Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,018
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11


SOFIA DUDUK di depan cermin. Dia tersenyum bangga membelek-belek lama wajahnya yang berdarah Melayu dan Arab cuba mencari kekurangan diri. Hidung mancung, bibir mungil, mata biru cukup sempurna dimata para lelaki yang menggilai kesempurnaan miliknya.

Tapi, sayang wajah ini tidak mampu memikat hati Edfarel. Sindir hati kecil memancing amarah sofia.

Senyumanya mati. Peristiwa tiga hari lepas tiba-tiba menerjah kembali. Fikirannya menerawang jauh memikirkan siapa empunya gadis yang bersama edfarel di bilik Studio waktu itu. Rasanya seperti ingin di ulang tayang berkali-kali untuk memastikan apa yang terpapar di depan matanya. Sakit hatinya masih belum hilang lagi. Siapa yang tidak sakit hati bila orang yang cintai bermain asmara dengan perempuan lain. Tambahan lagi bila gadis itu hanyalah perempuan naïf tidak standing dengannya. Entah apa yang Edfarel pandang tetap gadis itu. Terasa egonya tercabar. Bukan dia tidak meminta penjelasan daripada Edfarel tapi lelaki itu hanya memberi jawapan acuh tak acuh sahaja.

“Farel, who is she?” Soal sofia meminta penjelasan. Wajah  Edfarel dipandang dalam-dalam. Sungguh dia terkejut dengan apa yang dilihatnya. Tidak sangka lelaki yang dicintainya dan diagung-agungkan selama ini berkelakuan seperti itu.

“Friend…”  jawab Edfarel pendek.

“Kawan…? you ingat I bodoh.” Intonasi Sofia mula meninggi. Api cemburunya mula membakar dadanya. Sungguh jiwanya meronta-ronta meminta agar Edfarel menerangkan segalanya.

“So… apa yang you nak dengar sebenarnya?”  Edfarel pula berbalas pertanyaan seraya memandang tajam wajah cantik itu. Rimas dia dengan gadis di hadapannya itu. Rimas dengan sikap gedik dan mengoda Sofia.

“I tak Nampak pelakuan mesra itu boleh di anggap sebagai kawan atau sahabat? I bukan bodoh Edfarel.” Marah Sofia sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. hatinya sakit dengan  kebohongan yang terucap di mulut jejaka itu. Lelaki itu masih menidakkan apa yang jelas-jelas berlaku. 

Edfarel hanya diam seribu bahasa. Tiada keperluan untuk dia menjelaskan apa yang terjadi kepada gadis dihadapannya itu. Hubungan dia dan Sofia hanya sebatas teman tidak lebih dan tidak kurang. Ia tidak perlu menjaga perasaan gadis itu.

“Edfarel, you know, I love you so much. I sayangkan you lebih daripada seorang kawan. Apa you masih tak Nampak atau berpura-pura butakan mata dan pekakkan telinga you.” Luahan Sofia jelas. Dia sudah tidak ingin berahsia lagi walaupun dia sudah dapat meneka yang Edfarel sudah tahu tentang perasaannya itu. Biarlah, dia tidak kisah andai maruah jatuh demi  mendapatkan Edfarel. Dia sanggup. Asal jejaka itu akan menjadi haknya yang mutlak. Tiada yang berhak memilik Edfarel selain dia. Itu tekadnya. 

“Dah, cukup Sofia. I tak nak dengar apa-apa lagi.” tutur Edfarel tak berminat mengetahui perasaan Sofia terhadapnya. Saat ini hanya Khaulah yang berada difikirannya. Dia benar-benar serabut bila Sofia terus menekan-nekam meminta penjelasan darinya. Bukan dia bodoh untuk menilai pelakuan Sofia selama ini. Jika bukan cinta apa lagi. tapi, dia hanya mengelak dan terus mengelak. Hatinya masih belum mampu menerima sesiapa dalam hidupnya apalagi sofia, gadis yang tak pernah lelah mengejar cinta darinya. Mungkin kerana prinsipnya yang dipengang selamat ini hanya menganggap cinta pada seorang wanita hanya melahirkan luka dan sakit di saat dia di tinggalkan sendiri. Mungkin ini dinama fobia tapi dia lebih suka begini. Sendiri tanpa perlu menjaga hati sesiapa. Jiwa tidak akan penat dan pastinya dia juga tidak akan pernah terluka lagi bila mengharap pada kasih yang rapuh.

“I always love. Miss you every time. I just want you in my life.” Rayuan sofia tidak putus-putus meluahkan apa yang terbuku dihati supaya Edfarel mengerti tentang hatinya. Saat ini bibirnya sudah tidak segan lagi meluahkan sayang hingga Edfarel mula muak dan bosan. Tiada satu patah perkataan itu mampu mengusik hatinya. Hatinya beku malahan dingin.

Perlahan-lahan Sofia mendekati tubuh Edfarel. Tangan runcing cuba membelai wajah sawa matang Edfarel. Matanya menatap tajam dan bibir terulas dengan senyum yang mengoda. Ia dia ingin jejaka itu jatuh dan terbuai olehnya. Lantas dia mula merapatkan wajahnya ke wajah Edfarel cuba mencium bibir jejaka itu. Namun belum sempat bibir merah itu bertaup Edfarel mula menolak kasar tubuh ramping Sofia darinya. 

“Sofia, what are doing?”  Intonasi Edfarel bertukar garang cuba menyedarkan sofia yang seperti kehilangan kesedarannya. Tidak menyangka gadis itu  bertindak sebegitu rupa. 

“Edfarel… apa kurangnya I?” marahnya bila lelaki itu menolak keinginan.

“Sanggup you cuba gadai maruah You demi mendapatkan i. kenapa cetek sangat otak you. murahkah maruah you? sampai sanggup nak menyerahkan apa yang you ada pada seorang lelaki. you tak malu ke? You silap, I bukan lelaki yang akan tergila-gila dengan kesempurna yang you miliki. Dan jangan samakan I dengan lelaki lain. sebab apa? Because I’m not interested with you.”  Luah Edfarel tulus. Dia sedar luahan ini akan melukai hati Sofia tetapi dia harus berterus terang agar Sofia tidak terus berharap kepadanya.  

Haha

 Sofia tertawa sinis. Air hangat bertakung dimata. Dadanya sebak. Dia benci dengan setiap patah yang keluar di pinggir bibir jejaka itu. Jijik!

“Ya, memeng maruah I murah. Tapi apa kurangnya you dengan perempaun tadi? Mentang-mentang dia bertudung , aurat terjaga jadi hubungan you dengan dia boleh dianggap sucilah? Tak haram? Tak salah? Tak murah? Ke jenis you lebih suka perempuan berjubah, bertudung, bertutup untuk puaskan nafsu you.” sindir Sofia menempelak Edfarel.

Pang…

 Tanpa sedar Edfarel menampar pipi gebu Sofia. Hatinya sofia terluka parah. Jiwanya hancur dan berdarah. Tidak terbayang selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mengharapkan kasih pada yang tidak sudi memberi.

 Nafas Edfarel turun naik menahan marah. Pandangan Sofia tajam. Dia mengigit bibir menahan sakit lantas beberapa saat Sofia tersenyum sinis.  “Munafik…!”  sepatah kata meluncur dipinggir bibir.

“Jangan pernah You tunjuk muka depan i.” Edfarel seperti memberi amaran lantas meninggalakan sofia sendirian.

Ahhh….jeritan Sofia Menghilang layar peristiwa yang terpapar kornea matanya.

“Semua sebab perempuan kampung tu! Dasar perempuan jalan!”  bentaknya kasar. Wajah naif gadis bertudung tempoh hari menerpa di ruang mata. 

Berdentun…!

Bila tangannya mula menepis kasar alat- alat solek di atas meja. Berterabur kelantai. Dia tidak peduli. Asal marahnya berkurang sedikit.

“Tak guna punya perempuan, tunggu!  Kau, tengok apa yang akan aku buat. Jangan harap kau dapat memiliki Edfarel! Dia milik aku.” Dia ketawa sinis tepat memandang cermin.

Dia nekad, suatu saat nanti diri akan dapat memiliki Edfarel. lelaki yang selama ini mengambil tempat istimewa di hatinya. Dia sanggup melakukan apa saja untuk memenangi hati Edfarel walaupun terpaksa menggunakan cara kotor sekali pun. Dia tidah kesah. Asal berbaloi.

 Sekilas Matanya dihala ke arah Iphone 7 Plus yang berada di atas katil di capainya lantas nombor telefon Edfarel didail. Sudah hampir berpuluh-puluh kali nombor itu didail. Sakit jarinya menekan-nekan masih terasa tapi hampa Satu pun panggilnya tak diangkat. Bukan dia tidak tahu lelaki itu sengaja cuba mengelak.

Ahhhh…! jeritnya geram bila panggilannya kali ini dimatikan. Iphone ditangan dihempas ke dinding melepaskan geram yang beraja dihati. Iphone 7 Plusnya berderai hanya dikerling tanpa rasa sayang.  Apa sangatlah dengan telefon itu. Dia ada Wang! Bukan hanya telefon malahan apa pun dapat dibelinya termasuk maruah dan harga diri. 

“Edfarel! Sampai hati You buat I macam ni. You takkan dapat lari. I akan pastikan maruah perempuan tu hancur dan you akan berlutut dikaki i.” Sofia bermonolog sendiri dengan tawa seperti orang tidak siuman. Wajah gadis naïf itu terbias diruang mata. Jika gadis itu ada di depan matanya, pasti dimaki habis gadis itu. 


“MACAM mana…? Kau dah urusan apa yang aku suruh.” Soal Sofia dalam corong telefon bimbit barunya kepada perpanggil itu.

“Bagus… biar padam muka dia. Aku nak satu kampus nih tahu pasal mereka berdua. Baru puas hati aku. Ketawanya pecah. Ya. Aku tak kisah pasal bayaran tu. Asal semua berjalan lancar. Okey…apa-apa, kau info aku balik.”  telefon bimbit dimatikan. Dia tersenyum sinis.

“Esok semua akan tahu. Kau yang cabar aku dulu. Aku nak tengok sejauh mana kau merayu pada aku. masa tuh kau akan berlutut pada aku. Edfare!” Hatinya puas seperti meraikan kemenangannya. Dadanya lapang. Dia sudah tidak peduli. Biar Edfarel menyesal dengan tindakan.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.