Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,116
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 1

2006

 

Beg sekolah di atas katil digalas. Kakinyamenyarung kasut hitam yang disusun diluar pintu. Kaki dibawa melangkah kedataran. Dia berhenti seketika di depan dewan makan. Rakan-rakan yang keluar dari dewan makan dipandang.

 

“Nurin, makan apa harini?”

Si kawan yang sedang menatang mangkuk di tanganmenoleh memandangnya. “Oh, kau Hani. Harini CocoCrunch. Kau baru turun ke?”

Angguk. “Aku tertido lepas subuh tadi. Nasibbaik breakfast tak sedap. Kalau tak frust aku.” Roti coklat dikeluarkan daribeg. Plastik dikoyakkan sebelum roti itu disumbat ke dalam mulut. Kakinyamenguis batu dihujung kasut sementara menunggu si rakan memakai kasut.

“Jom..”

Mereka melangkah ke dataran di mana semuapelajar asrama—aspura dan aspuri, berkumpul sebelum sama-sama berjalankesekolah. Doa dibacakan oleh exco Aspura yang Hani sendiri tak kenal dan tak berminatnak kenal. Selesai doa, mereka Aspuri membiarkan Aspura keluar dari pagarterlebih dahulu.

“Hani, harini streaming kelas kan?”

Wajah Nurin dipandang sekilas. “Untuk apa?”Otaknya ligat berfikir.

“Lah, kan kita ada ambik test nak sort kelas KAA ke KRK?” Nurin tepukdahi. Hani ni cepat betul lupa. Baru tiga hari lepas ambil test tu.

“Oh yaaaaa….” Hani ikut tepuk dahi. Macam manala dia boleh lupa. Mereka pelajar Tingkatan 1 wajib mengambil ujian untukmenentukan aliran yang bakal diambil. Ada dua aliran; KAA iaitu Kelas AliranAgama, manakala KRK ialah Kelas Rancangan Khas. Beza antara dua aliran iniialah pelajar KAA wajib mengambil satu subjek tambahan untuk PMR, iaitu BahasaArab.

“Kau nak ambik Arab kan Hani?”

Hani mengangguk. “Parents aku suruh ambik.Padahal dulu masa sekolah agama masa darjah enam tu, aku tak paham apa satupun.”

“Kau tak try slow talk?”

Hani mengeluh. “Malas. Aku mana boleh lawan. Akumasuk sekolah ni pun sebab bapak aku.”

Hani terus teringat masa dia masuk kereta,sewaktu balik sekolah tahun lepas. “Along, abah tukar aliran yang Along pilihdalam borang tu.” Borang yang dimaksudkan ayahnya ialah borang permohonan kesekolah menengah. Ada dua aliran yang boleh dipilih; sekolah menengah agama atau sekolah menengah biasa. Dia pada mulanya memilih sekolah agama, sebab nakikut kawan baiknya, Aisyah. Tapi tiba-tiba abah bagitahu yang abah tukar. Macam mana abah boleh tukar? Sebab abah cikgu kaunseling yang uruskan borang tu.

“Oi, kau fikir apa tu?” Lengannya yang disikuNurin dipandang.

“Heheh, takde apa.” Gigi putihnya ditayang.“Macam mana kalau kita terpisah?”

“Alah, bukan jauh pun kelas. Kita mungkin susahnak rapat sebab waktu balik pun lain-lain kalau kau masuk KAA, tapi kalau ada masalah, kau roger je aku.” Nurin senyum.

Hani mengangguk. Dia baru kenal gadis bernamaNurin ini dua minggu lepas, sama-sama diletakkan dikelas 1 C semasa pendaftaran. Mereka sekepala dan mungkin sebab itu mereka boleh berkawan. Hani memang peramah tapi dia agak pemalu apabila berada ditempat baru. Mujur jumpa Nurin.

 

 

“Okay semua, saya dah tampal list nama based on kelas. Lepas dah tahu kelas masing-masing, kamu semua boleh ambik beg dan pindah ke kelas baru.” Suara Cikgu Asma bergema di hadapan pelajar-pelajar tingkatan satu itu.

Senarai kelas yang ditampal pada papan kenyataan dipandang. Azra Hanani, Azra Hanani. Namanya dicari. Ahah! Dah jumpa. Kelas 1 A. Dia mengangguk. Lega. Ujian hari itu agak senang. Kalau tak dapat kelas A, mampus dia nak menjawab dengan mak dan abah. Langkahnya kemudian dipalingkan, menuju ke kelas 1C. Nurin sudah berada disitu. “Kau pindah kelas A kan Hani?”

“Haah.” Wajah si rakan baru itu dipandang sedih.“Aku rasa time kat hostel je la kita boleh lepak.”

“No problemo. Selamat belajar Arab, kawan.”

Mereka ketawa. “Wish me luck.”

Nurin angkat kening sebelah. “Aku tahu kau boleh, kalau tak kau tak tercampak kat kelas A.”

Hani gelak. “Banyak la kau. Nasib aku baik. ”Beg digalas. “Okay weh, aku gerak dulu. Jumpa nanti.”

Nurin mengangguk. “Selamat balik lambat.”

Mereka ketawa lagi sebelum Hani berlalu keluardari kelas Nurin.

Kena cari kawan baru nampaknya. Hani ditempatkan dalam kelas pertama untuk KAA, manakala Nurin dalam kelas pertama untuk KRK.

 

Kaki Hani melangkah masuk ke dalam kelas 1A itu.Sudah terdapat beberapa pelajar lain dalam kelas tersebut. Mungkin pelajar yang memang dari minggu pertama ditempatkan dalam kelas tu. Meja kosong dibawah kipas diambil.

‘Cukup la masa sekolah rendah aku terpaksa duduktepi tingkap.’ Getusnya dalam hati. Dulu masa sekolah rendah, mereka diletakkan mengikut nama. Kononnya terus ikut angka giliran UPSR. Dan disebabkan nama dia bermula dengan huruf A, memang tepi tingkapla takdirnya.

 

“Hai, nama awak apa?” Lembut satu suara yang menegur mematikan lamunan Hani. Seorang gadis bertudung putih sedang tersenyum kepadanya.

“Azra Hanani. Boleh panggil Hani. Nama aw..awak?” Hani telan liur. Janggalnya guna saya-awak.

“Nur Maisara. Panggil je Sara.” Gadis itu melabuhkan duduk di kerusi sebelah Hani. “Saya duduk sebelah awak ya?”

Hani angguk. “Em Sara, boleh saya guna aku-kau?Aku janggal la guna saya-awak.”

Mata Maisara terus bersinar. “Nice, boleh je. Aku tak kisah.”

Hani senyum. Dia tahu Maisara bukan seganas dia,tapi gadis itu pandai membawa diri. Dia mula suka gadis bernama Maisara itu.

Tidak lama kemudian, seorang demi seorang pelajar memenuhi kelas itu. Terdengar beberapa suara berbual, mungkin pelajar yang datang dari sekolah rendah yang sama. Hani pun ada kawan dari sekolah sama, tapi semua kelas lain. Yang satu kelas pun, tu haa.. si Hilman, tapi takde masa dia nak sembang ngan budak laki tu. Nanti lah tegur.

 

“Assalamualaikum semua..” Seorang guru perempuan berbaju kurung hijau melangkah masuk.

Semua mereka berdiri, menjawab salam.

“Okay, saya guru kelas awak, Puan Hasni.” Guru itu memulakan bicara dan meneruskan aktiviti mereka dengan melantik ketua kelas dan seangkatan dengannya. Habis kelas Cikgu Hasni, ganti dengan subjek lain. Dan akhirnya waktu rehat pun tiba. Waktu paling disukai semua pelajar. Hani keluar rehat bersama Sara dan beberapa kawan yang baru dikenali dalam kelas tadi--Zinnirah, Zubaidah dan Fakhira. Tu nama panjang mereka. Tapi masa perkenalkan diri tadi mereka suruh panggil nama pendek. Jen, Bed dan Aki. Hani tau, mereka tu boleh jadi geng dia kat sini. Hani senyum, kaki mengekor langkah Bed dan Aki yang berlari ke koperasi. Nak beli Cornetto katanya.

 

 

Sara yang sedang melukis entah apa-apa disebelah dipandang. Hani pusing belakang, Jen yang sedang menopang dagu, menjungkit kening kearahnya.

“Bosan.” Hani mengucap tanpa suara, cukup untuk difaham Jen. Gadis itu mengangguk. “Aku lapar.” Jen balas. Hani seluk tangan ke dalam meja, roti coklat kegemarannya dikeluarkan dan dihulur kepada gadis itu. Mata Jen bercahaya menyambut roti. “Thankyou.”

Hani toleh kanan. Aki dan Bed sedang bermain apa entah kat meja sebelah. Pun tak fokus.

Harini merupakan hari kedua Hani di kelas baru.Setakat ni dia gembira. Kawan-kawan sekelasnya sempoi. Sekepala. Sekarang pun dia nampak semua muka terpaksa kawan sekelasnya, terpaksa mendengar taklimat,ceramah dan tazkirah daripada cikgu kaunseling, Cikgu Azhar. Subjek PnP yang sepatutnya ialah Sivik, dan disebabkan minggu itu adalah minggu pertama mereka dikelas baru, cikgu kaunseling mengambil alih untuk menerangkan serba sedikit mengenai aliran mereka iaitu aliran agama. Itu yang ramai bosan tu, sebab dah pernah dengar masa orientasi.

 

Pintu yang diketuk membuatkan semua kepala dalam kelas itu menoleh ke pintu. Yang mengantuk terus segar. Yang bermain terus berhenti. Hani pun join pandang ke pintu. Seorang guru perempuan berdiri disitu, dan dibelakangnya terdapat seorang pelajar lelaki. Oh budak baru lagi kot. Biasalah, bulan pertama ni memang penuh dengan pelajar baru mendaftar. Second intake.

 

“Assalamualaikum Cikgu Azhar. Ni ha, nak letak anak saya dalam kelas ni.” Pelajar tadi turut melangkah masuk. Oh, anak cikgu tu rupanya. Selesai bercakap-cakap, Cikgu Yana tadi berlalu, meninggalkan anaknya dihadapan kelas.

“Aarif, boleh perkenalkan diri.” Cikgu Azhar bersandar di meja guru.

“Hi assalamualaikum. Nama saya Aarif Syauqi. Panggil Arip. Saya sepatutnya kelas sebelah, tapi mak saya suruh masuk kelas ni..” Pelajar baru itu senyum. Beberapa pelajar laki bertepuk tangan.

“Yeay geng lama!” Mereka ketawa.

“Okay, boleh duduk.”

“Wei Rep, sini, sini!” Kelihatan tiga orang pelajar lelaki tadi memanggil pelajar bernama Aarif itu. Sah, kawan sekolah rendah. Taklimat dari Cikgu Azhar diteruskan.

 

 

Previous: EPILOG
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium