Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,002
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13


KHAULAH tergesa-gesa mendaki anak tangga ke tingkat tiga. Sesekali Jam di pengelangan tangan dijeling. Bimbang andai Syafiq terpaksa menunggu lama. 

“Aduhai, mesti Syafiq membebel tak cukup tanah ni” rungut Khaulah sendiri bila menyedari kelewatannya. Setelah kakinya menjejak ke tingkat atas dia mempercepatkan langkahnya. Terkedek-kedek dia berlari masuk ke Dewan seminar. 

“Aik, tak sampan lagi? biasanya dia orang yang paling awal.” Rungut Khaulah sendiri. dahi dikerut hairan. 

“Ada hal kot!” Dia membuat kesimpulan sendiri. Khaulah menarik kerusi yang berhadapannya cemat lalu melabuhkan duduknya disitu. Naik lengguh jika terus berdiri begini. Hampir 15 minit Khaulah menunggu namun batang hidup Syafiq masih belum kelihatan. Matanya melilau-lilau ke arah pintu mencari kelibat jejaka bertubuh gempal itu. 

Lamanya. Call ajelah. Desis hati kecil khaulah.

Telefon bimbit dalam kocek baju kurungnya dikeluarkan. Dia mencari-cari nama Syafiq dalam senarai kenalannya. Setelah menemui dia terus mendail nombol telefon Syafiq. Beberapa saat berlalu talian telefonnya disambung. Kedengaran suara Syafiq lemah dalam corong telefon bimbit miliknya.

“Assalamualaikum. Fiq, Kau kat mana?” soal khaulah tanpa berbasa-basi. 

“Demam! Laa…sepatutnya kau informlah awal-awal. Tak lah tercongok aku kat dewan ni sorang-sorang. Dah macam hantu Kak Limah dah. Adui...” Bebel Khaulah tidak puas hati.

“Hmmm… malam pulak. Okey. Aku tunggu kau dekat Gazebo Blok E. kalau cancel Whatsapp awal-awal. Nanti tak pasal-pasal aku telan kau hidup-hidup baru tau.” Khaulah memberi amarah.

“Okey. Cepat sihat ya Fiq… Waalaikumusalam.” Mengakhir perbualannya.Telefon bimbit dimatikan. Khaulah mengeluh. Bukan nak whatsapp awal-awal. Khaulah bermonolog sendiri. Khaulah melangkah meninggalkan Dewan seminar. Langkahnya terhenti apabila matanya bertentangan dengan Sofia, gadis yang kemungkinan dalam di sembalik gosip yang tersebar mengenai dia dan Edfarel. Belum sempat dia ingin bergelak gadis itu sudah menyedari akan kehadiran dirinya.

“Sofia kau tengok tu? Pakai aje tudung litup, tapi hati busuk!” Sindir Shila agak keras. Sofia tersenyum sinis mendengar sindiran sahabatnya. Matanya bersua dengan mata bening milik Khaulah. Dia akui gadis bernama Khaulah punya kelebihan tersendiri. Kalau tidak takkan Edfarel tergoda.

“Alah. tudung zaman sekarang nih sekadar fesyen aje. nak tunjuk diri tu baik. Padahal hati tu berdebu. Hitam Pulak tu. nak tutup perangai buruk.” ejek Sofia cuba memanaskan hati Khaulah. Khaulah hanya diam dan melangkah meninggalkan Shila dan Sofia yang giat menyindirnya ia kadang sabarnya juga menipis. Namun Dia tetap menguatkan banteng sabarnya. Jika terus dilayan semakin gila. Belum sempat Khaulah berlalu lengannya ditarik kasar.

“Kau nak pergi mana?” soal Sofia yang mula bertindak agresif. . Geram pula dia melihat riak tidak terkesan diwajah Khaulah.

“Sakitlah!” Bentak Khaulah tajam matanya merenung gadis itu. Tangan Sofia direntas kasar. Sofia mendekati Khaulah sambil merenung sinis. Bulat matanya memandang dari atas ke bawa. Timbul rasa rimas dalam hati Khaulah.

“Ooo… sakit! Tapi mata aku lebih sakit tengok muka kau ni. Munafik!” sindir Sofia keras. Tubuhnya ditolak kasar.

“Apa yang awak tak puas hati ni?” jawab khaulah dengan intonasi mendatar. Sabarnya juga makin menipis melihat sikap biadat Sofia. 

“Banyak sangat yang aku tak puas hati dengan kau. satu kolej ni dah tahu perangai busuk kau tu” Jaringnya ditunding-tunding ke dahi khaulah. Khaulah hanya menempis lembut. Biarlah dia cuba untuk bersabar.

“Dahlah… tak guna nak bertegang urat kat sini. Buat malu orang tengok.” Cadang Khaulah cuba mengelakkan dari konflik yang sedikit dingin. Dia tahu gadis itu tidak akan melepaskannya dengan mudah.

“Malu! Kau yang patut malu! Kau goda edfarel kau tak malu?” Gelak Sofia cuba menyakitkan hati gadis dihadapannya.

Khaulah merasakan maruahnya dinjak-injak dan ditoreh-toreh seolah dia yang menginginkan semua ini. Wajah Sofia ditatap tajam. Jika diikut amarahnya sudah lama tangan ini menarik rambut karat dua ekor manusia tak reti bahasa dihadapannya. Biar mereka tahu rasa sakit ini dan dia melunaskan dendamnya.mungkin benar sangkaan Aliya, Sofia adalah dalam disembalik Fitnah yang mula tersebar tentangnya. Mereka yang menyebarkan cerita buruk tentangnya. Habis cerita ditokot tambah sesedap rasa seolah dia sudah tidak ada harga diri. Sanggup menjual mahkota kesucian demi mendapat lelaki yang berharta. Biarlah itu urusan mereka. Hanya Allah yang dapat membalas segala-galanya.

“Astagfirullahala’zim…”

 Khaulah mengucap panjang. Dia memandang sekitar. Beberapa pasang mata yang lalu lalang memilih untuk menjadi permerhati adegan sambil berbisik-bisikkan halus seperti membenarkan fitnah-fitnah yang ditaburkan oleh Sofia dan Shila. Bibirnya tiba-tiba beku dan membisu untuk menjelaskan kebenaran. Akalnya kosong, mata-mata yang memandang seakan cuba menghukumnya tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu. hati khaulah jadi sebak namun Dia tidak akan menangis dan tunjuk lemah dihadapan wanita seperti mereka berdua. 

“Tak payah nak berpura-pura baik. Kau goda Edfarel. Kau ingat Edfarel tu bodoh! Nak perempuan kampung macam kau!? Pakai baju kurung. Sopan! Nak tunjuk alim lah konon” Katanya seperti peluru yang cuba menembus kesabaran haulah. Bergetar bibir khaulah menahan marah. Bibir bawa digigit geram.

“Suka hati awaklah nak nilai saya macam mana pun.tapi, sepatutnya awak yang perlu malu. Awak dah aibkan saya, fitnah saya! ” Ujar khaulah tenang

“Aku aibkan kau? Aku yang arahkan bukan sebarkan.” Terang Sofia perkara sebenar.

“Jadi betullah semua ni awak buat? Gambar-gambar tu awak sebarkan?” Soal Khaulah ingin tahu. 

“Ya. Puas hati Kau?” Akuinya bangga sambil sengih tersunting dibibir.

 “Tak salah Sofia sebarkan gosip yang betul. Kau ni G.R.O. perempuam yang menjual tubuh untuk lelaki ka.. Pang! Belum sempat Shila menyudahkan ayatnya tangan lembut Khaulah hinggap diwajah gebu Shila. Sofia tergaman melihat keberanian Khaulah. Sejak tadi khaulah menahan tangan agar tidak singgah kepipi Sofia. Namun, perkataan yang keluar dari bibir shila menimbul aib pada dirinya. Dia menutupi serapat-rapat mungkin amarah yang beraja dihati dan berlapang dada menerima segala tuduhan serta cacian. Namun bila maruahnya cuba diinjak-injak lagi memang wajar jika tamparannya hinggap pada wajah gebu gadis itu. Sebagai amaran untuk mereka.

“Tak guna punya perempuan!” Nafas Shila turun naik menahan geram dan perasaan malu yang bercampul baur. Shila mengangkat tinggal tangannya cuba membalas tambaran itu. Belum sempat tangannya singgah ke pipi Khaulah. pergelangan tangannya ditempis menjauh dari wajah khaulah. Khaulah terpaku melihat susuk Edfarel yang melindunginya. Edfarel menjeling tajam wajah shila dan Sofia silih berganti. matanya merah. Wajah masam mencuka sepeti menahan amarah

“Kau berdua dah kenapa! Tak malu ke? Belajar tingi-tinggi tapi Perangai macam orang beruk!” Jerkah Edfarel kuat. Shila dan Sofia tunduk. Takut mereka melihat reaksi Edfarel ketika itu. Tidak pernah lagi mereka berdua melihat Edfarel marah sebegitu rupa. Pandangan edfarel jatuh pada mata-mata yang masih memandang adegan itu.

“Hah. apa tengok-tengok, korang ni dah takde ada keja?” Bidas edfarel. Pandangan tajam jatuh pada Sofia dan shila. Sofia mendongak sedikit Memandang tajam pada Edfarel dan Khaulah silih berganti. Geram pulak diam melihat orang yang dicintai menyembelahi musuhnya.

“I ni calon isteri you!” akui Sofia.

“I silap dengar ke?”  Ucap edfarel seolah-olah cuba memastikan kata-kata yang keluar dari bibir gadis itu. “Bila masa pulak I ni calon suami you? Contract perjanjian mana yang you guna pakai?” Tanya Edfarel tenang dan kedengaran sinis diperdengaran Khaulah. 

“Habis selama ni apa? I ingat hubungan kita…!” Sofia bingung dengan sikap Edfarel yang berubah-ubah. Sebelum jejaka itu melayannya sangat baik. 

“Jangan perasan! Kita tak pernah ada hubungan apa-apa. I tak pernah ada apa-apa perasaan pada you” Edfarel mengakui dengan jujur. 

“I baik dengan you bukan sebab I ada hati dengan you! I anggap you just friend. Tak lebih dan tak kurang. Seingat sebelum I warning you supaya jangan campur urusan hidup i.” Dia menjelaskan dengan tenang.

“So Perempuan ni lah, yang you suka. Sampai sanggup you tolak cinta  i?” soal sofia serentak Jari telunjuknya dituju kearah khaulah. Dia tidak puas hati.

“Siapa pun yang I suka takde kena mengena dengan you! Hal I, hati i. who are you? I don’t love you. Jangan malukan diri sendiri. Tutur edfarel cuba menjelaskan agar wanita itu mengerti.

“Jangan rumitkan keadaan” Sambung edfarel lagi.

Khaulah hanya menjadi pemerhati.

“Rel, sampai hati you. You know l love you”

“Sofia! But, you know I don’t love you” Bidas edfarel kasar.

“Apa yang you pandang pada perempuan ni?” Serentak mereka berpaling ke arah khaulah. Segan sendiri dibuatnya.

“Cukup! Saya tak tahu, apa masalah awak berdua. Tapi, tolong! Jangan libatkan saya dalam urusan ni.” mencantas perbual Edfarel dan Sofia bosan dengan sikap mengada-ngada Sofia. Dia sudah penat berdiam diri.  Apa sahaja yang melibatkan Edfarel dan sofia sering kali dia yang disalahkan. Khaulah itulah. Khaulah ini. Khaulah macam tu lah. Khaulah macam nih lah. Banyak pula suka menilai tentang dirinya. Ada aje yang tidak kena dengan dirinya. Muak dia dengan situasi ini. Sejak peristiwa itu hidupnya mula berubah 360 darjat. Teman-teman rapatnya semua sudah menjauh. Makin sukar dan tidak pernah aman. Khaulah mengeluh. Namun tidak pula dia menyalahkan takdir. Mungkin ini semua adalah ujian buatnya untuk menguji sejauh mana kesabarannya atau sebagai peringatan kepada dirinya yang sering lalai agar kembali kepada Allah swt.

Sofia menatap Khaulah tajam. Dia benci gadis itu. Baginya Khaulah harus bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Rasa benci membuak-buak dalam hati. Sofia sering terlihat Edfarel menatap Khaulah secara curi-curi. Apa lebihnya gadis itu hingga mampu mencuri perhatian jejaka pujaan hatinya itu. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis kampung itu dapat mengalahkannya.


“You! Apa yang lebih Dia, dari I?” soal sofia agak kasar.

“Jawablah you…” soal Sofia kasar bila Edfarel hanya diam tidak menjawab pertanyaannya.

“Banyak…! I sendiri pun tak mampu nak kira. Jangan keruhkan lagi masalah ni Tolong, I merayu jangan libatkan lagi diri Khaulah dengan masalah kita.” ujar edfarel merayu.

Khaulah terpaku mendengar kata yang terbit dibibir jejaka itu. Dia memandang edfarel lama. Tiba-tiba bunga sakura tumbuh di hati kian berbunga lagi. Indah perasaan yang menghantuinya saat ini apabila, mendengar luahan edfarel yang belum tentu betul.

Edfarel mengambil nafas dalam-dalam cuba menghilangkan gelora yang membadai saat ini. You sendiri takkan faham hubungan I dengan khaulah. Edfarel cuba jujur. Sekilas dia memandang wajah comel khaulah.  Sejak akhir-akhir ini, lena dan sedarnya sering di bayangi wajah khaulah yang sering mengganggu. Dia sendiri kian gelisah. Sukar untuk dia memahami sekali gus membuat tafsiran.

“You…” rengek Sofia meraih simpati edfarel. Lamunan edfarel mati. Sofia mula mendekatkan tubuhnya di dada edfarel. Tangannya membelai mesra bahu lelaki itu

Khaulah muak dengan adegan dihadapannya. Geli tengkuknya melihat aksi gedik wanita itu. Mana maruahnya sebagai wanita. Berpeluk dan berpegang dengan bukan mahram adakah itu di anggap perkara biasa. Baru tadi Sofia menuduhnya tiada harga diri tapi di mana pula harga diri Sofia sebagai seorang wanita.

Khaulah ketawa sinis. 

“Apa yang kelakar sangat nih?” jerkah Sofia.

“Lucu tengok cik Sofia yang cantik ni.” Ujar khaulah setelah tawanya mati. Api cemburunya mula terbakar melihat adegan sofia dan edfarel. Khaulah memandang tajam ke arah edfarel dan Sofia silih berganti.

‘Tak nak konon! Semua lelaki sama! Pantang nampak perempuan. Bengong macam nih pun nak!’ Khaulah bermonolog dalam hati.

“Saya ni tak pandai nak menilai orang, tapi  cik sofia. Kata-kata awak tak sama dengan tindakan yang awak buat. awak mempersoalkan dimana maruah saya! Tapi, mana maruah awak. Saya tak lupa untuk cermin diri saya,. Sebagai saudara islam saya wajib untuk menasihati. Sindir khaulah.” mungkin nasihatinya itu sedikit tidak berbekas dihati sofia mahupun shila. Tapi tak salah mencuba.

“Jangan nak berceramahlah. Sekurang-kurannya aku tak munafik macam Kau!” Bidas sofia geram. Dia tidak boleh ada orang cuba mengkritik kelakuan. Ibubapanya sendiri tidak pernah mengkritik. Apa sahaja yang dia inginkan pasti akan ditunaikan.

“Jangan anggap diri macam malaikat. Kau ingat aku tak Nampak apa yang kau buat? Kau jual tubuh kau?”

Pang….! Tangannya Di angkat tinggi, kali ini hinggap pula pada wajah gebu Sofia. Kali ini giliran Shila pula yang terkejut.

Edfarel tergaman. Dia menatap wajah lembut itu berubah secara tiba-tiba. Macam apa edfarel pernah cakap. “Awak tak tahu apa-apa pasal hubungan saya dengan Edfarel. perlu ke Kami tulis laporan tentang apa yang kami nak, lepas tu minta tandatangan awak?” Tutur Khaulah berani. Khaulah membalas tatapan Edfarel tenang. Dalam diam jantung mereka saling berinteraksi.

Sofia memandang khaulah tajam.

Hubungan apa? Soal sofia 

“Kenapa Tanya saya? Tanyalah sendiri buah hati jantung cik sofia.” Wajah edfarel sekerling sekilas. 

Saya tak nak dicop hidup tak mancung, pipi pula yang tersorok-sorok.” terang khaulah memanaskan hati sofia. Timbul rasa lucu dalam hati. Merah padang muka sofia dibuatnya. Khaulah ketawa dalam hati melihat kekalahan Sofia. Khaulah segera beredar dari situ.malas berlama-lama perhati minah gedik Dua ekor nih.

‘Kau jangan cabar aku Sofia. Khaulah nekad.’ Jika Sofia ingin mencari balah dia tidak akan mengundur walau setapak dengan mudah.

“Hei, perempuan! Kau nak pergi mana?” Jerit Sofia seperti orang yang dirasuk. Dia cuba mengejar khaulah. Namun ditahan oleh edfarel.

“Sudahlah Sofia!” Jerkah Edfarel. Jangan ganggu hidup I lagi. Yes, i mengaku apa yang you nampak malam tu, semuanya betul. Tiada siapa pun yang paksa I. Puas hati you! Itukan yang you nak dengar dari mulut I”

Edfarel yang sudah tidak dapat menahan sabar itu akhirnya meletup jua. Mana tidaknya, bila namanya habis dicanang satu Universiti tentang apa yang terjadi antara dia dan khaulah malam itu. Padahal, gadis itu sudah berjanji tidak akan memberitahu siapa-siapa tentang hal itu. Ikutkan amarah dihati, merah muka Sofia dilempangnya. Memikirkan kewajaran tindakan itu, di sabarkan hati ini. Sofia tergaman. Dia seperti tiba mempercayai apa yang di sampaikan edfarel.

“Apa you cakap?”

“Jangan pura-pura pekak! Jangan ingat dengan you sebarkan gambar-gambar tuh boleh buat I berlutut dikaki you. Bidas edfarel.” Malas dia melayan gelagat wanita itu. Edfarel berlalu mengejar khaulah yang masih tidak jauh.Edfarel menarik tangan khaulah agar keras menghentikan langkahnya.

Dia menjeling Edfarel tajam. “ Don’t touch me…” ujar Khaulah agak kasar.

Edfarel melepas tangan khaulah. Maaf. Menyedari kesilapannya.

“Kenapa masih awak masih nak rumitkan keadaan!” Soal Edfarel setelah agar lama dia berdiam.

“Saya atau awak yang merumitkan keadaan.” Bidas Khaulah geram. 

“Khaulah….!” Panggil edfarel lembut. khaulah menatap berbola mata coklat itu lama. Ada sinar harapan dimata jejaka itu. Entah, mungkin saya sudah salah meneka. Pandang dikalih. Janung tidak tenang terus bersua pada dengan sepasang mata itu.

“saya ada maruah. maruah saya campak dekat mana?” Bentak khaulah geram. Matanya tajam menatap edfarel.

“Iya… tapi, bukan dengan cara macam ni.” Intonasi Edfarel bertukar lembut seperti memujuk.

“Sampai bila saya perlu diam? Sedarkan semua berpunca dari awak? Awak hanya diam! Semua pandang saya kotor. Awak takkan faham perasaan saya.” Tuturnya serak menahan rasa sebak. Matanya mula berair. Entah mengapa hatinya mudah terusik bila wajah edfarel berhadapan dengannya. Edfarel merenung khaulah lama. Ingin sahaja dia memeluk wanita itu berkongsi rasa lara dihati. Namun, dia sedar diantara dia dan khaulah masih tiada ikatan yang menghalalkan untuk dia melakukan perbuatan itu. Cukuplah sekali dia melakukan kesilapan.

“Khaulah, listen me? I’m so sorry, but… Kalau pun awak bersujud pada kaki dia belum tentu masalah ni akan selesai. Jangan buat kerja bodoh! Jangan malukan diri awak.”

Khaulah tunduk, dia akui ada benarnya kata-kata Edfarel namun bukan dia yang memulakan pergaduhan itu. Dia hanya mempertahankan dirinya. Berani kerana benar, takut kerana salah. Itu prinsip yang selalu dipegangannya.  “Apa yang perlu saya buat?” Perlahan-lahan kepalanya diangkat sedikit merenung dalam-dalam ke dalam anak mata coklat milik edfarel. Hati Edfarel tiba-tiba berkocak melihat tangis yang tersisa di pipi gadis yang siang malam menggangu tidurnya.

“Saya tak boleh terus berdiam…” Khaulah teresak-esak. Sayang lelah.

“Dah, lepas ni, jangan hirau mereka berdua. Saya janji! Saya akan selesaikan semua. Please! Trust me. Everything will be okay. Just, wait and see…” ujarnya memberi sedikit keyakinan kepada khaulah.

Khaulah buntu. Adakah semua akan kembali pada sedia kala. Dia ragu atau mungkin dia yang terlampau mengambil serius masalah ini. Harusku dia menpercayai edfarel. lelaki yang mencentuskan masalah ini. Keluhan yang memberat di dada cuba dilepas kasar.


ARGHHHHHHH…! Jerit khaulah geram. Dia menutup kasar pintu biliknya. Mujurlah, waktu itu tiada sesiapa dibiliknya. Rakan-rakan serumah masih belum pulang. Kalau tidak mungkin semua rakan serumahnya terkejut badak dengan keadaan khaulah yang tiba-tiba berubah angin.

“Perghh…muka aje cantik, mulut macam longkang. Takde insuran langsung. Tak sempat nak beli gamaknya.” Bebel khaulah sendiri. Beg galasnya dilempar ke lantai meluahkan rasa marah dan meluatnya.

Tubuh dihumban ke tilam. Mata dipejam rapat-rapat. masih terngiang-ngiang kata-kata hina dan cacian yang terbit dimulut sofia tadi. Matanya dibukan kembali, Khaulah mengeluh berat. Sejak akhir-akhir entah beribu kali keluhan yang keluar dari bibirnya. Semua berpuncanya dari edfarel. Ya. Edfarel penyebab berlakunya malapeta ini. Wajah edfarel yang tersenyum manis tiba-tiba terlayar diruang matanya. Khaulah mula leka dan terus terlena setelah penat menahan rasa.





Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.