TERBUNTANG anak mata Faiq apabila
Sheila menghantar gambar jemarinya yang telah tersarung sebentuk cincin perak.
Tubuhnya menggeletar menahan marah.
Sheila : Engaged. Thank you sayang.
Faiq
meraup wajahnya yang mula berpeluh. Siapa punya rancangan semua ini? Lelaki itu
mundar mandir di dalam biliknya. Terus hilang mood mengaitnya.
Faiq
meluru keluar dan menuju ke bilik ayahnya tetapi dia terhenti. Pasti ayahnya di
rumah Syed Ghazali sekarang! Kalau tidak, kenapa Sheila menghantar gambar
cincin tersebut? Atau apakah Sheila telah tidak siuman terbayang yang
bukan-bukan?
Dia
masuk semula ke dalam biliknya lalu menukar pakaian. Isu ini tidak boleh
dipermainkan lagi. Dia bukannya robot yang boleh mengikut kehendak ayahnya atau
sesiapapun. Dia sudah besar panjang dan masih boleh membuat keputusan sendiri!
Setelah
menyarungkan jeans biru tua dan T-shirt berkolar warna hitam, Faiq segera
keluar dari suite lalu menuju ke lif. Tidak putus-putus dia beristighfar di
dalam hati agar menjadi tenang semula dan bersikap rasional.
Faiq
masuk ke dalam keretanya yang terletak di tingkat bawah tanah. Sempat dia
menjeling jam yang menunjukkan angka sembilan malam. Lelaki itu mendengus kasar
sebelum menekan minyak kereta.
Mindanya
mula berfikir apa yang perlu dibuatnya sekarang. Hatinya kacau-bilau. Sekiranya
dia ke banglo Syed Ghazali, apakah yang patut dilakukan? Mohon pertunangannya
diputuskan? Kelak, ayahnya juga yang akan menghambat dia pulang. Serabut!
Faiq
akhirnya memandu tanpa arah tujuan. Telefonnya berdering dan dia melihat sekali
imbas. Sheila! Dia menahan sabar dan hanya membiarkan deringan tersebut.
Akhirnya
Faiq berhenti di bahu jalan di perkarangan lebuhraya Sprint berhampiran dengan Pusat
Sains Negara. Lelaki itu menarik nafas panjang dan berfikir apa yang harus
dilakukannya.
Telefon
berdering lagi. Tanpa memandang, Faiq terus menjerkah pemanggil tersebut. “You
nak apa lagi? Tak cukup ke apa yang you buat selama ni hah?!”
“Eh?
Err… Hmm, ni nombor telefon Faiq, kan?”
Faiq
serta-merta terdiam lalu memandang ke arah skrin telefonnya.
Astaghfirullahala’zim! Salah orang rupanya dia menjerit tadi!
“Oh
sorry Ju. Saya tak perasan awak telefon,” ujar Faiq seraya menepuk
dahinya.
“Ei,
garangnya!” Zulaikha tergelak kecil. “Awak marah siapa? Awak okey ke ni?”
Faiq
mengeluh berat. “No, I’m not okay.”
“Awak
nak mengadu pada saya tak? Saya akan dengar kalau awak nak bercerita.” Zulaikha
berkata dengan jujur.
Hati
Zulaikha jadi sedikit bimbang apabila mendengar suara Faiq yang tinggi itu. Dia
pasti ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai kawan, dia masih mampu untuk
menasihati lelaki itu jika perlu.
Faiq
menarik nafas panjang. “Saya kena paksa bertunang.”
Zulaikha
terdiam di hujung talian untuk seketika. “Serius?”
“Ya.”
“Macam
dramalah kisah awak ni,” usik Zulaikha.
Faiq
tersengih sedikit. “Saya tak tahu nak buat apa.”
“Oh
come onFaiq! Awak tu lelaki yang gagah perkasa. Takkanlah soal kecil
inipun awak kena susah hati. InsyaALLAH fikir sebaiknya. Manalah tahu, lepas ni
awak boleh bercinta dengannya.”
“No.
Saya tak boleh ada perasaan dengannya. Saya anggap dia macam adik saya sendiri
selama ini.”
“Hati
manusia boleh berubah…” Zulaikha berkata perlahan.
“No
Ju.”
Faiq
mendengar Zulaikha mengeluh di sebalik talian. “Syoknya kena paksa tunang.
Kalaulah saya boleh duduk di tempat awak…”
“Oits!
Awak suka ke kena paksa ni?” soal Faiq yang terkejut mendengar keluhan
Zulaikha.
Gadis
itu tergelak. “Syoklah! Macam dalam drama. Mula-mula kena paksa, mestilah tak
suka tapi lama-lama nanti jatuhlah cinta!”
Faiq
menggelengkan kepala. Dia ingat ni cerita fantasi ke? Ini cerita tentang hati
dan perasaan yang bukan boleh dibawa main. Lelaki itu melontarkan pandangan ke
luar tingkap.
Lebuhraya
Sprint dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan. Sesekali pancaran lampu kereta
menyilaukan pandangannya.
“Awak
ni kalau ada depan mata, saya gigit awak tahu tak!” gertak Faiq.
Zulaikha
tidak mengendahkan jerkahan Faiq, sebaliknya dia menjawab, “rilekslah Faiq.
Awak ada di mana tu?”
“Depan
Pusat Sains Negara.”
“Oits,
kalau sakit hati sekalipun, takkanlah tempat tu awak nak lepaskan stress?”
Akhirnya
Faiq tergelak dengan usikan Zulaikha. Kurang sikit beban apabila berbual dengan
teman baiknya seorang ini. “Gila ke apa saya nak melawat pusat sains ni jam
sepuluh malam?”
“Awak
dah makan?” soal Zulaikha selepas tawanya terhenti.
Faiq
baru tersedar dia belum menjamah sebarang makanan sejak tengah hari tadi.
Terlalu leka mengait sampai lupa erti kelaparan.
“Belum.
Awak?”
“Belum.
Malas masak,” ujar Zulaikha dengan selamba.
“Jom
teman saya makan. Saya belanjalah kali ni. Saya datang ambil awak kejap lagi
dalam setengah jam, boleh?” Faiq terus saja membuat keputusan.
“Okey!
Itu yang saya nak dengar sebenarnya!” Gadis itu tertawa.
***************************************************
“KAT mana ni?” Aku menyoal ketika
turun daripada kereta Vios milik Faiq.
Mata
aku merenung signboard restoran di hujung bangunan yang terletak
betul-betul di hadapan Bangsar Village. Tak pernah pula aku sampai sini.
Faiq
berjalan dahulu ke hadapan. Mata aku mengecil apabila melihat ada objek pelik
di belakang seluar jeansnya. Cepat-cepat aku menghampiri Faiq.
“Apa
ni? Ada benang tersangkut kat seluar awak.” Dengan selamba aku menarik seutas
benang tebal berwarna hijau muda yang tersangkut di tali pinggangnya.
Faiq
menarik pantas benang tersebut lalu menggumpalnya sebelum mencampakkannya di
tepi jalan. Terhenti sekejap langkah aku apabila melihat tindakan drastiknya
itu. Entah dari manalah benang tu datang.
Kami
melangkah masuk ke dalam restoran Chawan yang masih dipenuhi dengan ramai orang
biarpun bukan hujung minggu. Faiq melangkah ke sudut yang tersorok sedikit
daripada pandangan orang.
Sejurus
selepas membuat pesanan, aku segera memandang wajahnya yang nampak lesu. Aku
memetik jari lalu tersengih apabila dia memandang ke arah aku semula.
“Apa
awak nak buat sekarang?” soal aku.
Faiq
menongkat dagunya. “Saya nak putuskan semula.”
“Hisy.
Mana boleh macam tu. Kasihanlah kat perempuan tu. Dia mesti berharap. Kalau
tidak, macam mana dia boleh bulat-bulat aje terima peminangan ni?”
Faiq
mendengus kecil sebelum menjawab, “ni semua kerja ayah saya dan ayahnya. Dia
orang nak satukan kami, sekurang-kurangnya sebelum daddy pulang ke Korea.”
“Jadi…
Dia nak awak kahwin?”
Lelaki
itu mengangguk. “Dia tak akan lepaskan saya di sini seorang diri. Kalau tidak,
dia ajak balik sana.”
Aku
terdiam. Kenapa ayatnya itu macam sama aje dengan situasi aku sekarang? Mama
ajak aku pindah Singapura sebab tak mahu biarkan aku seorang diri di sini.
“Kenapa
awak diam?”
“Nasib
kita serupa.” Aku pula mengeluh.
Sebenarnya
aku tak bagitahu dia pun bahawa aku juga turut stress sebelum aku
menelefonnya tadi. Ingatkan nak luahkan perasaan, rupa-rupanya aku yang kena
jadi pendengar.
Bezanya
dia kena paksa bertunang. Mujurlah mama tak buat macam tu pada aku. Dia cuma
gertak supaya aku mengikutinya ke Singapura.
“Kenapa
pula?” Faiq bertanya sambil mengerutkan dahi.
Aku
memerhatikan suasana restoran. Di sana sini ada gelak tawa. Mereka semua
bagaikan tiada masalah. Namun, siapalah aku untuk membuat andaian, kan?
“Mama
paksa saya pindah ke Singapura. Dia nak mulakan syarikat di sana.”
“Tapi
awak tak kena paksa buat perkara yang awak tak nak, kan?” Faiq menggenggam jari
jemarinya di atas meja.
“Memang
tak tapi saya tetap rasa terbeban. Saya tak mahu pindah tapi mama tak bagi saya
duduk seorang diri kat sini. Macam mana saya nak buat?”
“Ray
kan ada?”
“Memanglah,
tapi dia dah ada bini. Tak mahulah susahkan dia. Haikal pun ada, tapi dia sibuk
belajar. Lagipun dua-dua tu lelaki. Bukannya saya boleh tinggal dengan dia
orang,” keluh aku pula.
Faiq
tergelak kecil. “Kenapa nasib kita sama ni?”
Aku
mengangkat bahu. “Entah.”
“Nak
buat macam mana, kan? Kita berdua pun anak tunggal. Pastilah daddy saya dan
mama awak mahukan yang terbaik untuk kita,” kata Faiq dengan perlahan.
Aku
mengeluh apabila memikirkan penyelesaian yang perlu aku lakukan. Kasihan juga
dengan Faiq. Kami kesuntukan masa. Apa jua keputusan yang dilakukan selepas ini
pastinya bakal merubah masa hadapan.