Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,014
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2


“BERJOGGING dah macam Siput! dah berjam aku kat sini, Korang berdua ni terkedek-kedek, mengalahkan itik. Baru dua pusingan dah mengalah.” Sindir khaulah dari kejauhan. Hafsah dan Aliya yang tercungah-cungah tersapa dikornea matanya. Sejak beberapa minit tadi, matanya asyik meliar mencari kelibat mereka berdua. Pagi tadi mereka juga yang beria-ria. Konon mahu mengamalkan gaya hidup sihat. Sampai masa… hampeh! Banyak berjalan dari berjogging. Khaulah ketawa kecil bila sahabatnya mula bermandi peluh.

“Sampai hati hang tinggal kami…” ujar Hafsah dengan nafas yang tersekat-sekat. Dia melabuhkan duduknya disisi khaulah. 

Uhuk…uhuk…Terbatuk-batuk menahan nafas yang mula menyeksakan dada.

 “Aku sokong... takde semangat setia kawan langsung.” sokong Aliya. Dia bersandar lemah pada tiang gazebo kayu berhampiran dengan Khaulah. 

“Banyaknya setia kawan hang. Huhuhu…”  Khaulah mendengus. Botol mineral di sua ke bibir lantas, diteguk rakus Menghilangkan dahaga. Renek-renek peluh yang jatuh ke dahi dikesat kasar dengan tuala yang tergantung dileher.

“Lemah lutut! Macam nak tercabut kaki aku! Dah tak larat nak jalan…Menyesal! Inilah kali terakhir aku jogging…gemuk pun gemuklah” Hafsah mengalah. Khaulah hanya ketawa besar bila bicara itu terlontar dibibir Hafsah.

Dia menghulurkan 2 botol mineral yang sempat dibelinya tadi kepada Hafsah dan Aliya. Aliya menyambut lemah. Khaulah tergelak besar bila wajah pucat Hafsah dan Aliya mula mencuit hatinya. “Dah macam separuh sedar dah kau berdua ni.” tuturnya dengan sisa ketawa. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup lembut menyapa wajahnya. Dingin terasa. Nafas di hirup dalam-dalam. Tenang mendamaikan hatinya. Mata dipejam rapat. Tudung bawal berkibar-kibar.

“24 jam berkepik. Aku yang perempuan ni naik geli. Tubuh dia dah macam lintah. Hisy… asyik nak melekap aje. Mentang-mentanglah boyfriend dia lelaki pujaan Malaya. Kau tengok mata tak habis-habis meliar” rungut Aliya tiba-tiba.

“Takut orang caras kot.” potong Hafsah mengiakan.

Mata khaulah terbuka luas.  Wajah Aliya dan Hafsah ditenung. Terangkat keningnya cuba memahami perbualan mereka berdua…

“Caras? Malaya? Mana! Siapa?”Soal Khaulah teruja. Bibir Aliya di muncung panjang di hala ke arah tempat pangkir motosikal.

Dari jauh, anak matanya tertangkap pada sepasangan kekasih yang asyik bergurau senda sambil dan beramah mesra hingga tak sedar banyak mata yang memerhati. Sedikit pun gadis itu tidak menghiraukan pandangan sinis manusia-manusia sekeliling. Biasalah bila cinta didepan mata tiada yang dapat mengerti selain mereka. halal dan haram sekadar dibibir sahaja tidak dibawa ke hati.

Direnung gelagat pasangan dua sejoli itu. Wajah lelaki itu ditenung lama. 

‘Handsome…’ hatinya jujur. Bila seraut wajah itu berpaling. Dalam tak sedar mata mereka bertaup kemas. Lama… 

“Dah...dah... awek dia dah jeling kau semacam tu.” Aliya menyiku lembut pinggang menyedarkan Khaulah. Wajah di paling ke arah lain bila tingkahnya di tegur. Khaulah tersengih malu dengan keterlanjurannya.

“Kau jangan… silap hari bulan tersuka tanpa sengaja, kan naya. Bergaduh dengan minat rambut karat tu. Malu beb! Aku tahulah Edfarel tu handsome, bergaya, keluarga pun ada-ada. Cukuplah kesempurnaannya sebagai seorang lelaki. Tapi, mulut kau, jangan sampai ternganga sangat.” usik Hafsah. Ketawa mereka pecah. Senang hati bila boleh mengusik sahabatnya itu. Terasa penatnya berbalas.

“Siapa tu? Soal Khaulah bingung. Mengabaikan usikkan Hafsah. Sebelum ini wajah lelaki dan wanita itu belum pernah Nampak lagi.

“Tulah, aku kata kau lembat. Marah! Bertapa 24 jam dalam library sampai dunia luar tak terjenguk.” Perlinya. Khaulah tersengih menayang gigi yang tersusun rapi persis moden iklam Colgate optic while. 

“Yang jeling macam nak makan kau tadi. Syarifah Sofia. Aku ulang balik yew. Biar dramatik sikit.” Khaulah menjeling geram. 

“Syarifah Sofia binti Syed Jafar…” ulangnya berkali-kali. 

“Gadis popular dekat university UITM warna alam kita ni!” ujarnya lagi

“Tak pernah nampak pun. Bohong kau ni…!” Potong Khaulah tidak yakin dengan fakta itu. Mungkin Aliya hanya berlebih-lebih bukan dia tidak kenal temannya sorang ini. Tak pernah ambil serius semua nak buat saspens. Bercakap kadang-kadang banyak hiperbolanya. Yang seinci dipanjangkan sejengka. Yang setapak dipanjangkan semeter. Bukan boleh kira.

“Memanglah kau tak pernah nampak dia! Dah nama beza course. Lagi pun setahu aku mereka duduk dengan keluarga bukan macam kita sampai habis sem pun duduk asrama. Pokai. Nak jimat katakan. Aduhai…! Ini orang pun ada ka Hafsah…” wajah Hafsah dikerling. Hafsah hanya ketawa lucu.

Khaulah hanya tersengih bila Aliya mula Tarik muka. Tidak pernah dia terasa dengan bicara gadis itu. Dia tahu Aliya sekadar bergurau. Dia kenal benar dalam dan luar hati gadis itu. Mulutnya, sahaja agak ‘celupar’ tetapi hati Aliya baik. Aliya dan Hafsah akan selalu ada sekiranya diperlukan sama ada suka mahu pun duka.

Begitu juga Hafsah. Anak jati kedah. Sejak pertama kali dia sudah mula rapat dengan Hafsah. Walaupun Hafsah kelihatan lembut tetapi dia seorang yang tegas menjadi anak sulong dalam sebuah keluarga menyebabkan Hafsah tumbuh menjadi seorang yang bijak dan bertimbang rasa. Berbeza benar dengan Aliya yang cepat marah dan agar kasar. Kedua-duanya punya personaliti yang berbeza tapi saling lengkap melengkapi.

“Cantik…” akur Khaulah jujur.

“A’ah…Campuaran Melayu-Arah, memanglah cantik.”

“Dengar-dengarlah. Bapak dia berpangkat Tan Sri…Tak boleh nak lawanlah kita ni. Sekadar bawah kaki dia aje.”  Bisik Aliya perlahan. Namun masih mampu didengari Hafsah dan Khaulah. Dalam diam khaulah akui Sofia punya segalanya jauh berbanding dengan dirinya yang sebar kekurangan. 

Namun, tidak pula timbul perasaan iri dalam hatinya. Baginya punya ibu dan kakak yang penyayang seperti Mak Esah dan kak Hana merupakan anugerah yang cukup terbesar buatnya.

 “Yang sebelah dia pulak…” soal Khaulah sedikit teruja. 

“Tak sempat-sempatlah kau ni. Kejaplah…Nak ambik feel Jap.” Nafas di hirup dalam-dalam dan dilepas kasar.

Okey sambung balik…

“Yang sebelah tu…Edfarel fazreen! Aku tak tau banyak sangat pasal dia. Tapi, orang cakap mereka berdua bercinta. Satu kolejnya dah heboh, tapi entah betul ke tidak. Yang aku tahu ibubapa dia doktor. Sekarang ni tinggal dekat UK, katanya!  Panjang Aliya bercerita. Hafsah dan Khaulah mendengar penuh minat. Terangguk-angguk dah macam rupa iguana dah… hehehe… Aliya tergelak kecil. Sebelum menyambung gosip. 

“Sekarang dia tinggal dengan bapa saudara dia. papa si Khairul. Jejaka kedua yang famous dekat u ni!”

“Khairul tu sape pulak…”soal Hafsah turun berminat. 

“Sepupu Edfarel. Baik orangnya, handsome, peramah dan semestinya kaya! Berbeza sangatlah dengan perangat Edfarel tu. Dahlah sombong memanjang. Menyapa aku tengok. Eeeeeee…minta jauhlah dapat laki berperangai cam gitu noh.” Intonasinya berubah tinggi. Meluat benar dengan tingkah lelaki itu.

“Amboi! Khairul kau puji tinggi, Edfarel kau umpat berbakul-bakul. Jangan tertarik sudah! Nanti abang Azman, kau nak letak kat mana?” Soal Hafsah mengejek.

“Mestilah dalam hatiku” tangan dibawa ke dada. 

Gedik!

Khaulah menampar lembut tubuh Aliya. Naik loya pula tengkuknya melihat tingkat sahabat yang tak pernah lekang dengan senyum bila nama tunangnya disebut-sebut. Hafsah sekadar menggeleng. Serentak mereka ketawa besar. 

“Kau tahu daripada sape? Dah macam spy.” Soal Khaulah setelah tawa mereka mati. Timbul rasa kagum dengan sahabatnya tiba-tiba.

“Tengok oranglah beb.” Ujarnya bernada bangga. Khaulah mencebik geram.

“Dah nak senja ni... aku nak naik atas dulu. Dengan kau bergosip azan Maghrib pun belum tentu habis.” Serentak dia bangun. Khaulah mencapai botol mineral miliknya, lalu meninggalkan Hafsah dan Aliya digazebo kayu. Dihayun kaki menuju Blok D kolej kediamannya.

“Jumpa malam nanti…” ucap Khaulah setelah langkahnya agak jauh.

Hafsah dan Aliya hanya mengangguk.







Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.