BARU saja aku duduk di dalam Bistro
Ria, aku sudah nampak kelibat Shahmi menghala ke arah aku. Alahai, silap besar
betul. Aku menjeling jam tangan. Ingatkan jam 3 petang macam ni tak adalah
orang nak kacau.
“Hai,
boleh I teman makan?” soalnya dengan rasa tidak tahu malu.
Aku
melihat wajahnya yang mekar dengan senyuman itu. Nak saja aku cakap banyak lagi
meja kosong di sebelah untuk dia duduk tapi ah, be strong Zulaikha!
“Duduklah
kalau rasa tak malu,” jawab aku sambil mengambil menu yang diberikan oleh
pelayan.
“Kuey
teow kungfu satu. Lemon suam satu.” Aku berkata tanpa bertanya kepada Shahmi.
“White
coffee satu.” Shahmi memberitahu.
“Makan?”
soal pelayan itu. Shahmi menggelengkan kepala.
“Lambatnya
you makan?”
“Kerja
banyak.” Aku menjawab.
Mata
aku terarah pada Shahmi yang sedang membuka kot hitam lalu menyerlahkan tubuh
badannya yang nampak sasa itu. Warna ungu muda memang padan dengan wajahnya
yang cerah.
“You
dari mana?”
“Jumpa
klien,” ujarnya sambil menguap.
“Apa
aktiviti terbaru?” soal aku yang kering idea untuk berbual dengannya.
Shahmi
berfikir sejenak sebelum menjawab. “Adalah tiga majlis perkahwinan bulan depan
yang perlu dikendalikan. Emm, dengan ada lagilah majlis private
syarikat-syarikat luar.”
“Macam
mana majlis cukur jambul bayi yang Faiq tengah jaga dulu? Okey ke?”
“Majlis
cukur jambul?” soal Shahmi sambil mengerutkan dahi.
Aku
mengangguk. “Ada dia telefon I tanya pendapat pasal konsep warna untuk majlis tu.”
“Majlis
cukur jambul?” Shahmi menyoal lagi.
Agaknya
banyak sangat majlis kena jaga, sampai dia lupa sendiri. Aku membiarkan Shahmi
melayan perasaannya seorang diri. Sebentar lagi aku perlu naik ke atas dan
berjumpa Faiq tentang hal majlis perkahwinan Rayyan.
“Mana
ada majlis cukur jambul.” Shahmi memberitahu.
Aku
mengangkat bahu. “Entah. Faiq yang cakap.”
“Faiq?
Dia telefon you?”
Aku
mengangguk.
“Apa
hubungan you dengan Faiq?”
Huh?
Terkedu aku mendengar soalan Shahmi. Dia ni memang jenis straight betul.
Bila tak puas hati, main cakap aje. Bila nak tanya pun, main soal saja tanpa
ada lapik.
“Kawan
kerjalah.”
“You
jaga-jaga sikit dengan dia. Player.”
Tanpa
sedar aku tergelak. Faiq tu player? Getus aku di dalam hati. Kalau player
sekalipun, apa masalahnya? Bukannya dia mempermainkan perasaan aku pun!
“Dah
tu kenapa kalau dia player?”
“I
tak mahu you terluka lagi dengan lelaki.”
Gulp.
Mati kutu terus nak jawab. Apa maksud Shahmi? Dia tahu ke kisah aku selama ni?
Aku mendiamkan diri walaupun sedar Shahmi memandang. Bila sampai saja minuman,
aku terus meneguk air lemon yang suam untuk meredakan perasaan yang tegang.
“You
tak payah sembunyi. I dah tahu cerita you dengan Amsyar. You ingat I tak tahu
ke kenapa you lari pergi Ireland?”
Kata-kata
Shahmi membuatkan aku terus terpaku di tempat duduk. Macam mana lelaki ini
tahu? Ya ALLAH! Rimasnya. Entah-entah dia stalker selama ni?
“Macam
mana you…”
“Kan
I cakap, I sayangkan you lagi. I tak mahu you terluka.”
“You
gila ke Shahmi? Eryna you nak campak mana kalau you sayangkan I?” Aku
menjerkahnya.
“I
nak buat macam mana kalau di sini I sayang, di sana pun I sayang. Kalau boleh I
nak dua-dua,” ujar Shahmi berterus-terang.
Menganga
terus aku dibuatnya. Terbayang lagu Ukays, Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu.
Memang sesuai sangatlah untuk Shahmi.
Aku
menggelengkan kepala. “You jangan main-main Shahmi. Tak semua perempuan suka
diduakan.”
Shahmi
tersenyum. “I boleh kahwin sampai empat. I mampu.”
“I
tahu you mampu tapi jangan masukkan I dalam senarai empat nombor you tu,”
gertak aku.
“I
tunggu sampai you nak.”
Ya
ALLAH, macam manalah aku nak lari daripada Shahmi kalau dia masih berperangai
begini? Tak malu betul nak jaja cintanya yang dulu dia juga tinggalkan.
“I
tahu dulu I salah sebab terlalu ikutkan kata-kata Eryna. Bagi I, you are the
best.” Shahmi mencucuk lagi perasaan aku yang mula terasa ngilu ini.
Entah-entah
depan Eryna pun dia kata Eryna the best. Bukannya boleh percaya.
Mujurlah makanan pun sampai. Tanpa menunggu lebih lama, aku terus makan dan
membiarkan Shahmi terkebil-kebil seorang diri.
“Betul
tak I cakap dulu kat you?”
“Cakap
apa?” Aku menyoal. Belum habis lagi rupanya.
“Amsyar
tu tak akan jadi dengan you. I tahulah sebab I lelaki.” Shahmi berkata dengan
yakin.
Hilang
terus selera aku. Memang benar kata-katanya dahulu tapi itukan semuanya takdir?
Bukannya boleh percaya dengan tilikan diri sendiri.
“Habis
tu?”
“You
nak tunggu siapa lagi?”
Aku
tidak menjawab tetapi meneruskan suapan yang seperti tidak luak langsung.
Lama-kelamaan, aku meletakkan sudu dan garfu lalu memanggil pelayan.
“Tak
usah. I dah bayar tadi.” Shahmi berkata.
Ei…
Nak aje aku ketuk! Mesti dia bayar masa dia ke tandas sebentar tadi. Speechless!
Aku mengambil fail dan telefon bimbit lalu bangun untuk menuju ke lif di
sebelah bistro.
“You
nak naik atas?”
“Yalah,
takkan I nak turun bawah pula?”
Ayat
aku yang bernada gurauan itu membuatkannya ketawa padahal aku tak bermaksud pun
nak bergurau dengannya. Biarlah dia perasan sendiri.
Shahmi
mengikut aku masuk ke dalam lif. Kami mendiamkan diri sehingga ke tingkat tiga.
Bagus jugalah, aku pun tak ada modal nak cakap apa-apa.
Lelaki
itu menggunakan kadnya untuk masuk ke dalam pejabat. Maka, tidak perlulah aku
menekan loceng. Aku terus masuk. Dah macam pejabat sendiri pula aku buat.
Shahmi mengikuti aku ke bilik Faiq.
Tanpa
disangka, Eryna yang muncul entah dari mana, menahan aku di tengah jalan. Aku
memandang tajam bekas sahabat baik aku yang berjubah biru muda dan bertudung
corak tona warna merah jambu.
Baru
kini aku dapat memerhatikan betul-betul raut wajahnya yang bersolek ringkas.
Ternyata masih cantik seperti dahulu. Apa pula yang dia mahu sekarang ni?
“You
dari mana ni dengan Shahmi?” soalnya.
“Makan.”
Aku menjawab selamba.
Eryna
menjegilkan matanya. Aku perasan di sebalik partiton workstation para
pekerja di bahagian ruang itu, ada banyak mata memerhatikan kami.
Shahmi
yang berada di sisi aku pula diam. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di
dalam kocek. Aku segera menyilangkan tangan sambil menunggu kata-kata Eryna
seterusnya.
“Tak
ada orang lain ke you nak cari? Shahmi lagi?” bisik Eryna dengan tajam.
Aku
tergelak kecil. Cepat sungguh dia buat spekulasi. Itupun agaknya sebab dia
nampak aku dan Shahmi masuk beriringan.
“Eryna…”
Shahmi mahu bersuara tetapi aku terus menahan mulutnya dengan mengangkat
tangan.
“You
tu… Dulu pun tak ada orang lain ke you nak cari? Kenapa you nak juga Shahmi?”
soal aku dengan nada keras.
Aku
pasti hati Shahmi di sebelah melonjak-lonjak kesukaan kerana menjadi rebutan
dua gadis. Biarlah kalau dia nak rasa happy sekalipun. Masa ni aje. Masa
lain minta maaflah. Inipun sebab dah lama aku simpan rasa bengang aku pada
Eryna. Rasa nak lepaskan aje semuanya sekarang!
Berubah
terus wajahnya. Aku perasan Eryna memandang ke tempat lain. Maklumlah, suara
aku boleh tahan kuatnya. Bukan sengaja mahu memalukannya tetapi orang lain
perlu tahu bahawa bukan aku yang mula membuat rampasan terhadap lelaki itu.
“I
dengan dia lagi lama dari you. Ingat tu.” Eryna berkata.
Aku
tergelak lagi. Saja nak bagi semua orang dalam pejabat ni dengar. Biarkan! Tak
lama lagi gosip panas bakal keluar sampai ke Fashion Queen!
“I
ingat sangat sepertimana I ingat you ambil Shahmi dari I biarpun benda tu dah
berlalu sebelas tahun lepas! I ingat Eryna! I akan ingat sampai bila-bila you
tu perampas! Apa lagi you nak sekarang bila you dah pun berjaya memiliki dia?!”
Tanpa
sedar aku meluahkan apa yang aku rasa. Ini kalau Faiq tahu, memang naya aku
kena kejar dengannya. Hal peribadi bawa masuk ke pejabat. Memang nak kenalah tu
kejap lagi!
Eryna
pucat lesi. Terkejut ya? Terkejut agaknya tengok wajah aku yang garang ni. Sorry.
Aku bukan macam dulu. Lepas dijangkiti dengan timbunan nasihat-nasihat Faiq,
aku dah mula jadi keras hati terutamanya kepada mereka yang pernah membuat onar
terhadap aku.
“Zulaikha!
You… You don’t deserve him!” Aku perasan Eryna menggenggam penumbuknya.
Aku
melihat anak matanya bergerak-gerak. Nampak aje dia berani, walhal mesti risau
tak terhingga tu. Jangan risaulah Eryna, aku tak ingin dah dekat Shahmi ni!
Kalaulah aku boleh bagitahu… Tapi tak best pula kalau macam tu.
“Well, the best woman
wins,” jawab aku akhirnya. Sengaja mahu membakar perasaan Eryna yang aku
pasti sudah mendidih.
Dengan senyuman sinis dan
lirikan tajam ke arahnya, aku segera berlalu ke bilik Faiq dengan hati
berdebar. Macam tak percaya aje apa aku buat tadi.
Aku nampak Shahmi
melangkah masuk ke biliknya dan diikuti oleh Eryna. Bunyi hentakan kasut tumit
tingginya di lantai kemasan granite warna hitam itu benar-benar
kedengaran perit di deria pendengaran. Well, perang besarlah tu kejap
lagi!