Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 30

Melysa duduk bersilang kaki diruang tamu sambil membaca majalah. Dia melihat wajah Naina yang menghiasi muka surat hadapan majalah wanita tersebut. Dia mengeluh perlahan. Dia mula merindui pekerjaannya. Sudah hampir sebulan dia tidak bekerja atas faktor kesihatan yang tidak menentu.

"Mel okey ke?" soal Datin Naziah setelah melihat anaknya duduk diruang tamu. Melysa jarang duduk diruang tamu sejak tidak sihat.

Melysa melemparkan senyuman kepada ibunya. Walaupun wajah dan bibirnya masih kelihatan pucat. "Alhamdulillah."

Datin Naziah duduk disebelah Melysa lalu menyentuh dahinya. "Tak panas dah," katanya lega apabila suhu badan Melysa tidak lagi panas. "Mel dah makan ubat?"

Melysa menganggukkan kepalanya. "Baru aje makan tadi," katanya perlahan. "Mummy tak keluar ke hari ni?"

"Baru aje balik dari butik tadi. Mummy risaukan Mel sebab itu singgah butik sekejap aje tadi."

Melysa menggengam tangan ibunya. "Terima kasih jaga Mel."

"Mummy sayang Mel. Tak perlulah ucap terima kasih. Sudah menjadi tanggungjawab ibu jaga Mel," ujar Datin Naziah dengan lembut. Dia mengucapkan rasa syukur melihat Melysa sudah beransur pulih.

Melysa melentokkan kepalanya diatas bahu Datin Naziah. Sudah lama dia tidak bermanja dengan ibunya sejak bergelar isteri. "Mummy masak apa hari ni?"

"Mel nak makan apa? Nanti mummy masakan untuk Mel?"

"Tak kisah. Mummy masak apa pun mesti sedap."

"Hari ni mummy tak masak. Tapi bibik masak puding kesukaan Mel."

"Puding roti?" soal Melysa lalu membetulkan kedudukannya.

"Ya. Mel duduk sekejap biar mummy ambilkan," ujar Datin Naziah lalu bangkit dari tempat duduknya dan terus melangkah ke dapur. "Bik! Bik Suri!"

"Ya, Datin," sahut Bibik Suri.

"Buatkan air jus oren dua. Nanti hantar kat ruang tamu."

"Baik Datin," balas Bibik Suri lalu membuat air yang diminta oleh Datin Naziah.

Datin Naziah mengambil puding roti lalu dilotong dan diletakkan diatas piring kecil. Dia mengambil segelas air kosong sementara menanti pembantu rumahnya menyiapkan minuman yang diminta. Dia menghampiri Melysa lalu memberikan puding roti yang telah diambil tadi.

"Bau macam sedap aje," kata Melysa lalu mencuba puding roti itu. 

"Sedap tak?"

Melysa menganggukkan kepalanya. Tekaknya berasa sejuk apabila menikmati puding roti. Dia merasakan sudah lama tidak menikmati makanan manis seperti hari ini. Seleranya mati sejak tidak sihat. Kini baru dia merasai nikmatnya makan sepotong puting roti.

"Ini airnya, Datin," ujar Bibik Suri lalu meletakkan dua gelas jus oren diatas meja.

"Terima kasih," ucap Melysa. Dia mencapai jus oren yang dihidangkan.

"Cik Mel sudah sihat?"

"Alhamdulillah," balas Melysa setelah meneguk sedikit jus oren.

"Syukurlah," ujar Bibik Suri lalu ke dapur.

"Mel nak lagi ke?" soal Datin Naziah apabila melihat Melysa begitu berselera menjamah puding roti yang diberikan.

"Cukuplah... Mel nak nanti...," Melysa mengurut lehernya. Dia merasakan sesuatu ingin keluar.

"Kenapa Mel?"

Melysa bangkit dari tempat duduknya. Tekaknya mula berasa loya. Dia bergegas ke dapur lalu memuntahkan segala isinya ke dalam sinki. Datin Naziah tertanya-tanya dengan sikap Melysa. Kemudian dia mengukirkan senyuman. Leher Melysa dipicit perlahan bagi menghilangkan rasa loya.

"Mel mengandung ke?"

Melysa membasuh mulutnya dengan air paip. Pili paip ditutup lalu mencapai tisu. Dia mengelap bibirnya. Soalan Datin Naziah dibiarkan berlalu tanpa jawapan. Dia sendiri tidak pasti dengan soalan ibunya. Dia kembali duduk di atas sofa.

"Mel okey tak?" soal Datin Naziah cemas melihat keadaan Melysa. "Nak mummy bawa Mel ke klinik?"

Melysa memicit kepalanya yang mula berasa pening. "Tak perlulah mummy. Mel okey aje."

"Jangan-jangan Mel pregnant kot?"

Melysa menggelengkan kepalanya. "Mel tak rasa pun?"

"Cubalah cek dulu. Manalah tahu mummy nak dapat cucu," ujar Datin Naziah dengan wajah yang ceria.

"Nanti Mel ajak Rafiq ke klinik. Mel nak masuk bilik dulu."

Ting! Tong!

Datin Naziah memandang ke arah pintu pagar. "Siapa pula yang datang?" ujarnya lalu membuka pagar rumahnya dengan menggunakan alat kawalan jauh.

"Aril?"

Datin Naziah menoleh ke arah Melysa yang baru sahaja meniti anak tangga untuk naik ke tingkat atas. "Mel!"

"Ya mummy?" 

"Mari tengok siapa yang datang."

Melysa melangkah menghampiri ibunya. Dari jauh dia melihat Aril berjalan berpegangan tangan dengan seorang wanita yang bertudung. Dia yakin wanita itu adalah Arra isteri kepada Aril.

"Assalamualaikum," ucap Aril sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam," jawab Melysa.

Arra bersalaman dengan Datin Naziah dan Melysa. "Ini ada buah tangan sikit," ujar Arra sambil menghulurkan satu bakul kecil berisi buah.

Datin Naziah mengambilnya. "Jemputlah masuk," ujar Datin Naziah lalu melangkah ke dapur. "Bik Suri!"

"Duduklah," ujar Melysa mempelawa Arra dan Aril duduk.

"Terima kasih," balas Arra lalu memandang wajah Aril disebelahnya. "Abang cakap ada hal tadi?"

"Hurm...?" soal Aril terpinga-pinga. 

Arra mengangkat kening. 

Aril tersenyum tanda faham. Dia memandang Melysa. "Mel apa khabar?"

"Alhamdulillah makin sihat."

Aril menganggukkan kepalanya. "Sayang berbual lah dulu. Abang duduk nak ambil angin kat luar sekejap," ujar Aril lalu bangkit dari tenpat duduknya.

Bibik Suri menghantar minuman dan hidangan makanan ringan untuk dijamu. 

"Arra apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat sangat."

Melysa lega mendengarnya. Dia berdiri lalu mendekati Arra. Dia duduk di sebelah Arra. Tangan Arra dipegang. "Mel mintak maaf banyak-banyak dengan Arra?" ujar Melysa dengan nada sedih.

Arra menggosok belakang tangan Melysa. "Arra dah lama maafkan Mel."

"Terima kasih. Arra datang ni ada apa?" soal Melysa hairan dengan kedatangan Arra dan Aril ke rumahnya.

"Aril cakap Mel tak sihat. Tak salahkan Arra sebagai kawan datang melawat Mel?"

"Kawan?" kata Melysa terkejut mendengarnya. Air mata yang ditahan menitis jua. Terharu mendengar kata-kata Arra. Tidak menyangka gadis yang dibencinya selama ini telah menggangap dirinya sebagai kawan.

Arra menyapu air mata Melysa yang membasahi pipinya. "Mulai hari ini kita kawan boleh?"

Arra menganggukkan kepalanya lalu mengukirkan senyuman. "Arra tak kisah ke berkawan dengan Mel?"

"Kenapa? Mel tak sudi berkawan dengan Arra?"

"Tak. Bukan macam tu," kata Melysa cemas. Perasaan bersalah masih menghantui dirinya atas apa yang pernah dilakukan olehnya kepada Arra.

"Apa yang telah berlaku dulu biarlah berlalu. Mel janganlah nangjs. Tak elok untuk kesihatan tau."

"Tapi elok untuk kesihatan mata kan," ujar Melysa sekadar bergurau.

Arra ketawa kecil mendengarnya. "Memanglah elok untuk mata. Tapi jika berterusan akan jadi tidak elok untuk kesihatan."

Melysa sekadar menganggukkan kepalanya. Tangan Arra digenggam erat. Wajah Arra dipandang. "Terima kasih sudi jadikan orang sejahat Mel sebagai kawan Arra."

"Isy...," Arra menggelengkan kepalanya. "Mel tak jahat pun," kata Arra sambil mengusap tangan Melysa. "Cuma salah langkah aje. Kisah yang lama tu kita lupakan aje. Apa yang penting Mel jagalah kesihatan diri."

"Sayang nak abang hantar pukul berapa balik kampus?" soal Aril lalu duduk di atas sofa berhadapan dengan Arra dan Melysa. 

"Arra tak habis belajar lagi ke?"

Arra menganggukkan kelalanya. "Ada setahun lagi. Baru grad."

"Owh... Eh jemputlah minum dulu sebelum balik. Rancak sangat bersembang sampai lupa nak ajak minum."

"Terima kasih," balas Aril lalu meneguk air jus oren yang disediakan. "Rafiq mana Mel?"

"Kerja. Rasanya sekejap lagi baliklah tu."

"Sedap puding roti ni?" 

"Bibik yang buatkan. Nanti nak makan lagi jemputlah ke rumah."

"InsyaAllah."

"Jom," Kata Aril lalu melangkah keluar daripada rumah mewah milik Dato' Yusri.

Arra dan Melysa melangkah menghampiri kereta honda City milik Aril. "Arra balik dulu. Mel take care tau?"

Melysa menganggukkan kepalanya. "Ryan ada kacau Arra lagi?"

"Tak ada pun?"

"Mel risau Ryan buat sesuatu yang membahayakan Arra dan Aril?" ujar Melysa dengan nada sedih. Dia amat merisaukan keselamatan Arra dan Aril.

Arra mengusap bahu Melysa perlahan. "Janganlah difikirkan sangat tentang Ryan. InsyaAllah suatu hari nanti dia pasti akan ditangkap oleh polis."

"Mel pun berharap begitulah."

"Arra pergi dulu. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi," ujar Arra lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

"Hati-hati memandu Aril."

"Okey. Sampaikan salam pada Rafiq."

"InsyaAllah," balas Melysa sambil melambaikan tangan kepada Aril.

Hati Melysa berasa sedikit tenang dengan kehadiran Arra. Dia gembira Arra sudi datang melawatnya. Dia tidak pernah menyangka akan menjadi kawan dengan gadis yang dimusuhinya selama ini. Setelah bayang Aril tidak kelihatan dia menutup pintu pagar. Dari jauh kelihatan seorang lelaki yang memakai helmet sedang memandang ke arahnya. Tanpa membuang masa dia segera melangkah masuk ke dalam rumah. Perasaan takutnya mula muncul memikirkan siapakah orang yang memerhati dirinya.


HANIF menutup pintu kereta setelah meletakkan barang. Dia mendapatkan Ain yang sedang berbicara dengan Arra. "Hai, Arra."

Arra menoleh ke arah Hanif. "Take care my bff tau."

"InsyaAllah. I akan jaga sahabat you sampai hujung nyawa," ujar Hanif sekadar bergurau.

Ain menepuk bahu Hanif. "Mengadalah."

Hanif ketawa kecil. "Betul apa yang I cakap. Tapi kita tiada ikatan yang sah aje lagi."

Ain mencerlung Hanif. "Mengadalah awak ni," marah Ain sambil mencubit lengan Hanif.

"Aaaa...," Hanif menahan kesakitan.

Arra ketawa melihat telatah Hanif dan Ain. "Aku doakan semoga kau orang cepat-cepat kahwin."

"Amin," balas Hanif.

"Aku tak ready lagilah!"

"Ready atau tak kemudian kira. Andai dah sampai jodoh tu siapalah kau nak cakap tak bersedia lagi?" ujar Arra. Dia mengingati saat-saat dia dikahwinkan dengan Aril. Dia juga  belum bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. 

"Hah betul kata Arra tu. Jadi kenalah belajar bersedia dari sekarang," usik Hanif.

Ain menjeling marah. Wajah Arra dipandang. "Aku balik KL ni kau tinggal sorang dalam bilik malam ni tak apa ke?" soal Ain risau akan diri Arra. Dia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur setelah mendapat tahu ayahnya sakit.

"Soal aku, janganlah kau bimbang. Kawan-kawan yang lain kan ada," balas Arra tidak mahu Ain susah hati memikirkan dirinya.

"Aku mana pernah tinggal kau sebelum ni? Itu yang aku risau?"

"Malam ni aje. Esok aku pun akan balik kampung."

"Okey. Hati-hati tau," ujar Ain lalu memeluk tubuh Arra. 

Pelukan Ain dileraikan. "Pergilah. Nanti lambat pulak sampai."

Ain melangkah masuk ke dalam kereta. "Aku pergi dulu. Assalamualaikum," ujar Ain lalu menutup pintu kereta.

"Waalaikumussalam," jawab Arra sambil melambaikan tangan kepada Ain.

Arra mengambil beg sandangnya dan buku pelajarannya diatas kerusi. Dia melangkah menuju ke perpustakaan. Kuliah pada hari ini telah dibatalkan kerana pensyarah ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Arra mengambil peluang ini untuk mengulang kaji pelajaran di dalam perpustakaan. 

Arra melabuhkan punggung diatas kerusi. Dia sengaja mengambil tempat duduk kosong di bahagian tengah-tengah perpustakaan bagi memudahkan dia mengambil buku yang ingin dibacanya. Setelah selesai membuat latihan yang telah diberikan oleh pensyarah. Dia kembali menyimpan buku diatas rak.

"Assalamualaikum, Arra."

Arra menoleh ke arah suara yang memberi salam. "Waalaikumussalam," jawab Arra lalu kembali ke tempat duduknya.

"Boleh saya duduk?" soal Hairi.

"Duduklah. Bukannya ada orang pun."

Hairi menarik kerusi lalu duduk. Dia melihat Arra sibuk membaca novel. Sudah lama dia menanti saat ini untuk berbicara dengan Arra. Namun, Arra kelihatan tidak mempedulikannya. 

Agaknya dia nak apa lagi? desis hati Arra. Walaupun matanya sibuk memandang isi kandungan novel. Namun, dia tidak mampu fokus dengan pembacaannya dengan kehadiran Hairi dihadapannya.

"Arra," panggil Hairi perlahan.

"Ya," ujar Arra lalu menutup novel yang dipegang. 

"Boleh saya cakap sikit?"

"Boleh. Cakaplah. Macam Arra ni nak makan Hairi pulak," ujar Arra bersama diiringi tawa kecil.

"Ermmm..."

Bib! Bib! Bib!

Telefon bimbit Arra bergetar. Arra melihat skrin telefon bimbitnya. "Maaf ya," kata Arra lalu menjawab panggilan daripada Aril. Telefonnya disenyapkan apabila berada di dalam perpustakaan.

"Assalamualaikum, sayang."

"Waalaikumussalam, abang."

"Kenapa lambat jawab?"

"Sayang ada kat libray ni?"

"Owh... abang ganggu ke?"

"Eh tak pun. Abang call kenapa?"

"Sayang nak abang jemput balik rumah ke petang ni?"

"Petang ni?" soal Arra hairan. "Kenapa? Bukan esok ke?"

"Ain tak ada kan? Sayang okey ke duduk sorang kat bilik?"

"Hurmmm... ni mesti Ain yang bagi tau kan?"

"Tak. Hanif cakap. Kan dia kerja dengan abang. Sayang bersiaplah nanti abang sampai."

Arra menggaru kepalanya. "Esok pagi sayang ada kuliah. Esok petang ajelah abang datang ambil sayang kat hostel."

"Tapi..."

"Arra bukan budak kecik lagi tau? Please trust me okey. Nanti sayang call abang lagi."

"Okey sayang. Take care tau. Love you," ujar Aril dengan ramah.

"Okey abang. I love you too," ujar Arra perlahan malu jika didengari oleh Hairi. Dia mematikan talian telefon. Wajah Hairi dipandang. "Maaf Arra nak balik hostel dulu," ujar Arra lalu mengemas barang-barangnya.

"Saya nak cakap sekejap aje."

Arra mengeluh perlahan. Walaupun keberatan di memberi peluang untuk Hairi bercakap dengannya seketika. Dia berharap Hairi tidak akan menganggunya lagi selepas ini. Sebenarnya dia tidak selesa apabila  duduk berdua dengan Hairi. Walaupun masih ada pelajar lain di dalam perpustakaan tidak jauh dari tempat mereka duduk. Arra segan jika ada mata memandang.


RYAN bangkit daripada pembaringan. Telefon bimbitnya dicapai. Dia mendengar bunyi mesej yang baru sahaja masuk. Dia mengeluh kecil melihat beberapa foto Aril, Arra dan Melysa. Dia tidak menyangka Melysa kini telah berkawan baik dengan Arra.

"Berbahagialah dulu Mel. Selagi ada masa," ujar Ryan perlahan sambil tersengih.

Walaupun Melysa jauh di Terengganu, Ryan masih lagi memerhati gerak geri Melysa. Selagi dia diburu polis, selagi itulah dendam dihatinya takkan pernah padam. 

"Hai sayang. You buat apa tu?" soal Lucy lalu memeluk tubuh Ryan dari arah belakang.

Tangan Lucy dipegang. "Tiada apalah. Hanya tentang kerja I aje."

"Jomlah tidur," ujar Lucy sambil merengek manja menginginkan sesuatu.

"Okey," balas Ryan lalu merebahkan badannya kembali diatas tilam setelah meletakkan telefon bimbitnya diatas meja.

Rambut yang menutupi wajah Lucy diselak ke belakang telinga. Dia mencium pipi Lucy. Sejak perkenalan di kelab beberapa minggu yang lalu. Hubungannya dengan Lucy semakin mesra. Kini Lucy menjadi teman wanitanya. Kehadiran Lucy menghilangkan kesunyiannya sementara tinggal di Kuala Lumpur.


"I LOVE YOU TOO," ujar Arra dengan perlahan.

Walaupun ucapan itu dilafaz dengan suara yang perlahan, namun masih mampu didengari oleh Hairi. Entah mengapa terbit rasa cemburu apabila mendengar ayat itu dilafazkan untuk lelaki lain. Jauh di dalam sudut hatinya masih menaruh hati kepada Arra.

Buku nota ditutup. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu merebahkan badan diatas katil. Telefom bimbit dicapai. Foto Arra yang masih tersimpan di dalam memori telefonnya dilihat. Banyak foto gadis itu diambil tanpa pengetahuan Arra.

Fikirannya mula mengimbau kembali perbualannya dengan Arra beberapa hari yang lalu. Sejak hari itu, dia tidak lagi berjumpa dengan Arra. Malah, dia berusaha mengelak daripada terus bertembung dengan Arra yang kini telah menjadi isteri orang lain.

"Sebelum Hairi nak cakap. Firstly Hairi nak minta maaf jika mengganggu Arra."

"Okey. Cakaplah," gesa Arra. Dia tidak selesa berdua dengan Hairi dalam jangka masa yang lama.

"Ermm... Tahniah Arra," ujar Hairi memulakan bicaranya. Entah kenapa lidahnya terasa kelu untuk bersuara ketika ini. 

Arra mengerutkan kening. "Tahniah untuk apa?"

Hairi mengetap bibir. "Tahniah atas perkahwinan Arra. Selamat pengantin baru," ujarnya sambil tersenyum. Walaupun senyuman itu terasa amat pahit baginya.

"Terima kasih. Dah lama lah. Arra ni bukan pengantin baru dah," ujar Aril sambil ketawa kecil.

Suara Arra ketawa Arra menyakitkan telinga Hairi. "Tapi...,"

"Arra minta maaf," ujar Arra menghentikan Hairi daripada meneruskan ayatnya. "Seperti yang Arra pernah cakap dulu. Arra hanya anggap Hairi kawan aje," ujarnya apabila mula mengerti apa yang ingim dibicarakan oleh Hairi. "Arra harap Hairi faham status diri Arra sekarang."

Lidah Hairi mula kelu. Dia mengeluh kecil. Wajah Arra dipandang. Arra kelihatan sangat cantik apabila memakai tudung. Tapi sayang kecantikan Arra itu tak mampu dimilikinya lagi. Perasaan sayangnya terhadap Arra masih utuh di dalam hatinya. Melepaskan insan yang disayangi tidaklah begitu mudah seperti mencurahkan air ke lantai.

"Hairi harap janganlah Arra membenci saya kerana hal ini."

Arra menggelengkan kepalanya. "Arra tak pernah bencikan Hairi. Kita kan kawan."

Hairi menganggukkan kepalanya. Hatinya berasa lega mendengarnya. "Semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya."

"InsyaAllah," balas Arra sambil tersenyum. "Arra doakan Hairi akan menemui insan yang jauh lebih istimewa daripada Arra."

"Amin," balas Hairi perlahan. Dia harus akui kebenarannya. Arra kini telah bergelar isteri kepada lelaki lain. Suka atau tidak dia harus menerima kenyataan ini. 

"Janganlah menaruh harapan lagi kepada Arra. Mungkin saya bukanlah jodoh yang terbaik untuk awak, Hairi."

Hairi hanya tunduk memandang meja. Perasaan malu mula menyelubungi hatinya ketika ini. "Maafkan saya, Arra. Saya..."

"Maafkan saya kerana tidak dapat membalas perasaan cinta awak. Kini hanya Aril, suami yang saya sayangi dan saya cintai. Assalamualaikum," ujar Arra lalu bangkit dari tempat duduknya dan melangkah meninggalkan Hairi.

"Waalaikumussalam," jawab Hairi perlahan.

"Allah!" kata Amir apabila barang-barangnya jatuh di atas lantai.

Suara Amir mengejutkan Hairi daripada lamunannya yang panjang. Telefon bimbit segera diletakkan dibawah bantal. Dia tidak mahu Amir mengetahui dia melihat foto Arra lagi.

"Kau dari mana ni?" soal Hairi apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.

"Dari rumahlah."

"Selalu kau datang awal? Kenapa lambat pulak hari ni?" soal Hairi lagi lalu bangun daripada pembaringan.

"Aduh penatnya," ujar Amir lalu merebahkan badannya diatas katil bagi menghilangkan rasa letih. "Kereta aku rosaklah. Bukan main lambat lagi mekanik nak datang."

"Rosak dekat mana?"

"Dekat depan pintu gerbang negeri Terengganu. Jenuh aku menunggu."

"Kenapa tak call aku?"

"Phone bateri habis. Itu yang lambat tunggu mekanik sampai sebab tak jumpa cari aku dekat mana?"

"Itulah. Phone pandai guna aje. Cas tak reti. Kan dah mendapat."

Amir bangkit daripada pembaringan lalu mencapai tuala. "Ikutlah suka hati kaulah, Hairi nak kata apa pun. Aku nak mandi sekejap. Lepas tu nak tidur," ujar Amir lalu melangkah keluar dari bilik menuju ke bilik air.

Hairi mengambil telefon bimbitnya dibawah bantal. Setelah memastikan Amir tiada, dia kembali melihat foto Arra buat kali terakhir. Dia mengeluh perlahan. Butang 'delete' ditekan. Semua foto Arra telah dipadamkan. Dia kembali merebahkan badannya diatas katil. Kini foto Arra telah tiada di dalam memori telefonnya. Namun, wajah Arra masih terbayang diruang matanya. Dia memejamkan matanya berusaha melupakan Arra. Akhirnya

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu