Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,135
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 3

“Hani, kau dah siap kan kerja Arab tadi?” Akimenegur. Hani kelihatan sedang menyiapkan latihan Matematik.

“Dah, nak tiru ke?” soal Hani direct. Buku Arabdihulur.

“Amboi kau.” Matanya dijegilkan kearah gadisitu. “Sadly, tekaan kau salah. Aku dah siap jugak. Aku nak check jawapan akubetul ke tak je.”

Hani biasanya menyiapkan kerja sekolah lebihawal, terutamanya setiap kali Jumaat. Alasannya, supaya weekend dia boleh tidurpuas-puas.

“Weh Hani..” suara Bed yang memanggil Hanimembuatkan gadis itu menoleh. “Aku nak tanya ni..”

Kali ni Aki dan Jen pun sama menoleh. Macamserius je.

“Amende?”

“Kau tak rasa sunyi ke?” Bed menyoal perlahan.Takut classmate mereka yang lain dengar. Biasala, masing-masing telinga lintah.

“Sunyi sebab?” Keningnya bertaut. Pelik dengansoalan si rakan.

“Arip takde. Kau kan hari-hari bergaduh dengandia. Dah sebulan gak dia blah dari sekolah ni.” Bed menyambung. Wajah Hanidipandang. Mustahil Hani tak sunyi. Sebab Bed sendiri rasa sunyi tak dengarsuara Hani dan Aarif bertekak.

Hani berdehem. Sara pun dah tumpang sekaki. “Em,mula tu sunyi la jugak. Sebab hari aku biasanya penuh dengan marah aku katmamat tu je. Tapi lama-lama okay je. Kurang sikit stress aku.” Dia senyum.“Kenapa kau tanya?”

“Sebab kitorang rasa sunyi tak dengar suarakorang bergaduh.” Sara yang jawab. Yang lain mengangguk, setuju denganstatement yang keluar dari mulut Sara.

Hani senyum segaris. “Haha, nanti la aku trycari gaduh dengan orang lain.”

“Tapi tak sama dengan Aarif.” Jen senyum.

 

 

“Kertas apa ni banyak-banyak?” Zana belekkertas-kertas yang diletakkan atas meja guru.

“ Tadi Zack kata yang Cikgu Azhari yang bagi katdia, suruh pass kat semua. Tengok details dalam tu betul ke tak, then pulangkanbalik.” Oyah balas. Tadi Zack pesan kat Oyah suruh pass kat semua orang, tapidia malas. Ni Zana dah tengok, biar dia la yang buat.

Zana mula mengedarkan kertas itu kepada pemilikmasing-masing.

“Ehhhh,” Zana tergamam. “Oh my God, YaTuhannnn!” Sengihnya semakin lebar. “Hani, kau tengok ni!” Sehelai kertasdilayangkan di depan Hani.

“Kenapa?” Kertas itu diambil dan dibaca. Ohh…Kertas milik Aarif Shauqi. “Dah tu kenapa?”

“Kau tengok la ni, ada phone number!” Zanacepat-cepat mengambil buku nota kecil miliknya dan mencatat nombor telefonrumah Aarif. Nombor rumah pun boleh si Zana ni. Hani menggeleng. Kertas berisimaklumat peribadi Aarif diletakkan kembali ke atas meja guru.

“Kau nak call dia bila? Bukan tahu pun MRSMbalik bila.” Punggungnya dilabuhkan diatas meja berhadapan dengan meja Zana.

“Minggu ni boleh try. Belum cuba belum tahu. Kaupun cuba la try call cik abang kau tu.” Zana sengih. “Ni, ambik nombor dia.”

“Eh, takde masa aku. Yang rindu dia tu kau,bukan aku.” Hani ketawa kecil.

 

Aiskrim Solero di dalam peti diambil. Nasib baiktak habis lagi. Aiskrim berharga RM1 tu cepat betul habis. Maklumlah, sedap danmurah.

“Hi Hani, Arip sihat?” Hani menoleh. Seorangpelajar lelaki yang agak pendek menegur. Fahmi. Kelas 1C. Dia kenal sebab Nurinada cerita. Lagipun batch mereka yang ada empat kelas ni tak ramai mana. Diaboleh dikatakan kenal semua orang walaupun tak pernah bertegur.

“Arip?” Hani memandang Fahmi pelik. “Eh, manaaku tahu. Dia kan dah pindah.” Kakinya diatur menuju ke kaunter. Sementara takramai orang ni, baik dia bayar cepat-cepat.

“Hani, Arip kirim salam sayang.” Kali ni satusuara lain yang menegur ketika dia nak melangkah keluar dari koperasi. Ah nidah kenapa pulak. Dia menoleh ke kanan. Ijam. Pun kelas 1C.

“Apa la kau merepek ni.”

Ijam sengih. Hani sekadar menggeleng danberlalu.

 

Dan bermulanya hari itu, setiap kali Ijam, Fahmidan dua tiga orang lagi rakan mereka lalu di hadapan kelas Hani, mereka akanmenyebut nama Aarif dan dikenenkan dengan nama Hani. Lagi la Hani pelik.

“Tu semua bestfriend Arip dari sekolah rendah.”Jen tiba-tiba memberitahu. Mungkin dia perasan akan wajah penuh tanda tanyamilik Hani.

“Ohh, patut la. Pelik gak aku apa kaitan Aripdengan budak-budak tu.” Hani angguk. “Tapi aku lagi pelik kenapa nama aku yangnaik nak disebut-sebut dengan Arip..”

“Kau tanya la dia sendiri..” Jen membericadangan bernas.

“Tanya sape? Budak-budak tu?” Hani garu hidung.

Jen geleng. “Bukan. Tanya Arip sendiri.” Senyumsegaris diukir. “Phone number dia kan Zana ada simpan.”

Hani terkedu. Dia nak call Aarif? Memang tak la.Kelmarin, Zana heboh bagitahu semua orang yang dia call Aarif and Aarif kirimsalam kat semua. Kebetulan minggu lepas MRSM Aarif balik bermalam. So, dia dapatla bercakap dengan Aarif walaupun dia kata Aarif macam biasa, malas nak layandia. Tapi tu pun Zana dah happy gila. Hani tak faham macam mana Zana nekadmacam tu sekali nak kejar cinta Aarif. Hani mengeluh. Tapi dia rasa dia memangkena tanya mamat tu. Dah seminggu nama Hani dan Aarif jadi gosip ni. Dah lagosip yang dia sendiri tak tahu pucuk pangkal.

 

 

Minggu itu mereka balik. Cuti sekolah. Hanisenyap-senyap menyusup kedalam bilik ibunya. Telefon bimbit ibunya diambil.Satu nama dicari. Dah jumpa. Kak Yana. Cepat-cepat nombor itu disalin. Kemudiandia kembali berlari kedalam biliknya.

 

Nombor itu didail. Hani cuba menenteramkandirinya. Nervous kot.

 

“Assalamualaikum.” Suara Cikgu Yana kedengarandi hujung talian.

“Waalaikumsalam. Err, boleh saya cakap denganAarif?” Seketika kemudian kedengaran suara Cikgu Yana memanggil anak lelakinyaitu.

“Hello..” Suara jejaka yang dinantikan itukedengaran di talian sana. Hani senyum. Entah kenapa, dia rasa gembiramendengar suara itu.

“Hello, Arip. Aku ni, Hani.”

Kali ni Aarif terkedu. “Err, hai. Ada apa callni?”

Hani berdehem. Awkward la pulak bila dah lamatak berjumpa ni. “Em, ni. Aku nak tanya, Ijam, Fahmi dengan lagi dua tiga orangkawan dorang tu kawan baik kau kan?”

“Haah. Kenapa dengan dorang tu? Dorang kacau kauke?” Aarif garu leher yang tak gatal.

“Bukan la kacau aku. Tapi kebelakangan ni,dorang asyik sebut nama kau je. Dok kenenkan kau dengan aku. Pelik gak aku. Takpasal-pasal timbul gosip aku together dengan kau. Tu yang aku call kau, kot lakau tahu kenapa tiba-tiba dorang dok kenenkan kita?”

Aarif terkedu. ‘Bertuah punya member. Aku suruhsenyap kot.’ Getus Aarif dalam hati.

“Nanti aku tanya dorang.”

Hani mengangguk. Bukannya Aarif kat hujung sanatu boleh nampak pun. “Okay la macam tu. Thanks Arip. Bye.”

“Eh Hani, mana kau dapat nombor mak aku?” Aripcepat memintas sebelum Hani meletakkan panggilan.

“Heheh, aku tengok dalam phone mak aku la. Manalagi.” Hani ketawa kecil. Aarif senyum. Wajah gadis itu terbayang di ruangmata.

“Ni nombor kau ke nombor mak kau?”

“Nombor aku.”

“Aku save eh nombor kau ni?”

Diam.

“Okay.” Hani senyum. Aarif di talian sana turutsenyum.

 

 


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium