Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 9

Arra berenang-renang di dalam kolam. Dia berasa amat gembira ketika itu. Sudah lama dia tidak berlatih berenang. Dia mengambil kesempatan mandi di dalam kolam renang setelah diizinkan oleh Datin Sri Aida. Dia pernah menjuarai olah raga dalam acara renang ketika zaman sekolah dulu.

Arra mengambil peluang merehatkan mindannya dengan aktiviti berenang. Kini hanya dia seorang sahaja berada di dalam rumah. Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida keluar bekerja. Cik Nah pula akan pulang ke rumahnya pada setiap hari Khamis. Tukang kebun hanya datang tiga hari seminggu sahaja.

 "Wah bestnya kalau hari-hari macam ni," ujar Arra perlahan. 

Setelah hari semakin petang. Arra keluar dari kolam. Dia segera mencapai tuala dan melangkah ke dapur untuk menukar pakaiannya. Sebelum masuk ke dalam bilik air sempat lagi dia memasak air di dalam jug eletrik.

"Eh, mana pulak baju aku?"

Arra menepuk dahinya. Dia terlupa mengambil bajunya. Dia telah menyediakan baju untuk disalin dekat kolam mandi tadi tetapi dia hanya mengambil tuala sahaja.

Usai membilas badannya. Dia melangkah keluar daripada kamar mandi. Dia mengukirkan senyuman. "Nasib baik tak ada orang," ujar Arra lalu mengambil cawan di atas rak.

Dia menyanyi riang lagu didi.


La la la la

Didi di bilik mandi

La la la la

Mandi bersihkan diri

Didi suka mandi

Gosok tangan dan kaki

Gosok gosok lagi

Macam ni cara mandi


Tanpa disedarinya sepasang mata sedang memerhati tingkah lakunya ketika itu.


La la la la

Nana dah siap mandi

La la la la

Bau wangi sekali

Keringkan diri 

Lap dengan tuala mandi

Lap lap lagi

Macam ni lepas mandi


Arra mengambil jug eletrik yang baru siap dimasak lalu dituangkan ke dalam cawan yang sudah diletakkan serbuk minuman horlick.


La la la la

Kami dah pandai mandi hei

La la la la

Mandi bersihkan diri hei


Aril hanya tersenyum mendengarnya. Dia tidak tahu pula adiknya suka dengan lagu didi. "Sejak bila adik suka nyanyi lagu didi," sapa Aril sambil diselangi ketawa kecil.

Arra terkejut mendengar sapaan daripada seorang lelaki. Dia menoleh ke arah suara itu sehingga tidak sedar tangan kanannya yang memegang jug elektrik terjirus tangan kirinya.

Aril? Arra terkejut melihat lelaki itu kini berada dihadapannya.

Begitu juga dengan Aril. Dia menyangka itu adalah adiknya, Arisa.

"Auch!!!" jerit Arra apabila merasa sakit pada tangan kirinya.

Arra merentap tangannya yang terasa pedih dan meniupnya. Aril dengan spotan menarik tangan gadis itu itu ke sinki. Dia membuka pili air lalu menghulurkan tangan Arra yang melecur terkena air panas.

Arra merasa sedikit lega apabila tangannya terkena aliran air paip. Dia mengerling ke arah wajah Aril. Kemudian dia seakan teringat sesuatu. Dia melihat tubuhnya yang hanya dibaluti tuala ketika itu. Dia segera menarik tangannya lalu berlari meninggalkan Aril.

Aril terpinga-pinga dengan tindakan Arra. Dia cuba mengejar gadis itu sehingga di hadapan pintu bilik Arra. Dia mengetuk pintu bilik itu. Namun, Arra tidak menjawabnya.

"Arra." panggil Aril perlahan. Walaupun banyak soalan yang bermain difikirannya mengenai Arra.  Namun, kecederaan pada tangan gadis itu menghalangnya daripada bertanya lagi. Tanpa membuang masa dia segera mengambil peti kecemasan.

Arra mengunci pintu dari dalam. Dia meniup tangannya yang terasa pedih. Wajahnya merah menahan malu memikirkan Aril telah melihat auratnya. Dia segera memakai pakaian. Usai memakai baju dia mencari ubat yang boleh digunakan untuk merawat lukanya itu.

Arra mengeluh apabila dia tidak menemukan apa-apa ubat yang boleh digunakan di dalam bilik itu. Dia perlahan-lahan membuka tombol pintu. Sebelum sempat dia melangkah keluar tetiba tangan kanannya ditarik oleh seseorang.

"Duduk," arah Aril meminta Arra duduk.

Tanpa banyak soal Arra hanya mengikut arahan Aril. Kini persoalan di dalam fikirannya sudah terjawab. Ternyata Aril adalah sepupu Ain dan anak kepada Mak Long Ain. 

Aril mengambil ubat khas bagi merawat luka melecur lalu disapu pada tangan kiri Arra yang mula kemerahan. Arra hanya mampu menahan rasa sakit ketika Aril merawat lukanya itu.

"Lain kali hati-hati," ujar Aril perlahan sambil tersenyum.

Arra hanya menundukkan wajahnya menahan malu setelah apa yang berlaku sebentar tadi. "Terima kasih."

"Awak buat apa kat sini?" soal Aril ingin tahu mengapa Arra berada di dalam rumahnya.

Pon!!!! 

Bunyi hon kereta mengejutkan mereka. Arra bingkas bangun daripada tempat duduknya. Dia segera melangkah menghampiri pintu utama rumah. Dia melihat Datin Sri Aida sedang mengambil barang-barang keperluan masakan di dalam kereta.

Tanpa membuang masa Arra segera membantunya. Namun tangannya terasa sakit apabila ingin mengangkat barang-barang itu. Aril segera mengambil beg plastik daripada tangan Arra. 

"Tak perlu buat kerja kalau tangan sakit," kata Aril lalu mengarahkan Arra masuk ke dalam rumah.

"Eh tak apalah. Sikit aje."

Aril merenungnya dengan pandangan mata yang tajam. "Masuk rumah. Rehat."

Macam lah aku takut bila dia cerlung aku macam tu, desis hati kecil Arra lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

Datin Sri Aida tertanya-tanya apa yang telah berlaku. Bagaimana Aril mengenali Arra. "Kenapa dengan Arra?"

"Tangan dia melecur kena air panas tadi," jelas Aril lalu membawa masuk barang-barang yang baru dibeli oleh ibunya ke dapur.

Datin Sri Aida membontoti Aril ke dapur. "Teruk ke?"

"Taklah teruk sangat. Aril dah sapu ubat tadi," ujar Aril setelah meletakkan barang-barang di atas meja.

"Aril bila balik?"

"Baru aje sampai. Ermm... Arra buat apa kat sini mama?"

"Dia kerja kat sini? Kenapa?"

"Kerja? Sejak bila?" soal Aril Hairan. 

"Arra kerja kat sini sementara aje. Dah sebulan dia kat sini. Aril kenal Arra ke?" soal Datin Sri Aida hairan apabila anaknya menyoal tentang Arra. Kebiasaannya Aril tidak pernah bertanya tentang sesiapa yang bekerja di dalam rumah itu. 

Aril menganggukkan kepalanya. Dia hanya tersenyum lalu meninggalkan ruangan dapur. Dia ketawa perlahan apabila mengingati Arra menyanyi lagu didi tadi. Arra kelihatan comel apabila menyanyi lagu kesukaan kanak-kanak zaman sekarang.

Datin Sri Aida hanya mampu melihat Aril meninggalkannya. Walaupun dia hairan bagaimana Aril boleh mengenali Arra. "Arra tu kawan dia agaknya," tekanya sambil tersenyum.


AIN menjawab panggilan daripada Arra. Sudah lama dia tidak menghubungi sahabat baiknya itu. "Assalamualaikum bibik Arra."

"Bibik tu orang indonesia aje tau. Aku bukan bibiklah!" balas Arra dengan marah. 

"Amboi, garangnya. Jawablah salam dulu."

Arra mendengus marah. "Waalaikumussalam, Puan Nur Ain Farhana Binti Mahmud."

Ain pula meluak mendengarnya. "Sejak bila aku dah kahwin kau nak ber 'puan' dengan aku ni?"

Kedengaran Arra ketawa dihujung talian. "Owh, aku usik kau marah. Habis itu, kau usik aku boleh pulak?"

"Okeylah, sorry."

"Sorry naik lorilah."

"Hurm... Yelah Arra sayang oii..." ujar Ain sambil duduk bersila di atas tilam. "Kau apa khabar? Kerja okey?"

Arra mengeluh mendengarnya. "Kerja tak okey bila Aril ad kat rumah."

"Abang Aril? Kenapa?"

"Sampai hati kau tak berterus terang dengan aku yang Aril tu anak Mak Long?"

Ain menggaru kepalanya yang tak gatal. "Dah kenapa pulak ni? Aku tak fahamlah?"

"Kau jangan buat-buat tak fahamlah. Kau cakap kat aku, Aril sepupu kau kan?"

Ain menganggukkan kepalanya. "Ya, then?"

"Tapi kau tak cakap dia anak Mak Long!"

Ain mengigit jarinya. "A'aalah. Tapi kenapa kau nak marah?"

"Rumah ni dah jadi pesta perang kau tau tak?"

Ain ketawa mendengarnya. "Dah kenapa? Kau kerja kat sana dah nak masuk dua bulan kan?"

"Kau jangan nak gelakkan aku!" marah Arra apabila mendengar Ain ketawakan dia. "Aku kerja sini dah sebulan baru jumpa Aril?"

"Habis tu, kau call aku ni nak tanya pasal Aril ke?"

Arra mendengus marah. "Tak kuasa aku nak tahu pasal dia. Kalau kau cakap awal-awal lagi yang Aril tu anak Mak Long memang aku takkan terima kerja ni tau?"

Ain mengeluh kecil. "Aku tak tahu apa abang Aril dah buat dekat kau. Tapi kau sabar ajelah. Lagi dua minggu saja kau kat situ."

Arra diam seketika. Hurm... betul jugak kata Ain tu. Pejam celik, pejam celik dah dua bulan, desis hati kecilnya.

"Abang Aril tu penyayang orangnya. Baik, lemah lembut. Takkanlah dia kacau kau kot."

Loya tekak Arra mendengarnya. "Hughh... takda maknanya lemah lembut yang kau cakap tu. Apa yang ada, dia selalu sakitkan hati aku. Kacau aku nak buat kerja."

Ain tersenyum mendengarnya. "Aku rasakan Abang Aril saja nk usik kau tu. Jangan-jangan...?"

"Jangan-jangan apa? Dah kau jangan nak merepek yang bukan-bukan!" marah Arra dihujung talian.

"Aku agak aje. Mana tau jodoh kau dengan Abang Aril?"

"Kau jangan nak jadk tukang tilik lah Ain oiii. Dahlah malas aku layan kau. Assalamualaikum," ujar Arra lalu mematikan talian.

"Eh, Arra...?" Ain meletakkan telefon bimbitnya di atas bantal. "Waalaikumussalam," jawabnya perlahan. Arra memutuskan panggilan sebelum sempat dia menjawab salam. Ain hanya tersenyum mendengar luahan hati Arra sebentar tadi. 


ARIL melangkah menurunk anak tangga. Dia tersenyum melihat ibu bapanya dan Arra sedang menikmati sarapan pagi. Tanpa membuang masa dia mengambil tempat duduk disebelah Arra. Dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

Arra yang menyedari Aril duduk disebelahnya mula tidak selesa. Dia segera menghabiskan makanan di dalam pinggan. Kehadiran lelaki itu menyekat seleranya. Sejak Aril berada di dalam rumah dia terasa ada mata yang memerhati setiap perbuatan yang dilakukan olehnya.

"Makan perlahan-lahan nanti tercekik," ujar Aril memecah kesunyian pagi.

Arra tiba-tiba tersedak mendengarnya. Aril segera menghulurkan gelas yang berisi air kepada Arra. Gadis itu tidak pula menolak tetapi mengambil gelas itu lalu meminum air itu dengan perlahan.

Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida hanya menjadi pemerhati. Mereka saling berpandang sesama sendiri melihat telatah Aril dan Arra. Malah mereka amat menyenangi apabila Aril mengusik Arra. Sejak Aril pulang ke rumah ada saja ideanya untuk mengusik gadis kecil itu.

Kekadang ada juga sampai merajuk Arra dibuatnya. Seolah-olah mengusik Arra itu sudah menjadi kebiasaan buat Aril. Dato' dan Datin hanya menjadi pemerhati sahaja kelakuan mereka.

"Aril ni suka usik Arra." ujar Datin Sri Aida.

"A'aalah. Kesian kat Arra," tambah Dato' Sri Zainuddin pula.

"Mama papa ni asyik bela Arra aje. Apa kata Arra aje jadi anak mama papa?"

Arra menyiku lengan Aril. "Kalau saya jadi anak kepada mama papa awak? Habis tu awak nak jadi anak siapa?" soal Arra sambil merenung wajah lelaki itu.

"Saya tetap anak mama dan papa saya. Tapi awak jadi anak menantu boleh?" usik Aril sambil tersenyum.

"Mama setuju,"

"Papa pun,"

Dato' Sri Zainuddin dan Datin Sri Aida turut mengusik Arra. Malah mereka memang gembira jika Arra menjadi menantu dalam keluarga mereka.

Wajah Arra mula kemerahan bila diusik begitu oleh mereka. "Abah takkan izinkan Arra kahwin sebelum tamat belajarlah," ujar Arra sengaja berkata begitu bagi menghilangkan rasa malu yang bersarang dalam dirinya.

"Takpa. Abang Aril sanggup tunggu Arra tamat study," tambah Aril lagi sambil mengenyitkan matanya.

Arra bangkit dari tempat duduknya. Suasana yang sejuk mula terasa panas. "Mengadalah awak ni. Arra ke dapur dulu," ujarnya sebelum meninggalkan meja makan.

"Arra pergilah bersiap nanti kita keluar cari barang hantaran," Aril masih belum berhenti mengusik Arra.

"Aril sudahlah tu!" kata Dato' Zainuddin tegas. Dia tidak suka Aril mengusik Arra begitu seolah-olah dia menyukai gadis itu dalam diam.

"Bukan selalu pun pa, ma?"

"Tahu. Tapi nak mengusik pun ada tempatnya," ujar Dato' Zainuddin perlahan lalu bangkit dari tempat duduknya. 

"Betul tu Aril. Arra tu budak yang baik. Jangan usik macam tu lagi. Kalau ada jodoh tak ke mana. Mama pun tumpang gembira jika Arra jadi menantu," ujar Datin Sri Aida sambil tersenyum.

Aril hanya tersenyum mendengarnya. Dia mula mengingati mimpinya beberapa hari yang lalu. Setelah menunaikan solat istikharah berkali-kali memohon petunjuk mengenai hubungannya dengan Melysa. Tetapi dia bingung dengan mimpi yang dialaminya. Ketika itu dia masih berada di Melaka. Dia hairan mengapa gadis yang dilihatnya seperti Arra. Sehingga kini dia tertanya-tanya apakah maksud mimpi itu sebenarnya. 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu