Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,021
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6


TANPA mempedulikan manusia di sekelilingnya Khaulah melangkah pantas menuju ke Kedai Photostep yang berada di tingkat dua falkutinya. Jam di pergelanggam tangan di kerlingnya beberapa kali memastikan setiap minit yang berlalu. Hari ini dia lewat lima belas minit daripada kebiasaannya. Dia hendak cepat tapi, terlalu ramai pelangan menyebabkan timbul rasa cuak. Dia menolak pintu kaca itu perlahan lalu melabuhkan duduknya dikerusi yang memang telah disedia khas untuk pelanggan yang sedang menunggu giliran. Dia menghirup nafas dalam-dalam cuba untuk menghilangkan kegelisah yang datang bertandang. Beberapa minit kemudian Khaulah cepat-cepat bangun apabila melihat Komputer yang sudah kosong bimbang juga direbut orang. Selesa sahaja dikaunter pembayaran dia terus melangkah ke pintu keluar.

Kring... Kring… Telefon bimbit Khaulah berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia cepat mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg galasnya. Terpapar Nama Nasuha di skrin sentuh telefonya. Cepat-cepat dia menjawab.

“Waalaikumusalam.”

“Kejap… kedai Photostep penuhlah akak. Prof Tasnim dah datang?” Soal Khaulah bimbang. 

“Okey. Sepantas kilat Khaulah sampai” Ujarnya sedikit yakin.

“Assalamualaikum…” Dia mengakhiri perbualan. Telefon bimbit dimatikan.

 ‘Nasib kau lah. siapa suruh kau buat kerja last minute lagi’ Bisik hatinya mengejek-ejek.

Pintu keluar ditolak. Langkahnya di atur kemas. Jam dipengelanggan ditatap lagi. Dia terus memecutkan larian pada tahap maksimun. Khaulah berlari mendaki anak tangga. Jam dipengelanggan tangan terus di kerling berkali-kali tanpa jemur. Mata-mata yang menjadi pemerhati diabaikan sahaja. Dia berbenar-benar tergesa-gesa. Kebiasaannya, dia tidak akan lewat. Jam loceng kuningnya pasti dikunci tapi apalah malangnya. pagi ini, semua yang dibuat semua tak menjadi. Aliya yang sering mengejutkan juga tiada. Gadis itu terpaksa pulang ke kampung kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Dia mengeluh berat. Sesampai sahaja ditingkah atas dia terus mencepatkan lariannya. Tanpa memandang kiri dan kanannya. Tangannya sibuk menyusun kertas-kertas mengikut susunan yang betul. Matanya tidak lepas memandang helai-helai Assignment yang perlu dihantarnya bimbang jika ada kesalahan yang tidak disengajakan. Maklum last minute! Katakan! Dengan kaki yang bergerak pantas, dan penglihatan langsung tidak dihalakan ke hadapan, 

Bedebuk!!!

 Tubuhnya hilang keseimbangan apabila terlanggar sesesuatu mengakibat dia terdorong jatuh kelantai. Helaian kertas berterabur.

“Aduh…!! Bila pulak tiang ni terpancak ada kat sini. Dah takde keja gamaknya.” Khaulah merungut sendiri.

Khaulah bangun lalu mengutip helaian kertas yang berselerak dilantai tanpa memandang ke depan. 

“Manusia dengan tiang pun tak nampak atau memang tak pandai nak beza antara tiang denga manusia. Jalan pakai mata bukan pakai kepala lutut!” Ujar satu suara dari depan mengejutkan Khaulah. Khaulah mengigit bibir bawahnya. Malu bercampur geram. Merah pipinya saat ini. Aduhai! memang salah kau juga tak boleh beza manusia dengan tiang Prop.

  Hatinya mengejek. Namun Khaulah mengabaikan sahaja. Dia akui memang salahnya.

“Dah cantik-cantik tuhan bagi mata tapi tak guna!” Ujar lelaki giat menyindirnya.

“Amboi…amboi…! ni dah lebih! Bisik hatinya.

“Dah cantik-cantik tuhan bagi mulut, bukan suruh memaki, Maaf ajelah. Hal kecil pun jadi masalah...” Ucap Khaulah berani dia sudah tidak tahan mendengar ucapan sinis. Telinga panas hati juga sudah berapi.Dia mendongak. Cepat-cepat kepalanya dipandang ke lantai.

 Edfarel! Bisik hatinya. Khaulah terpana! Tubuhnya seakan lumpuh. Akalnya kosong!

Mata itu tajam ke arahnya. Tulah gatal mulut sangat nak menjawab. Kan naya! Hilang peluang aku nak jadi calon isteri solehah untuk dia. Aduhai dah nasib. Bisik akalnya pula. 

“Hello…? Are you here?” Soalnya setelah lama memerhati gelagat gadis manis dihadapan. Lamunan khaulah mati. Khaulah tersengih cuba menutupi rasa malu. Spontan tangan kirinya menggaru-garu kepala yang ditutupi dengan tudung. Giginya ditayang lama.

“Maaf” ucapnya pendek.

Edfarel menatap Khaulah tajam. Timbul rasa lucu melihat gelagat gadis manis ini. 

Hmm... Dia berdehem beberapa kali cuba menahan dirinya dari ketawa.

“Lah… pandai pula minta maaf...” perli Edfarel

“Ermmmm…” Khaulah jadi kalut sendiri. Hilang keberanian yang disemai tadi. Pipinya mula memanas, jantung berdegup laju apabila mata mereka saling bertaup. Cepat-cepat dia mengalihkan anak matanya ke tempat lain takut Edfarel dapat membaca isi hatinya.

Mengapa lelaki itu perlu muncul pada saat-saat seperti ini. Khaulah jadi malu sendiri. Khaulah mengutip helai kertas terburu-buru tanpa menyusunnya terlebih dahulu. Selesai sahaja dia terus bangun meninggalkan Edfarel tanpa sepatah kata.

Melihat Khaulah melangkah pergi. Ketawa Edfarel pecah. Ada sahaja gelagat Gadis itu membuatnya tidak tentu arah. Sudah sering kali mereka bertemu, namun tidak pernah pula bertegur sapa. Melihat reaksi gadis itu seperti cuba menjauhinya. Dia hairan. Apa salahnya. Kenal pun tidak! Tiba-tiba ingin menjauh. Letih akal Edfarel cuba mencari jawapan yang tak mudah untuk dia leraikan. Jawapan ada pada gadis itu. Edfarel berpaling kebelakang mencari susuk tubuh yang sudah hilang.

‘Haahhh! jangan fikir sangat. Tak payah nak sematkan kepala otak kau dengan benda yang tak penting!’ Hatinya mula bermonolog sendiri. Edfarel mengatur langkahnya sesaat kemudian terhenti, bila kaki terasa seperti memijak sesuatu. Pandangan matanya jatuh ke lantai lantas dia berpaling mencari kelibat gadis itu. Hilang! Gadis itu sudah tiada.


                                        


PENAT dia menjauh dari Edfarel. Lututnya jadi lemah longlai. Hilang habis kekusutan memikirkan kelewatannya. Timbul pula rasa malu teramat sangat dalam hati. Dia mengeluh berat. Nafas dihirup dalam-dalam lalu dilepaskan perlahan. Dia beristighfar beberapa kali agar ketenangan kembali ke dalam diri.

“Bismillah.” Dengan lafas keramat itu dan nafas yang masih tercungah-cungah dia menolak pintu bilik kuliah. Suasana ruang yang agar sunyi melahirkan getar dalam hatinya. Semua mata tak lepas memandangnya tajam. Tiada riak yang dapat dibacanya. Jantung Khaulah tiba-tiba bergetar hebat. 

Ya Allah! Musibah apa lagi ni. Khaulah merungut hanya telinganya yang dapat mendengar. Perlahan-lahan dia berpaling ke tepi cuba memastikan sesuatu.

Buat nervous orang aje. Giliran hatinya bermonolog lega. Dia berhirup nafas lega apabila bayang Prof Tasnim masih tiada. 

Dia cuba bernafas dalam-dalam serentak itu dia mengalihkan pandangannya mencari kelibat Nasuha dan Hafsah dicelah-celah pelajar lain. Matanya terhenti apabila ada tangan melambai-lambai ke arahnya. Dia melangkah setapak demi setapak mendekati Hafsah dan Nasuha yang khusyuk menatap skrin telefon bibirnya. Ni sorang lagi anti-sosial. Dia merungut dan kepalanya digeleng-geleng tak habis-habis nasuha dengan smartphone ditangan entah apa yang ditengok pun khaulah binggung.

“Kenapa lambat sangat? Nasib baik Prof keluar tadi.” Soal Nasuha setelah Khaulah melabuhkan duduk disisinya tapi mata masih tak lepas menatap skrin telefon bimbit..

“Sorry… akak! Khaulah terlambat tadi. Tiba-tiba laptop buat hal. Jem betul lah…” Terang Khaulah.

“Ni...Akak check balik. Maaf, terlipat sikit. And sorry! Khaulah tak sempat nak Tape. 

“Is okey. Bagi aje kat syafikah. Pandai-pandailah dia Tape. Dia kan ada kocek Doremon. Minta aje, semua ada.” ujar Nasuha matanya masih tidak lepas dari terus menekan-nekan skrin telefon bimbit miliknya. Syafikah yang berada dibelakang mencuit-cuit bahu. Khaulah berpaling sejenak sambil Khaulah menghulurkan helai-helai kertas yang masih tidak tersusun. 

“Maaf aku belum susun.” Ujar Khaulah meminta maaf.

“Takpe! Biar ika yang susun.” Ujar Syafiqah sambil menghulurkan senyumnya manisnya.

Khaulah menjenguk kepala sedikit memerhati Hafsah yang berada bersebelahan Nasuha. Tersenguk-senguk hafsah menahan matanya dari terus terlena.

“Sempat lagi hang, buat tahi mata?” Bisik Khaulah menyindir.

“Ngantuklah. Semalam aku tak tidur buat Assignment ni.” Terangnya lemah. Ingat nak tidur kejap. Tengok jam dah pukul 7.30 pagi. Ni pun mandi badak aje.” Sambung Hafsah lagi. 

Ketawa Nasuha pecah.

 “Ishh… akak!” Bisik Hafsah. Dia cuba menutup mulut Nasuha dari terus ketawa.

Perlahankan suara akak tuh sikit! Tegur Khaulah. Serentak mereka bertiga memandang kiri dan kanan. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk menampakkan riak tak bersalah persis macam moden iklam ubat gigi Collage menapakkan gigi tak berapa nak putih…

“Diam-diam! Prof Tasnim datang.” Ujar satu suara dari belakang memberi arahan.

 Prof Tasnim ke kelas dengan tergesa-gesa tiba-tiba suasana menjadi sunyi sepi. 

“Sorry... I have to go. Kelas kita pada minggu ni terpaksa dibatalkan. But, assigment you all boleh hantar dalam letter box saya sebelum pukul 12.00 tengah hari.” Ujarnya disambut ceria oleh semua pelajar. Ia bergegar mengambil tas tangan di atas meja lalu berlalu meninggalkan kelas.

Kelas yang sunyi bertukar riuh. Dengan sorakkan dan tepukkan tanpa henti untuk meraikan peluang keemasan yang jarang-jarang berlaku. Lantas Khaulah bangun dari duduknya. Beg sandar di bawah kerusi disandar ke bahu ingin berlalu. Hajat dihati ingin cepat-cepat pulang bagi menyambung lena. Dari semalam lagi tidak dapat tidur. Hanya mampu menatap tilam dan bantal yang dibalut dengan warna senada. Semua ini kerana Prof Tasnim, mata ingin layu namun digagahkan juga demi assignment yang masih belum selesai.

“Khaulah… jom!” Ajakkan Nasuha membuatkan Langkah khaulah terhenti.

Dia berpaling dengan dahi berkerut seribu.

“Jom pergi teman akak…Library! nak Research something Jap. Please!” Rayunya lembut.

Aku mengeluh berat.

“Alah kak… esoklah, hari ni, Khaulah nak sambung tidurlah. Tak larat. sejak semalam Khaulah tak tidur. Dah macam zombie kampung pisang dah ni. I have time to sleep.” Tolak Khaulah lembut.

“Takde-takde. Khaulah mesti teman akak pergi Library juga. Bukan lama pun, kejap aje.” Dia menarik tangan khaulah mengikutinya. 

“Nak tidur…” rengeknya. Khaulah terpaksa akur. Langkah yang malas terpaksa di lajukan juga bila tangan kanannya ditarik lembut.

Khaulah, menatap Hafsah meminta simpati. Sahabatnya itu hanya tersenyum sambil melambai-lambai lembut. Khaulah mencembik geram.

“Ada lori ada bas, esak lusa aku balas..!” jerit Khaulah. mujurlah ketika itu hanya tinggal Aliya dan Hafsah  sahaja di dalam dewan. Kalau tidak boleh hilang sahan sebagai gadis Melayu terakhir.



Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.