Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 39

ARRA masak Nasi Minyak daging masak merah bagi menu sarapan hari ini. Gigih dia berusaha menyiapkan menu untuk suami tersayang. Sudah dua hari berlalu, sikap Aril masih dingin dengannya. Dia sebolehnya tidak mahu bermasam muka dengan Aril. Namun, lelaki itu tidak mahu berbicara. Dia bingung. Kesilapan apa yang telah dilakukannya sehingga Aril bersikap demikian.

"Abang!" Panggil Arra apabila mendengar pintu utama dibuka. "Jom sarapan. Sayang masak nasi minyak pagi ni," ujarnya sambil mengukirkan senyuman.

"Abang keluar joging dulu. Balik nanti abang makan. Sayang makanlah dulu," balas Aril lalu melangkah meninggalkan halaman rumah.

Arra hanya mampu memandang Aril pergi meninggalkan kawasan rumah mereka. Tanpa disedari air mata mengalir perlahan. Dia sedih dgn tindakan Aril. Nasi yg dimakan tidak terasa. Walaupun tiada selera dia tetap berusaha menjamah demi bayi dalam kandungannya. Usai makan dia mencuci piring. 

Arra berdiri di hadapan pintu rumah. Dia memerhati sekeliling berharap kepulangan suaminya. Angin bertiup perlahan. Terasa sejuk sampai ke tulang. Biasalah kawasan perumahan berdekatan dengan pantai memang akan selalu berangin. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Jam di dinding dikerling. Sudah pukul 10 pagi, namun bayangan Aril masih belum kelihatan. Dia membuka tv tapi tiada siaran yg menarik perhatiannya. Dia merebahkan badannya. Akhirnya dia terlena bersama linangan air mata.


"ARIL!" PANGGIL MELYSA.

Aril memusingkan badannya. Dia seakan mendengar namanya dipanggil. Dia tercari-cari siapakah yang memanggil namanya ketika ini. Dia sedang ralit memandang ombak yang menghempas pantai. Fikirannya kusut dia mengambil sedikit angin bagi menyegarkan mindanya yang kusut.

Dari jauh kelihatan Melysa dan Rafiq berada tidak jauh dari tempatnya duduk. Tanpa berlengah dia menghampiri mereka. "Buat apa kat sini?" Soal Aril.

"Picnic," jawab Melysa sambil menikmati juadah yang telah di bawa.

"Jemputlah duduk. Jom makan sama-sama," pelawa Rafiq.

Aril duduk. "Tak apalah. Saya nak makan dengan Arra nanti."

"Buat apa sorang-sorang?"

"Joging. Sorang ajelah. Takkan nak bawa Arra joging pulak."

"Bagus apa. Kan dah tak lama lagi nak bersalin?" Ujar Melysa lalu menghulurkan cawan berisi air kepada Aril.

"Terima kasih." Aril mengambil cawan yang dihulurkan oleh Melysa. "Ikutkan memang bagus untuk ibu hamil yang tak bermaslah. Tapi doktor sarankan Arra kurang berjalan," jelasnya.

"Kenapa? Ada masalah ke dgn pregnancy Arra?" Soal Melysa agak cemas mendengarnya.

"Taklah merisaukan sangat. Cuma doktor bimbang Arra berkemungkinan bersalin awal jika terlalu banyak bergerak. Baby berada dekat dengan pintu rahim."

Melysa mengganggukkan kepalanya. "Owh... Risau jugak dengar. Mel pun tau lagi macam mana nanti. Sekarang tengah hadap alahan aje."

Aril senang mendengarnya. "Tahniah. Tak lama lagi nak sambut ahli baru jugaklah kau orang ya."

"Alhamdulillah. Doa yang baik-baik tau," kata Rafiq pula.

"InsyaAllah."

"Tak nak makan ke? Banyak makanan ni," ujar Rafiq. "Mel lah nak makan sangat. Tapi bila dah banyak begini tak habis pun dia makan sorang," jelasnya sambil mencuit pipi Melysa.

Melysa menepis tangan Rafiq. "Abang ni." Marahnya. Dia malu diusik begitu dihadapan Aril. Tidak sangka lelaki yang pernah bertahkta dihatinya satu ketika dahulu kini menjadi kawan.

"It's okay. Aku sengaja kosongkan perut sebab nak makan masakan Arra," ujar Aril cuba menyedapkan hati yang masih menahan rasa cemburu di hati apabila mengenangkan sikap Arra. "Okeylah aku balik dulu. Kesian Arra keseorangan di rumah," ujar Aril lalu bangkit dari tempat duduknya. Walaupun masih dalam keadaan marah dia tetap merisaukan isterinya.

"Aril!" Panggilan Melysa menghentikan langkah kaki Aril.

"Ya," sahut Aril lalu menoleh ke arah Melysa.

"You dengan Arra okey kan?" Soal Melysa. Dia seperti merasakan ada sesuatu yang tidak kena di antara meraka. 

"Okey," jawab Aril sepatah.

"If tak okey janganlah diambil hati. Ibu hamil ni memang banyak ragamnya," celah Rafiq. Dia mula mengerti karenah orang mengandung agak sensitif seperti isterinya.

"InsyaAllah. Doa yang baik-baik saja. Assalamualaikum," ujar Aril lalu meninggalkan Melysa dan Rafiq.

"Waalaikumussalam," jawab Rafiq dan Melysa serentak.

Melysa masih lagi memandang Aril yang berlalu meninggalkan mereka. "Mesti tengah bergaduh dengan Arra lah tu." 

"Isy sayang ni ada fikir begitu."

"Sayang bukan kenal Aril sehari dua abang. Bertahun kami kenal. Faham sangat dengan perangai dia. If ada masalah dia akan cari tempat macam nilah. Pantai, sungai, dia suka lepak nak tenangkan fikiran katanya."

"Abang tahu. Tapi kita doakan yang terbaik buat mereka. InsyaAllah mereka baik-baik saja. Mungkin cuma perasaan sayang aje berasa begitu," kata Rafiq cuba menyedapkan hati Melysa.

Melysa melepaskan keluhan kecil. "Agaknyalah," balasnya lalu meneguk air. "Abang cemburu ke?" Duga Melysa apabila melihat riak wajah Rafiq berlainan apabila dia bercakap tentang Aril.

Rafiq menggelengkan kepalanya. "Nak cemburu buat apa. Sayang kan dah jadi isteri abang," ujar Rafiq lalu meletakkan kepalanya di atas paha Melysa. 

Kepala Rafiq diusap perlahan. "Thanks abang sebab layan karenah sayang. Sejak berbadan dua macam-macam perasaan muncul."

"Abang faham."

Melysa memandang lautan yang terbentang luas dihadapannya. Mentari mula meninggi. Waktu pagi beransur pergi. Matahari kian menengak di atas kepala. Mujurlah ada khemah yang dipasang tidak terasa bahang mentari. Melysa bahagia dengan kehidupannya sekarang. Kini dia bersyukur memiliki Rafiq sebagai suaminya. Dia tidak sabar menantu kelahiran cahya mata yang pertama akan melengkapi keluarga kecilnya. 

Terima kasih Allah, desis hati kecil Melysa.


WAJAH Arra dielus lembut. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia mencium dahi Arra. Terubat perasaan rindu yang mula bersarang dihati. Silapnya juga tidak jujur dengan Arra. Dia menjauhkan diri daripada isterinya tanpa memberitahu kesilapan yang telah dilakukan. Kini dia terjerat dengan rasa rindu yang membuak dalam dadanya. 

Arra terkejut dari lenanya. Dia mengukirkan senyuman. "Abang baru balik ke?" Soal Arra lalu bangkit daripada pembaringan.

Aril angguk. "Aaa. Maaflah lambat. Sayang dah lama tunggu abang," ujarnya lembut.

"Ya," balas Arra. Dia meraih tangan Aril. "Sayang ada buat salah ke? Abang mcm marahkan sayang aje?"

Aril mengusap pipi Arra. "Tak adalah. Abang penat sikit. Banyak kerja kat ofis sejak beberapa hari ni." Balas Aril. Dia tidak mahu lagi memikirkan tentang kejadian itu.

"Betul ke?"

"Ya," balas Aril dengan senyuman. Dia mahu kembalikan suasana bahagia bersama isterinya. "Jom makan. Abang lapar," ujarnya sambil menggosok perut.

"Okey. Jom," Arra bingkas bangun dari tempat duduk. 

Mereka melangkah ke dapur. Arra menghidangkan makanan buat Aril. Setelah itu dia mengambil tempat duduknya. Air sejuk dituang ke dalam gelas. Kebiasaannya mereka jarang minum minuman yang manis. Air sejuk menjadi pilihan utama Aril. 

"Sedap sayang masak," puji Aril sambil menikmati juadah yang tersedia.

Arra senyum mendengarnya. "Nak tambah lagi?"

"Kejap lagi."

Arra makan. Perasaan lapar mula menguasai dirinya apabila melihat suami menikmati masakannya dengan lahap sekali. "Hari Rabu lepas abang ada datang kat tempat kerja sayang ke?" Soalnya perlahan sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Tak ada?" Bohong Aril. Dia tidak mahu mengingati peristiwa yang melukai hatinya itu.

"Waktu lunch. Abang call tak jadi datang hari tu. Tapi kawan sayang bagi tau abang ada datang? Sayang tak perasanlah pulak. Masa tu sayang tengah makan."

Selera Aril mula hilang. "Makan dengan siapa?"

"Hairi," jawab Arra tanpa berselindung.

"Kekasih lama datang menangkh cinta ke?!"

"Hah?" Terkejut Arra mendengar Aril meninggikan suaranya.

Nasi yang dimakan tidak dapat dihabiskan. Aril bangkit daripada tempat duduknya lalu mencuci tangan. "Buah hati datang ziarah kekasih lama ke?"

Arra bingung dengan ucapan Aril. "Abang cakap apa ni? Sayang tak faham.

"Ada orang lain temakan sayang makan. Suami sendiri tak dipeduli lagi," ujar Aril lalu meninggalkan ruangan dapur.

Arra mencuci tangannya. Dia segera menghampiri Aril. "So betullah abang ada datang masa lunch hari rabu lepas?"

"Betul atau tak. For what?!" Kemarahan Aril kian memuncak.

Arra mula takut dengan Aril. "Tapi kenapa abang tak masuk tegur sayang," ujarnya perlahan. "At least sayang tahu abang datang."

"Takkanlah nak jadi pengacau pulak. Bukan main mesra lagi. Siap lapkan mulut Hairi. Jantan tu pun bukan main lagi siap betulkan tudung bagai," ujar Aril apabila agenda yang tidak diingini kembali terlayar di ruang matanya.

Arra menarik nafas panjang. Dia tidak menyangka Aril menyaksikannya. Tangan Aril cuba diraih perlahan. "Sayang minta maaf. Apa yang abang tengok tak seperti yang abang sangka kan."

Aril menarik tangannya. "Habis tu nak abang fikir apa?" Soalnya dengan wajah bengis. "Isteri abang keluar makan dengan lelaki lain tanpa izin abang."

Arra kelu. Dia buntu. Tidak tahu bagaimana perlu menjelaskan tentang kedatangan Hairi tempoh lalu. "Abang salah faham. Hairi datang tiba-tiba. Dia nak bagi hadiah kat baby aje. Lagipun kita orang tak berpeluang untuk jumpa dekat kampus lagi selepas ni," jelasnya teragak-agak. "Sayang kan ada bagi tau semalam. Tapi abang tak ambil tahu pun apa yang sayang cakap."

Aril tersenyum sinis. "Bagus," balas Aril sambil mengganggukkan kepalanya. "Sekarang abanglah yang bersalah dalam hal ni?" 

"Bukan macam tu, abang."

"Habis tu apa?"

Air mata mula bergenang. "Sayang ada cakap masa balik kerja hari tu. Sayang tak habis cakap lagi abang dah masuk dalam rumah. Then abang diam," jelasnya. "Abang diamkan diri. Tak nak bercakap dengan sayang. Sampaikan sayang tak tahu apa salah sayang sebenarnya," Arra menarik nafas sebelum meneruskan biacaranya. "Abang cemburukan Hairi?" Duga Arra.

"Suami mana tak cemburukan isterinya bersama dengan lelaki lain."

"Tapi Hairi kawan sayang."

"Kata sayang! Tapi Hairi?" Ujar Aril dengan nada marah. Dia berlalu meninggalkan Arra dan meniti anak tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Abang, sayang minta maaf," pinta Arra lalu meraih tangan Aril. 

Aril merentap tangannya. Tindakan Aril menyebabkan Arra tergelincir. 

Kedebuk!!!

"Argh!!!" Arra mula merasa kesakitan pada perutnya.

Aril terkejut. "Sayang!!!" Dia segera merpa ke arah Arra.

Arra memaut bahu Aril sambil memegang perutnya. "Argh!!!" Dia mula mengerang kesakitan. "Sakit abang," adunya.

Aril mula panik melihat Arra menahan kesakitan. "Abang minta maaf."

Tanpa melengahkan masa dia segera mencapai kunci kereta. Enjin kereta dihidupkan. Dia mengendong Arra masuk ke dalam kereta. Setelah mengunci pintu rumah dia memandu kereta menuju ke Hospital. Peluh di dahi mula menitik. Perasaan cemas mula menguasai dirinya. Di dalam hati dia memarahi dirinya sendiri. 

Ya Allah, selamatkanlah Isteri dan anakku, doanya di dalam hati.

Setiba di hospital Arra segera rawat di ruang kecemasan. Aril meraup wajahnya. Dia mula kesal dengan tindakan yang tidak disengajakan. Sungguh dia tidak berniat mahu mencederkan isterinya sendiri.


ARRA sedar daripada lenanya yang panjang. Dia memandang ruang di sekelilingnya. Dia menyentuh perutnya. Dia mengucapkan rasa syukur di dalam hati apabila bayi yang dikandung masih berada dalam keadaan yang baik.

"Arra," panggil Puan Anisah perlahan apabila melihat anaknya telah sedar.

"Ibu," balas Arra dengan perlahan. Tubuhnya masih berasa lemah.

"Alhamdulillah Arra dah sedar." Ujar Puan Anisah mengucapkan rasa syukur di dalam hatinya.

Arra mencari bayangan Aril. Dia tidak sedar berapa lamakah dia berada di hospital. Namun setelah kembali sedar hanya ibunya dan ibu mertuanya yang berada di sisi. Dia tertanya-tanya ke manakah Aril. Adakah masih marah akan dirinya.

"Macam mana boleh jatuh ni?" Soal Datin Sri Aida lalu membantu Arra duduk.

"Tak tahu lah mama. Tiba-tiba aje terjadi," jawab Arra cuba menutupi kesalahan Aril. Dia juga tidak meletakkan sepenuhnya kesilapan terhadap Aril atas apa yang berlaku.

"Arra nak makan?" Soal Puan Anisah lalu membuka penutup bubur nasi yang baru dibelinya.

"Aril mana?"

"Tadi ada. Ibu suruh dia balik ambilkan barang apa yang perlu. Doktor cakap Arra kena tinggal dekat wad dulu buat sementara waktu," jelas Puan Anisah.

"Kenapa dengan baby?" Soal Arra cemas.

"Syukur alhamdulillah baby tak ada apa. Cuma Arra tumpah darah tadi." Kata Datin Sri Aida sambil mengusap kepala Arra. Kasihnya pada menantu seperti anak sendiri.

"Betul ke baby okey mama, ibu?" Soal Arra menginginkan kepastian. Dia menyentuh perutnya yang kian membesar. Bayi di dalam kandungannya tidak lagi aktif bergerak seperti selalu.

Puan Anisah mengganggukkan kepalanya. "Doktor nak pastikan baby dan Arra berada dalam keadaan yang baik setelah Arra jatuh tadi."

"Kenapa sampai boleh tumpah darah? Arra tak berhati-hati ke?" Soal Datin Sri Aida.

"Lantai licin agaknya," ujar Arra perlahan.

"Lain kali hati-hatilah. Alhamdulillah tiada apa yang serius," ujar Datin Sri Aida dengan lega. Arra tersenyum nipis mendengarnya. "Mama minta diri dulu. InsyaAllah esok mama datang lagi."

"Okey ma."

Datin Sri Aida mengusap perut Arra. "Nenek balik dulu." Ujarnya sebelum melangkah meninggalkan wad.

Arra tersenyum mendengarnya. Dia memandang ke arah ibu. "Dah pukul berapa ni?"

"Pukul enam petang dah."

"Ibu balik lah dulu. Mesti ibu dah lama kat sini?" 

"Tak apa. Ibu tunggu Aril datang."

"Assalamualaikum," ujar Aril dari arah belakang.

"Waalaikumussalam," jawab Arra dan Puan Anisah serentak.

"Ibu nak balik dah ke?" Soal Aril lalu meletakkan barang-barang yang dibawa di atas lantai.

"Ya. Abah dah tunggu kat bawah," jawab Puan Anisah lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia mencium dahi Arra. "Bubur ni jangan lupa makan, panas lagi ni."

"Okey ibu. Hati-hati ibu," pesan Arra. Dia hanya mampu mengiringi pemergian Puan Anisah dengan ekor matanya.

Aril meletakkan menyusun beberap helai baju dan kain batik di dalam almari. Bakul makanan diletakkan di atas meja. Suasana sepi tanpa bicara setelah Puan Anisah meninggalkan mereka. Wajah Arra direnungnya. Dia melihat ada titisan mutiara jernih menitis di pipi Arra. Dia melabuhkn punggung di atas katil. Dia menyapu air mata yang mengalir pada pipi Arra. Tangan Arra diraih perlahan. Perasaan bersalah mula menyelubungi hatinya. Dia tidak menduga perkara ini akan berlaku. Dia mencium tangan Arra.

"Abang minta maaf," pinta Aril dengan suara yang perlahan.

Arra mendiamkan diri. Dia hanya memandang tingkap di tepi katilnya. Hatinya terguris dengan sikap Aril. Hanya kerana cemburu nyama anak mereka menjadi taruhan. Arra menarik tangannya. Dia merebahkan badan lalu mengiring ke arah kiri. Ucapan Aril dibiarkan berlalu dibawa angin. 

Aril faham dengan tindakan Arra. Dia mengusap perut Arra. "Abang minta maaf, sayang. Abang betul-betul tak sengaja," jelasnya lagi.

Arra tetap mendiamkan diri. Dia menyapu air mata yang kian deras mengalir. Hatinya terluka. Walaupun rasa sakit pada perutnya sudah tiada lagi. Namun luka dihatinya masih terasa. 

Aril bingkas bangun lalu mendekati wajah Arra. Dia mengusap ubun-ubun Arra. "Please forgive me."

Arra menepis tangan Aril. Dia memejamkan matanya. "Baliklah abang. Arra okey," ujarnya.

"Abang minta maaf," pinta Aril lagi. Hatinya belum senang sebelum Arra memaafkannya.

"Encik, waktu melawat telah habis," ujar jururawat yang bertugas. "Encik boleh keluar sekarang. Wad ibu dan bayi tidak dibenarkan penjaga teman."

"Okey," balas Aril. 

Perut Arra yang membesar diusap perlahan. "Papa balik dulu. Tolong jaga mama baik-baik, ya sayang," ujar Aril lalu mencium dahi Arra. "Abang datang lagi esok," katanya lalu meninggalkan wad.


"ASSALAMUALAIKUM, mama comel." Ujar Ain sambil menyisir rambutnya. Kebiasannya waktu pagi begini dia sibuk bersiap untuk ke tempat kerja. Pada hari Ahad, dia berpeluang menghubungi Arra kerana cuti.

"Waalaikumussalam," jawab Arra. Suaranya kedengaran agak perlahan di hujung talian.

Ain mengerutkan keningnya. "Arra. Are you okay?" Soal Ain apabila merasakan ada sesuatu yang terjadi. "Tell me what's wrong?"

Arra menangis. 

Ain duduk di atas kerusi. "Arra? Kenapa ni?" Soalnya lagi.

"Aku dah cuba jelaskan hal sebenar. Tapi kenapa dia tak nak bagi peluang untuk dengar," ujar Arra bersama tangisan halus.

"Aku tak faham Arra. Bolehlah kau jelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku. Kau gaduh dengan Aril ke?" Duga Ain. Dia tahu Arra pastinada masalah dengan Aril. Jika tidak gadis yang bernama Arra tidak akan menangis seperti ini. Dia kenal Arra bukanlah gadis yang manja.

"Kau tahu kan, aku tak pernah ada perasaan pun dekat Hairi?"

Ain angguk. "Ya, tapi kenapa kau tiba-tiba cakap pasal Hairi?" Hairan Ain dibuatnya apabila nama Hairi disebut oleh Arra.

"Aril pun tahu aku tak pernah ada perasaan dekat Hairi. Tapi kenapa dia buat aku macam ni?" Ujar Arra dengan nada sedih.

"Buat apa?" Soal Ain dengan penuh tanda tanya. "Abang Aril buat apa dekat kau? Apa kaitan Hairi dalam hal ni?"

"I'm sick. Aku ada di hospital sekarang Ain," jelas Arra.

"Huh? Hospital? Kau sakit nak bersalin dah ke?" Soal Ain cemas mendengarnya.

"Ya, aku sakit. Sakit sangat sampai menusuk ke dalam hati."

Ain menyelak rambutnya ke belakang. "Ya Allah. Aku doakan kau dipermudahkan urusan bersalin. Sekarang kau relaks aje jangan panik. Cuba tarik nafas panjang-panjang," ujar Ain cuba mengajar Arra teknik pernafasan ketika ingin bersalin. Dia pernah membaca cara-cara untuk bersalin secara normal.

"Aku bukan sakit nak bersalin!" Teriak Arra di hujung talian.

"Hah? Habis tu apa?"

"Aku jatuh. Aku tumpah darah."

"What?" Ain terkejut mendengarnya. "How? Macam mana boleh jadi?" Soal Ain menginginkan kepastian.

"Aril cemburukan Hairi. Then kita orang gaduh sebab salah faham. Secara tak sengaja Aril tertolak aku jatuh tangga," jelas Arra.

"Ya Allah. Kenapa boleh jadi macam tu. Abang Aril pun satu. Kenapalah dia boleh fikir yang bukan-bukan tentang kau dan Hairi," ujar Ain lalu bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan menuju ke balkoni. "Eh... Hairi?" Ain baru tertangkap apa yang Arra cuba sampaikan.

"Ya," balas Arra sepatah.

"Wait a minutes. Maksud kau, Hairi datang jumpa kau kat Terengganu. Kat mana? Tak faham aku. Bukan Hairi ada kat kampus ke?"

"Hairi datang nak bagi gift dekat baby. Aril pulak salah faham. Dia nampak aku lunch sama-sama dengan Hairi. So, mase itulah dia cemburu kot. Padahal aku dah bagi tau pada dia, Hairi just datang jumpa nak bagi hadiah kat baby aje," jelas Arra dengan panjang lebar. "Bila aku cakap macam tu, dia tiba-tiba naik angin. Katanya, Hairi masih ada perasaan dekat aku."

Ain mengganggukkan kepalanya. "Owh begitu," ujarnya lalu duduk di atas kerusi yang telah disediakan di balkoni. Dia mengemuh kecil. "Hairi pun satu. Sekadar nak bagi gift boleh aje pakai pos. Tak perlulah jumpa bagai," ujar Ain dengan nada geram.

"Entahlah aku tak tefikir pun. Aku pun terkejut dia datang jumpa aku tiba-tiba," ujar Arra mengingati kembali kedatang Hairi tempoh hari. "Aku layan dia macam kawan aje. Tak lebih pun. Tapi tak tahu lah kenapa Aril marah sangat. Cinta dan sayang aku hanya untuk dia aje. Hanya untuk Aril seorang saja. Aku memang tak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki selain dia. Kau tahu kan?" Kata Arra dengan seikhlas hatinya. 

"Ya, Arra. Aku tahu," balas Ain. "Kau sabar okey. Janganlah menangis lagi," pujuk Ain. Sekiranya dia berada dekat dengan Arra sudah lama tubuh gadis kecil itu dipeluknya. Kini jarak memisahkan mereka. Suara Arra kedengaran tersedu-sedan menahan tangis. "Aku tahu kau sedih. Tapi fikirkanlah kesihatan baby. Aku tak nak kau stress tak bagus untuk baby."

"Okey Ain. Thank you sebab sudi dengar luahan isi hati aku."

"It's okay, Arra. Kitakan sahabat. Siapa lagi tempat kau nak mengadu kalau bukan aku," ujar Ain sambil tersenyum. Sejak mengenali Arra di kampus. Mereka berkawan baik dan kini bersahabat. Segala masalah di kongsi bersama. 

"Thank you, Ain."

"InsyaAllah bila ada masa free nanti aku datang ziarah kau."

"Tak perlulah susah-susah. InsyaAllah esok lusa aku dah boleh discaj."

"Okey. Sekarang kau rehatlah dulu. Bila-bila free aku call lagi."

"Okey Ain, Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Ain lalu mematikan talian.


Previous: Bab 38
Next: Bab 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu