Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 38

"ABANG tak sempat nak lunch dengan sayang hari ni," ujar Aril dihujung talian.

Arra mengeluh kecil. "It's okay abang," balasnya. Dia faham akan kerja Aril. Tidak semestinya dia mampu menemani ya setia masa. Adakalanya dia perlu belajar berdikari tanpa suami di sisi.

"Abang minta maaf," ujar Aril lagi dengan nada sedih. Dia telah berjanji mahu membawa Arra ke kedai makan yang diingini oleh isterinya.

"Sayang faham. Abang janganlah risaukan sayang. Hari ni sayang lunch dengan rakan sekerja."

"Okey, abang ada meeting time lunch nanti. Itu yang tak dapat nak bawa sayang lunch kat Zie's Corner."

Arra menelan air liur mendengarnya. Maklumlah sudah lama keinginannya ingin menikmati hidangan di restouran itu. Sejak hamil selera makannya bukan main bertambah lagi. Setiap hari ada saja kedai-kedai makan yang baru ingin dicuba. Aril pula tidak pernah membantah keinginanan. Malah cuba menunaikan segala yang dihajati. Kekadang rasa bersalah turut menyelubungi hatinya kerana terlalu manja apabila segala kehendaknya dipenuhi.

"Kedai tu malam pon buka. Kita pergi lain kali pun tak apa," balas Arra cuba menyedapkan hati suaminya.

"Okeylah begitu. Jumpa petang ni. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Arra lalu mematikan talian telefon.

"Sayang betul husband Arra kan," ujar Rosnani menyapa Arra yang sedang ralit menjahit baju. "Tak dapat lunch sama-sama sempat lagi call."

Arra menoleh ke arah Rosnani. Dia tersenyum kecil. "Alhamdulillah. Aril dah janji nak bawa lunch kat bandar hari ni. Bila dah busy itu yang dia call cakap tak sempat. If tak ada janji apa-apa dia tak call pon."

"Untungnya Arra. Akak ni dah bertahun kahwin nak lunch sama-sama dengan husband susah sangat," ujar Anita rakan sekerjanya.

"Aaalah.... Arra ni bertuah sangat dapat suami yang baik macam Aril," celah Lia pula.

Wajah Arra kemerahan apabila semua rakan sekerjaya mula memuji Aril. "Alhamdulillah. Semua pasangan kita baik. Kadang kala waktu yang tak sesuai kot untuk bersama. Jika tak dapat lunch. Masih boleh dinner sama-sama kan?" 

"Betul cakap Arra tu," ujar Rosnani. "Selalunya dinner memang akan makan sama-sama. Lunch tu bukan tak ada. Tapi tak dapat selalulah. Contoh hari minggu boleh lah," jelasnya.

"Ya, akak pon sama," celah Anita pula. "Waktu bekerja memang lah tak sempat nak lunch sama-sama. Kerja kan. Time cuti tu boleh lah."

"Arra memang bersyukur sangat dikurniakan suami macam Aril. Walaupun kita orang pernah  PJJ dulu," ujar Arra. "Mungkin sekarang ada masa bersama itu yang sebolehnya dia nak berkepit memanjang," jelasnya sambil tersenyum kecil sambil membayangi wajah Aril.

"Owh... Arra PJJ kenapa?" Soal Lia.

"Student kan. Arra tinggal kat hostel."

Lia menganggukkan kepalanya. "Owh. Begitu."

"Ramai ke student yang dah kahwin? Maklumlah akak ni belajar dekat IKBN sahaja."

"Nak kata ramai itu tak pasti lah pulak. Student ni tak suka hebohkan status dia orang. Hanya beberapa orang saja yang Arra tahu."

Lia meneliti jahitan baju Arra. "Kemasnya Arra jahit silang pangkah ni," pujinya.

"Terima kasih," balas Arra lalu melipat baju yang telah siap dijahit. Dia mengambil sehelai blouse yang seterusnya.

"Tak nak lunch ke?" Soal Lia apabila melihat jam telah menunjukkan angka 1.

"Nak. Akak nak pergi kedai dah ke?"

"Aaa. Biasa nanti mesti ramai orang bila lambat. Akak nak solat Zohor pulak nanti kan?"

"Akak pergi dulu. Arra nak solat Zohor dulu baru nak makan."

"Okey. Akak pergi dulu ya," ujar Lia lalu meninggalkan Arra di dalam butik. 

Pekerja lain jugak tidak ketinggalan. Waktu begini sememangnya mereka keluar rehat tengah hari. Arra menyambung kerja sehingga siap sementara menunggu Azan Zohor berkumandang. Setelah beberapa minit dia selesai menjahit sehelai blouse. Baju yang telah siap dijahit disangkut pada ampaian yang telah disediakan. Tanpa membuang masa dia segera ke ruang solat bagi menunaikan solat Fardhu Zohor. 


ENJIN kereta dimatikan. Aril melihat jam baru menunjukkan pukul 1.30 petang. Tanpa membuang masa dia segera melangkah keluar dari dalam perut kereta. Dia melangkah menuju ke arah kedai makan yang bertentangan dengan tempat kerja Arra. Walau dalam kesibukan kerja di ofis. Isteri tetap menjadi keutamaannya.

