Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
13,104
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18



SEPANJANG perjalanan pulang ke kampus khaulah hanya membatukan diri. Entalah sebenarnya dia agak tidak selesa apabila mengingati peristiwa yang telah terjadi tambahan pula dia harus duduk berdua-duaan dengan jejaka itu dalam ruangan yang agak sempit. Tidak senang duduk dibuatnya. Dari tadi matanya hanya dibuang pandang keluar tingkat. Sesekali khaulah melirik  pada wajah tampan milik Edfarel. Fokus benar lelaki itu memandu sejak dari tadi. Khaulah leka memerhati lelaki itu. Dia terkesima bila sepasang mata itu tepat memandangnya. Segera khaulah mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jebaran di jantungnya mula terasa. Bibirnya kelu.  

 “kenapa? ada nak berhenti mana-mana?” Soal Edfarel memecahkan kesunyian di antara mereka. 

Khaulah hanya menggeleng sebagai balasan. tersentap juga dibuatnya, bila tiba-tiba Edfarel menyoalnya. Mujur lelaki itu tidak perasan akan tingkatnya. Rasa malu mula bertapak sedikit demi sedikit.

“Awak jangan terlampau stress dengan apa yang berlaku. Kesihatan perlu dijaga. Saya tak nak awak masuk hospital lagi gara-gara tak makan.” Ucap Edfarel mendatar.  Khaulah menoleh Edfarel mencari riak yang terpancar diwajah itu. 

“Penat tau risaukan awak ni. kalau lapar, makan! Jangan biarkan perut masuk angin. Kalau awak sakit pergi klinik. Kalau awak sedih, menangis! jangan biarkan raga awak menanggunya. Dan please… kalau awak rasa ada benda yang nak Tanya, Tanya! You can ask me anything. Awak ada hak untuk bersuara, Jangan diam aje dan berpura-pura kuat!”  kali ini bicara Edfarel agak tegas seraya berpaling seketika ke arah Khaulah dan beberapa saat di alihkan kehadapan bagi meneruskan pemanduannya.  Timbul rasa simpati dalam hati Edfarel bila wajah pucat gadis itu tersapa diruang mata. Hati tidak tega. 

“Kalau saya ada hak untuk bersuara, kenapa paksa saya untuk berkahwin? Kenapa awak tak Tanya dulu pendapat saya.” Soal khaulah setelah lama hanya menjadi pendengar.

“Hanya dengan perkahwinan ini jalan penyelesaian yang saya nampak.” jelas edfarel tenang.

“Maaf, saya tak Nampak!” bidas khaulah geram. Sudah lama marahnya cuba ditahan. Biarlah kali ini dia melepaskan semua bebanan yang memberat dibahunya. Biar edfarel tahu dia juga manusia biasa. Ada hak untuk menolak.

Edfarel diam. Dia sendiri tidak tahu adakah dengan berkahwin dengan gadis itu masalah akan selesai atau hanya menimbul masalah dimasa akan datang.

Khaulah tersenyum sumbing.‘penyelesaikan konon! Ada masa ke jejaka itu memikirkan jalan penyelesaian buaknkah selama ini lelaki hanya berdiam? Tanpa memberi sedikit pun penjelasan. Lelaki hanya mementingkan diri’ Hati khaulah berkata-kata. Perlukah Dia bersorak keriangan mendengar patah bicara yang keluar di celah bibir itu. Entah dia tidak tahu. Lelaki itu sulit untuk di mengerti dibalik wajah tenang dan dingin. Khaulah menghela nafas kasar. Cuba bangun dari kekeliruan ini.

Di lirik seketika. Terlampau banyak persoalan yang bermain difikiran. Entah dari mana lelaki itu mengetahui dia dirawat dihospital? Ah! Apa yang peliknya. Sah-sah lah dia pengsan dijalan malam itu. Semua orang Nampak kot. Mungkin sudah satu kolej  mengetahui tetap khabarnya. ‘Malu-malu,’ Hatinya berbisik

Kereta milik Edfarel berherti betul-betul dihadapan kedai serbaneka 7-eleven. Edfarel melangkah keluar dari perut kereta dan terus menapak memasuki kedai serbaneka 7-eleven. khaulah hanya melihat tubuh itu menghilang dibalik pintu kaca. Nafas ditarik lama dan beberapa saat dihembus lembut. Sejak tadi dadanya seksa seperti kekurangan oksigen. Bukan sahaja dadanya malahan seluruh alirah darahnya seperti terhenti bila harus berdua-dua dengan lelaki itu. Bibirnya beku. Akalnya pula kosong. Hanya pendengarannya saja yang masih berfungsi dengan baik. Lima belas minit berlalu edfarel masuk ke dalam perut kereta bersama satu beg plastik yang agak besar. Khaulah hanya diam tanpa banyak menyoal. Dan perlahan-perlahan kereta di pandu meninggalkan kawasan itu.


“BILA KAU BALIK?” Ujar aliya terkejut bercampur teruja. Tubuh khaulah dipeluk erat melepaskan rindu.

“Kalau iya pun bagi lah aku masuk dulu. Tercengak kat luar ni dah macam tiang elektrik dah.” Bicara khaulah setelah aliya meleraikan pelukkannya.

“Sorry… aku teruja sangat. Dipersilakan masuk tuan permasuri. Dayangmu sedia berkhidmat.” Aliya menundukkan kepala berpura-pura memberi hormat kepada khaulah. Pintu rumah dibuka lebar-lebar.

Khaulah ketawa senang. Dia masuk perlahan seolah berpura-pura menjadi tetamu VVIP dirumah sendiri. dada ditegak dan Senyuman dilebarkan. Kepala sedikit ditunduk. Dia lantas melabuhkan duduk dilantai sambil bersandar ke dinding menghilangkan rasa penat. Udara dihirung penuh nikmat sudah beberapa hari hanya bau-bau ubat yang memenuhi ruang biliknya. Kini, bau itu sudah menghilang. Dia benci dengan bau itu. Loya tekaknya bila memikirkannya.

“Mana semua orang. Senyap aje.” Soal khaulah hairan. Mana pernah rumah ini sunyi.

“Semua orang takde. Keluar beli barang.” Jawabnya pendek.

Oooooo… khaulah mengangguk-angguk.

“Kau balik dengan siapa? Sampai hati tak bagi tahu aku dengan hafsah. Kalau tak boleh kami jemput kau kat hospital tu.”

“Takpe lah, saja aku tak nak susahkan korang berdua. Tak pasal-pasal kena ponteng kelas semata-mata nak jemput aku kat hospital. Lagipun, kau sana buka takde teksi. Berlambak!” 

“Oooo… So kau balik dengan teksi lah ni?” Soal aliya cuba meminta kepastian.

Khaulah mengangguk penuh ragu-ragu cuba menyembunyikan perkara sebenar. Tiada niat dia menipu, khaulah  cuba tidak ingin aliya berfikiran yang bukan-bukan sekiranya dia memberi tahu edfarel yang menjemputnya . Nanti tak pasal-pasal panjang pula jawapan yang harus dikarangnya. Buka dia tidak tahu aliya sangat tidak suka dengan edfarel dari dulu lagi. entah apa salah lelaki itu pun tidak tahu.

“Wow… banyaknya roti. Sebulan makan pun tak habis ni.” Mata aliya beralih pada beg plastic disisi khaulah. Sebungkus roti berperisa coklat dicapai.

Aahhh… angguk khaulah bersetuju.

“Kau nak buat apa banyak-banyak roti ni? Jangan cakap kau nak diet. Macam tak logik aje.” Soal aliya.

Khaulah tersengeh. Dia sendiri bingung. Sebelum dia melangkah meninggalkan edfarel tadi jejaki itu telah memberikan dia  beg plastik itu. Bukan dia tidak menolak namun lelaki yang beriya-iya memaksanya menerima. Entah mungkin lelaki itu bimbang akan keadaannya. Atau mungkin lelaki itu sengaja. ya cuba menyindirnya.

‘Nampak sangat kau ni kebulur sangat! Pengsan kat jalan sebab tak makan. Buat malu kaum Aje.’ Akal mengejek. 

“Weh… kau nak buat apa roti banyak-banyak ni?” Soal aliya mematikaan lamunan khaulah.

“Aku…bicara khaulah ragu. Akalnya cuba mencari jawapan yang tepat untuk memberi penjelasan kepada sahabat baiknya. Mata  aliya tajam merenungnya.

“Aku nak buat bekal. Masa kat hospital aku asyik lapar aje. Makan pun tak ikut waktu. Tuh ingat nak beli roti banyak-banyak nak buat bekal malam- malam. Tak payah aku pergi merangkak cari makanan malam-malam.”

 Haha. Khaulah ketawa.

“Merangkak! Yang tu aku sokong. Bila-bila kalau kau lapar call lah aku atau hafsah. Boleh kita orang tolong belikan. Ini tak, pergi sorang-sorang. Mujur ada abang fahmi. Kalau tak aku tak tahu apa yang jadi dengan kau malam tuh. Entah-entah sampai ke pagi terbaring kaku kat situ.”  Ujar aliya cuba menasihati. Sungguh dia dan hafsah sangat bimbang dengan khaulah.

“Aku tak susahkan kau. lagi pun dah lewatkan masa tu.” Khaulah memberi alasan.

“Tak nak menyusahkan! Habis aku ni siapa? Kawan kau kan. Tiada istilah menyusahkan dalam kamus persahabatan.”

“Wow… hebat kau berkata-kata.” khaulah menepuk tangannya teruja mendengar bicara aliya.

“Kau ni! Aku hempuk dengan roti kan.” Bicara aliya geram. 

“Okey-okey.  Terima kasih banyak-banyak. nanti kalau ada apa-apa aku call kau dengan hafsah. Nak pergi tandas aku minta teman tau. Nanti jangan terganggu pula.” Khaulah tertawa lucu.

“Tak lawak.” Marah aliya. Bibirnya dimuncungkan tidak puas hati dengan sahabatnya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.