Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
20,186
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 24

Rafiq memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah. Terdapat sebuah kanopi dihadapan rumah itu. Suasana pada petang itu agak sunyi kerana rumah ini terletak jauh sedikit dengan rumah orang lain. Melysa yang sedang lena disebelah dikejutkan.

"Mel, bangun."

Melysa mengeyeh matanya yang masih berasa mengantuk. Dia melihat ke luar tingkap. "Betul ke ini rumah dia?"

"Mengikut alamat yang aunty beri betul dah," ujar Rafiq setelah melihat alamat yang tertulis di dalam kertas.

"Tak nampak pun kereta Aril?" soal Melysa apabila kereta milik Aril tidak kelihatan dihadapan rumah itu.

"Ermm... apa kata kita tanya dulu?" ujar Rafiq lalu mematikan enjin kereta. Tali pinggang kereta ditanggalkan. 

"Okey," balas Melysa lalu membuka pintu kereta.

Rafiq memimpin tangan Melysa melangkah ke arah rumah yang tersergam indah dihadapan matanya. Rasa angin yang bertiup begitu dingin. Suasana kampung yang amat nyaman. Mereka memandang sekeliling jika ternampak bayangan penghuni rumah ini.

"Sunyi aje. Ada orang tak ni?"

"Kita bagi salam dulu?" ujar Rafiq lalu berhenti melangkah dihadapan anak tangga. "Assalamualaikum."

"Jom baliklah. Mel rasa kita salah rumah ni?" ujar Melysa mula gelisah apabila waktu petang mula merangkak ke waktu senja.

Rafiq menggenggam erat tangan Melysa bagi menenangkan hatinya. "Assalamualaikum," Rafiq memberi salam lagi.

"Waalaikumussalam," kedengaran suara seorang lelaki menjawab dari dalam rumah.

Rafiq melemparkan senyuman ke arah lelaki yang hampir sebaya dengan bapanya. "Betul ke ini rumah Arra?"

Encik Sufian menganggukkan kepalanya. "Ya, anak ni siapa? Kawan Arra ke?"

Rafiq memandang wajah Melysa. "Ya, kami kawan Arra. Dia ada kat rumah tak?"

"Dia keluar. Marilah masuk dalam rumah dulu," kata Encik Sufian mempelawa tetamu masuk ke dalam rumahnya. "Hari pun dah nak senja ni. Sekejap lagi Arra baliklah dengan suami dia."

Melysa teragak-agak ingin menerima pelawaan Encik Sufian. "Lain kalilah," ujar Melysa perlahan.

Rafiq menanggalkan kasutnya. "Abang nak sayang selesaikan hari ini jugak. Sampai bila nak biarkan Ryan terus mengganggu kita!" ujar Rafiq lalu menarik tangan Melysa masuk ke dalam rumah Encik Sufian.

"Siapa tu abang?" soal Puan Anisah sebaik sahaja keluar dari biliknya.

"Kawan Arra."

Puan Anisah tersenyum ke arah Rafiq dan Melysa. "Silalah duduk dulu. Mak cik ke dapur buatkan air sekejap."

"Eh takpelah susahkan mak cik aje," balas Rafiq segan.

"Tak susah pun. Tetamu kenalah dilayan," kata Encik Sufian pula.

Rafiq dan Melysa hanya tersenyum. Rafiq mula berbual-bual kosong dengan Encik Sufian bagi mengelakkan rasa segan di dalam hatinya. Melysa pula lebih baik diam daripada bebicara.


AISKRIM yang dibeli dinikmati oleh Aril. Dia melangkah keluar daripada kedai runcit. Bayangan Arra mula dicari. Dia tersenyum melihat Arra sedang membeli makanan. Suasana di sekitar pasar malam agak sesak dengan orang ramai. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di pasar malam. 

"Sayang beli apa tu?"

"Roti arab dengan mi hu sup."

"Banyaknya. Siapa nak makan ni?"

Arra tersengih. "Tak banyak pun. Sorang satu aje. Kak Long dan Kak Chik kan dah takde kat rumah."

"Owh. Abang bimbang membazir aje nanti."

"Biasa Arra beli banyak lagi tau," kata Arra lalu melihat Aril yang kini sedang menikmati aiskrim kon yang dibelinya. "Beli aiskrim satu je ke?"

"Sayang nak jugak ke?" ujar Aril lalu menghulurkan aiskrim dekat dengan bibir Arra.

Arra senyum. "Nak," balas Arra lalu mengigit aiskrim sehingga tinggal separuh sahaja lagi.

Aril terkejut dengan tindakan spotan Arra. "Amboi pantang bagi terus rembat."

Arra ketawa. "Jom beli sate," ujar Arra lalu menarik tangan Aril ke gerai yang menjual sate.

"Kak nak sate dua puluh ringgit," kata Arra memesan sate.

"Okey," balas penjual sate.

"Banyaknya."

"Sikitlah tu. Biase sekali beli lima puluh ringgit terus," ujar Arra sambil menunjukkan lina jarinya dihadapan Aril.

Aril menyuap aiskrim kepada Arra. "Sedaplah tu."

Arra mencubit perut Aril. Dia tersenyum kecil. Aril masih dengan sikapnya yang sering mengusik. 

"Amboi sweetnya," tegur Mak Cik Dibah..

"Mestilah mak. Pengantin baru katakan," ujar Nazril

Hai kenapalah boleh terserempak dengan mak cik bawang ni. Tak boleh tengok orang bahagia langsung, omel Arra di dalam hati. Dia menoleh ke arah suara yang menegurnya. 

"Ini suami Arra, Mak Cik Dibah?" balas Arra lalu memegang tangan Aril. "Bukan orang lain?"

"Kami tahulah korang suami isteri. Tapi tak perlulah tunjukkan kemesraan korang tu di tempat umum macam ni," kata nazril pula.

Aril kurang senang mendengarnya. Aiskrim yang tinggal sedikit segera dihabiskan. "Mak cik, tempat ni terbuka untuk sesiapa sahaja. Lagipun masih ada ramai lagi orang di sini dan bukan kami berdua aje," Aril mula berbicara. Dia membalas kata-katan Nazirl dengan 'mak cik' kerana tidak tahu nama lelaki asing yang berada dihadapannya.

"Mak Cik Dibah kenalkan ini suami saya," ujar Arra lalu menunding jari ke arah Aril. "Aril namanya," kata Arra memperkenalkan nama suaminya. 

"Apa yang hebat sangat tentang kamu ni, Aril? Sehingga Arra ni tolak lamaran anak mak cik?" soal Mak Cik Dibah mula mengungkit kisah lama. 

Aril terkejut mendengarnya. Genggaman erat tangan Arra menenangkan hatinya. "Takde lah hebat sangat. Kita semua hanya manusia biasa. Sama aje di sisi Allah."

Aril mengangguk tanda setuju. 

"Dah jodoh saya dengan Aril mak cik. Dulu saya tolak lamaran Nazril ni sebab baru aje habis SPM, takkan dah nak kahwin? Saya pun ada impian yang tersendiri. Takkan nak duduk terperuk dekat kampung aje?"

Nazril menjeling marah. "Hurm... inilah anak zaman sekarang. Dah tak sudi tinggal di kampung sendiri. Apa salahnya kalau duduk di sini dan bangunkan kampung kelahiran sendiri. Tak begitu mak?"

"InsyaAllah saya akan bangunkan kampung kelahiran saya sendiri suatu hari nanti. Mak cik pun kenalah turut membantu saya nanti."

"Aku ni dah tua. Apa sangat yang aku boleh tolong?"

"Tolong selalu lah datang ke rumah buat tempahan baju. Saya kan seorang pembuat pakaian wanita. Baju macam mana mak cik nak? Saya boleh aje buatkan khas utk mak cik," kata Arra sambil tersenyum bahagia. "Doa-doakanlah impian saya nak buka butik dekat kampung ni berjaya."

"Amin, insyaAllah sayang. Abang akan sentiasa doakan impian sayang tercapai," ujar Aril mencelah. Dia memandang wajah Nazril. "Bukan ke impian isteri saya salah satu cara membangunkan kampung sendiri?" sindir Aril. "Sebuah butik bakal dibina dengan nama Arra. Kampung kita bertambah maju apabila ramai orang luar tahu adanya sebuah butik di dalam kampung kita."

Wajah Nazirah dan Mak Cik Dibah mula rasa tidak selesa mendengarnya. Niat mereka ingin memalukan Aril dan Arra. Kini perkara sebaliknya pula yang terjadi.

"Kamu ni kerja apa, Aril?" soal Mak Cik Dibah lagi.

Arra tersenyum di dalam hati mendengar soalan itu. "Kerja suami saya ni hebat sangat mak cik. Jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan kerja Nazril ni."

Panas telinga Nazril mendengarnya. "Kau jangan nak cuba hina aku!" kata Nazril dengan lantang lalu menunding jari ke wajah Arra.

Aril menarik tubuh Arra ke belakang. Dia tidak mahu perkara yang tidak diingin berlaku. Dia merenung tajam ke arah Nazril. "Jangan sesekali nak bercakap kasar dengan isteri saya," ujar Aril dengan lembut.

Arra bersikap tenang. Dia sudah faham dengan sikap panas baran Nazril. "Jika mak cik ada tanah berekar-ekar nak dijadikan pangsapuri. Bolehlah mak cik hubungi suami saya. Barulah dikatakan membangunkan kampung sendiri," ujar Arra dengan nada sindiran. "Kalau rasa rumah mak cik sekarang dah nak roboh. Suami saya boleh aje tolong binakan istana untuk mak cik sekeluarga," sambung Arra. 

Nah ambik kau! Dasar mak cik tua tak sedar diri. Hidup memang tak pernah senang kalau tak menjaga tepi kain orang, desis hati kecil Arra. Hatinya berasa sungguh puas dapat membidas setiap kata-kata Mak Cik Dibah yang terkenal dengan sikap bawangnya.

Wajah Mak Cik Dibah kemerahan apabila diperli begitu. "Jomlah balik Naz. Panas pula kat sini," kata Mak Cik Dibah sambil mengibas dadanya dengan tudung.

"Cuaca di waktu petang tidaklah sepanas mentari di waktu tengah hari. Rasanya hati mak cik yang terbakar,"ujar Arra sambil metawa kecil. "Sebab itu rasa panas sangat. Ibarat gunung berapi yang baru meletus."

Mak Cik Dibah terus berlaku meninggalkan Arra dengan perasaan marah.

"Sate dah siap Cik," panggil penjual sate.

"Abang tolong bayarkan sekejap," ujar Arra sambil membetulkan tudungnya. 

"Sayang ada nak apa-apa lagi ke?"

Arra gelengkan kepalanya. "Jom baliklah. Takde mood nk beli lagi," ujar Arra lalu melangkah menuju ke arah kereta.

Aril memegang tangan Arra yang mula melangkah menjauhinya. Dia mengeluh kecil. "Tak baik sayang cakap macam tu dekat mak cik Dibah?"

Arra menjeling marah. "Orang macam mak cik Dibah tu perlu di ajar," kata Arra dengan nada marah. "Biar dia tahu mulut dia tu bau longkang," sambung Arra dengan perasaan geram yang masih tersisa di dalam hatinya.

Aril mengusap belakang Arra bagi menenangkan hatinya. Dia tahu Arra marah dengan wanita tua itu. Namun, dia tidak suka apabila isterinya bersikap biadap dihadapan orang tua. Walaupun Mak Cik Dibah bersalah tetapi sebagai orang muda harus mengalah dengan orang tua.


RAFIQ melihat jam pada pergelangan tangannya. Sudah hampir setengah jam berlalu. Bayangan Arra dan Aril masih belum kelihatan. Dia memandang wajah Melysa disebelahnya.

"Jemputlah makan," kata Puan Anisah apabila melihat Melysa tidak menjamah kuih yang dihidang.

Rafiq menyiku lengan Melysa. "Makanlah dulu."

Melysa tersenyum pahit. "Kita datang sini bukan nak makan," bisik Melysa perlahan pada telinga Rafiq.

"Makanlah sikit jaga hati orang tua," balas Rafiq.

Melysa mengeluh kecil. Hatinya berasa berdebar-debar pula menanti kepulangan Arra. Dia mengambil kuih gulung lalu memakannya. "Arra pergi mana mak cik?" soal Melysa agar menghilangkan rasa janggal yang mula bersarang dalam hatinya.

"Katanya nak ke pasar malam sekejap. "

"Hah... itu pun mereka dah sampai," kata Encik Sufian apabila mendengar bunyi kereta di luar rumah.

"Assalamualaikum," ujar Arra lalu membuka pintu.

"Waalaikumussalam," jawab Puan Anisah sambil melemparkan senyuman kepada anaknya. "Beli apa yang banyak sangat ni?"

"Aril dah tegur tadi. Tapi dia cakap sikit aje baru tu," ujar Aril mencelah.

"Mari ibu bawakan ke dapur," pinta Puan Anisah lalu mengambil makanan yang dibeli dari tangan Arra.

"Arra nak ke dapur lah ni ibu."

"Mari ibu hidangkan. Arra pergilah jumpa kawan dulu," ujar Puan Anisah dan berlalu ke dapur.

"Kawan?" soal Arra hairan. Dia melangkah ke ruang tamu. Dari jauh dia mengeluh kecil apabila melihat wajah Melysa. 

Kenapa dia? Untuk apa dia datang? Dia masih tergilakan Aril ke? Hati Arra berbicara. Dia tidak menyenangi kehadiran Melysa di rumahnya. 

"Sembanglah dulu. Pak cik nak ke masjid. Sekejap lagi dah nak Maghrib," ujar Encik Sufian lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Hai Aril," sapa Rafiq lalu menghulurkan tangan ingin bersalaman dengan Aril.

Aril menyambut huluran salam Rafiq. "Hai."

"Tahniah bro. Selamat pengantin baru," ucap Rafiq sambil tersenyum.

"Terima kasih. Ada apa korang datang sini?" soal Aril hairan dengan kedatangan mereka.

Wajah Melysa dipandang oleh Rafiq. "Mel nak jumpa Arra."

"Nak jumpa saya buat apa?" soal Arra lalu duduk diatas kerusi.

"Mak hidangkan sate dan roti arab atas meja ni. Nanti makanlah."

"Baik mak," balas Aril.

"Sayang sembanglah dulu dengan Arra. Abang dengan Aril duduk kat sana sekejap," kata Rafiq lalu mengajak Aril ke meja makan. 

Sayang? Kenapa lelaki tu panggil Melysa sayang ea? Hati Arra berbicara lagi.


MELYSA membetulkan kedudukannya. Wajah Arra dipandangnya. Masih jelas kelihatan ukiran inai pada tangan Arra. Tudung yang dipakai oleh Arra menyerlahkan lagi keayuan dan kecantikan gadis itu. Keluhan kecil dilepaskan.

Arra diam. Dia memandang wajah Melysa yang tidak berkelip memandang wajahnya. Dia rasa rimas pula dengan pandangan Melysa ketika itu. Kehadiran Melysa tidak pernah dialukan. Dia bimbang jika Melysa masih menaruh harapan ingin menjadi isteri Aril.

Dah kenapa diam aje. Dia nak apa jumpa aku? Nak tampar aku lagi ke? Marah aku ke sebab rampas tunang dia? Omel hati kecil Arra.

"Ada apa ya Cik Melysa nak jumpa saya?" soal Arra setelah agak lama mendiamkan diri.

"Puan Melysa. I dah kahwin dengan Rafiq."

Penjelasan Melysa membuat hati Arra sedikit lega mendengarnya. "Okey. So?"

"I datang nak minta maaf?"

"Tiada apa yang perlu saya maafkan," ujar Arra lalu meneguk air di dalam cawan. "Awak tak pernah buat salah pun dengan saya. Kalau pasal dekat Mesra Mall hari tu saya dah lupakan."

"Bukan pasal tu? I nak minta maaf tentang perkara lain."

Arra mengerutkan dahinya tanda tidak faham. "Perkara apa?"

Melysa memandang wajah Rafiq. Lelaki itu menanggukkan kepalanya. Keluhan kecil dilepaskan. "Apa yang telah berlaku pada awak tiga minggu lepas adalah perbuatan saya."

Pang!

Arra terkejut dengan tindakannya sendiri. Dia gagal mengawal emosinya sebaik sahaja mendengar pengakuan perbuatan Melysa terhadap dirinya.

Melysa memegang pipinya yang terasa pedih dek tamparan Arra. Dia sudah menduga perkara ini pasti akan berlaku. "Saya berhak menerima hukuman ini, Arra."

Rafiq segera mendapatkan Melysa. Aril memegang bahu Arra.

Wajah Arra mula kemerahan menahan marah. "Keluar dari rumah saya."

"Pukullah saya jika dengan cara ini, awak dapat memaafkan kesalahan saya," ujar Melysa dengan sedih bersama deraian air mata.

"Apa yang berada dalam fikiran awak? Kenapa begitu kejam cara awak melayan saya sesama muslim," kata Arra dengan nada sebak. "Awak tahu kan islam tidak mengajar kita bermusuh. Apa yang awak dalat dengan mengupah orang untuk memperkosa saya?"

Terkejut Puan Anisah mendengarnya. "Apa?"

"Saya minta maaf," ujar Melysa lalu mencuba meraih tangan Arra.

"Bukan mudah untuk saya maafkan awak," kata Arra dengan sedih. Air mata yang ditahan mula mengalir membasahi pipinya. Peristiwa pahit yang hampir luput daripada ingatannya kini terlayar kembali diruang matanya.

"Saya tahu apa yang telah saya lakukan tak dapat dimaafkan."

"Pernah tak awak fikir jika Aril tidak dapatkan selamatkan saya pada hari tu?" 

"Saya minta maaf," pinta Melysa dengan bersungguh-sungguh.

"Bagaimana jika Aril tidak muncul pada waktu yang tepat? Apa akan berlaku pada saya? Betapa traumanya saya dengan apa yang berlaku. Pernah awak fikir semua tu?!"

Melysa hanya mampu menangis. Dia bangkit dari tempat duduknya lalu menerpa ke arah Arra. "Saya betul-betul minta maaf, Arra," kata Melysa lalu cuba memegang tangan Arra.

Arra menepis tangan Melysa. Dia berdiri. "Awak telah menjatuhkan maruah seorang wanita. Sedangkan Nabi menganggkat darjat wanita. Tapi awak letak maruah saya dekat tapak kaki aje!"

Melysa berdiri semula. Air mata yang mengalir pada pipi di sapu. "Saya memang tak layak dimaafkan. Tapi saya datang minta awak berhati-hati."

"Untuk apa?"

"Lelaki upahan saya bukan lagi seperti dulu. Dia sudah menjadi buruan polis."

"Tiada kaitan dengan saya? Kenapa saya perlu berhati-hati dengam dia?"

"Dia menggugut saya ingin mencederakan Aril atau Arra. Disebabkan itu saya datang ke sini untuk memperbetulkan keadaan. Saya mengaku akan kesalahan saya. Please forgive me."

Arra diam. Hanya air mata yang bersuara mengalir tanpa henti dipipinya.

"Saya akan membuat laporan polis tentang Ryan. Dia sering mengganggu saya kerana rancangnya ingin mengahwini Arra tidak tercapai."

Bagaikan halilintar memanah gegendang telinga Arra. Dia terkejut mendengar keinginan Ryan. Lelaki yang hampir meragut mahkotanya ingin menjadikan dia seorang isteri. 

 "Maafkanlah saya, Arra. Saya tidak mahu dipenjarakan atas tuduhan bersubahat dengan Ryan," kata Melysa perlahan. Arra langsung tidak memandang wakahnya. "Saya turut terseksa atas perbuatan saya sendiri Arra."

"Benar kata Melysa itu Arra. Ryan juga ingin mencederakan Melysa sebelum ini," ujar Rafiq mencelah. Dia tidak sanggup melihat Melysa menangis lagi.

"Saya bukan tuhan yang boleh menghukum hambanya. Tapi untuk memaafkan awak tak semudah yang dipinta," balas Arra lalu melangkah masuk ke dalam bilik.

"Sayang," panggil Aril. Keluhan kecil dilepaskan. Dia tahu Arra terkilan dengan perbuatan Melysa.

Melysa terkedu dgn tindakan Arra. Dia memandang wajah Aril. Kini cintanya buat Aril sudah tiada lagi. Hanya Rafiq yang mula dicintainya.

Aril memandang Melysa dan Rafiq. "Maafkan sikap Arra."

"Tak apa, kami faham," balas Rafiq. Bahu Melysa dipegang. "Jom balik."

Melysa angguk. Air mata disapu. "I'm so sorry Aril."

"I dah lama maafkan you, Mel."

"Kami minta diri dulu."

"Okey. Hati-hati memandu."

Melysa dan Rafiq meninggalkan kawasan rumah Arra. Rafiq memandang wajah Melysa disebelahnya. Hatinya turut berasa sedih melihat keadaan Melysa begitu. Dia berharap Arra dapat memaafkan Melysa.


"YA ALLAH, berilah ketabahan kepadaku dalam menempuh ujian ini. Aku bersyukur kerana terselamat daripada niat jahat orang yang ingin mencelakaiku. Berilah aku kekuatan untuk memaafkan kesalahannya. Amin," Arra mengaminkan doanya. 

Telekung ditanggalkan lalu disangkut pada almari. Dia berdiri dihadapan tingkap. Kelihatan bintang-bintang berkerdipan di kaki langit. Bulan purnama menerangi kegelapan malam ini. Hatinya masih terasa sedih dengan pengakuan Melysa. Dia keliru. 

"Sayang!" panggil Aril apabila melihat Arra tiada disebelahnya.

"Ya, abang?" balas Arra lalu menoleh ke arah Aril yang masih terbaring di atas katil.

"Sayang buka tingkap buat apa malam-malam ni?" soal Aril lalu memeluk tubuh Arra dari belakang.

Tangan Aril dipegang. "Ambil angin."

"Jomlah tidur. Tak elok ambil angin tengah-tengah malam ni. Tak sejuk ke?"

"Okey," balas Arra lalu menutup pintu tingkap. Dia memusingkan badannya lalu memeluk erat tubuh Aril.

Aril turut membalas pelukan Arra. Dia mengusap belakang Arra dengan perlahan. "Lupakan aje perkara tadi."

"Abang ikhlas sayang Arra?" 

Aril meleraikan pelukan. "Arra isteri abang. Suami mana tak sayangkan isterinya."

"Tapi..."

Cup!

Satu ciuman singgah dibibir Arra. Aril memegang bahu Arra. "Percayalah cinta abang hanya untuk Arra seorang saja. Jika perkara itu tidak berlaku sekalipun. Abang tetap akan memperisterikan sayang."

Arra memeluk erat tubuh Aril. Air mata mula mengalir laju. Dia melepaskan tangisan di dalam dakapan Aril. Dia berasa tenang berada dalam pelukan suaminya. 

Ya ALLAH terima kasih kerana menyatukan kami. Terima kasih kerana menghantar dia menyelamatkan maruah diriku. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga-Mu, doa Arra di dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu