalunya mereka akan berbaik semula dalam masa beberapa jam. Tapi tidak pada kali ini. Seminggu dia di hospital, seminggulah dia mememdam rasa rindunya. Namun, dia tidak pernah cuba menghubungi Aril. Perasaan marah dan kecewa atas tindakan Aril masih terasa.


TELEFON yang dipegang dipusing-pusing. Fikiran Ain bercelaru. Dia masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Arra seminggu yang lalu. Dia mengetap bibir. Tanpa berfikir oanjang nombor telefon Hairi didail. Dia tidak perlu menunggu lama kerana panggilannya telah dijawab.

"Assalamualaikum, ada apa call?" Soal Hairi dihujung talian.

"Kau ada di mana?"

"Sekarang ada kat rumah. Baru balik semalam dari kampus. Kenapa?"

"Ain nak jumpa boleh?"

"Kenapa?" 

"Ada hal nak cakap. Jumpa kat Q Cup Cafe di Bukit Bintang," ujar Ain.

"Boleh. Bila? Sekarang ke?" Soal Hairi kehairanan.

"Sekaranglah takkan lusa pulak?" Omel Ain. Geram dengan pertanyaan Hairi.

"Okey," balas Hairi lalu mematikan talian telefon.

Ain bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia segera menukar pakaian yang sesuai untuk berjumpa dengan Hairi. Jika dahulu dia memastikan pakaiannya cantik dan memikat pandangan Hairi. Kini tidak lagi. Dia memakai sehelai tshirt berlengan panjang dan digayakan dengan seluar slack berwarna hitam. Rambut pula diikat kemas.

Tanpa melengahkan masa dia segera mencapai kunci kereta. Beg galas dicapai. Dia menuruni anak tangga dengan pantas. Wajah pembantu rumahnya tidak kelihatan di ruang tamu. Ain mengatur langkah ke dapur. 

"Cik Mun!" Sapa Ain.

"Terkejut Cik Mun."

"Ain keluar sekejap."

"Balik pukul berapa?"

"Tak tahu lagi," balas Ain lalu meninggalkan ruangan dapur. 

Enjin kereta dihidupkan. Dia memandu kereta menuju ke tempat yang telah dijanjikan. Beberapa minit memandu, dia akhirnya sampai di destinasi yang dituju. Ain mengambil tempat di bahagian luar kedai. Dia memesan satu cawan cappuccino coffee sementara menunggu kedatangan Hairi.

Setelah sepuluh minit berlalu Hairi tiba. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Ain. Setelah memesan minuman dia memandang wajah Ain. Dia agak hairan apakah tujuan Ain ingin menemuinya ketika ini.

"Ada apa nak jumpa saya?" Soal Hairi.

Ain berpeluh tubuh. Wajah Hairi dipandang dengan serius. "Apa tujuan kau jumpa Arra?"

"Arra?"

"Jangan buat tak taulah!" Marah Ain.

"Kenapa?"

"Aku tanya, kau jawab ajelah!" Ujar Ain dengan nada tegas tapi perlahan.

"Ya, memang aku ada jumpa dia. Itu pun pada minggu lepas," jelas Hairi.

"Untuk apa?"

"Saja. Sekadar jumpa kawan satu kampus. Kenapa? Tak boleh ke?"

Ain diam sementara pelayan menghantar pesanan Hairi. 

"Terima kasih," ucap Hairi.

"Enjoy your coffee," balas pelayan sebelum berlalu meninggalkan meja mereka.

"Kenapa kau tanya? Salah ke aku jumpa Arra?"

"Ya!"

"Aku tak faham. So, kau nak jumpa aku just nak tanya pasal ni?"

Ain angguk. "Atas alasan apa kau jumpa dia? Sebagai kawan?"

Hairi angguk sambil menikmati pesanannya. "Hmm..."

"Itu kata kau. Tapi pada pandangan Aril?"

"Kenapa dengan Aril?" Soal Hairi hairan.

Ain mencebikkan bibirnya. "Hek eleh, dia tanya kita balik pulak?"

"Straight to the point. What you want to tell me actually?"

"Fine. Tujuan sebenar kau jumpa Arra?"

"Just sekadar bertanya khabar? Alang-alang dah jumpa, aku bagi hadiah untuk baby yang bakal lahir. Salah ke? Kenapa kau dah macam polis pencen soal aku ni?"

Ain menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sinis. "Hmm... Memang tak salah? Tapi kenapa Arra berada dekat wad selama seminggu?"

"What? Why?"

"Jangan buat tak tahu lah, Hairi?"

"Serius aku tak tahu dan tak faham apa yang kau cuba sampaikan ni?"

"If kau nak bagi apa-apa kepada Arra termasuklah hadiah untuk baby. Kenapa tak poskan aje?" Soal Ain. Dia merasakan Hairi masih menyimpan perasaan terhadap Arra. "Atau kau boleh bagi dekat aku. Tak perlulah nak jumpa dia face to face."

"Kebetulan aku ada kat tempat kerja dia. jadi aku sapalah dia. apa masalahnya?" Soal Hairi masih belum mengerti tujuan Ain menemuinya.

"You are the problem. Kau punca Arra dan Aril bergaduh?"

"What?" Terkejut Hairi mendengarnya.

"Don't act like you don't know. Dia orang gaduh sebab Aril cemburukan kau," jelas Ain.

"Maksud kau? Aril cemburukan aku dengan Arra?"

"Yes! Suami mana tak cemburukan isterinya yang keluar dengan lelaki lain. Apatah lagi dia tahu, kau pernah ada perasaan dekat isteri dia dulu."

"Serius memang aku tak sangka akan jadi macam ni. Niat aku ikhlas nak jumpa Arra for the last time. Aku gau cinta yang aku harapkan selama ni memang tak akan ku miliki. Tapi salah ke aku jumpa dia sebagai seorang kawan?" Jelas Hairi.

"Itu kata kau? Tapi Aril tak berasa begitu?" Ujar Ain lalu menghabiskan kopinya.

"So, apa jadi selepas tu?"

"Biasalah dah nama pun ibu hamil. Bila dah bergaduh, semua tak sedar. Jatuhlah apa lagi?"

"Baby macam mana?" Soal Hairi cemas. Perasaan bersalah mula menjalar di dalam hatinya.

"Alhamdulillah baby okey. Arra dah seminggu di taham dekat wad."

"Ya, Allah. Kenapalah Aril sanggup buat Arra macam tu?"

"Hey!" Marah Ain. "Kau jangan nak salahkan Aril pulak? Semua masalah ini berpunca daripada kau?"

"Okey, kau sampai maaf aku dekat Arra. Aku tak ada niat pun nak buat mereka bergaduh laki bini," ujar Hairi dengan nada kesal.

"So lepas ni, jangan mengada nak jumpa Arra lagi?" Pesan Ain. "Cemburu tu tak kira tempat. Harap Hairi faham. Bukan nak halang jumpa kawan sendiri. Tapi fikirlah perasaan orang lain jugak. Mungkin Aril ada salahnya juga. Tapi seandainya kau tak jumpa Arra. Semua ini takkan berlaku," jelas Ain dengan panjang lebar.

"Ya Allah," ucap Hairi lalu meraup wajahnya. "Aku betul-betul minta maaf."

"It's okay. Perkara dah berlaku. Arra pun dah boleh discaj hari ni."

"Alhamdulillah," balas Hairi lega mendengarnya.

"Aku minta diri dulu. Assalamualaikum," ujar Ain lalu meninggalkan Hairi.


SEPANJANG perjalanan pulang daripada hospital. Arra hanya mendiamkan diri. Bukan kerana hatinya masih belum bisa memaafkan Aril. Namun dia sengaja ingin menguji kesabaran lelaki itu. Dia mahu tahu berapa lamakah, Aril mampu bertahan melayan karenahnya. Ini adalah hukuman bagi Aril atas apa yang berlaku.

Aril memberhentikan kereta di hadapan KTCC MALL. Enjin kereta di matikan. Dia mahu menjernihkan kembali hubungannya dengan Arra. Tujuannya membawa Arra ke Mall bagi memujuk isterinya. Dia tahu Arra suka jalan-jalan. 

"Jom jalan-jalan dulu," ujar Aril lalu melangkah keluar daripada perut kereta.

Arra mengeluh perlahan. Dia hanya turutkan saja kehendak Aril. Walaupun dia ingin pulang berehat di rumah. 'Hmm... Nak pujuk akulah tu,' detik hati kecilnya.

Mereka melangkah masuk ke dalam kedai pacific. Aril mula memilih beberapa barang bayi. 

"Sayang pilih lah," ujar Aril kepada Arra. "Kan kita belum beli persiapan untuk sambut baby."

Arra mengiyakn di dalam hati. Dia hanya menurut. Kecerian pada wajahnya mula terpancar. Dia memilih beberapa pasang baju tidur dan baju siang. Barang-barang yang lain seperti bedung, napkin, sarung tangan dan kaki. Tuala mandi, tuala kecil. Dari satu barang ke satu barang yang lain di pilihnya sampaikan penuh satu troli.

Arra memandng Aril apabila begitu banyak barang yang telah diambil. "Tak rasa banyak sangat ke?" Soalnya. Sebelum ni dia hanya membeli katil dan tilam bayi sahaja.

Aril senyum. "Tak pun. Semua ini tak beli lagi kan? Jom bayar," ujar Aril lalu menolak troli ke arah kaunter bayaran.

Setelah selesai membuat pembayaran. Arra mengusap perutnya yang mula berasa lapar. Maklumlah dah petang. Sebelum discaj daripada hospital dia belum makan lagi.

"Lapar ke?"

Arra angguk.

"Jom makan. Dekat sini ada banyak pilihan makanan," ujar Aril lalu berjalan menuju ke arah lift. "Sayang nak makan apa?"

"Sizling."

"Okey, anything for you," ujar Aril dengan lembut.

Mereka mengambil tempat duduk. Aril meletakkan barang-barang yang dibeli di atas lantai. "Sayang duduk dulu. Biar abang oderkan makanan dulu."

"Okey."

Arra hanya memerhati tingkah laku Aril. Dia meneliti barang-barang yang baru dibeli sebentar tadi. Perasaan tidak sabar pula ingin pulang ke rumah untuk mencuci segala pakaian yang baru dibeli.

Aril meletakkan makanan di atas meja. Sizling menjadi pilihan Arra bersama Jus Epal. Aril memilih Laksa Penang dan air teh 'o' ais. Mereka menikmati makanan dengan berselera sekali. Aril melayan Arra dengan lemah lembut bagaikan ratu. Dia tidak mahu kesilapan dulu terulang lagi.

"Arra dh maafkan abang?" Soal Aril setelah menghabiskan makanannya.

"Sayang mana lah boleh marah abang lama-lama. Apatah lagi abang bawa sayang shopping macm ni. Mestilah sayang happy," ujar Arra sambil tersenyum.

"Thank you sayang sebab dah maafkan abang," ujar Aril sambil membalas senyuman Arra.

Tangan Aril dipengan oleh Arra. "Janji takkan cemburu lagi," pinta Arra.

Aril angguk. "Abang janji."

"Walau dengan sesiapa pun? Please sebelum tuduh. Tanya dulu," pinta Arra. "Takkanlah sayang nak menduakan abang," ujarnya lagi.

"Okey sayang," balas Aril. Kepala Arra diusap perlahan. Ubun-ubun dicium. Kasihnya terhadap Arra begitu dalam. Tiada siapa yang boleh menandingi kasihnya kepada Arra. Dia begitu menyayangi dan mencintai Arra sepenuh hatinya. Disebabkan itu dia mudah cemburu apabila melihat Arra bersama lelaki lain.

Ya Allah, kau jauhkanlah perasaan cemburu dan buruk sangka terhadap isteriku. Engkau semaikanlah rasa kasih dan cinta di antara kami, doa Aril di dalam hati.


"BETUL ke you nak bercuti?" Soal Bella lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.

Melysa mengganggukkan kepalanya. "Ya Bel. Kenapa you tanya?"

"Saja. I ingat apa yang I dengar tu tak betul?"

"Apa yang betul?"

"Tentang you nak berhenti kerja?"

"Bila I cakap nak berhenti?"

"Eh, bukan you nak berhenti kerja ke?" Soal Bella menginginkan kepastian.

Melysa menggelengkan kepalanya. "Siapa cakap I nak berhenti kerja?" Soalnya hairan. "I nak bercuti sehingga I habis pantang. I never said that. I won't quit from this job."

"Okey. I just hear from Naina. That's why I asking for be sure," jelas Bella.

Melysa mengetap bibirnya. "Okey. Thank you Bel," ujar Melysa lalu bangkit dari tempat duduknya. 

"Tapi you janganlah marah Naina pulak? Mungkin I salah dengar ke?" Jelas Bella. Dia tidak mahu Naina dan Melysa bergaduh disebabkan dia.

Melysa menggelengkan kepalanya. "It's okay. Biasalah bila nama dah mula naik kan. Bimbang akan persaingan. I kenal Naina macam mana." Ujar Melysa lalu melangkah meninggalkan studio.

Kelihatan Rafiq setia menunggunya dihadapan studio. Dia melemparkan senyuman kepada Rafiq. Dia meniti menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Sebuah motosikal meluncur laju ke arah Rafiq. Melysa mula cemas melihatnya. Dia segera mempercepatkan langkahnya. Pemandu motosikal itu melemparkan sesuatu di atas kereta Rafiq.

Rafiq memandang pemandu motosikal itu dengan hairan. Satu bungkusan kecil yang dilemparkan diambil. Melysa segera melihat apa yang dipegang oleh Rafiq. Alangkah terkejutnya melihat isi di dalam bungkusan itu.

"Jom laporkan kepada polis!" Ujar Rafiq.

Melysa angguk menyetujuinya. Tanpa berlengah mereka masuk ke dalam perut kereta. Rafiq segera memandu kereta menuju ke balai polis yang berdekatan bagi membuat laporan tentang ugutan Ryan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu