Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodoh Tak Lari la!
Jodoh Tak Lari la!
adamantium
8/1/2016 22:15:37
10,147
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
(8)

MAJLIS RESEPSI Mustaqim dan Arissa bakal berlangsung tiga hari lagi.

“Ris bunting pelamin lah nampaknya kan?”kata Puan Zaharah kepada adiknya.

“Tu lah, murah rezeki dorang tu. Tiga bulan je kahwin dah melekat,”balas Puan Zahirah sambil ketawa. “Subur nampaknya anak-anak kita. Hahaha.”

“Tapi Arissa tu kena jaga betul-betul tu. Baru nak masuk sebulan. Tapi katanya dia nak jugak duduk rumah dia sendiri. Degil betul.”

“Tu la Kaklong. Takpelah. Nanti dah dekat due nanti, kita sama-sama jaga,”cadang Puan Zahirah.

Ketika itu, Mustaqim melangkah masuk ke dapur rumahnya.

“Mama, ibu, sembang apa rancak kemain. Sampaikan ayah dan papa panggil pun tak dengar?”soalnya.

“Eh, iye? Takdelah, sembang pasal kamu dengan Arissa lah. Ni kamu dah tengok ke baju pengantin semua? Baju Arissa tu. Perut dia tu dah nampak. Tak macam mengandung sebulan.”

“Dah bu. Baru balik lah ni. Tu la, tapi memang haritu dah pergi measure. Tadi fitting okay je. Alhamdulillah. Dah la bu, ma. Kejap lagi sambung la. Sian papa ngan ayah tu.”

“Haah kan, apemende lah orang tua ni nak. Jom Ngah,” ajak Puan Zaharah. Mereka bergandingan menuju ke halaman rumah. Mustaqim mengekori dari belakang sebelum berlari memanjat tangga untuk mendapatkan isterinya yang sudah berada di bilik.

“Qim tengok Ris kejap bu, ma.”

MAJLIS perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah di kediaman mereka. Semua rakan mereka dijemput termasuklah Mona dan Badrul.

“Rayyan, Arissa, congrats! Tak sangka pulak aku korang dah kahwin. Senyap-senyap je eh. Tup-tup dah nak dapat baby. Congrats weh,” ucap si Mikail. Mona disebelahnya mengangguk-angguk.

“Arissa sorry la. Aku ingat Rayyan ni single mingle available. Rupanya dah kahwin. Sorry la terjatuh suka kat laki kau.” Mona ketawa diikuti Arissa.

“Takde hal la. Time kau nak ngorat dia tu pun, aku belum kahwin lagi la. Kisah lama lagipun. Kau ni bukan main sedondon dengan Mikail. Ada apa-apa ke?” usik Arissa. Kedua-dua mereka memakai busana berwarna ungu.

Mona dan Mikail memandang sesama sendiri sambil tersenyum. “Kalau ada jodoh, in sha Allah. Mana tau jadi macam korang. Tiba-tiba kahwin. Padahal sepupu. Depan mata je. Tak lari kemana.”

Pecah ketawa mereka berempat. Tanpa mereka sedari, sepasang mata memandang dari jauh.

“Damn, kau takkan terlepas dari aku Arissa.”

ARISSA dan Mustaqim kembali ke pejabat setelah seminggu bercuti. Rakan-rakan mereka galak mengusik tambahan pula setelah mengetahui yang mereka bukanlah pengantin baru, sebaliknya pengantin 3 bulan.

“Congrats Arissa, Mustaqim. Sorry saya tak pergi majlis kamu hari tu. Saya kena fly ke London masa tu. Ada emergency kat cawangan sana. Ucap Encik Idham apabila Arissa dan Mustaqim dipanggil kebiliknya. “Tapi dapat kan hadiah saya?”

Mereka mengangguk. “Terima kasih banyak-banyak encik. Sebab encik la kami dapat menginap kat Lexis Hibiscus PD tu. Dapat jugak lah kami rehat-rehat kat sana. Terima kasih sekali lagi.”

“Takpe, kamu berdua ni pekerja terbaik yang saya ada. Apa salahnya saya bagi hadiah macam tu. Sebenarnya tu je sebab saya panggil ni. Maaf la kalau saya mengganggu kamu buat kerja tadi.”

“Eh, takpe encik. Encik kan boss kami. Takpelah, kalau takde apa-apa kami sambung buat kerja dulu lah. Terima kasih lagi sekali encik.”

Encik Idham sekadar mengangguk dan tersenyum.

JAM telah menunjukkan pukul 5:30 petang. Rakan-rakan sekerjanya sudah pulang.

“Allah, dah habis waktu kerja rupanya. Patut sunyi. Mesti Ris tertunggu-tunggu. Solat belum lagi ni,” omel Mustaqim perlahan. Telefon bimbitnya dicapai.

“Hello Ris, dah solat ke?” soal Mustaqim sebaik sahaja Arissa menjawab panggilannya. “Oh, kalau macam tu, biar abang pergi surau nak solat dulu. Lepas solat, abang datang bilik Ris. Ris jangan pergi mana-mana pulak.” Tambahnya lagi. “Okay. Assalamualaikum.”

ARISSA berbaring di atas sofa dibiliknya sementara menanti kehadiran Mustaqim.

“Ala, troop dah habis. Macam mana nak attack. Eh, haritu Harith suruh join clan dia. Nak tengoklah clan dia sementara tunggu troop aku ni.” bebel Arissa. Bunyi permainan Clash of Clan itu memenuhi ruang pejabatnya itu.

Pintu biliknya diketuk.

“Masuklah. Pintu tak kunci pun.” Namun ketukan masih tidak berhenti. Arissa lantas menghentikan permainan dan menuju ke pintu. “Ish, Mustaqim ni mengada pulak.”

Saat pintu dibuka, Arissa tertolak sedikit kebelakang apabila tiba-tiba pengetuk itu menerjah ke biliknya.

“Ka..kau siapa?!” jerit Arissa. Yang mengetuk pintu tadi bukanlah suaminya sebaliknya lelaki bertopeng hitam dihadapannya ini.
“Aku pencinta kau..” Garau suara lelaki itu. “Aku dah kata aku sukakan kau..” Tubuh Arissa ditarik kearahnya. “Kau bukan untuk Rayyan!” Tudung Arinni yang dipakai Arissa direntap dan dicampak keatas sofa.

“Hey, apa kau buat ni! Kau siapa?! Tolong! Tolong!” Topeng mata yang dipakai lelaki itu ditarik, namun tidak tertanggal. Arissa menjerit saat lelaki itu menghumbannya keatas sofa. Lelaki itu lebih cekap. Kedua-dua tangan Arissa dikunci. Tubuh Arissa ditindih. “Tolong! Tolong!” Kali ini, lelaki itu menyumbat mulut Arissa dengan tudung untuk mengelakkan Arissa daripada menjerit. Arissa tidak mampu melawan apabila blousenya direntap oleh lelaki itu dan mendedahkan pakaian dalam yang dipakai. Airmata Arissa mengalir tatkala wajah lelaki itu disembamkan kedadanya.

“Abang…”

MUSTAQIM cepat-cepat memakai kasut setelah melipat sejadah. Dia risau jika Arissa menunggunya terlalu lama.

“Tolong!Tolong!”

Mustaqim terkejut apabila mendengar suara meminta pertolongan.

“Tu kan suara Arissa. Ya Allah, isteri aku!” Dia lantas berlari ke pejabat isterinya. Perasaanya berbaur-baur. Sesampainya dia dihadapan bilik Arissa, tombol pintu dipulas. Tak berkunci!

“Ya Allah!”

“HOII!” Tubuh lelaki itu ditarik dan penumbuk sulung diberi tepat pada wajah lelaki itu. Dek tumbukan itu, lelaki asing itu terhumban ke belakang. Namun, dia tidak mengalah. Lelaki itu bangkit dan mahu membalas tumbukan Mustaqim. Tetapi Mustaqim bukanlah calang-calang. Tumbukan itu dapat dielak apabila dia menunduk kebawah. Kakinya diangkat dan ditujah ke dagu pihak lawan. Lelaki itu terduduk. Mustaqim menghampiri namun lelaki itu pantas bangun melarikan diri.

“Hoi!” Mustaqim cuba untuk mengejar tetapi dia pergerakannya terhenti apabila memikirkan keadaan isterinya. Lantas dia berlari kembali ke bilik isterinya.

“Sayang!” Tubuh isterinya dirangkul. Arissa menangis teresak-esak dalam pelukan Mustaqim. Airmata Mustaqim turut mengalir tatkala mendengar tangisan si isteri. “I’m sorry sayang. I’m sorry.”

10 bulan kemudian.

“Sayang, anak-anak dah tidur ke?”soal Mustaqim ketika melangkah masuk kebilik tidurnya.

“Dah, baru je,”jawab Arissa sambil menepuk-nepuk anaknya yang diletakkan diatas katil mereka.

Mustaqim menghampiri katil bayi yang terletak disebelah katil mereka. Dia tersenyum. “Comel je diorang ni tidur. Tapi si Maarif ni lasak betul. Kita bedung pun, tangan dia keluar lagi.”

“Tu lah, macam abang la. Tidur lasak.”

“Bukan Ris ke yang lasak? Banyak kali dah abang jatuh katil sebab kena tendang masa tidur.”

Arissa menjeling. “Cis, aku jugak kena balik. Salah bahan la pulak.”omelnya perlahan namun masih didengari oleh Mustaqim. Dia hanya ketawa.

“Sayang, abang nak cakap something ni.” Punggungnya dilabuhkan disebelah Arissa.

“Pemende?”

“Pasal kejadian dulu, kat office tu. Hm, abang nak mintak maaf sebab tak protect Ris dari awal. Salah abang sebab tinggal Ris dalam bilik tu. Abang mintak maaf sangat.” Tangan isterinya diusap lembut. Setelah kejadian itu, Arissa nyaris mengalami kemurungan. Mujurlah, sokongan daripada Mustaqim dan ibu bapa mereka tidak putus-putus. Laporan juga telah dibuat memandangkan Arissa sempat mengecam siapa si pelaku.

Arissa tersenyum. “Bukan salah abang pun la. Benda dah nak jadi. Kita anggap lah tu sebagai pengajaran. Lepas ni Ris nak melekat je dengan abang,”guraunya.

“Boleh. Sekarang jugak abang pi beli gam UHU,” balas Mustaqim sambil ketawa dan disambut oleh Arissa. “By the way sayang, thanks sebab hadiahkan abang anugerah yang tak ternilai ni. Putera-putera abang. Bukan seorang Ris bagi, tapi tiga orang.”

“Rezeki Allah bang. Thanks to you too.” Mereka sama-sama tersenyum.

“Tapi power la jugak abang ni kan? Lepas ni, tiga lagi. Boleh dah main ragbi ngan abang. Bola pun boleh. Lepas tu, kita buat la pulak team netball.”

“Hamboi kau. Kat dahi ni ada ke tulis ‘Kilang Buat Anak?’

“Sebab ada tu la aku mintak. Alah, tu pun berkira. Aku ni penyumbang terbesar kau tahu. Takde aku, takde hasil kilang tu,” balas Mustaqim.

“Banyak la abang. Merapu je lebih.”

Mereka sama-sama ketawa. Anak-anak mereka yang sedang tidur dipandang.

Muhammad Rafiq Daniel.
Muhammad Rafiq Mahfuz.
Muhammad Rafiq Maarif.

Bin Muhammad Rayyan Mustaqim.

Pengikat kasih, bukti cinta mereka berdua, Arissa dan Mustaqim.



---------------------------------------------------------------------------------------------

Hi gais!

Finally, habis pun cerita ni. Sorry terlambat sehari. Smtg happened. 

Btw, thanks for those yang sudi baca. Appreciate it much! 

Bab ending tu, Daniel, Mahfuz, Maarif. Daniel je yg D kan? Actually, i'm a big fan of Daehan Minguk Manse. Sebab tu D,M,M. Sape yang follow up pasal triplet tu tahu lah. hehehe. So, saja terfikir nak letak anak triplet. sebab melayu letaklah daniel etc. Kang letak nama korea jadi muhammad daehan pulak. K sy dah start merapu. Sorry. Haha.

Btw, again. thanks so much. 

I'll end here. 

Bye. 

Loves,
Adamantium.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium