Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,063
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1


KHAULAH memandang jauh kehadapan. Indah! Detik hatinya. Perlahan-lahan dia melangkah setapak demi setapak. Rasa rindu pada kampung halaman akhirnya terubat juga. Dia melabuhkan duduknya di bangku bawah pohon ceri yang rendang.

“Hmmm… Apa yang dimenung tuh.” Khaulah tergaman bukan kepalang dengan sapaan dari belakang. Dia memalingkan sembilah puluh darjah tubuhnya berhadapan dengan pemilik suara itu.

“Hisy… akak ni!  Kalau tak kejutkan orang tak boleh ke?” Ucap khaulah pura-pura marah. Sisa terkejut masih menyelimutinya. Bukannya Khaulah tidak kenal dengan sikap kakaknya yang sorang ini. Tidak pandai nak bagi Salam terus terjah aje. Kalau ada penyakit jatuh dah lama dia tinggal arwah. Berkali-kali dipesan entah dengar ke tidak.

Hahahahahahaha… gelaknya menyakinkan hati Khaulah. Hana melabuhkan duduknya di sisi khaulah.

“Amboi! Marah akak pulak. Adik tuh yang berangan jauh sangat, Tak dikejar dek kaki akak ni.” Ujarnya dengan tawa yang masih tersisa. Khaulah menggeleng perlahan. Jika terus dilayan sikap kakaknya yang sorang ini, memang dia tak pernah menang. Ada aje alasan. Naik serabut kepalanya.

“Mana ada…!” Khaulah merengek.

“Ingat akak buta? Apa yang berubah dik oi! Akak tengok sama aje? Kalau berubah pun mungkin ayam dengan itik ibu aja yang makin bertambah. Bertelur aja kerjanya. Tu hah, tengok bunga akak tuh! Habis rosak dikais ayam.” Ujarnya sedikit marah. Hana menjuihkan bibirnya ke arah pokok yang sudah layu. Khaulah tersenyum.

 “Dengan ayam pun akan nak gaduh. Akak pun, salah juga. Pagar aja lah?” cadang khaulah.

“Uhmm… memang akak pun fikir macam adik juga. Dah tak larat akak nak kejar. Silap-silap hari bulan dengan ayam akak sembelih! Buat kenduri kahwin adik.” 

Tawa Khaulah tiba-tiba pecah mendengar tutur kakaknya.

“Akak jom!” Ajak Khaulah

“Jom mana?” Kening Hana sedikit terangkat.

“Jomlah, bawa adik roda-roda kampung. Rindulah.” Ujarku setelah ketawa usai.

“Boleh juga. Akak pun ingat nak ke kedai MR. Lee. nak beli pukat. Akak nak pagar bunga-bunga akak ni.

“Nanti petang kita pergi Bandar”. Ujar Hana

Khaulah hanya mengangguk setuju.

“Akak…” panggil Khaulah lembut. Memecahkan kesunyian di antara mereka.

Hana memandang adik tenang. Seulas senyuman manis dihadiahkan untuk adik kesayangannya. 

Khaulah mengeluh berat. Wajah adik terus bertukar serius.

“Tolong jaga ibu elok- elok” ujar Khaulah perlah. 

Hana menatap lama wajah adiknya. Dapat di taksir ada riak gusar di wajah adiknya.

“Shah Alam ke Terengganu bukan dekat. Susah adik nak selalu balik. Adik risaukan ibu. Sejak beberapa hari ni, ibu macam tak sihat aja. Muka pucat. Jalan pun dah tak larat.” Keluh Khaulah.

“Hmmm… adik!” Panggil Hana lembut. Khaulah berpaling.

Jangan risaukan ibu. Ibu okey. Insya-allah kakak akan jangan ibu. Jangan risau sangatlah! Sekarang fikirkan tentang pelajaran adik. Ucapnya lembut. Perlahan-lahan dia merangkung bahu Khaulah lalu menepuk-nepuk seperti memberi sedikit kekuatan. Tidak perlu adiknya menerangkan dia faham keadaan adiknya. 

“Akak! Adik tak nak balik UITM.” Air mata Khaulah tiba-tiba berkolar.

 Khaulah memeluk erat tubuh ramping kakaknya.

“Dah-dah… Apa ni! Dah besar-besar pun manja lagi.” Jari runcingnya mengesat air mata Khaulah. Hana mengemaskan pelukkannya.

 “Tak larat adik nak bertapa dalam bas tu. Pinggang ni rasa nak patah duduk berjam atas bas tu. Loya tengkak ni, mengalahkan orang mengandung” rungut memikirkan keadaan dirinya. Sudah dua bulan Khaulah tidak pulang ke kampung. Rindu memanglah rindu namun bila memikirkan dia harus mereput dalam bas berjam-jam, hasratnya dibiarkan sahaja. Tambahan pula, Khaulah selalu muntah-muntah. Terpaksalah dia menelam pil Novomin sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Besut. 

Hana hanya ketawa mendengar alasan adiknya.

“Alah, sian adik akan ni. Dah macam Morningsick pula. Naik kereta pergi pekan pun muntah-muntah. Tak faham betul. Buat malu aja.” Ucapnya giat menyakat adiknya. Sisa tawa masih tersisa.

“Eleh... Kata orang, akak pun sama aje. dua kali lima aja!” sindir Khaulah sinis. Sedihnya sedikit terpujuk dengan gurau kakaknya.

Ketawa Hana pecah mendengar sindiran adik bongsu itu. Baru saja ingin menyindir, dia pula yang di sindir.

“Semalam muntah tak?” Ujar Hana prihatin. 

“Tak! adik telan pil Novomin. Kesan ubat tuh buat adik tidur aje dalam bas. Sedar-sedar dah sampai kat stesen bas. Ujar Khaulah tergelak lucu dengan keadaan dirinya. 

“Baguslah…

“Dah ada calon!” soal Hana cuba mengubah topik perbualan mereka berdua. Khaulah mengerutkankan dahinya memandang tepat pada wajah Hana dalam-dalam. Mencari erti di setiap butir bicara yang keluar dari bibir kakaknya. Namun tiada jawapan yang ditemui.

“Nur Yasmine Khaulah dah ada calon ke kat tempat belajar nuh.” Terang Hana lembut sambil menayangkan giginya yang agak putih dan kemas.

Khaulah yang tadinya terpinga-pinga tiba-tiba ketawa kuat. Senyuman Hana mati timbul rasa hairan melihat gelagat adik. 

‘Sewel ke apa adik aku ni’ Bisik jahat hati Hana. 

“Orang Tanya, dia gelak pulak.” Marah hana sambil jarinya mencubit lengan khaulah. 

“Aaahhhh... sakitlah.” jerit Khaulah menahan sakit. Dia mengosok-gosok lengan yang masih terasa pedih.

“Padan muka, main-main lagi!” Bebel Hana geram.

“Tangan akak tuh, asyik nak cubit adik aje! tak boleh duduk diam. Macam ketam!” Marah Khaulah. 

“Ada tak?” soal hana lagi seperti berminat.

 “Akak! Tak ada soalan lain ke? Tanyalah pasal tarikh exam ke? Cantik ke kawan adik? Ini tak, Tanya benda macam tuh. Adik ni mana ada calon. Rupa tak cantik macam Kajol pelakon yang akak minat tu.” Merendah diri.

“Apanya... Akak tengok cantik aje.” pujinya entah ikhlas ke tidak. Khaulah mencembik.

“Matahari naik ni! Jangan buat lawak akak oi. Adik ni jenis manusia yang sedar diri. Tak payah susah-susah nak pandang cermin lama-lama. Jawapan dalam tangan adik dah” Ujar Khaulah sambil menayang-nayang tangannya.

Hana hanya tergelak.

 “Kawan adik semua dah kahwin. Nurul! Anak Mak cik Siah, dah nak masuk tiga orang anak.” Ujar Hana bersungguh-sungguh.

Zizah...! Yang dulu adik ejek kata tak lawa. Bulan depan dah nak kahwin dengan anak Pak Aji, penghulu kampung sebelah tu.

“Alah… mereka semua tu, lepas SPM terus kahwin. adik ni manusia yang ada keinginan. Nak capai cita-cita. Mereka lain, adik lain. Akak tak boleh samakan adik dengan mereka. Seru belum sampai lagi nak buat macam mana?” terang Khaulah tenang. Malas memusingkan kepalanya dengan soal jodoh. Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde, redha aja. Baginya masih terlalu awal untuk memikirkan soal jodoh. Masih banyak tanggungjawab yang aku dipikul.

“Memangnya takde yang adik suka?” Soal Hana ingin tahu rahsia hati adik bongsunya. “Tipulah kalau adik kata takde, memang ada tapi orangnya pulak yang tak suka kat adik ni” ujar Khaulah jujur. Wajah syamim tiba-tiba terlayar. Entah bagaimana khabar lelaki itu sekarang. Sejak tamat STPM kebanyak daripada teman sekelasnya hilang tanpa kesan termasuk syamim. Hanya beberapa orang sahaja yang masih dia hubungi. Apa yang ditahu Syamim Berjaya melanjutkan pelajarannya ke UKM dalam bidang pendidikan. 

“Adik ni, memilih sangat kut. Nak orang yang kaya-raya aje.” Tuduh Hana. 

Khaulah menggelengkan kepala melihat gelagat kakaknya. Bab gosip memang nombor satu kakaknya. Anak siapa? Kampung mana? Umur berapa? Boleh dikatakan semua ada dalam tangan kakaknya. Entah siapa yang menyampaikannya info pun, Khaulah tidak tahu. Geli hati pula dibuatnya dengan sikap terlebih prihatin kakaknya.

“Tak adalah macam tu,” Khaulah menidakkan. Dia bukan orang seperti itu, mementingkan darjah mahupun rupa. Cukuplah ada iman dan biarlah seorang yang dapat memimpinya menjadi seorang isteri yang solehah.

“Bukan…Dah jodoh belum sampai lagi” Terang Khaulah. 

 “Sampai bila-bila pun, ibu takkan dapat rasa ada menantu dan akak takkan dapat anak saudara!” Pintas Hana ingin menang.

 “Apa pulak? Adik pulak yang disalahkan. Akak tuh yang patut khawin dulu. Adik nih belajar pun tak habis lagi.” rungut Khaulah.

“Adik, ramai je orang kahwin masa study.  kalau berkenang kat sape-sape cakap dengan akak. Takde hal, akak boleh aja pujuk ibu. Kacang aje.” Ujar Hana menepuk-nepuk lembut dadanya beberapa kali cuba memberi keyakinan kepada Khaulah melalui gelagatnya Nampak sedikit angkuh.

“Okey… adik cuba usahakan. Tahun depan insya-Allah. Adik kahwin. Jangan tiba-tiba tak setuju sudah. Ucap Khaulah seperti memberi amarah kecil. Dia mengiakan malas memanjang soal kahwin. Naik pening kepalanya.

“Akak tunggu.” Hana hanya tergelak besar tidak ambil serius gurauan adik bongsunya itu.


“Akak sibuk-sibuk pasal adik ni, akak dah ada calon ke? Baik akak aje yang kahwin. Ibu selalu Tanya adik, bila akak nak kahwin? Kalau tak ada calon biar adik yang tolong carikan.” Ujar khaulah cuba membaca reaksi wajah kakaknya.

Bukan dia tidak tahu. Kakaknya itu pantang bila dibincangkan pasal kahwin mulalah panas punggungnya. Tapi demi menyakitkan hati kakaknya soal kahwin mula menjadi topik perbualannya. Bukan khaulah tidak kenal sikap kakaknya, pernah sekali ibu bertanyakan soal itu Hana bukan main lagi cuba nak mengelak. Khaulah sendiri kadang tidak faham dengan sikap kakaknya. Umur kakaknya pun sudah sesuai berkahwin. Bukan tiada siapa yang datang merisik namun semua lamaran itu ditolak begitu sahaja. Naik malu ibu dibuatnya. 

“akak tak terfikir ke nak kahwin? Teringin jugak adik nak jadi Mak usu. Mak Siah, tu dapat tiga orang cucu” Khaulah giat mengusik sambil tersengih seperti kerang busuk membayangkan keriuhan suasana rumah yang sunyi sepi.

“Jangan berangan adik oi.” Angan-angan Khaulah mati dipintas suara kakaknya.

“Gaya macam orang yang nak dapat laki! tersengih-sengih, runsing akak tengok” Ujar Hana menyindir.

“Akaklah yang nak dapat laki tu, Abang Taufik nak. Sombong!” Pipi Hana merah di usik khaulah.

“Biar tak bersuami pun asal boleh jaga ibu. Lagipun tak ingin akak dengan si Taufik duda tu. simpang malaikat 44.” Cepat Hana menolak. 

Hahahahha! Ketawa besar khaulah pecah. Hatinya lucu. Entah apa dosa abang Taufik sehingga namanya pantang disebut. Ada sahaja yang tidak kena dimata kakaknya.

 Gelaklah lagi. Biar satu kampung dengar suara adik!” Nanti kakak lempang sampai bisu. Hana berpura-pura ketawa.

Terhibur dengan gelagat kakaknya.

“Adik Tanya sikit aje dah nak emo! Alah, apa salahnya Abang Taufik tu. Duda aja bukan ada bini.” Sindir khaulah dengan ketawa yang masih tersisa.

 “Bencilah, adik ni.” ujar Hana. Ketawa Khaulah sekali lagi pecah melihat gelagat kakaknya.

 “Sudah-sudahlah mengarut tuh adik. Kakak masuk dululah. Banyak benda lagi yang akak nak buat dekat dalam tu. Harapkan adik, tak berasaplah dapur kita tu!” Hana bangun dari duduknya meninggalkan Khaulah sendiri. 

“Nak alih topiklah tu.” Teriak Khaulah keras di angin lalu. Khaulah hanya memerhati gelagat Hana. Dia tersenyum akhirnya menang jugak melawan kakaknya. Ada sahaja akal jahat ingin mengenalkan kakaknya.

“Akak nak pergi mana tu. Awal lagi kut. Banyak lagi nak tanya pasal Abang Taufik ni!” Ucap Khaulah mengejek.

“Malas layan adik!” Jerit Hana. Khaulah memandang Hana hilang di balik pintu utama. Khaulah mendongak kepalanya sedikit ke atas memandang langit yang kebiruan bak air laut. Dia leka menatap awan putih berarak tenang menutupi sang mentari agar bumi teduh seketika. Tenang jiwanya saat ini. Buat seketika, tidak perlu lagi dia menghirup udara Kota yang kadang kala, menyakitkan rongang hidungnya dan kadang memekakkan telinganya. Perlahan-lahan matanya jatuh pada kawasan persekitaran rumahnya. Daun-daun kering yang gugur menimbulkan keinginan dalam hatinya. Dia bangun dari duduknya. Terjenguk-jenguk dia mencari sesuatu.

“Kakak penyapu lidi kak mana?” Laungnya kuat.

“Kat dinding depan rumah tu.” Balas Hana dari dalam.

“Jumpa tak?” sambung Hana lagi. Mata Khaulah jatuh pada penyapu lidi yang tersandar pada dinding rumahnya.

“Dah…!” Balas Khaulah kuat.

Dia melangkah perlahan mengambil penyapu lidi lalu menyampuh daun-daun Ceri kering yang gugur di halaman rumahnya. Naik lenggung juga dibuatnya walaupun kawasan rumahnya hanya sekakang kera. Selesai sahaja, Khaulah meninggalkan penyapu lidi lalu masuk bagi menunaikan usai solat asar yang masih belum dikerjakan setelah azan berkumandang di surau berdekatan.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.