Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,110
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 5

“Hani, tadi aku nampak pakwe kau date dengan Suzi dekat lorong tengah tu.” Zana memberitahu. Zana kan mami jarum kelas 2A ni.

“Oh, tu adik angkat dia tu.” Bersahaja dia membalas.

“Weh, tapi boleh nampak kot Suzi tu suka Haikal.Takkan kau nak biar?” Wajah Hani dipandang. Minah ni tak jealous ke ada perempuan lain nak try pakwe dia?

“Selalu dah kot dorang jumpa macam tu.”

“Kau tak membebel ke dekat Haikal?”

Hani menggeleng. Haikal merupakan senior mereka.Tingkatan empat. Hani kenal Haikal malalui kawan pengawas Hani yang merupakan kawan baik Haikal. Haikal ajak Hani jadi girlfriend, Hani terima. Sebab mamat tu handsome. Haha. Tapi Hani tak pernah date. Haikal ajak jumpa, Hani tolak.Sebab tu kot Haikal layan Suzi, adik angkat Haikal. Kawan batch Hani. Kelas 1D.Hani rapat jugak dengan Suzi dulu. Tapi lepas Suzi tahu dia kekasih Haikal,Suzi macam menjauhkan diri.

“Aku rasa aku nak mintak putus.”

Zana terlopong. “Lah, kenapa? Kau tak sayang dia ke?”

Hani sengih. “Aku tak tahu nak kata. Dulu awal-awal aku suka la jugak. Senior handsome suka kot. Dah la kaya. Tapi sekarang tak rasa apa.”

“Weh, baru sebulan kot.”

Hani gelak. “Lagipun dia ada Suzi. Dia takkan frust punya. Cuma aku la awkward nanti bila nak lalu kat laluan surau tu.”

Laluan tempat Haikal dan senior lain lepak sebelum perhimpunan bermula. Dan shortcut nak ke kelas tingkatan dua.

“Kau sayang Arip lagi kan?” Zana meneka.

Hani senyap.

Tahun lepas, masa Aarif confess dan Hani terima, beberapa hari pertama mereka happy. Tapi satu hari tu, Hani saja hantar mesej yang merupakan cabaran kepada Aarif. Kawan mana tah yang forward kat Hani. Hani saja nak test kat Aarif. Tapi mesej tu ayat last dia lebih kurang macam ni.

 …. Kalau cinta, call dan cakap I love you.

Tak lama lepas tu Aarif call Hani, dan ucapkan tiga patah perkataan tu. Lepas tu Hani mintak putus. Hani rasa dia bangang jugak sebab mintak putus pasal benda tu. Tapi dia tak tahu kenapa dia mintak putus. Kalau orang lain mesti dah berbunga-bunga pakwe ucapkan tiga perkataan tu.

Hani merebahkan dirinya diatas katil. Telefon bimbitnya dibuka. Minggu itu merupakan minggu balik bermalam. 

~ Haikal, saya mintak maaf. Tapi saya nak putus.Awak pun dah ada Suzi. Saya taknak kacau. Sorry and thank you. 

Button send ditekan. Beberapa minit kemudian,telefonnya berbunyi tanda mesej diterima.

+ Hm, kalau tu yang awak nak, okay. Saya mintak maaf, tapi saya bosan sebab tak boleh nak date dgn awak kat sekolah. Bolehtengok dari jauh je. Maaf sebab tak mampu setia.

Balasan dari lelaki yang baru beberapa saat bergelar bekas teman lelaki itu dipandang. 

~ Takpe, salah saya jugak. Moga awak bahagia.

+ Awak pun. Thank you.

 

Telefon diletak di atas katil. Tuala yang digantung dicapai. Kakinya melangkah ke bilik air. Nak mandi, nak solat. Lepastu nak study. Kelas Sejarah semalam dia dah kena label ‘bangang’ dengan CikguIshak sebab dapat C. Cikgu kata ada pelajar tu, mak dia punya la pandai,belajar master, tapi anak dia Sejarah pun bangang. Cikgu Ishak tak sebut nama Hani, tapi mata cikgu tu pandang dia. Hani cuba tahan air mata time tu, tapi last-last dia mintak izin pergi tandas. Dia nangis puas-puas. Kawan dia anak pensyarah, bapak ada PHD, dapat D Sejarah tak kena pulak. Kenapa nak kena indirectly mention Hani? Classmates dia pun belambak yang dapat C, D. Failedpun ada. Hani bengang gila. Sebab cikgu cakap dia bangang. Dia first time kot dapat C. Hani nekad, penilaian akhir tahun nanti dia akan pastikan dia hadap balik cikgu tu dengan result cemerlang.

 

Beep!

 

Tangannya yang menulis nota Sejarah ituterhenti. Telefon bimbit diambil.

 

+ Balik kan minggu ni?

 

Hani senyum.

 

~ Yooo. Kau pun ke?

+ Tak la. Aku kan boleh bawak phone.

~ Best la jadi dak MRSM cemtu.

+ Tahu takpe. Kau amacam? Okay tak?

~ Tak, aku baru nangis tadi.

+ Eh asal?

~ Aku baru break dgn Haikal.

+ Weh, serious la. Takkan kau nangis sebab tu?

~ Tak la. Buat apa nak nangis sebab putus? Aku nangis sebab tadi Cikgu Ishak cakap aku bangang. Sejarah aku C. Pastu dia perliaku. Padahal orang lain ramai lagi yang teruk dari aku.

+ La yeke. Takpe, kau buktikan balik kat cikgukau tak bangang. Cikgu saja nak biar kau membara tu. Kau kan top scorer. Dia taknak la kau jatuh. Kau study hard okay?

~ Okay, thanks Arip. Kau apecer?

+ Aku? Aku jadi kes polis wei.

 

Hani ternganga. Aarif ni sejak bila jadi gangster?

 

~ Masalah apa kau buat Rip?

+ Ala, aku memang bermasalah kan? Hahah.

~ Yang tu aku tau. Tapi sampai jadi kes polis nikenapa?

+ Ada budak junior curi phone budak batch aku.Mula-mula kitorang just paksa dia ngaku je. Tapi dia taknak. Pastu kawan-kawan aku pukul dia. Aku tengok je. Tapi sekali tu budak tu maki budak batch aku.Tengah kena pukul pun sempat lagi cari pasal. Aku bengang, aku gi belasah dia.Jadi kes polis la do. Hahaha.

~ MasyaAllah. Kau la. Agak-agak la do, mati anak orang nanti.

+ Benda dah jadi….

 

Hani menggeleng. Dia tak tahu apa yang membuatkan Aarif berubah menjadi kasar. Mungkin ke dia salah pilih kawan? Ke salah Hani sebab mintak putus tiba-tiba dulu?

+ Hani, jadi girlfriend aku balik please?

~ Kau kan dah ada Mia? Tak beragak kau nak campak dia. Hahaha.

+ Aku dah break. Minggu lepas. Kau la selalu menghantui aku.

~ Tapi, aku tak yakin dgn diri aku Rip. Kau tahu kan macam mana aku mintak putus kat kau dulu.

+ Aku tau. Tapi kita try lagi sekali please. Aku sayang kau.

 

Dan lagi sekali, Hani terima Aarif. Walaupun mereka sama-sama tahu, kebarangkalian untuk hubungan mereka terputus lagi itu tinggi. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium