Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 3

Hairi mengeluh. Dia baru sahaja menghubungi Arra. Namun panggilanya tak dijawab. Dia merenung ke luar jendela. Kelihatan dua ekor burung hinggap diatas balkoni di hadapan biliknya. Dia tersenyum kecil. Burung itu kelihatan seperti dirinya dan Arra. Malu-malu untuk menyapa satu sama lain. Fikirannya terus memikirkan gadis itu. Dia tidak tahu mengapa gadis itu mula menghantui fikirannya.

Memori dalam perjalanan pulang ke hostel pada malam yang lalu masih segar dalam ingatannya. Itu lah kali pertama dia berbicara berdua dengan Arra. Kebiasaan Arra tak pernah berenggang dengan Ain. Dia mengambil kesempatan itu bagi mengenali diri Arra dengan lebih rapat lagi.

"Arra tunggu!"

Arra menoleh ke belakang. "Ada apa Hairi?"

Hairi menghulurkan plastik yang berisi air tin yang telah dibeli oleh Arra. "Awak tertinggal tadi," ujar Hairi sambil termengah-mengah kerana berlari mengejar gadis itu.

"Terima kasih," ujar Arra lalu mengambil plastik minuman itu. "Terkejut tengok dah lewat sampai terlupa," sambungnya sambil tersenyum.

Walaupun dalam kesamaran cahaya lampu. Senyuman Arra tetap jelas kelihatan membuatkan jantung Hairi berdebar-debar. "Sama-sama," balas Hairi. "Jom saya hantar awak balik ke hostel," ujar Hairi perlahan.

"Huh?" Arra terkejut mendengarnya. "Eh, tak apalah... saya boleh balik sendiri," ujar Arra menolak pelawaan Hairi. Dia segan berjalan berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim.

"It's okay. Saya just nak pastikan awak sampai kat hostel dengan selamat aje. Hari pun dah makin gelap ni. Tak elok anak dara jalan sorang-sorang malam-malam."

"Saya dah biasalah. Bukannya tak pernah jalan pada waktu begini masa kat kampung."

"Itu kat kampung. Sekarang awak kat kampus. Lagipun saya rasa menjadi tanggungjawab saya sebagai kawan untuk menghantar awak pulang," ujar Hairi dengan tegas. Dia berharap Arra tidak menolak pelawaannya. "Bimbang jugak saya biarkan awak balik seorang diri."

Arra memandang sekeliling. Suasana malam semakin gelap. Hanya bintang yang kelihatan di kaki langit. "Okey," jawab Arra lalu melangkah meneruskan perjalanannya ke hostel. 

Mereka berjalan perlahan-lahan. 

"Ermm... tadi saya ada call awak?" ujar Hairi mula bersuara. 

"Bila?" soal Arra pura-pura tidak tahu.

"Errr... dalam pukul lapan macam tu?"

Arra buat acuh tak acuh aje bila Hairi berkata begitu. Dia memikirkan alasan apa yang harus diberikan kepada lelaki itu. "Owh.. awak ke yang call tadi?" 

"Ya, tapi kenapa tadi awak cakap bukan ea?"soal Hairi menginginkan kepastian. Dia ingin mengetahui mengapa gadis itu tidak mengakui itu adalah dirinya.

"Masa awak call tu saya terlelap. Saya tengah mamai lagi, tu yang cakap bukan-bukan," balas Arra. 

Pleaselah stop soal aku macam-macam, omel Arra di dalam hati.

"Owh yeke? Patutlah awak tetiba letak phone."

Arra hanya menganggukkan kepalanya. Dia agak kekok berjalan berduaan dengan Hairi. Apatah lagi kini ketika waktu malam begini. Jika Hairi tidak menemaninya saat ini. Dia pasti sudah berlari menuju ke hostel.

Suasana sunyi seketika. Hanya bunyi cengkerik yang menghiasi waktu malam dan diiringi dengan langkah kaki mereka sahaja yang kedengaran.

"Arra..."panggil Hairi perlahan.

"Hairi..." Arra mula bersuara. 

Arra dan Hairi tersenyum. Suasana kembali kekok ketika itu. Hairi pura-pura batuk. "Arra cakaplah dulu," ujarnya perlahan.

Arra menoleh ke arah Hairi. Dia mengukirkan senyuman. Walaupun hanya disinari cahaya lampu yang agak malap, wajah Hairi tetap kelihatan kacak. 

Patutlah Ain jatuh hati dekat dia. Memang handsome, bisik hati kecil Arra. 

"Arra nak cakap tadi?" soal Hairi. 

Arra menggaru kepalanya yang tak gatal. Dia memikirkan alasan apa yang harus diberikan kepada Hairi agar tidak menghubunginya lagi selepas ini. "Ermm... kenapa awak call saya?" soal Arra. "Maksud saya, awak nak apa sebenarnya?" sambungnya lagi.

Hairi menarik nafas panjang sebelum berbicara. Dia tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi. Bukan senang nak memikat gadis secantik Arra. "Pertama kali saya nak mohon maaf terlebih dahulu," ucap Hairi berhati-hati dalam berbicara.

"Maaf?" ujar Arra sambil mengerutkan keningnya. "Kenapa?"

"Ermm... jika saya mengganggu awak?"

Arrra tersenyum sinis. Memang kau mengganggu sangat, omel hatinya. "Kalau saya cakap, saya takkan maafkan awak. Macam mana?" soal Arra lalu menoleh ke arah Hairi. Dia memberhentikan langkah kakinya. 

Hairi mula gelisah. "Ermm... Besar sangat ke, kesalahan saya sehingga awak tak mampu nak maafkan," ujar Hairi perlahan dengan nada sedih.

Arra memeluk tubuhnya. Dia berdiri menghadap Hairi. "Bagi saya besar sangat," balas Arra. "Awak dikira mengganggu privasi saya," jelasnya.

"Maaflah kalau saya mengganggu masa call hari tu?" ujar Hairi sambil menyusun sepuluh jari. "Saya janji. Selepas ini saya akan text awak dulu sebelum saya call. Boleh?" 

Arra menggelengkan kepalanya. "Degil!"

"Huh?"

"Saya tak suka cara awak. Entah dari mana awak dapatkan nombor telefon saya. Lepas tu awak sesuka hati call saya," Arra berhenti sejenak sebelum meneruskan bicaranya. "Nombor telefon saya hak peribadi saya. Tak semua orang ada nombor telefon saya. Termasuklah rakan sekelas saya hanya beberapa orang sahaja yang mengetahuinya," jelasnya. 

"Dan... mereka tak akan menghubungi saya sesuka hati jika tiada hal yang penting untuk diberitahu," ujar Arra dengan perlahan lalu membuka langkah kakinya untuk meninggalkan Hairi. 

Arra hanya tersenyum. Dia berharap Hairi tidak akan mengganggunya lagi. Apa yang dibicarakan hanyalah bohong. Dia tidak kisah jika lelaki itu mahu mengenalinya sebagai kawan. Tetapi dia harus memikirkan perasaan sahabat baiknya. Dia bimbang Hairi mempunyai niat lain dalam perkenalan mereka.

Hairi kehilangan kata-kata untuk bersuara. Dia segera berlari mendapatkan Arra yang sudah jauh meninggalkannya. Dia menghalang Arra dari memasuki ruangan hostel perempuan.

"Arra!"

Arra terkejut dengan tindakan Hairi tiba-tiba berdiri di hadapannya. "Awak nak apa lagi?" soal Arra sambil mengetap bibirnya menahan marah.

"Ermm.... saya... saya...," Hairi mula tergagap-gagap untuk bersuara.

"Saya apa?" ujar Arra mula meninggikan suaranya.

Hairi agak terkejut ketika itu. Dia tidak pernah mendengar Arra meninggikan suara kepada sesiapa ketika di dalam kampus. "Sejujurnya saya nak berkawan dengan awak," jelas Hairi. "Kita kan belajar dalam satu kampus. Tak salah kan kalau saya nak berkenalan dengan lebih rapat lagi." ujar Hairi meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Hati Arra mula terasa berdebar-debar apabila melihat Hairi begitu rapat dihadapannya saat ini. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak mahu perasaan yang tidak diingini mula merasuk hatinya. Entah kenapa pengakuan Hairi ingin berkawan dengannya terasa amat ikhlas.

Arra tiada pilihan. Keilkhlasan Hairi ingin berkawan dengannya jelas kelihatan. "Terima kasih sudi jadi kawan saya," balas Arra sambil tersenyum.

Hairi menarik nafas lega apabila hasratnya ingin berkawan dengan Arra disambut dengan senyuman yang sangat manis baginya. "Thanks Arra," ujar Hairi dengan rasa gembira.

"Tapi kawan sahaja. Tak lebih daripada kawan tau," ujar Arra lalu melangkah masuk ke dalam pagar hostel. "Terima kasih sebab temankan saya balik. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," jawab Hairi perlahan. Dia hanya mampu melihat Arra menaiki tangga menuju ke biliknya. Hatinya berbunga riang apabila Arra sudi berkawan dengannya.


"HOI, dah sampai ke bulan ke?" sapa Amir lalu merebahkan badannya di atas katil.

Sapaan Amir menyedarkan Hairi daripada lamunannya yang panjang. Dia melihat Jam sudah menunjukkan angka 3.00 petang. Hairi segera bingkas bangun dari tempat duduknya. Dia melangkah ke bilik air lalu mengambil wuduk. Dia hampir terlupa untuk menunaikan solat Zuhur.

"Kau dah solat?" 

"Dah." jawab Amir sepatah.

Hairi segera menunaikan kewajibannya sebagai muslim. Usai menunaikan solat Zuhur dia melipat sejadah lalu merebahkan badannya di atas tilam. Matanya mula berasa mengantuk.

"Kau dari mana Amir?"

"Aku baru siap study group dengan Ain dan Arra tadi," ujar Amir saja ingin mengusik Hairi.

Hairi bingkas bangun dari pembaringannya. "Kau tak cakap pun dengan aku nak lepak dengan dia orang!"

Amir tersenyum lalu ketawa sekuat hatinya. Lucu betul reaksi Hairi apabila mendengar nama Arra disebut. "Aku tipu ajelah," balas Amir sambil mengawal perasaan geli hatinya. "Aku baru balik dari kedai komputer. Kau kan tahu aku pergi repair semalam?"

Hairi mendengus marah lalu dicampaknya bantal ke arah Amir. "Mengusik aku lah tu," ujar Hairi dengan jelingan mata yang tajam. 

Amir bangkit dari pembaringannya. Dia mencampakkan kembali bantal milik Hairi. "Rindu kat Arra ke?" usik Amir lagi.

"Malas aku layan kau Mir. Baik aku tidur?" balas Hairi lalu mengiringkan badannya menghadap dinding. Panas hatinya apabila diusik oleh Amir. Entah kenapa dia tidak boleh mendengar nama Arra disebut. Dia teringin sangat bertemu dengan gadis itu selalu. 

Sejak Arra sudi menerimanya sebagai kawan. Mereka tidak sempat lagi berjumpa semula kerana sibuk dengan kuliah masing-masing. Arra pula tidak pernah menjawab panggilan telefonnya. Walaupun dia telah menghantar mesej terlebih dahulu. Itu pun tidak dibalasnya.


ARRA hanya melihat telefonnya yang tidak berhenti berbunyi menandakan mesej masuk. Dia tahu mesej itu dari siapa. Dia sengaja tidak membacanya. Dia mengeluh perlahan. 

Menyesal pulak aku bila setuju nak jadi kawan dengan dia, omel Arra. 

Kring! Kring! Kring! 

Arra hanya membiarkan sahaja telefonnya berbunyi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah empat kali Hairi menghubunginya. Namun, dia tidak pula menjawabnya.

"Kenapa tak jawab?" soal Ain sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Dia baru selesai mencuci pakaian. Maklumlah hari ini, hari minggu. 

"Malaslah. Kaulah aje yang jawab," ujar Arra lalu merebahkan badannya di atas katil.

"Aku?" soal Ain sambil menunding jari ke arah dadanya.

Arra tersenyum. Telefonnya berbunyi lagi. Arra bingkas bangun lalu mengambil telefonnya di atas meja. Dia segera menghulurkan telefonnya kepada Ain. "Please! Kau bagilah alasan apa-apa?" ujar Arra meminta Ain menolongnya menjawab panggilan daripada Hairi.

Ain mendengus geram. "Okey," balas Ain lalu mengambil telefon Arra dan menjawab panggilan Hairi.

"Hello, Assalamualaikum Arra," ujar Hairi perlahan. Dia mula gembira apabila Arra sudi menjawab panggilannya kali ini.

Ain hanya melihat Arra ralit membaca novel. Amboi seronok kau baca novel. Hairi kau minta aku layan. Hurggghh!!! Hati Ain berbicara geram. 

"Hello, Arra?!" panggil Hairi dihujung talian apabila salamnya tidak dijawab.

"Ya, Waalaikumussalam," jawab Ain.

"Ermm.... buat apa tu? Kenapa saya mesej tak balas pun. Arra busy ke?" soal Hairi walaupun dia agak hairan dengan suara yang didengarnya seperti bukan suara Arra. Namun, dia hanya menidakkan dan yakin itu adalah Arra kerana dia menghubungi Arra bukannya orang lain.

Hurmmm... pasal Arra, kau sibuk nak tau. Aku yang suka dekat kau lah. Tapi sikit pun kau tak nak pandang, bebel Ain di dalam hati.

Ain pura-pura batuk. "Ermm... maaf ya Hairi. Arra tak ada." 

"Tak ada? Saya bercakap dengan siapa?"soal Hairi. Hancur harapannya ingin mengajak Arra keluar study di taman petang ini.

"Ain. Saya teman sebilik Arra."

"Owh, ya ke? Arra tak ada, pergi mana? Takkan dia keluar tak bawa phone?"

Banyak soal betul. Orang cakap tak ada tu. Tak ada lah. Susah betul layan mamat poyo ni, getus hati Ain. Geram kerana harus melayan karenah Hairi.

"Encik Hairi, untuk pengetahuan awak. Arra pergi cuci baju. Lupa ke hari ni kan hujung minggu. Kerja kita orang mendobilah!" jelas Ain lalu mematikan talian.

Ain mencampak telefon ke arah Arra. "Lepas ni jangan suruh aku jawab lagi."

Arra meletakkan novel di atas meja. "Dia cakap apa?"

"Stress aku nak jawab soalan dia. Kau mana? Pergi mana? Kenapa tak bawah phone? Macam-macamlah?"

Arra hanya tersenyum mendengarnya. "Sebab itulah aku malas nak jawab call dia. Padahal aku dah cakap jangan call. Tapi degil. Call jugak. Tu yang aku biar aje phone tu bunyi," ujar Arra lalu mengikat rambutnya.

Ain menekan perutnya yang mula terasa sakit. Dia melihat jam ditangannya. Dia berjanji ingin menemui seseorang hari ini. Dia meminta tolong sepupunya membelikan barang keperluannya sementara untuk menduduki peperiksaan. Hanya dua minggu sahaja lagi dia di sini. Setelah itu dia boleh cuti panjang.

Arra melihat Ain dengan perasaan Hairan. 

"Kau ni dah kenapa?" Soal Arra apabila melihat Ain duduk menekan perutnya dari tadi.

"Perut aku memulas ni. Sakit sangat,"ujar Ain sambil mengerut wajahnya menahan rasa sakit.

"Pergilah tandas nak membuang lah tu."

"Tapi... ni bukan sakit nak berak!" balas Ain lalu menghampiri almari dan mengambil sekeping tuala wanita. "Nanti kalau ada orang call suruh dia tunggu kejap," pesan Ain lalu menuju ke tandas.

"Okey," balas Arra. Dia bangkit daripada tempat duduknya. Matanya melihat sekeping foto ibu bapanya di atas meja. Tiba-tiba rasa rindu kepada orang tuanya. Tanpa membuang masa dia segera mengambil telefon bimbitnya. Namun, sebelum sempat dia mendail nombor ibunya. Telefon Ain berbunyi. 

"Abang Aril?" Arra segera menjawab panggilan itu. 

Usai berbicara dengan Aril. Dia segera melangkah keluar daripada biliknya.  Dia perlu menemui Aril dengan segera. Inilah Kali pertama dia mengambil barang milik Ain daripada keluarganya. Selalunya Ain akan ada bersama dia ketika ahli keluarganya datang menziarahinya di kampus. 

Kata Aril ada urusan penting. Dia tidak boleh lama di situ. Jadi dia meminta Arra datang menemuinya kerana dia ingin memberi sedikit wang buat Ain belanja tidak elok pula dia mahu meninggalkan wang tunai kepada pengawal keselamatan. Bukan tidak percaya. Tapi hanya berhati-hati.


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu