Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 1

"Arghhhh!" Jerit Ain terkejut melihat Arra 

dihadapan pintu bilik. Dia segera menutup wajahnya dengan kedua belah tangan. 

"Woi! Akulah... bukan hantu?" Kata Arra sambil mengoncangkan bahu Ain.

Ain perlahan-lahan membuka matanya. Dia menepis tangan Arra lalu menunjal dahi Arra dengan tangannya.

"Kau ni dah kenapa tonyoh kepala aku!" marah Arra.

"Yang kau pakai bedak sejuk malam-malam ni kenapa?" Soal Ain sambil mengurut dadanya yang masih lagi terkejut dengan wajah sahabat baiknya itu.

Arra duduk di atas kerusi. "Ikot suka hati akulah. Selalu kau tak kisah pun? Kenapa tiba-tiba banyak songeh pulak?"

Ain menjeling marah. "Macam mana aku tak bising, cuba tengok rambut kau?"ujar Ain.

Arra mula tersengih apabila melihat wajahnya di dalam cermin. Dia segera menyepit rambutnya semula. Dia tergopoh- goloh ingin ke tandas bagi melepaskan hajat sehingga terlupa rambut yg kusut masai ketika itu. 

"Kalau ikat kemas tak apalah jugak, ni kusut masai. Kau tak rasa dah macam hantu Kak Limah ke?"

"Amboi mulut takde insurans erk... nak sangat ke jumpa hantu? Malam ni malam jumaat tau...?" usik Arra.

Ain segera medekati Arra. 'Hoi janganlah usik. Aku dahlah nak pergi toilet tadi. Terperanjat kat kau punya pasal lah ni sampai terlupa dah nak buat apa?.' omel Ain lalu segera melangkah keluar dari dalam bilik.

"Hati-hati tau. Jangan sampai jumpa hantu Kak Limah?" Usik Arra lagi.

"Arra!!!!?"dari jauh kedengaran suara Ain menjerit namanya dengan nada marah.

Arra hanya mampu tersenyum. Dia sering mengusik Ain. Mereka sudah seperti adik-beradik. Walaupun perkenalan mereka hanya ketika pertama kali dia menjejakkan kaki di UiTM Dunggun Terengganu ni. Arra seorang gadis yang peramah dan mudah bergaul dengan orang yang baru dikenalinya. Mereka mula rapat sejak semester pertama kerana tinggal di hostel dan berkongsi bilik yang sama. Segala suka duka yang berlaku dikongsi bersama sepanjang dua semester yang lalu.


"AIN, semalam kau jumpa hantu impian kau tak?" usik Arra sambil tersengih.

Ain menggumpal kertas lalu membalingnya ke arah Arra. "Kau kan sehari tak usik aku memang tak sah?" balas Ain dengan nada geram.

"Kenapa?"Soal Hairi kebingungan.

Ain menjeling marah. "Tak ada apalah. Urusan orang perempuan je."

Arra tersenyum sambil menepis rambut yang menutupi wajahnya. "Alah, malu konon. Kenapa tak ngadu je dekat buah hati kesayangan". ujar Arra sambil mengenyit mata dekat Ain.

Ain segera bangkit daripada tempat duduknya lalu mendapatkan Arra. Dia mencubit pinggang gadis itu sehingga Arra tak berpeluang menepisnya. Arra bangkit daripada tempat duduk dan berlari mengelilingi kawasan taman. Ain tak berhenti membebel. Dia kelihatan betul-betul marah dan geram dengan perangai Arra yang suka mengusiknya.


HAIRI tak berkelip memandang wajah Arra. Kebanyakan gadis di kampus menyukai dan menyatakan cinta kepadanya kerana wajahnya yang seiras dengan artis tempatan iaitu Aiman Hakim Ridza. Tetapi ketampanannya itu tak mampu memikat hati seorang gadis yang bernama Arra. Keayuan jelas kelihatan daripada penampilannya yang begitu sopan. Sesiapa sahaja pasti jatuh hati dengan sikap peramah dan kelembutan yang ditunjukkan oleh gadis itu. 

"Hoi," sapa Amir sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah sahabatnya itu.

Hairi mengalihkan pandangannya. "Kenapa?"

Amir melabuhkan punggungnya di atas bangku. Pandangannya turut tertumpu kepada dua orang gadis yang sedang berkejaran. Kekadang kelihatan macam budak-budak. "Bunga yang mana buat hati kau bergetar tu?" usik Amir sambil tersenyum ke arah Hairi.

"Apa maksud kau? Aku tak fahamlah," balas Hairi. Dia pura-pura tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Amir lalu kembali membuat latihan bagi persedian untuk menduduki peperiksaan akhir semester tiga.

"Hurm... tak faham ke atau saja buat- buat tak faham. Aku nak bagi cadangan sahaja. If kau suka dekat dia. Lebih baik berterus terang daripada mememdam rasa. Jangan sampai satu saat nanti melepas baru nak menyesal". ujar Amir perlahan tapi penuh dengan makna. 


"KAU sengaja nak buat aku malu kan?"ujar Ain sambil mengeletek Arra.

"Aku cakap perkara yang betul," ujar Arra sambil menepis tangan Ain.

Wajah Ain mula kemerahan menahan malu. Tiada siapa yang tahu isi hatinya tentang Hairi. "Kau baca diari aku erk?" teka Ain.

Arra mula melangkah menjauhi Ain lalu tersenyum. "Ermm... secara tak sengaja."

Terkejut Ain mendengarnya. Ain mengempal tangannya menahan marah lalu mengejar Arra. Mereka berkejaran ke sana sini sehingga Arra terjatuh. "Padam muka,"ujar Ain lalu meninggalkan Arra.

Ain menghampiri Hairi lalu mengemas barang-barangnya. "Hari dah petang, Ain balik hostel dulu", ujar Ain perlahan. Walau di dalam hatinnya merintih meminta Hairi menahannya daripada pergi. Namun, setelah dia melangkah meninggalkannya. Hairi bukan menghalang dia berlalu pergi, tetapi bangkit dari tempat duduknya lalu mendapatkan Arra.

"Awak okey ke?" Soal Hairi lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Arra berdiri semula.

Arra melihat wajah Ain yang sedih. Dia mengerti akan perasaan Ain ketika itu. Arra tidak menyambut huluran tangan Hairi, dia bangun dengan sendirinya. "Maaf, saya okey je,"ujar Arra sambil menyapu pasir pada tangannya.

"Eh, tangan awak lukalah," ujar Hairi lalu menarik tangan Arra dan membalutnya dengan sapu tangan kecil miliknya.

Arra terkesima. Tindakan spontan Hairi membuatkannya terkejut. Lidahnya tiba-tiba kelu. Namun, Arra tidak mahu fikir perkara yang tidak sepatunya. Dia segera menanggalkan sapu tangan Hairi yang membalut luka. Arra segera melangkah meninggalkan Hairi. Suasana kampus pada waktu petang terlalu sepi. Tanpa membuang masa Arra mengambil buku lalu meninggalkan Hairi tanpa pamit. Di dalam fikirannya ketika itu hanya memikirkan perasaan sahabatnya Ain.

"Arra!"panggil Hairi.

Panggilan Hairi tidak dihiraukan oleh Arra. Hairi hanya mampu melihat gadis itu berlalu pergi sehingga bayangan susuk tubuh Arra sudah tidak kelihatan lagi oleh matanya.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu