Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,152
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 12

SKRIN komputer yang memaparkan laman Facebook itu dipandang. Terpampang wajah Nazri bersama seorang gadis manis bertudung kuning. Gambar itu adalah gambar yang ditag oleh rakan batch Hani dan Nazri di sekolah lama. Hani cuba mengklik profil Nazri namun gagal. Di ruangan chat peribadi di Facebook, profil Nazri cuma memaparkan gambar default dan tertulis ‘user not found’. Hani akhirnya mengagak yang kemungkinan besar Nazri telah mem’block’nya di media sosial. 

‘Ting!’

Satu chat muncul dibahagian kanan skrin. 

‘Aarif Aoki’

‘Hani, kenapa tak balas msg tadi?’

Eh? Ada mamat ni mesej dia ke? Telefon bimbitnya ditinggalkan diatas katil semasa dia turun ke ruang tamu untuk melayari internet. 

‘Sory bruh. Aku tinggal phone dlm bilik. Nanti aku check.’ 

‘Cepat tau, aku ada story ni.’ 

‘Okeh’


Laman sesawang itu dipangkah. Komputer dimatikan. Dia berlari naik ke atas menuju ke kamar. Telefon bimbit yang sedang dicaj diambil. Suis ditutup. 

‘Oh, 10 mesej daripada Aarif.’

Satu persatu mesej dibaca. Bibirnya mengukir senyuman. 

Salah satu mesej dibaca sekali lagi. 

+ Hani, aku dah jumpa someone weh kat sini. Dia approach aku dulu. Kan aku cakap kat kau dulu aku nak berubah. Aku senyap je kat sini. Tp minah ni nonstop dapatkan attention aku. Lelama aku cair gak la. Hahaha. 

Sini yang dimaksudkan Aarif tu ialah MRSM baru yang mana Aarif telah dipindahkan ke sana. Sebab banyak sangat buat kes. Lepas PMR hari tu, terus pihak sekolah Aarif tukarkan dia ke tempat baru. Di sana Aarif kata dia cuba untuk jadi senyap, nak mengelak masalah lain pula timbul. Tak sangka secepat itu jugak Aarif jumpa awek baru. 

Kekunci telefon ditekan. 

~ Wow! Sape budak tu? Okay tak dia? Kau jgn nak main-main lagi dah la. Cari la yg steady

Sent!

+ Nama dia Nia. Nanti kau tgk kat FB. Ada dia tag nama aku. 

~ Okeh. Nanti la aku tgk. Aku baru off pc. Dah, kau jgn nak text aku sgt, gi layan awek tu. Kang dia jeles aku taktau. 

+ Haha. Nanti aku kena jugak cerita kat dia sape kau. Nak taknak dia kena terima. 

Hani menggeleng.

~ Bingai la kau. Kau citer awal sikit, takut kalau citer lambat dia pikir kau permainkan dia. 

+ Baik. Nanti aku gitau dia. Kau dengan Nazri amacam? 

Aarif tahu pasal hubungan Hani dan Nazri sebelum ini pun melalui Fahmi. Sebab Hani kononnya nak berahsia dengannya. 

~ Aku dah break dengan dia lama dah. Haha. Tapi don’t worry, aku okay.

Telefon bimbitnya terus berdering. Aarif. 

 “Wei Hani, kau sayang dia kan? Kenapa putus? Mesti kau yang mintak lagi kan?” Bertalu-talu soalan dari bekas kekasih Hani itu sebaik sahaja panggilan diangkat. 

“Aku jauh wei dari dia. Situasi kitorang dah lain.” Alasan.

“Kau ni buat keputusan terburu-buru, pastu diri sendiri yang kecewa. Patutla aku tengok dia ada gambar dengan perempuan lain. Pelik jugak aku.”

Hani ketawa kecil. “Aku pun baru je tengok tadi.”

“Hani, aku baru je together dengan Nia ni. Aku tak sanggup pulak lukakan hati dia kalau aku mintak putus.” Aarif mengeluh perlahan. 

“Siapa pulak suruh kau putus segala? Aku tak sedih pun wei. Aku dah boleh terima hakikat. Kau jangan nak putus apa semua. Merepek je kau ni.” Daripada posisi duduk, Hani kini mengambil posisi berbaring. Lebih selesa. 

“Aku tengah cuba nak sayang orang lain. Serious, i’m sorry.” Suara Aarif kedengaran perlahan. 

“Arip, aku betul-betul tak kisah wei. Kau berhak ada happiness kau sendiri. Jangan stuck dengan memori silam. Kalau betul kita ada jodoh, nanti kita together jugak.” Hani cuba melegakan hati Aarif yang berbelah bagi. “Sekarang, kita just go with our own life. Enjoy your present. Aku pun happy dengan life aku ni.” 

“Kalau kau cakap macam tu takpela.” Aarif lega. “But if anything happen, Hani tahu kan abang selalu ada? Hani tahu kan mana nak cari abang?”

“Ya Aarif, ya.” Hani ketawa kecil. Sebenarnya, masa mereka pertama kali in relationship dulu, Aarif meminta Hani memanggilnya abang. Biasa la, budak-budak. Gatal. Lepas putus pun, kadang-kadang Aarif masih membahasakan dirinya dengan gelaran tu. Kadang-kadang saja dengan niat mengusik. 

“Abang nak lepak taman petang ni. Nak ikut?”

“Malas la. Rajin pulak nak lepak dgn laki.”

“Tahu dah. Take care Hani. Apa-apa call je tau.” Aarif masih concern. 

“Ya, I know. Take care too. Bye. Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam.” Gagang diletakkan. 


Satu mesej masuk. ‘Apa lagi si Arip ni nak?’

Namun, mesej yang terpampang datangnya dari nombor yang tak dikenali. Teringat pulak Hani masa mula-mula Aarif mesej dia. Hani senyum mengingat kenangan lama. 

~ Sory, tapi ni sape? 

+ Ipan. Ni nombor aku. Save la. 

Oh. Hani terus simpan nombor bekas partnernya itu. Mereka kemudian bertukar-tukar beberapa lagi kiriman mesej sebelum Hani meminta diri untuk buat kerja lain. Padahal dia nak tidur. 

Malam itu, sekali lagi Irfan mengirimkan mesej. Hani pun melayan. Dan daripada sekadar bertanya khabar, mereka mula berkongsi cerita sepanjang cuti sekolah. Dan baru Hani tahu yang Irfan bukan la adik angkat Kak Zurin, sebaliknya Rina, yang dulunya pernah digosipkan dengan Irfan. Sebab tu Kak Zurin ada simpan nombor Irfan. Bila ditanya, Irfan kata dia dan Rina sekadar kawan biasa. Tapi pernah sekali tu, Irfan bermesej dengan Hani dan Rina pada waktu yang sama, maka Hani terus meminta Irfan melayan Rina saja dulu. Irfan pun terus setuju. Itu pun dia taknak mengaku lagi yang mereka tu lebih daripada kawan biasa.

Hani pun baru saja semalam, ada kawan lelaki dari kelas sains tulen mengirimkan mesej. Loki. Hani kenal, sebab mereka sama-sama rumah kuning. Entah dia dapat mana nombor Hani, Hani sendiri tak tahu. Bila ditanya, katanya rahsia. 


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium