Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15


KHAULAH tidak tahu saat ini hala mana yang hendak dituju. Dia melangkah terhuyung-hayang. Langkahnya berat. Mutiara jernih berderai luruh membasahi pipi. sejak tadi air hangat ini cuba disekap nyata dia gagal. Terasa berat benar ujian yang diberikan oleh Allah swt kali ini hingga Khaulah rasa ingin terduduk menahan kata-kata kesat dari mulut-mulut jahat tentang dia dan Edfarel. Ketika khaulah melewati Gazebo Blok B, langkahnya berhenti seketika, mencari sedikit ketenangan. Pandangan mata sinis hanya dibiarkan sahaja. Sungguh Khaulah, agar bimbang andai apa yang telah terjadi di ketahui oleh pihak Fakulti pasti dia akan digantung atau mungkin dibuang universiti. Apa pula yang harus dijawab pada ibu dan kakaknya di kampung. Walaupun, dia tidak bersalah! Tapi, siapa yang percaya? Aliya, Hafsah, Nasuha atau Syafikah. Mereka semua tidak mampu berbuat apa-apa. Air matanya jatuh buat sekian kalinya.

Azan asar berkumandang sayu seperti merasai apa yang ditanggung Khaulah ini.


Allahu Akbar Allahu Akbar.

Allahu Akbar Allahu Akbar.

Asyhadu alla illahaillallah.

Asyahadu alla illahailallah.

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.

Haiyaalas solah.

Haiyaalas solah.

Haiyaalal falah.

Haiyaalal falah.

Allahu Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.

Allah...!

 bisik hati Khaulah sebak. Air matanya dikesat dengan belakang tapak tangannya.


Khaulah mengagahkan diri untuk bangkit daripada duduknya. Dia melangkah lemah menghala ke Surau Al-Razak untuk menunaikan solat Asar. Lama Khaulah di situ, berzikir dan berdoa agar Allah mengembalikan kekuatan dan ketenangan dalam hatinya. Usai sahaja solat asar khaulah berehat sebentar di Gazebo belakang surau. Itulah tempat yang selalu dia datangi disaat hatinya bila hati resah dan sedih. Lama Khaulah berada disitu. Memerhati dan terus memerhati gelagat pelajar. Pandangan Khaulah kosong dia buntu. Entah apa yang harus dilakukan saat ini. persoalan demi persoalan sering menerpa walaupun tak ada satu pun yang mampu dijawal oleh akal. Lamunan Khaulah terhenti apabila telefon bimbitnya bergetar menandakan mesej masuk. Dia membelek beg sandarnya mengeluarkan telefon bimbitnya. dahinya berkerut seribu menatap nombor yang tidak dikenali. Khaulah menekan skrip telefon membaca pesanan ringkas daripada pemilik nombor itu.


Esok pukul 2: 00 petang kita jumpa. Saya tunggu awak depan library,

From: edfarel

Mata Khaulah membulat membaca mesej yang terpapar diskrip telefonnya.

‘Edfarel’ mana dia ambik nombor aku?



KHAULAH mengalih pandangan jauh ke tengah Tasik Shah Alam yang indah. Damai hatinya seketika melihat kebesaran ciptaan Allah swt. Lama juga mereka berdua terdiam tanpa kata. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Hanya  kicauan burung dan merpati yang menemani tika ini.

Dalam diam anak mata Khaulah mencuri pandang seraut wajah tenang milik Edfarel seolah tiada konflik jiwa pun yang terjadi di antara mereka berdua. Seraut wajah itu ditenung dengan teliti wajah itu diciptakan cukup sempurna dimatanya. Alis yang tebal, hidung yang mancung serta memiliki ulas bibir yang merah bak delima tapi, entah mengapa bibir itu sukar menguntum senyum seperti senyumannya sudah terbawa pergi. Dia ingin sekali memahami isi hati lelaki yang berhadapan dengannya.

“I’m so sorry about last night. Maafkan saya kerana tak mampu mengawal diri.” Akui Edfarel akan kesalahan diri.

Edfarel memecah kesunyian diantara mereka. Khaulah tertunduk bila sepasang mata coklat merenung tajam seakan menerkam. Khaulah hanya menggeleng menutupi keterlajurannya. Ikutkan hatinya memang dia tidak ingin bertatapan lagi dengan jejaka itu. Sakit hatinya masih belum reda dan Marahnya masih belum surut bila mana  mengingat peristiwa malam itu. Hati jadi geram bercampur sakit. Tambahan lagi, dia agar Bimbang kalau-kalau pertemuan ini mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia keruh. Namun memikirkan masalah yang semakin memberat terpaksa jua dia gagahkan kaki untuk menemui Edfarel. Khaulah lelah sendiri. Dia sudah tidak mampu menidakkan gosip-gosip yang meliar. Jika mengiakan dapat mengembalikan keadaan seperti asal pasti dia akan mengiakan sahaja. Biarlah orang ingin berkata apa asalkan Allah swt tahu dia tidak bersalah. Tapi, semua ini tidak mudah. 

Ya! Tidak mudah. Allah! Sakitnya hanya Allah yang tahu. Mungkin Allah ingin memberi dugaan untuk mendekatkan dirinya dengan-Nya. Khaulah akui dia bukan hamba yang baik. Solat pun kadang ditinggalkan juga hanya kerana terlalu tergesa menyelesaikan urusan dunia. Dia redha. Pasti dibalik ujian ada hikmah yang indah.

“Kita kahwin.”

 Cadang Edfarel perlahan antara dengar atau tidak. Edfarel juga seperti Khaulah. Sulit untuk mengambil keputusan. Berhari-hari dia memikirkan dan menilai dalam-dalam sebelum dia mengambil keputusan, namun dia harus mencari jalan keluar secepat mungkin. Semakin di lengangkan semakin menyulitkan hidupnya. Apa pun risikonya dia perlu bertanggungjawab terhadap gadis itu walaupun Khaulah tidak pernah meminta! Tapi batin menyuruh dia bertindak begini. Dia tahu Khaulah pasti menolak. Mungkin penyelesai ini nampak gila tapi hanya jalan ini yang dapat difikirkannya saat ini. Lagipun, dia tidak tahan melihat gadis dihadapannya ini bermurung durja. Berduka tangis. Hmmm…hatinya tidak rela.

“Kita kahwin!”Ulang Edfarel agak kuat dari tadi. Dia berpaling menatap lembut wajah sayu Khaulah. 

“Khaulah, are you hear me…” Tanya Edfarel sedikit tinggi. Tidak terniat pun Edfarel ingin berkasar namun melihat khaulah seperti tidak memberi tumpuan timbul rasa  geram bila ucapannya tidak di endahkan. Selendang gadis itu berkibar-kibar disapa lembut angin petang Tenang hatinya melihat seraut wajah itu. Sopan! Dan menjaga perlakuannya. Tidak seperti sofia. Gadis itu sering mendedah apa yang ada pada dirinya. Rimas dia terus memandang gadis itu. Tapi Kerana kesilapannya Khaulah tercemar dan teraib disebabkan kegilaannya. Edfarel mengeluh berat terasa amat bersalah walaupun dia sudah meminta maaf. Mana mungkin hanya maaf cukup untuk menghapuskan segala dosa dan salahnya. Kerana itu, dia ingin bertanggungjawab.

“Maaf! Apa tadi?” Jawab Khaulah tergagap-gagap dengan suara yang serak. Dia menundukkan wajahnya memandang rumput yang menghijau. Cuba menutupi perasaan yang tersimpan rapi.

“Please listen to what I want to say. I don't have a lot of time!” Pinta Edfarel sambil menatap Khaulah tajam. Dia ingin cepat menyelesaikan masalah ini. Banyak benda lagi yang perlu dia fikirkan tambahan lagi semester ini adalah semester akhir untuknya. Tesisnya perlu disiapkan segera! Idea projek perlu difikirkan. Dia tidak boleh main-main lagi.

Kita kahwin! Edfarel mengulangan ucapnya buat sekian kalinya.


“Tak nak” Ucap Khaulah spontan tanpa berfikir panjang. Dia memandang Edfarel.

“Why?give me reason” Soal Edfarel sinis sambil membuang pandang jauh kehadapan.

Khaulah diam. Jujur dia juga tidak tahu apa yang mana harus dilakukan. Jika dia mengikut saja idea Edfarel, itu seperti menjerat lehernya sendiri. Mana mungkin dia mempertaruhkan hidup dan kebahagianya. Dia buntu memikir penyelesaian yang lebih rasional. kahwin! itu bukan penyelesain tapi lebih tepat sebagai hukuman. Dia tidak ingin berkahwin dalam keadaan begini.

“Semua yang terjadi disebabkan awak! Kenapa perlu libatkan saya. Kahwin! Saya tak kahwin dengan awak. Saya tak nak jerat leher saya?” Tutur Khaulah sambil berbolanya menatap wajah jejaka itu. Khaulah sedar jika dia bersetuju dengan cadangan tidak masuk akal dari Edfarel bukan sahaja ibunya yang akan terluka. Malahan, sia-sia pengorbanan kak Hana selama ini. Kaknya telah bersusah payah berkorban untuknya. Sanggup menolak tawaran universiti semata-mata ingin melihat dia Berjaya.

Edfarel tergelak kecil. “Awak tak nak jerat diri awak? Awak dah terjerat… satu kolej dah tahu pasal kita. Awak ada idea lain? Tell me…” wajah Khaulah ditenung lama.

 Dalam diam Khaulah mengiakan kata-kata Edfarel. Dia takut pihak universiti akan memaklumkan khabar ini kepada ibunya di kampung. Pasti ibu akan menanggu malu. Dia sudah tiada jalan lain.

“Apa salah saya pada awak?”Kolam matanya mulai berair.

Khaulah memandang Edfarel. 

“Awak tak faham lagi?”

 Edfarel tersenyum sinis sekilas menatap Khaulah. “Kita tak boleh nak menidakkan apa yang terjadi malam tu” 

“Khaulah. I’m so sorry. Sejujurnya saya tak tahu apa yang telah merasuk saya.” mohonnya ikhlas. Egonya cuba dibuang jauh.

“Takde apa yang terjadi malam tu! Pekakkan mata dan tutupkan telingan. Itu lebih baikkan?.”Cadang Khaulah. Mata coklat itu ditenung berani. Sudah lah jika peristiwa menyebabkan Edfarel ingin bertanggungjawab terhadapnya, dia sanggup melupakan segala-galanya. 

Edfarel mengeluh berat. Menenangkan hati yang berombak.

 “Kalau awak berterusan begini. Semua kesalahan tertumpu pada awak. siapa yang nak percaya awak?”Edfarel meneruskan kata-katanya.

“Ini bukan salah saya.”

“Yes, his is not your fault. But, you came at the wrong time” terang Edfarel menjelaskan situasi itu. Dia ingin Khaulah megerti dan hanya menurun apa sahaja keputusan.

Tak!

Terpacul dari bibirnya. Air mata berkolam di pinggir mata.

“No, I don’t care! You agree or not. This’s my decision. Now, I just want you to say yes!” Ujar Edfarel lirih. Tidak sampai dia melihat Khaulah menangis, namun dia tegas. Semua yang dilakukan juga untuk kebaikan Khaulah. Sejak Khaulah muncul dalam hidupnya. Dunia Edfarel jadi huru-hara di buatnya. Jiwanya tidak tenang. Bagus juga sekiranya gadis itu bertanggungjawab. Mahu atau tidak itu bukan masalahnya.

Kebaikan dia atau kau? Akal jahatnya mempersoalkan niatnya.

“Jangan buat lawak! Awak ingat kahwin ni, macam main pondok-pondok. Esok kahwin lusa cerai. Ingat mudah macam tu ke?” ujar Khaulah marah.

“Saya bukan dungu. Saya tahu.” sindir Edfarel.

“Saya tak bersedia…” Dia cuba menerangkan dengan jelas.

“Saya tak perlukan persediaan awak! Saya tak menginginkan penerimaan awak. Awak tak perlu tunaikan tanggungjawab sebagai isteri kepada saya. Dengan awak berkahwin bersetuju berkahwin dengan saya, pun sudah cukup. Saya tak minta lebih.” terangnya. Khaulah menatap Edfarel penuh dengan persoalan yang mula menerjah akal hingga sulit untuk mengerti.

“Awak! saya….” belum sempat Khaulah menghabiskan kata-kata yang masih terpendam Edfarel melangkah meninggalkannya. Dia terpinga-pinga dengan tindakan jejaka itu. Keluhan panjang keluar daripada bibir comel miliknya.

 “Tadi kata nak bincang” Bisik Khaulah perlahan. Rasa sebak mula menguasai dirinya. Tiba-tiba, kepalanya jadi serabut. Tidak ingin dia terlihat cengeng dimata lelaki itu. Khaulah melangkah mengikuti Edfarel yang sudah jauh meninggalkannya. 

Edfarel masuk ke perut kereta Proton Satria GTi hijaunya. Khaulah hanya mengikut. Pintu kereta Edfarel dibuka lemah. Khaulah masuk Pintu dikatup kasar, tanda protesnya. Kereta terus dipandu laju.

Khaulah melempar pandangan jauh ke luar tingkat. Air mata yang cuba ditahan akhirnya gugur. Cepat-cepat dia menyekat sisa tangis. Takut dapat dikesan oleh Edfarel yang sejak tadi khusyuk menatap ke hadapan. 

Sebaik sampai, Khaulah terus melangkah keluar dari perut kereta meninggalkan Edfarel tanpa mengucapkan terima kasih.

“Khaulah... tunggu!?” Langkah Khaulah mati bila gegendang telinganya menangkap panggillah Edfarel. Khaulah berkalih menatap susuk tubuh yang semakin mendekat. Beberapa pasang mata memandang. Pandangan itu diabaikan. Dia memerhati Edfarel mengeluarkan kotak kecil yang dibalut kain baldu merah dari kocek seluar lalu dihulurkan kepada khaulah. Khaulah mamandang kosong tanpa menyambut huluran lelaki itu. Dia seakan dapat meneka apa yang ada dalam kotak kecil itu. Dia mengeluh berat. Jauh betul budak ni mengelamun. Bisik hati Edfarel.

“Ambik...” Ucap Edfarel pendek.

“Simpan! Ermm... awak fikirlah masak-masak. I just want to say, yes! And I always wait you.” Sambung Edfarel lagi. Khaulah teragak- agak untuk menyambut huluran itu. Namun dia gagahkan jual. Kotak kecil bertukar tangan.

“Saya pergi dulu…” ucap Khaulah lalu meninggalkan Edfarel. 

Edfarel hanya memerhati langkah gadis itu menjauhinya. Bukan dia tidak sedar Khaulah menangis ketika dalam keretanya tadi. Dia tahu Khaulah tertekan dengan keputusan yang diambilnya tapi itu semua demi kebaikan mereka berdua. Entahlah dia sendiri tidak yakin keputusan mengahwini Khaulah mampu menyelesaikan masalah. Namun hatinya berkata lain.

“Arghhhh...”

 Keluhan keluar dari bibirnya. Matanya masih dibuang pandang kehadapan. Susuk tubuh Khaulah yang sudah hilang. Edfarel membawa langkah menuju ke keretanya. Dia ingin pulang. Pulang dan menjauh dari kawasan kolej. Dia serahkan semua pada Allah SWT. Apa pun takdir yang tersurat untuk dia dan Khaulah dia redha pasti semua ada hikmahnya. 


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.