Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,114
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 10

KERTAS mahjong diangkat untuk dibawa menuju ke dewan. Kata-kata Bella semalam terngiang-ngiang ditelinga Hani. 

“Ipan tu susah sikit nak buat kerja dengan perempuan wei. Kau pandai-pandai la nanti.”


Hani mengeluh. 

“Wei apa lagi yang kau keluhkan tu Hani? Dari tadi aku tengok kau macam tu.” Dina menggeleng. “Kau nervous ke?”

Hani mengiyakan. “Aku nervous sebab aku takut aku taktahu nak cakap apa nanti. Bella kata Ipan tu susah nak cooperate dengan perempuan.”

“Hm, yang tu memang aku tak dapat nak tolong.”

“Kau tukar Khairul dengan Ipan sebab ni ke kelmarin wei?” Tebak Hani. Suka hati tuduh-tuduh.

Dina menjeling. “Oi agakla nak cakap cemtu pun. Aku tak kejam sangat. Lagipun aku rasa Ipan tu nanti mesti dia tolong gak kau, takkan dia nak malukan sekolah kita depan budak-budak tu.” 

Hani mengangguk. Semoga apa yang Dina ucapkan tu betul la. 



“Assalamualaikum adik-adik. Nama akak Hanani. Boleh panggil Kak Hani je.” Hani memulakan sesi perkenalan. “Ada sorang lagi fasi korang, tapi dia uruskan multimedia kejap. Nanti dia datang.”

Hani meneruskan sesi itu dengan meminta para pelajar sekolah rendah itu memperkenalkan diri dan menulis nama mereka diatas nametag yang diberi. 

“Assalamualaikum. Sorry lambat.” Irfan datang setelah sepuluh minit. Pelajar-pelajar sekolah rendah itu mengengsot untuk memberi ruang kepada Irfan, disebelah Hani. 

“Boleh panggil abang Ipan.” Irfan senyum. Mereka meneruskan aktiviti mengikut tentatif yang telah mereka semua bincangkan di bilik kaunseling. 


“AKAK, macam mana nak guna mesin ni?” Seorang murid bernama Amelia menyoal Hani. Dia dan rakannya yang lain sedang berdiri di hadapan mesin air atau lebih mesra dipanggil ‘mesin gedegang’. 

Hani lantas menghampiri. “Oh, mesin ni awak boleh pakai duit kertas tau. Macam ni..” Hani menunjukkan cara penggunaan mesin tersebut. Dia memerhatikan murid-murid itu membeli seorang demi seorang. 

“Akak taknak beli?” 

Hani menggeleng. “Akak beli kat koperasi je. 100plus dah habis kat sini.”

Hani melangkah ke koperasi sekolah. Satu tin 100 plus diambil dari peti sejuk. Dia berkira-kira sama ada nak beli air untuk Irfan atau tidak. Akhirnya satu tin lagi dicapai dan dibawa ke kaunter. 


“Nah..” Tin dihulur. Irfan yang sedang melunjurkan kaki mengangkat kepala memandang Hani.

“Untuk aku ke?”

“Tak la, untuk kucing hitam belakang dewan makan.” Tin itu diletakkan diatas bangku panjang dimana Irfan sedang duduk. 

“Thanks.”

Rightio. Tu sebab kau bagi kerjasama harini. Walaupun kau biar aku sesat tadi.” Hani berlalu. 

Dia bersyukur sebab Irfan sudi bekerjasama dengannya hari ni, tidak sedingin seperti apa yang diberitahu Bella. Cuma tadi sewaktu rehat, kumpulan mereka berpecah. Murid lelaki mengikut Irfan manakala yang perempuan ikut Hani kerana yang perempuan kononnya nak membeli di koperasi. Tapi ketika mereka kembali ke kantin, Irfan dan yang lain-lain tiada. Gelabah gila Hani tadi. Dan tadi Dina bagitahu yang Irfan ajak Dina bawak budak-budak tu menyorok daripada Hani. Hani nyaris nak mengamuk, mujurlah ada budak-budak sekolah rendah tu. Dia tahan sabar.

Aktiviti terakhir mereka merupakan sesi lawatan ke kawasan asrama. Bukan murid-murid tu je yang bersemangat, para fasilitator pun sama naik. Sebab bukanselalu boleh masuk kawasan asrama berlainan jantina. Hani dan Irfan membawa ahli kumpulan mereka menuju ke Aspuri. Hani berjalan agak kehadapan berbanding kumpulannya. Tangannya diayun-ayun memukul tiang disepanjang susur gajah itu. 

‘Buk!’

‘Eh kenapa tiang ni lembut?’ Getus akal Hani. Dia lantas menoleh. Alangkah terkejutnya si gadis bernama Azra Hanani itu apabila Irfan berada di sebelahnya. Jejaka itu sedang tersenyum sinis. 

“Kau ke tadi?” Hani mula serba salah. 

Irfan jungkit kening. “Haa. Kau ingat aku tiang ke apa? Aku nak tanya kau dorm kau yang mana, tapi tangan kau lagi laju.”

Hani ketawa tak ikhlas. Cover malu. “Sorry. Aku dorm bawah.” Cepat-cepat dia buka pagar Aspuri. Segan nak hadap muka Irfan. Malu oi terpukul anak teruna orang! 




Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium