Home Novel Cinta KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
KERANA, AKAD BELUM TERLERAI...
The pungguk
15/1/2018 13:21:12
42,010
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7


USAI SAHAJA Maghrib, khaulah keluar semula untuk mengambil angin malam. Suasana kolej kediaman agak sunyi. Hanya beberapa orang saja yang masih duduk di atas kerusi batu sambil mamandang skrin smartphone ditangan. ada juga yang ralit berborat hingga tidak sedar waktu maghrib sudah dihujung-hujung. Langkahnya dihayun teratur dan duduk di gazebo berhampiran dengan kolej kediamannya. Dia menyandarkan tubuhnya pada tiang gazebo lantas kepalanya di didongak ke langit melihat bintang yang bertaburan di malam ini. Angin sepoi-sepoi menyapa lembut wajahnya. tudung berkibas-kibas ditiup angin. Di pejamkan mata merasai kedamain ini. Rindunya kepada kak hana dan puan Fatimah sedikit terubat. Hampir 10 minit dia berkeadaan begitu.

Mata dibuka luas terpampang kebesaran Allah swt di depan mata. Sungguh terasa kerdil dirinya tika ini. Direnung jauh di dada langit meneliti bintang-bintang yang berkedip dan terang. Cantik. Pandangannya Beralih pada bintang yang samar-samar. Cahayanya sedikit malap tapi tetap ingin terus dilihat orang persis dirinya mungkin hadirnya tak pernah terlihat kerana dia tidak tidak punya apa-apa. Dia tidak lupa Terpikul beribu harapan dibelakangnya. Harapan seorang ibu dan kakak yang tidak pernah putus-putus agar dia Berjaya. Mampu menjadi seperti bintang dilangit yang paling terang cahayanya tika siang melabuhkan tirai atau mungkin seperti bulan purnama yang tak pernah jemu dipandang. Terbit senyum dibibirnya. Tatkala, dia ralit menatap tiba-tiba seraut wajah dingin edfarel tersapa di mata. Matanya ditenyeh-tenyeh agar wajah itu menghilang. Entah wajah dingin itu sering benar mengganggunya. Dah hatinya sudah pandai menyanyikan lagu rindu. Sehari tak jumpa resah pula yang bertamu. Tatkala berjumpa hatinya pula yang debar tanpa suara. Seberat inikah cinta? Dalam diam dia yang tergila-gila… rungutnya.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.