Aril tersenyum melihat Arra dari jauh. 

Keceriaan di wajahnya mula pudar apabila melihat agenda yang tidak diingini. Arra kelihatan sedang bergelak ketawa bersama seorang lelaki. Langkah kakinya terhenti dan berasa kaku untuk meneruskan langkahnya menghampiri Arra. Hatinya bergelora menahan rasa cemburu yang mula menguasai dirinya. 

Dia kembali ke arah kereta. Tanpa berlengah dia meninggalkan tempat itu dengan hati yang terluka dan penuh tanda tanya. Adakah isterinya masih menaruh perasaan terhadap lelaki itu. Soalan itu mula bermain di dalam benaknya.

"Patutlah happy aje bila call tadi cakap tak jadi nak lunch sama-sama," ujar Aril perlahan sambil menghentak tangannya pada stereng kereta.

"Jantan tu pun satu. Macam tak ada perempuan lain nak dipikat. Isteri aku jugak nak digoda!" Omel Aril dengan nada marah.

Akhirnya dia kembali ke pejabat sebelum waktunya. Dia menghela nafas panjang. Kemesraan yang dilihat sebentar tadi masih terbayang di ruang matanya. Hatinya bagaikan dihiris-hiris apabila menyaksikan kemesraan mereka berdua. Entah mengapa dia tidak kuat menghadapi perasaan cemburu yang mula menguasai dirinya.


TELEKUNG disangkut pada almari setelelah menunaikan solat fardhu Maghrib. Dia mengerling ke arah pintu bilik. Selalunya Aril akan mengajaknya solat berjemaah tetapi tidak pula pada kali ini. Dia sendiri hairan dengan sikap Aril sejak petang tadi. Sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab. Kadang-kadang diam. Entah di mana silapnya, Aril mula bersikap dingin dengannya.

'Kenapa dengan abang erk?' desis hati kecilnya. Arra melabuhkan punggungnya di atas tilam. Dia mengeluh kecil. Kepalanya mula runsing memikirkan perubahan Aril. "Auch," Arra mengadu kesakitan apabila merasakan tendangan bayi yang agak kuat. Dia mengusap perutnya yang semakin membesar.

"Baby lapar ke?" Soalnya perlahan. "Kejap lagi kita makan okey," sambungnya. 

Matanya terarah pada satu beg kecil yang berada di atas meja. Dia mengambil beg itu lalu membukanya. Dia tersenyum melihat isi di dalamnya. Terdapat tiga pasang baju yang berlainan warna. Ada juga mainan dan beberapa barang yang lain. 

"Terima kasih Hairi."


"ASSALAMUALAIKUM," sapa Hairi sebelum duduk di atas kerusi berhadapan dengan Arra.

"Waalaikumussalam," jawab Arra lalu meneguk air. Dia agak terkejut dengan kehadiran Hairi ketika ini. "Hairi? Awak dari mana? Tak ada kelas ke hari ni?" Soalnya hairan.

"Banyaknya soalan," balas Hairi sambil tersenyum.

Arra meletakkan sudu. Seleranya terhenti seketika. Sukar untuk menikmati makanan sambil bercakap. "Sorry. Tak sangka jumpa awak kat sini," jelasnya.

"Hairi menganggu ke?"

"Eh tak pun. Arra tengah lunch. Awak tak makan ke?"

"Tak apalah. Lagipun saya singgah sekejap aje. Memang plan nak jumpa Arra sebelum balik kampus," jelas Hairi tujuan asalnya menemui Arra ketika ini.

"Nak jumpa Arra? Untuk apa?"

Satu beg kertas dihulur kepada Arra. "Nak bagi hadiah dekat baby. Lepas ni tak sempat jumpa dah. If ada pun mungkin masa konvo."

"Terima kasih," balas Arra lalu mengambil beg yang diberikan oleh Hairi. "Susah-susah ajelah."

"Tak susah pon. Hairi pilih random aje sebab tak tahu jantina baby. Harap Arra sukalah dengan pemberian ni. Anggap aje ini rezeki baby."

"Thanks. Tapi macam mana tahu Arra kat sini?" Soal Arra hairan apabila Hairi mengetahui di mana dia praktikal.

"Sebelum ni Ain ada bagi tau Arra praktikal area sini, masa wedding hari tu."

"Oh ya ke?" Ujar Arra tanda faham. "Kuliah tak ada ke hari ni?"

"Ada. Tapi satu subjek saja. Dah bagi tau lecturer tak dapat hadir. InsyaAllah petang nanti saya balik ke kampus." 

"Owh." Arra mengganggukkan kepalanya tanda faham.

"Eh makanlah. Hairi ni mengganggu kan. Kesian baby lapar," seloroh Hairi sambil ketawa kecil.

"Tak apa. Segan pulak makan sorang-sorang. Hairi tak nak makan ke? Rugi tau tak rasa makanan kat sini sedap."

"Okeylah. Hairi nak tengok menu yang ada," ujarnya lalu mengambil nasi dan lauk pilihan yang ada. Kedai Semarak Corner menyediakan makanan tengah hari dengan pelbagai juadah. 

Usai mengambil nasi dan lauk. Hairi kembali duduk dan menikmati menu makanan tengah hari bersama. Pelbagai topik dibualkan. Mereka berbual panjang dengan mesra tanpa menyedari ada sepasang mata sedang memerhati dari jauh.

"Ada nasi kat pipi." Kata Arra sambil menunding jari ke arah pipi Hairi.

Hairi segera menyapu nasi yang berada pada pipinya seperti yang diberitahu oleh Arra. Tanpa segan Arra mengambil nasi yang berada di pipi Hairi apabila tindakan lelaki itu tidak mengenai sasarannya.

Tindakan Arra membuat jantung Hairi berdegup kencang. Dia tersenyum sendirian mengenangkan sikap Arra yang spontan. Perasaan yang aneh segera ditepis. Dia sudah menerima kenyatan bahawa gadis yang bernama Arra tidak mmpu dimilikinya.

Angin kuat berlalu secara tiba-tiba menerbangkan tudung yang dipakai oleh Arra. 

"Kuatnya angin?" 

"Nak hujan agaknya," tambah Hairi pula lalu menyuapkan nasi ke dalam mulut. "Tudung?" Tegur Hairi apabila melihat tudung Arra yang diterbangkan oleh angin.

"Hurm?"

"Tudung awak ditiup angin," ujar Hairi lalu membetulkan tudung Arra.

"Thanks," balas Arra. Perasaan segan mula menyelinap di dalam hatinya dengan tindakan Hairi.

Krekkk. Bunyi pintu bilik dibuka menyedarkan Arra daripada lamunannya yang panjang. Dia melihat Aril melangkah masuk ke dalam bilik air. Arra mengemas kembali hadiah yang diberikan oleh Hairi. Dia hanya memerhati tingkah laku Aril ketika ini. Aril membentangkan sejadah bagi menunaikaj solat Fardhu Isyak. Arra melihat jam pada dinding. Dia tidak sedar akan waktu yang berlalu. 

"Abang tadi Hairi datang jumpa Arra. Dia bagi hadiah untuk baby. Cuba abang tengok baju ni? Cantikkan?" Ujar Arra sambil menunjukkan baju yang dibelikan oleh Hairi. Maklumlah mereka belum membeli barang keperluan baby dengan lengkap lagi.

Aril hanya memandang tanpa menjawab. Usai menunaikan solat fardhu Isyak. Dia berlalu meninggalkan bilik setelah melipat sejadah. 

Arra menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sikap Aril menimbulkan tanda soal. Dia meletakkan kembali hadiah yang diberikan oleh Hairi di atas meja. Dia bangkit daripada tempat duduknya dan menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah.

Ruang tamu kelihatan kosong. Arra terus melangkah ke dapur. Kelihatan Aril tengah makan sesuatu. "Makan tak ajak sayang pun?" Ujar Arra seakan merajuk.

"Makanlah," ujar Aril lalu menghulurkan pinggan yang telah berisi nasi.

Arra senyum. Mereka menikmati menu hidangan makan malam bersama. Namun, perasaan janggal pula apabila suasana malam ni agak sunyi. Kebiasaannya ada saja topik perbualan mereka, tetapi tidak untuk malam ini. Hanya bunyi cengkerik yang menghiasi malam mereka.


RYAN merebahkan badannya di atas tilam. Nikmatnya apabila dapat baring di atas tilam yang empuk. Sejak beberapa bulan yang lalu sukar baginya mendapat tempat tidur yang selesa. Hidupnya huru hara. Ada saja pihak polis yang memantau gerak gerinya. Pergerakannya untuk ke sana sini agak terbatas. 

Dani yang banyak membantunya. Mujurlah ada kawan yang boleh diharapkan. Dia memandang syiling. Senyuman jahat mula terukir pada wajahnya. Kini dia telah mengenal pasti di mana Arra dan Melysa berada. Satu keluhan kecil dilepaskan. 

"Aku takkan lepaskan kau orang!" Ujar Ryan dengan penuh dendam yang membara di dalam hati. 

Wajah bahagia yang kelihatan pada Melysa menyakiti hatinya. Dia tidak akan berdiam diri selagi Melysa tidak melangsaikan hutangnya. Hanya dengan wang yang bakal diperolehi daripada Melysa akan membantu dia meneruskan pelarian dan kehidupan sehariannya.

"Dah mengandunglah pulak," ujar Ryan apabila mengetahui keadaan Arra ketika ini. "Rugi betul tak dapat rasa," Ryan mengetap bibir. 

Tubuh Arra yang cantik mula terbayang pada matanya. Keghairan mula dirasai. Namun, malangnya tubuh yang mengiurkan itu tidak dapat dimilikinya. "Tunggu hari pembalasan aku," kata Ryan sambil tersenyum sinis. "Aku takkan biarkan kau bahagia sedangkan hidup aku merana disebabkan kau orang!" Omelnya lagi dengan nada geram.


Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu