Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,141
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 8

HANI memandang Minn yang sedang menyimpan beg sandangnya ke dalam loker besi. Dia menyandarkan tubuhnya ke katil milik Kak Sue. Kakinya dilunjurkan. Naskhah tafsir diletakkan di atas meja biru di tepi dinding. Ahli dorm mereka yang lain belum balik dari dewan makan mungkin. Hani dan Minn terus balik ke bilik selepas habis prep malam tadi. Malas nak supper. Nasib baik kelas Hani dan Minn bersebelahan, jadi mereka boleh balik bersama-sama selepas prep. 

“Hani, tadi aku nampak kau sembang dengan sorang budak laki kelas Haitham. Sape tu?” Minn turut melabuhkan duduk. Dia bersandar pada loker miliknya.

“Laki?” Hani cuba mengingat. “Oh, tu Farhan. Kawan sekolah rendah aku. Terjumpa balik kat sini.”

Mulut Minn membentuk huruf O. Bulat. “Macam mana kau cam dia?” 

“Em? Prep last week. Dia lepak kelas aku. Time tu la kitorang baru cam each other.” Hani cuba mengingat kisah minggu lepas. 


Dia sedang menyiapkan kerja Fizik dan ketika dia angkat kepala nak meregangkan urat leher, matanya bertemu pandang dengan seorang pelajar lelaki. Wajah lelaki itu agak familiar. 

“Eh, kau budak baru eh?” Sapa lelaki berkopiah putih itu. 

Hani mengangguk. 

“Nama kau apa?” 

“Hani. Azra Hanani.” Hani rasa dia macam dah tahu siapa lelaki ni. “Ahmad Farhan ke? Anak Cikgu Aminah?” 

Mata lelaki itu membulat. Sengihnya semakin melebar. “Wei kau Hani SK Kg Jaya ke?!” 

Hani angguk laju. “Kau Aan kan?”

Lelaki itu mengangguk jugak. Semangat. “Haah, haah. Tapi kat sini orang panggil aku Pa’an tau..”

Kawan lama Hani bernama Farhan tu tarik kerusi dan duduk bertentangan Hani. 

“Wei lama gila tak jumpa! Mak ayah kau sihat?”

Hani senyum dan menggangguk. “Sihat alhamdulillah. Kau dari form 1 eh kat sini?”

“Yup. Aku last jumpa kau masa darjah 5 then aku pindah, tak sangka jumpa balik kat sini. Kuatnya jodoh kita.” Pa’an gelak. 

Aku taktahu nak kata jodoh ke bala. Aku kena hadap kau lagi dua tahun la macam ni.”

“Ala, dulu boleh je hadap aku.”

“Tu dulu.” Hani bersandar ke kerusi. “Dan dulu kau comel macam teddy bear, sekarang dah macam bapak orang wei.” 

“Cakap orang.” Pa’an senyum sinis. “Kau pun dah lain, sekolah rendah dulu senyap je. Sekarang dah takde insuran mulut tu.” 

“Sebab kau musuh aku merebut takhta best student dulu. Sebab tu aku senyap dengan kau. Hahaha. Dah la, aku nak sambung buat Fizik.” Pen kembali diangkat. Pa’an bangun. 

“Aku nak kena bagi tahu kawan baik aku ni, ex crush sekolah rendah aku masuk sini.” 

“Bongok la.” Hani gelak. “Kirim salam sikit best friend tu. Haha.” 

“Dia tak berminat dengan perempuan.”

“Korang gay ke?” Hani senyum mengusik.

“Siot la kau Hani.” Mereka ketawa serentak.

Lelaki yang berlalu itu dipandang sekilas.Tak sangka jumpa balik kat sini. 


“Hani!” Minn baling gumpalan kertas kearah Hani. “Jauh termenung? Soalan aku kau dengar ke tak?”

“Eh?” Hari garu kepala yang bertutup tudung indon. “Heh. Kau tanya apa?”

“Ei kau ni la. Sabar je la aku.” Minn mengeluh. “Aku tanya apa Farhan tu sembang dengan kau tadi?”

“Oh. Dia tunjuk pamphlet jenis najis apa entah. Yang IndahWater punya. Lepastu dia tanya aku taik aku sihat ke tak?” Hani rolled eyes. “Datang kelas aku semata-mata nak tanya pasal taik. Bengong.”

Minn ketawa. “Mungkin dia bosan.”

“Tahu takpe.” 


Kesemua ahli dorm mereka kini sudah kembali dan sama-sama mengambil tempat untuk memulakan halaqah. Suara BADAR kedengaran memberi salam sebelum memulakan bacaan ayat suci al-quran. Hani mencapai tafsir, duduknya dibetulkan dan bacaan dimulakan.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium