Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,005
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4


SUASANA di dalam perpustakaan Tun Abdul Razak begitu senyap dan lengang sekali. Ditambah pula dengan adanya alat penghawa dingin yang dipasang pada tahap maksimun. Menggeletar tubuh Khaulah menahan dingin. Dalam waktu yang sama, mata Khaulah liar mencari sahabat baiknya yang sejak tadi hilang dibalik rak-rak buku yang tersusun sejajar. Lenguh juga kakinya dari tadi asyik berdiri mencari beberapa buah buku yang diperlukan sebagai sumber rujukan Assignmentnya. Khaulah mengeluh panjang. 

“Aduhai! Dah nak beku aku kat sini. Satu aje yang jumpa.” Sejak tadi Khaulah asyik merungut sendiri. Mata Khaulah ralit meneliti tajuk-tajuk buku yang disusun rapi.

“Khaulah! Jom.” sapaan suara dari belakang.

“Hei mak kau! Aku kahwin” Khaulah melatah. Ketawa Aliya pecah.

“Astagfirullah al-aziim.” Dia mengucap panjang. Hampir sahaja gugur jantungnya disengah sebegitu oleh sababatnya itu.

“Masya-Allah. Aliya! Kau ni, dah tak pandai bagi Salam? Jangan buat aku melatah dalam library ni! Tak pasal-pasal turut sahan aku” ujar Khaulah geram. Sudah banyak kali dipesan tapi tetap begitu. Aliya ketawa sambil mengosok-gosok lembut belakang Khaulah. Lucu dia melihat tingkah Khaulah. senang benar boleh mendengar khaulah melatah. Macam nenek-nenek.

“I’m Sorry…” tutur Aliya dengan ketawa yang masih tersisa.

“Mana buku?” soal Khaulah. Naik hairan. Bila tiada sebiji buku pun yang dipegang gadis itu.

“Takde. Library ni besar aje, buku masih kurang. Terpaksalah aku pergi induk. Cari bahan kat sana.”

“Hmm…Khaulah hanya mengangguk. Matanya meninjau rak-rak buku yang berada di dalam perpustaan itu.  Label-label di tampal di rak-rak dipandang sekilas.

“Buku apa ni? Soal Aliya serentak dia merampas dari tangan Khaulah.

“The psychology. Tapi, masih banyak information yang tak lengkap” terang Khaulah. bimbang Dateline makin dekat.

“Insya-Allah, aku yakin kita sempatnya..?” pujuk Aliya.

“Yang ini aje yang aku jumpa. Tapi, yang sebiji ni pun entah baca ke idok!” akui Khaulah jujur.

“Baca ke idok, dah satu hal! Yang faham ke idok yang bermasalahnya!  Sepatah haram aku tak faham ni.” Sambung khaulah. Ketawa mereka berdua pecah. Beberapa pasang mata-mata merenungnya tajam seperti tidak puas hati.

“Mereka macam tak puas hati aje dengan kita?” Bisik Aliya ditelinga sahabatnya. Beberapa mata memandang sinis ke arah mereka. Khaulah hanya tersenyum seolah meminta maaf.

“Jom, keluar” Ajak Khaulah bimbang pula mengganggu pelajar lain.

 “Takkan satu aje?” soal Aliya. Dia menghulurkan kembali buku tadi kepada Khaulah. Khaulah menyambut. Buku bertukar tangan.

“Information lain kita google aje.” Khaulah tersengih serentak itu, melepaskan pandangan di balik rak yang berdekatan dengannya. Terjenguk-jenguk mencari seseorang. Khaulah merasa seperti gelagat mereka diperhatikan.

“Good! Kau terjenguk-jenguk ni kenapa?” Soal Aliya memandang ke arah yang sama. 

“Aku rasa macam orang perhatikan kita aje.” balas Khaulah. Dia masih mencari-cari bayang seseorang namun tiada. 

“Terkekek-kekek Aliya ketawa seperti mengejek. Kau buat lawak ape ni? Siapa yang malang sangat nak pandang kita? Dah, jangan berangan jadi miss Universal sangat.”

Haha. Khaulah pura-pura ketawa.

“Kau nampak tak ni? Nak rasa!” ujar Khaulah memberi amaran. Dia menayang-nayang penumbuknya pada wajah Aliya. 

 “Ops…. Sabar! Aku tak kahwin lagi. Nanti kesian abang azman aku…” Ujar Aliya tersengeh-sengeh. 

Menyapa! Mentang-mentang dah ada tunang… huhuhuhu

“Habis… kau ingat aku janda anak Empat? Dahlah malas aku layan kau ni. Aku cakap bukan kau nak dengar! Khaulah berpaling sekali lagi. Dia benar-benar yakin ada orang yang sedang memerhati tingkah mereka tadi. Namun bila dia berpaling tiada pula. Khaulah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia melangkah meninggalkan Aliya.

“Tunggulah akuuu…!” teriak Aliya sedikit kuat. Dia berlari-lari anak mengejar Khaulah dari belakang tanpa memandang mata-mata yang sedang memerhati gelagatnya.

Langkah Aliya dan Khaulah terhenti dikaunter peminjaman buku. Setelah selesa meminjam buku mereka berlalu meninggalkan Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Tanpa sedar, ada sepasang mata yang memerhati gelagat Khaulah dan Aliya dari jauh. Lelaki itu senyum segaris memerhati gelagat mereka berdua. Pandangannya masih melekap pada susuk tubuh gadis manis di hadapannya, seperti ada sesuatu yang istimewa pada gadis itu. Tapi, dia sendiri pun tidak pasti!

Hati lelaki berdegup kencang. Matanya dari tadi tidak berkelip. Ralit Edfarel memerhati gelagat gadis yang berbaju kurung berwarna kuning cair dipadankan dengan tudung berwarna hijau lumut itu.

 ‘Ayu!’ Bisik hati lelakinya.

Dia akui, Hati lelakinya cukup terusik. Cintakah? Hatinya bertanya.

“Isy. Mengarut.” Edfarel menidakkan rasa yang tiba-tiba mencuit dihatinya. Hatinya sudah lama membeku. Mana mungkin rasa asing yang ada dihatinya saat ini di namakan cinta. Dia tersenyum yakin. 

Cinta!  Dia ketawa geli hati.

“Jom, Rel” panggilan Khairul mematikan lamunan Edfarel. Khairul memerhati tingkah sahabatnya lalu mendekati.

“Apa yang kau tengok tu! Senyum sampai ke telinga. Apa yang lucu!” tegur Khairul.

Senyuman Edfarel mati.

“Erk... tak adalah!” Balas Edfarel tergagap-gagap. 

Cepat-cepat dia berpaling ke arah sahabatnya. Bimbang juga andai Khairul perasan dengan perubahan tingkahnya. Bukan dia tidak tahu sepupunya yang sorang tu suka sangat menyakap.

“Let’s go...” lama dah mereka tunggu kita. Nanti bising pulak Danial. Ajak khairul.

“Ohhh… okey...” Ucap Edfarel dengan sisa terkejut yang masih ada. Dia mengalihkan perhatian Khairul nanti pecah rahsia malu sendiri. Dia mengikuti Khairul dari belakang. Sesekali dia memandang sekeliling mencari susuk tubuh wanita tadi. Namun hampa. Dia mengeluh. Keluhan Edfarel tertangkap di telinga Khairul. Mereka sama-sama melangkah keluar meninggalkan perpustakaan lalu melangkah menunjuk ke gerai yang berada dibelakang fakultinya.

                                    

KHAIRUL memerhati lama gelagat sahabatnya. Dia hairan dengan sikap sahabatnyaa. Bila di Edfarel hanya menggeleng. Jarang dia melihat sahabatnya berperangai sedemikian rupa. Kebiasaan Edfarel tidak pernah berkelakuan pelik sebegini. Dia menatap lama wajah itu cuba mencari rahsia di balik wajah tampan yang sudah pandai berahsia denganya. Dia akui sepupu kesayangannya mempunyai wajah yang tampan. Hampir semua gadis di kolej tergila-gilakan Edfarel tapi semuanya tidak di layan termasuk Sofia. Entah dimana kurangnya Sofia pun khairul tidak tahu. Layanan Edfarel kepada gadis itu acuh tak acuh sahaja. Hanya gadis itu yang tergedik-gedik cuba mendekat. Kesian. Biarlah… hati manusia mana bisa dipaksa.

 Nyata sukar untuk dia meneka riak yang terpancar pada wajah Edfarel. Dia bukanlah manusia yang pandai mentafsir perasaan orang, perasaanya sendiri pun sukar untuk mencari jawapan apatah lagi mentafsir perasaan jejaka di depannya.

“Dah Kenapa dengan jejaka Malaya kita ni?” Soal Danial mematikan lamunan Khairul. Khairul berpaling memandang Danial lama.

“Entahlah, masuk Library terus perangan rel macam tu. Aku Tanya dia cakap tak ada apa-apa!” Balas Khairul jujur.

“Ada apa-apa ke kat Library tadi?” soal Danial lagi. Dahi Khairul dikerutkan cuba mengingat apa-apa peristiwa yang berlaku dalam perpustakaan tadi.

“Seingat akulah! Tak ada pulak aku Nampak apa-apa tadi.” Jelasnya setelah terdiam lama.

Jangan tersampuk hantu Library sudah. Danial bergurau.

Mengarut! Khairul tergelak.

“Aku pergi dulu!” Edfarel tiba-tiba bangun dari duduknya meminta diri. Kunci kereta di atas meja disambar kasar. Hilang moodnya tiba-tiba. 

“Nak pergi mana? Minuman pun belum.” Danial cuba menghalang. 

“Betul tu, kalau ya pun minumlah dulu.” Khairul mengiakan.

“Takpe, aku nak balik! Penat. Kau berdua ajelah. Malam ni kita lepak.” Ujar Edfarel mencari alasan melepaskan dirinya. Dia menolak kerusi lalu melangkah pergi. Saat ini dia benar-benar tidak larat. Bukan tubuhnya tapi hatinya. Dari tadi hati dan akal saling berlawanan untuk mencari kata putus. Hati berkata Ya!, akal pulak berkata tidak!

Danial dan khairul saling berpandangan.

“Sepupu kau, dah kenapa? Sibuk sangat ke? Pelik lain macam aje! Sebelum ni tak pernah balik awal.” 

“Macam kau tak kenal rel tu! Kalau dia ada problem mana pernah dia cerita. Dia suka pendam sorang-sorang aje.”

“Tak berubah perangai Rel tu.” Rungut Danial.

“Biarlah….. Asal dia happy.” ujar Khairul malas ingin melayan. Dia berpaling ke belakang

“Abang! Teh ais tadi cancel. Teriaknya pada lelaki yang sedang asyik membancuh minuman. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum.


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.