Home Novelet Cinta Memori Hati
Memori Hati
adamantium
1/4/2019 19:24:27
38,121
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Bab 11

“BAPAK banyak durian wei.” Hani teruja. Longgokan durian di depan dewan makan itu dipandang. Puas hati kalau makan ni. 

“Tahu takpe.” 

Pengetua sekolah mereka telah bermurah hati untuk membelanja durian kepada seluruh warga sekolah. Makanya malam ini, sesi prep bermula lewat daripada biasa. Semua pelajar berkumpul di depan dewan makan. Ada yang dah bersila, ada yang mencangkung di tepi tangga. 

“Kau makan durian?” Hani pandang Minn. Gadis itu menggeleng. 

“Tak minat. Kau?”

Hani angguk. “Tapi aku tak boleh makan banyak. Seulas dua je. Kalau tak aku demam.”

Dulu dia pernah makan sepangsa durian, malam tu terus demam. Jadi nya dia agak berhati-hati kalau makan durian. 

“Kau nak makan tak ni? Kalau nak aku boleh tunggu.”

“Taknak la. Malas satu, susah nak berhenti satu hal jugak nanti kalau dah start makan. Kau tunggu jap.” Dia melangkah ke arah Fara dan Abil yang sedang menanti Efa mengangkut durian.

“Korang biar dia sorang je angkut apahal?” Mulutnya ditala kearah Efa. 

“Dia kalah lat talilat tadi. Dia la kena angkat.” Abil goyang kaki. “Kau tak makan?”

Hani geleng. “Aku tak boleh makan lebih, nanti demam. Tapi kalau aku dah start makan, susah nak stop. Ni, aku gerak gi kelas dulu dengan Minn.” 

“Rightio. Kitorang boleh makan untuk kau.” Balas Abil dan Efa serentak. Hani kembali mendapatkan Minn yang sedang bersembang dengan rakannya. Lengan gadis itu dicuit perlahan. Setelah itu mereka sama-sama melangkah ke kelas mereka. Di tingkat paling tinggi sekolah itu. Tingkat empat. 


Mereka berdua sampai ke aras kelas mereka itu termengah-mengah. 

“Boleh kurus aku hari-hari mendaki macam ni tahu?” Tangannya mencekak pinggang. Penat. 

“Kita tak payah turun riadah petang pun takpe wei. Pagi petang malam kena mendaki.” Minn menambah. Dia memandang ke kanan. Ke kelas sains tulen. 

“Gelapnya wei. Takut pulak aku.”

“Sama ah. Tapi tu kelas aku macam ada orang.” Pandangannya ditala ke depan. 

Minn membuka lampu kelasnya. “Aku susun buku jap. Nanti aku gi kelas kau.” Hani mengangguk. Kakinya melangkah ke kelasnya disebelah. 

“Eh?”

Kedua-dua jejaka itu menoleh memandangnya. Pa’an dan Ipan. 

“Apa korang buat kat kelas aku?” Dia berjalan menuju ke ruang belajar di belakang. Nak ke mejanya, tapi budak berdua tu tengah lepak kat meja Zarith, depan meja Hani. Segan pulak dia nak ke situ. 

“Oh. Tadi kitorang naik sekali dengan Zarith, tapi dia tiba je ubah keputusan nak gi makan durian. Kitorang sambung jela lepak sini. Esok kan weekend. Rilek je la dulu malam ni.” Pa’an memberitahu. “Kau kenapa tak makan? Diet ke?” 

Hani menjeling tajam. “Aku dah lawa, tak yah diet pun takpe.” Perasan. “Aku demam kalau makan terlebih. Tapi kalau aku dah makan, susah nak stop. So, baik aku tak payah makan.” Malam ni saja, dia dah bagitahu alasan dia tak makan durian tiga kali. Mungkin dia patut record dalam mp3. Kot la ada lagi yang tanya nanti. Penat nak menjawab. “Korang kenapa tak makan?”

“I tak makan la durian-durian ni. Busuk tau!” Pa’an buat gaya maknyah terkena ulat bulu. Besar kecik besar kecik je Hani nampak mamat tu sekarang. Ada nanti yang jatuh kena tendang dari tingkat empat ni. 

“Kau pulak?” Dia bertanya kepada Ipan yang sedari tadi memandang Hani dan Pa’an. 

“Malas.”

Hani mencebik. “Tak boleh nak kata apa la kalau makan pun malas.” 

Hani bangkit, keluar ke kelas Minn. Dia pun dah malas nak lepak kelas dia. Tak jadi kerja nanti kalau Pa’an ajak sembang. 


KAK Zurin yang sedang menyorok-nyorok di balik selimut itu di atas katilnya yang terletak di kiri katil Hani dipandang. 

“Kak Rin, buat apa tu?” Kakinya dilangkah dan punggungnya terus menghenyak katil si senior. Melihatkan benda yang dipegang Kak Zurin, Hani senyum segaris. 

“Hani, kau diam tau.” Kak Zurin sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun. 

Hani angguk. “Don’t worry kak. Saya dah biasa benda macam ni.” 

Kak Zurin seludup telefon bimbit. Dulu, masa di sekolah lama, Hani selalu jugak jadi tukang cover line kawan-kawan. Biasanya yang bawak phone ni budak luar. Kononnya senang nak call parents bila sesi persekolahan dah tamat. Bila ada spotcheck, Hani la yang simpan phone tu. Habis sekolah baru Hani bagi balik. 

“Nah Hani. Kau guna la. Kot nak mesej pakwe ke.” Kak Zurin bangkit. Telefon bimbitnya kini berada di tangan Hani. 

“Saya mana ada pakwe. Nak mesej sape.” Hani ketawa kecil. 

“Yeke? Kalau macam tu, kau mesej jela sesapa. Dalam contact aku tu ada gak number budak batch kau. Kot ada sesapa kau nak try ke?” Kak Zurin panjat menuruni katil. 

“Saya tak berminat dengan sesiapa pun sekarang kak.” Hani ketawa kecil. Tapi jarinya tetap juga membuka folder contact dalam telefon Kak Zurin. 


“Eh, Ipan?” 

Satu-satunya nama lelaki batch Hani yang ada dalam contact Kak Zurin. Adik angkat Kak Zurin ke? Biasa la, kalau sekolah menengah ni, status abang, kakak dan adik angkat ni merupakan benda common. Lepas tu sama-sama terangkat. Macam Hani dengan Haikal dulu. Hani buka ruangan mesej. Mesej bertaip ‘oi’ itu dihantar kepada Ipan. Alah, mamat tu lagi dua minggu baru baca. Minggu balik. Nanti Kak Zurin yang kena reply. Haha. Dia betul-betul boring ni. 

Telefon yang bergetar membuatkan Hani cepat-cepat memandang skrin. Mesej daripada Ipan! Budak tu bawak phone? Dia kan pengawas? Takkan pengawas pun buat kes?


+ Sape ni?

Hani berkerut. Eh, takkan nombor kakak angkat sendiri pun dia tak save? Kekunci ditekan. 

~ Hani. Kau bawak phone ke Ipan?

+ Azra Hanani ke? 

~ Ye. Kau bawak phone Ipan?

Kali kedua ditanya. 

+ Biasa la tu. Ramai je yang bawak. Kau tu pun, beraninya bawak?

~ Ni bukan aku punya. Ni Kak Zurin punya. Dia bagi aku guna. And aku taktau nak text sape. Aku tengok nama kau je yang aku kenal dalam contact list tu. 

+ Ni nombor Kak Zurin la eh? 

~ Iya. Benar.

+ Nombor kau mana? 

~ Nak buat apa dengan nombor aku?

+ Bagi jela.

Nombornyq ditaip dan dihantar kepada Ipan.

~ Kalau ada nombor pelik-pelik kacau aku siap kau!

Hani sempat bagi warning. Kot la laki tu ada niat nak jual nombor dia. Bukan boleh percaya. Tapi Hani sendiri yang rela hati bagi nombor dia kan Irfan tu kenapa? 


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh adamantium