Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,012
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8


“REL NAK pergi mana? Dah malam dah nih.” Soal Mak Minah risau. 

“Keluar…jumpa Khairul” jawap Edfarel. Sudah hampir 15 tahun Mak Minah berkerja dengan keluarganya. Mak minah pun sudah dianggap seperti keluarga. Semasa papa dan mamanya masih menetap di United Kingdom Mak minah telah diamanah oleh Dato’ Kamil untuk menjaga rumah banglo milik adik bongsunya. Dia lebih suka tinggal bersama Dato’ Kamil. Namun bila papanya pulang Dato’ kamil menyuruhnya tinggal bersama papa  dan mamanya. Pada awalnya dia menolak tapi bila bapa saudaranya bertegas terpaksalah diakur dan menurut sahaja walau tanpa relanya.

“Dah malam dah nih. esok ajelah.” tutur Mak Minah bimbang. Jam yang tergantung dikerling sekilas. Sudah hampir kul 10.00 malam.

“Malam nih Rel tidur kat sana. Mak Minah tak payah tunggu Rel lagi. Lagi pun, kalau Rel nak balik pandai-pandailah Rel buka sendiri. Rel kan ada kunci. Tak payah nak susahkan Mak Minah lagi.” Terang Edfarel sambil mencium tangan kasar itu sopan. “Tapi, kalau papa dengan mama tahu Mak Minah nak jawap apa?” Soal Mak Minah risau. Sudah berkali-kali dia ditegur oleh Tuan Kamarul. Semua kerana edfarel yang selalu pula malam. Dan sudah banyak kali juga dia memberi alasan yang dibuat-buat untuk melindungi Edfarel. Dia tidak ingin terlibat dalam urusan keluarga ini tapi demi melindungi Edfarel dia sanggup menipu. 

“Rel bukan pergi mana pun! Rumah Khairul aje lepak-lepak aje. Dah Rel pergi dulu…” Ucapnya lembut. Lalu dikenyitkan sebelah mata sebelum berlalu. Mak Minah ketawa kecil dengan tingkah anak majikannyan itu. 

“Rel…! Nak pergi mana lagi malam-malam nih? Mama jarang tengok Rel duduk kat rumah.” Langkah Edfarel, terbantut dengan serta-merta. Bila ada suara yang cuba menegur. Wajah cantik Puan Aisyah dikerling acuh tak acuh sahaja.

Ketawa Mak Minah mati. Mak Minah membatu. 

“Tak boleh ke Rel duduk rumah aje sekali-sekala. Boleh juga Berbual dengan mama, dengan papa. Lama mama tak berbual dengan rel.”  Perlahan-lahan langkahnya diatur turut dari tangga. Bukan dia tidak tahu, anaknya itu sebenar cuba mengelak dari bertembung dengannya. Sejak dia menetap disini belum pernah lagi anaknya itu berborak panjang dengannya. Acuh tak acuh sahaja. Bercakap pun bila dirasakan perlu. Banyak waktu dihabis diluar. Kalu ada di rumah jarang boleh Nampak muka, Asyik berkurun dalam bilik. Benci sangat kah dia? Hati Puan Aisyah terdetik. Ya, dia akui sebagai seorang ibu kepada Edfarel dia terasa dengan sikap anaknya itu. Bukan dia tidak cuba mendekati tapi, Edfarel yang mencuba untuk menjauh. Dia menghela nafas panjang. Menjernihkan hati yang makin berkocak.

“Kenapa mama tiba-tiba nak ambil tahu hal Rel! Selama nih tak pernah ambil tahupun?  Rel tahu jaga diri sendiri. Dah besar panjang pun bukan budak Sembilan tahun lagi yang perlu mama jaga dan bagi sepenuh kasih sayang.” perli Edfarel menikam di ulu hatinya. terasa benar dengar sindiran itu. 

“Rel! tak salah kalau mama tanyakan? Relkan anak mama.” intonasi Puan Aisyah rendah. Hatinya sebak. mengakui sesuatu hakikat itu.

Edfarel tersenyum sinis… “Baru sekarang mengaku?. Kenapa tak dari dulu? Saat rel perlukan mama! Sekarang nih dah tak perlulah mama jaga Rel. Rel pun dah besar, dah terbiasa hidup berdikari. I’m okey and thank you…” bicaranya cuba dilembutkan sedaya mungkin. 

Manik-manik jernih mengalir dipipi. Diakui dia salah meninggalkan Edfarel sendiri. Kerana itu dia dan suami pulang untuk menembus kesalahannya. Tapi, nyata anaknya sudah betah tanpa dia dan suami disisi.

“Edfarel! jaga mulut kamu tuh. Hormat sikit, dia tuh mama kamu” Jerkah Tuan Kamarul entah dari mana datangnya. Renungkan tajam menerpa wajah anak tunggalnya. Sesekali wajah sayu isterinya dipandang.


Edfarel hanya diam membatu. Masih ada sisa hormat kepada papa dan mamanya. Dia sedar sebagai seorang anak tidak layak untuk melantunkan kata-kata sebegitu. Tambahan lagi, bila bicara itu mampu menguris hati mamanya. Namun dia juga punya hati. Lima belas tahun papa dan mama meninggalkanya. Kini, mereka kembali seolah tiada apa yang terjadi. 15 tahun bukan jangka waktu yang pendek. Hari demi hari dia berharap agar papa dan mamanya pulang. Nyata mereka lebih memilih pangkat dan gelaran sebagai Professor. Anak sendiri hanya dibiarkan hidup sendiri. Adakah dia yang harus disalahkan?

“Sudahlah ma, pa. Rel ada ke tak, selama nih mama dengan papa peduli ke! Ayah long yang susah payah jaga dan besarkan rel. mama dengan papa mana? Kejar nama? Kejar pangkat! Macam pangkat boleh bawa dalam kubur.” Sindir Edfarel pedas.

“Enough…! Shut up! jangan nak jadi  kurang ajar! Ingat siapa yang lahirkan kamu? Memang pangkat tak boleh bawa masuk dalam kubur. Tapi, dengan apa yang kita ada nih rel dapat hidup mewah. Jangan jadi anak yang tak pandai bersyukur.” Amarah Tuan kamarul membuak-buak. 

“Rel sedar siapa yang lahirkan Rel., tapi Rel sedah Siapa yang membesarkan Rel selama lima belas tahun Rel ditinggalkan oleh mama dengan papa. Kemewahan papa cakap? Edfarel menguntum sinis. Belum cukup lagi harta yang atuk wasiatkan. Sampai papa bersusah payah mencari harta? And, Rel tak pernah minta apa-apa! Hidup dalam kemewahan tapi kurang kasih sayang! Ya, mungkin rel kurang diajar. Tapi, salah siapa? Kenapa mama dengan papa tak pernah pun nak ajar rel. mama tak pernah nak ajar rel untuk hormatkan papa dan mama! Ajar rel untuk bersyukur dengan semua nih. Ajar rel untuk pilih jalan yang betul! mana tanggungjawab mama dengan papa?” tell me…Marah edfarel tanpa boleh dikawal. 

“Farel!...

 panggil Mak Minah lembut menyedarkan jejaka itu. tidak boleh disalahkan Edfarel juga dalam hal ini. Tapi, ingin disalahkan siapa? Tuan Kamarul atau Puan Aisyah…?

Hati Edfarel bertukar panas. Kalau terus berada disini entah apa lagi yang akan keluar dari bibirnya. Edfarel berlalu pergi meninggalkan rumah banglo itu. Diluarnya mengah namun di dalam penuh sampah. Itulah pernilaian tentang kehidupannya. Pintu dihempas kasar.

Derungan enjin kereta Proton Satria GTi edfarel memecut meninggalkan rumah mewah itu. Beberapa saat hilang dipendengaran penghuni rumah itu.

“Makin besar makin kurang ajar budak tu.” marah Tuan Kamarul. “dah tak kenal kita ni siapa? Dah tak kenal mak bapak ke!”

“Sudahlah…!  Abang…” Pujuk Puan Aisyah. Dalam esak tangis yang sudah mula reda. Bimbang jugak kala-kala darah suaminya naik.

“Ada betul jugak kata Edfarel. Salah kita! Sejak kecil lagi kita selalu abaikan dia. Sepatutnya Aisyah yang jaga, rawat dan didik dia, Tapi… kita serahkan bulat-bulat urusan tu pada abang Kamil dan kak Mariam. Yang kita tahu hanya taburkan duit. Selama ini, kita lebih memilih pangkat! Edfarel kita biarkan terpinggir. Abang Kamil pula yang bertanggungjawab uruskan dia. Kalau saya berada ditempat dia pun saya marah bang.” Ujar Puan Aisyah kesah.

“Layak ke kita digelar seorang papa dan mama Sedangkan kita tidak tau apa-apa fasal Farel.  saya rasa cemburu sangat dengan Mak Minah. Tak pernah sekali rel cium tangan saya. Sedangkan Aisyah nih mama dia.  Anak kita lebih rapat dengan orang lain daripada kita.” perlahan-lahan air mata Puan Aisyah mengalir lagi. Kecewa, sedih dan menyesal kian menjerat lehernya. Dia hanya berharap agar suatu hari nanti edfarel lembut hati. Dan dapat menerima kehadiran mereka. Tuan Kamarul diam melihat tangis sang isterinya. Amarahnya tiba-tiba surut. Banyak benda berlegar difikirannya. Mak minah yang masih berdiri hanya diam tanpa bersuara. sayu hatinya mendengar luahan Puan Aisyah.


EDFAREL MELANGKAH ke tepi kolam ikan. Dia merenung bintang. lama dia berkeadaan begitu. Dia suka melihat langit sambil menatap bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Hatinya tenang. Damai. Dia penat terus bertegang urat dengan papa dan mamanya. Tiba-tiba bayangan seraut wajah lembut ibu saudaranya  terpampang dengan senyum yang tak pernah lekang dipinggir bibir. Hatinya sayu. Rindu! ya, dia rindu kasih sayang Datin Mariam walaupun sudah hampir 10 tahun Datin Mariam pergi menghadap ilahi. Namun kasih itu tetap mekar dan mewangi sampai sekarang.

Ketika usianya Sembilan tahun ibu bapanya telah berpindah ke United Kingdom untuk menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang kedoktoran. Dan sejak hari itu, dia  telah dijaga oleh bapa saudaranya iaitu Dato’ Kamil. Walaupun mereka sudah mempunyai Khairul yang seusia dengannya waktu itu. Namun tidak sedikit pun Dato’ Kamil dan Datin Mariam pilih kasih. Apa yang dihadiahkan kepada khairul, itu juga dihadiahkan untuknya. Malahan, mereka melebihkan dia daripada khairul. Tidak sedikit pun Edfarel merasakan kasih sayang itu berkurang. Hubungan Khairul dan dia juga sudah seperti saudara kandung. Dimana ada dia pasti dibelakangnya ada khairul. Sudah macam belangkas sampai sekarang.

Namun sejak Datin Mariam meninggal dunia akibat kanser Payudara. Dia sudah mula berubah sikap. Senyuman dan tawa sudah pergi bersama jasad ibu saudaranya yang telah ditelan bumi. Berhari-hari dia dan khairul memencilkan diri di dalam bilik masing-masing. Sedih! Keluar pun hanya bila perlu sahaja. Itu pun kerana dipaksa. Banyak waktunya dihabiskan dalam kamarnya. Makan dan minum tidak dijamah sama sekali. 

Sejak itu, sikapnya mula berubah. semua dilakukan sendiri tanpa mengharapkan sesiapa. Tambahan pula, waktu itu dia dan khairul belajar di sekolah ber ‘asrama’ penuh. Semua harus disiapkan sendiri. Pulang ke rumah hanya waktu cuti persekolah saja. Jarang-jarang sekali Dato’ Kamil datang menjenguk mereka. Ada juga sekali sekala papa dan mamanya pulang ke Malaysia itu pun jika ada waktu terluang barulah mereka menjenguknya di asrama atau paling tidakpun sekadar menghubungi bertanya khabar. Hari demi hari hubungan dia dengan Tuan Kamarul dan Puan Aisyah mula renggang dan dingin. Selepas, mendapat keputusan yang cemerlang, dia ditawarkan menyambung pelajarannya ke UK. papanya juga turut berkeras menyuruh dia menyambung pelajaran di sana, tapi sehabis daya dia menolak. Biarlah dia lebih selesa belajar disini dan tinggal bersama Dato’ Kamil dan khairul dirumah yang banyak menyimpam kenangan bersama ibu saudaranya. Edfarel mengeluh berat melepaskan segala bebanan yang bersarang.

Dibelakang, Dato’ kamil berdiri di balik pintu kaca memerhati keluahan demi keluhan anak saudaranya itu. Dari tadi Edfarel hanya berdiam. Dia pasti ada sesuatu yang memberat dibahu Edfarel. Kalau, tidak masa kan anak saudara kesayangannya itu bermurung durja. Dia kenal benar sikap anak saudaranya. Sejak kecil edfarel dijaga dan di asuhnya.

Uhuk…uhuk… 

Dia berpura-pura batuk untuk mengalihkan lamunan edfarel Lantas, dia duduk di kerusi yang bersebelahan edfarel. “Bergaduh dengan papa lagi?” Dato’ Kamil meneka.

Edfarel diam. Faham sahaja bapa saudara tentang sikapnya itu.

“Sampai bila rel nak bertengkar dengan papa? Rel pun dah besar panjang bukan budak kecil lagi.”

“Entahlah, ikutkan hati rel nih. Dah lama rel pindah. Tapi…” tuturnya terhenti

“Jangan ikut kata hati. Rel… bagilah peluang kepada mereka untuk dekati rel.”  Tutur Dato’ Kamil lembut sambil menepuk-nepuk perlahan belakang edfarel seolah-seolah menyalurkan sedikit kekuatan dan semangat kepada anak saudaranya itu.

“Biasalah ayah long… kekok pula rel nak bergaul dengan papa dan mama. Rel pun dah tak biasa. Dah lama rel takde papa dengan mama. Tiba-tiba muncul.” Senyumnya hambar.

“Nanti dah lama-lama okeylah.  Insya-Allah. Banyak-banyak berdoa agar Allah melembutkan hati farel. Jangan simpan sangat dendam dihati. Lagipun, mereka tuh ibubapa rel. jangan keras hati sangat. Tanpa mereka siapalah rel?” tegur Dato kamil.

Edfarel hanya mengangguk. Dia tidak ingin menambah bebel bapa saudaranya. Urusan syarikat pun sudah terbeban apatah lagi masalahnya yang tak pernah selesai. Entah mungkin kerana ego dia dan papa. Mungkin..!

“Ayah long khairul mana? Tak Nampak batang hidung pun dari tadi…!” Soal mengubah topik perbualan.

“Ada aje. Dalam bilik tuh hah… lepas makan malam tadi terus berkurung.” Biasalah khairul bukan kamu tak kenal.

“Oooo… iyake, Okeylah rel naik atas dululah. Malam nih rel tidur bilik rel…” tangan Dato Kamil cium sebelum berlalu mendaki anak-anak tangga.

Dato’ kamil hanya mengangguk-angguk. Tahu sangat perangai anak saudaranya yang sorang itu. Kalau bergaduh dengn papanya rumah dialah yang akan jadi tempat persinggah jejaka itu. Bapa, anak… dua-dua keras kepala. Tak boleh nak berjumpa langsung! Asyik dan berbalah aje.



Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.