Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,139
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 2

PENYAPU dipegang. Tangannya laju mengangkat penyapu itu, niat mahu membaling kearah pelajar lelaki yang sedang gelak dihadapannya itu.
“Kau ni kang, makan penyapu ni wei!” Hani menjerit.

“Berani buat la...” Aarif angkat kening.Senyuman sinis diberi.

“Hani, sabar wei.” Jen tarik penyapu ditangannya. “Dia memang macam tu. Suka buat orang marah.” Rupanya Jen pun kawan sekolah rendah Aarif. Mereka sekolah rendah dipusat bandar, sebab tu ramai suku sakat mereka. Hani pulak dari sekolah kampung berdekatan.

"Arip, kalau membunuh tu tak berdosa, kau la orang first aku bunuh tau tak!" Pintu kelas ditendang. "Bencinya aku dengan kau ni!!" 

"Hani, orang cakap jangan benci sangat, takut nanti jatuh sayang." Aarif masih mengusik. Hani dah mula nak mengamuk semula.

“Hani, kau jangan cari pasal. Kang mak kau tahu.” Bed menyambung. Bahu Hani dipegang. Hani mengeluh. Mak. Ibunya dulu merupakan guru disekolah Hani menuntut ilmu sekarang. Ibunya kemudian menyambung belajar dan kini ditempatkan di sekolah lain. Makanya, semua guru disekolah ini merupakan kawan ibunya. Termasuklah mak si Aarif durjana itu. Patutla dia macam pernah nampak lelaki tu sebelum ni. Laki yang sama tengok dia jatuh tangga tiga tahun sebelum mereka melangkahkan kaki ke sekolah kluster itu. Waktu tu Hani ikut mak dia meeting. Entah macam mana dia boleh tersilap langkah ketika berlari-lari dengan adiknya. Time tu bukan Hani je terkedu, Aarif yang tengah makan aiskrim bawah pondok tepi tangga tu pun sama terkaku. Malunya Hani ketika tu memang tebal habis. Nasib baik Aarif cepat-cepat tolong. Tak sangka pulak dia Aarif yang baik tiga tahun lepas tu adalah Aarif yang sama bernafas dalam kelas 1A ni. Hani mengeluh.


“Okay, siapa boleh jawab soalan ni?” Cikgu Asma menunjukkan soalan Geografi pada papan hitam. Soalan mengenai jarak. Hani cuba menyelesaikan soalan itu dalam buku teksnya. Berpuas hati dengan jawapannya,dia padam. Mana boleh conteng, nanti cikgu marah. Haha.

“Ha Hani, awak cuba jawab, wakil pelajar perempuan. Untuk lelaki, ha awak, Aarif. Awak buat.” Hani melangkah kedepan. Aarif dikerling. Jejaka itu cepat-cepat merampas buku teks rakannya. Nak tiru jawapan. Hani garu kepala. Kenapala dia padam jalan penyelesaian tadi? Kan dah stuck. Last-last dia tulis jawapan je. Aarif di sebelah yakin menulis jalan penyelesaian yang sah-sah ditiru dari buku milik Zack. 

“Eh Hani, mana solution? Jawapan awak tu betul,tapi jalan penyelesaian tak tunjuk.”

Hani sengih. “Saya padam dah cikgu. Saya ingat jawapan je. Heheh.”

“Eh awak ni.. Dah gi duduk.” Cikgu Asma menggeleng. Macam-macam la pelajarnya ni. “Ha bagus Aarif, macam ni la. Hani,lain kali tulis jalan penyelesaian sekali tau.” Aarif tersenyum sinis memandang Hani. Keningnya dijungkit berkali-kali sambal kaki melangkah ke tempat duduk.Hani genggam penumbuk.

 

“Hani… psss… Hani..” Hani mengeluh. Kepalanya ditoleh ke kiri. Wajah gadis yang duduk di bahagian depan sebelah tingkap itu dipandang. Kepalanya dijungkit, tanda bertanya atas alasan apa namanya dipanggil. Walaupun dia dah boleh agak kenapa. 

“Kirim salam orang belakang sana tu.”  Gadis bernama Zana itu bertutur perlahan. Walaupun tak dengar, tapi Hani boleh faham. Dah hari-hari Zana tu cakap benda yang sama.

“Yelah…” Kali ni Hani pusing badannya menghadap ke bahagian belakang, belah kanan. “Wei, makcik tu kirim salam.”

Aarif rolled eyes. Reaksi sama hari-hari.

“Jawab jela.” Hani kembali menghadap buku. Dah kenapa la dia kena jadi orang tengah? Menyesal pulak pilih tempat ni. Yang si Zana pun tak reti give up ke? Terang-terang kot Aarif tu taknak layan dia.Alahai… Dah la dia dengan Aarif tu tak sebulu. Hani mengeluh lagi. 

Beberapa hari lepas, masa peperiksaan penilaian pertama, untuk subjek KHB, mereka kena ambil tempat mengikut pilihan, Zana dan Aarif satu pilihan iaitu kemahiran teknikal. Zana duduk belakang Aarif. Time tu Aarif dah habis merayu pandang Hani, mintak tolong suruh tarik Zana untuk tukar tempat. Eh, memang tak la Hani nak tolong. Hani buat tak tahu je. Dia jadi pengirim salam hari-hari pun dah cukup terseksa. Tahu pulak nak mintak tolong time susah, kalau tak hari-hari Hani meroyan sebab Aarif selalu kacau dia. Padan muka dia la kena layan Zana time paper KHB tu. Kejap-kejap Zana sentuh guna pen, konon nak pinjam liquid paper. Kejap-kejap Zana sepak kerusi. Hani mampu tahan gelak je. ‘Padan muka kau, puas hati aku.’ Hani bersorak dalam hati.

 

 

Beberapa bulan berlalu dengan rutin yang sama. Pergi kelas, balik kelas. Cumanya hari-hari Hani sentiasa penuh dengan makian untuk Aarif. Dia tak tahu la kenapa mamat anak cikgu Matematik tu suka sangat buat dia sakit hati. Dia memang tak tahu punca.

“Assalamualaikum.”

Hani menoleh ke arah suara yang memberi salam itu. Kelihatan cikgu Yana. Ketika itu waktu Pendidikan Islam tapi Ustazah Sue ada kursus dan cikgu ganti pun tak sampai lagi. Hani pulak sedang melepak di meja Oyah disebelah pintu tu. Biasalah,bergosip.

“Waalaikumsalam. Eh cikgu. Ada nak minta tolong apa-apa ke?” Hani senyum kepada guru matematik itu.

“Abang ada?”

“Eh, abang?” Hani berkerut. Ada nama abang kedalam kelas ni. Tiba-tiba satu nama muncul difikirannya. “Oh, cikgu maksudkan Aarif ke?”

Cikgu Yana mengangguk. Hani pusing kearah kelompok pelajar lelaki yang sedang membentuk bulatan dibelakang kelas.

“Abang ooo abang!” Semua kepala memandang kearah Hani. Dah kenapa Hani ni? Baru mereka perasan akan kehadiran Cikgu Yana di lorong berdekatan kelas mereka.

“Abang, mak abang nak jumpa ni…” Keningnya dijungkit memandang Aarif yang telah berdiri dibelakang kelas. Senyum sinis diukir kepada jejaka itu. Aarif kemudian melangkah untuk keluar kelas, mendapatkan ibunya yang sedang bercakap di telefon. Hani dipandang sambil senyuman seribu makna diberikan kepada gadis itu. "Ye Hani, abang nak pergi la ni." Hani mencemik dan dia sambung bergosip. Aarif keluar kelas sambil tersenyum.

 

Hampir sejam kemudian Aarif melangkah masuk ke kelas dengan muka yang sugul. Hani tengok jam ditangan. ‘Lama jugak dia jumpa mak dia tadi.’  Dah masuk subjek baru dah pun.

“Eh mamat, kau kenapa?” Hani sibuk nak ambil tahu. Aarif berhenti disebelah meja Hani.

“Hm, takde pape.” Senyum pahit diberikan kepada si gadis. Hani jungkit bahu. Malas nak tanya lebih. Aarif kembali menyusun langkah ke mejanya. Kepalanya direhatkan di atas meja. Wajah Hani yang sedang bergelak ketawa bersama kawan-kawan baiknya itu direnung.

“Oi, kau kenapa?” Ijat disebelah menegur.“Monyok je tiba. Ada masalah ke?”

Aarif mengeluh. “Aku dapat MRSM.” Senyum. Liur ditelan. Pahit.

“Eh, tahniah! Best tu MRSM. Bukan senang nak dapat..” Ijat tepuk bahu Aarif. “So kau kena pindah la ni?”

Belum sempat Aarif mengangguk, Zack menyampuk terlebih dahulu. “Whatt?! Kau nak pindah?!” Suara Zack yang kuat itu membuatkan satu kelas senyap. Lebih kepada senyap sebab terkejut dengan berita mengejut tu sebenarnya.

“Sape yang nak pindah?”soal Aki. “Kau ke Arip?”

Aarif mengangguk lambat-lambat. Wajah Aki dipandang sekilas sebelum matanya bertemu dengan mata bulat milik Hani. Gadis itu terlopong.

“Bila kau daftar?” soal Zana. Gadis itu kelihatan sebak.

“Next week. Isnin.”

“Whaaaatttt??!” Zack menjerit lagi. Eh dia ni,tertelan mikrofon ke apa pagi ni? “Hari ni Khamis kot, kiranya esok hari last kau dengan kitorang?”

Lagi sekali, Aarif mengangguk lemah. Sebab tu la dia sedih gila. Dia dah mula attached dengan budak kelas ni. Tapi mustahil dia nak reject offer MRSM tu. Dah tu, sehari je lagi masa dia nak spent dengan kawan-kawan dia ni.

Suasana bertukar sepi.

 

Jumaat itu, lepas rehat. Kelas 1A agak sunyi daripada biasa. Zana yang selalunya bising berceloteh bersama Jira senyap,termenung keluar tingkap. Hani bangun mengutip sampah di dalam laci meja dan menuju ke tong sampah diluar kelas. Aarif turut bangun, mengekori si gadis. 

“Hani, kau tak sedih ke aku nak pindah?” Aarifberdiri dibelakang gadis itu. Kelihatan gadis itu tersentak.

“Eh kau ni, salam mana salam?” Rolled eyes. “Apakau tanya tadi?”

Aarif garu leher yang tak gatal. “Kau tak sedih ke aku nak pindah?”

Hani mencemik. “Nak sedih buat apa. Happy adala. Aman sikit dunia aku kat sekolah ni.”

Aarif mengeluh. Kecewa.

“By the way, good luck kat sekolah baru. Hani senyum. “Abang jangan menangis homesick pulak nanti.” Sempat lagi mengusik.

Aarif ketawa kecil. Hilang kekecewaan sebentar tadi.

“Tak, abang menangis rindu awak je.”

Hani terkedu. “Ah, malas layan kau.” Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan Aarif, tapi tiba-tiba langkahnya mati. Nasib baik Aarif sempat berhenti, kalau tak Hani dengan dia sama-sama tergolek atas lantai simen ni. Tak pasal-pasal buat drama free. Itu pun hidungnya sempat berlaga dengan belakang kepala gadis di hadapannya ini.

“Kenapa pulak ni? Brake tak bagi salam.” Hidungnya digosok perlahan. Sengal. Wajah Hani yang mendongak memandangnya itu dipandang. Dah kenapa pandang anak teruna orang macam tu? Boleh bergetar tulang rusuk tahu?

“Cakap pasal rindu..” Gadis itu mengusap-usap dagu sendiri, lagak orang berfikir. Matanya masih merenung Aarif yang segak berbaju melayu sekolah.

Aarif mula nak mengusik balik. “Kenapa? Abang tak pergi lagi pun awak dah rindu ke?” Senyum sehabis manis diberi kepada Hani. Hani buat muka menyampah.
“Bukan aku, tapi tu…” Bibirnya memuncung, menunjuk kearah Zana yang masih kelihatan sugul. “Abang jangan lupa bagi pesanan-pesanan cinta tau kat dia sebelum balik nanti. Kesian dia rindu nanti.”

Aarif baru nak menyepak kaki gadis itu, namun Hani lebih pantas melarikan diri. Dia mengeluh.

“I’m so gonna miss you Hani.” Perlahan. Cukup untuk didengar telinganya sendiri. 

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium