Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Olok-Olok
Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja
25/7/2014 15:49:50
229,311
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 26

26

MELISA menghempas kuat handphone miliknya ke permaidani. Jeritannya bergema di seluruh penthousemiliknya itu.

“Tak guna!!!” Melisa semakin kurang kewarasan.

“Aku akan musnahkan kau Juliana! Kau betul-betul dah mencabar aku!” Kebencian terjadap ‘musuhnya’ itu bertingkat-tingkat menghempas kemarahannya.

Melisa duduk di sofa kulit di ruangan tamu yang besar itu. Dadanya berombak laju, selaju makian yang terus-terusan meniti di bibirnya, “Perempuan tak guna! Aku takkan biarkan kau menang. Aku tetap akan dapat Asyraf! Asyraf adalah milik aku!!!”

Ting tong, ting tong, ting tong...

“Siapa pula yang datang rumah aku time-time macam ni?!” bentak Melisa sebelum dia bangkit dan mendapatkan pintu utama penthousenya.

Terpacul wajah Baizura. Tiada segaris senyuman pun yang terukir di wajah Melisa tika dia menyambut kehadiran PA merangkap sahabat baiknya itu.

“Masuklah!” Kasar tuturan Melisa.

Sedikit pun Baizura tidak terasa hati dengan sikap bongkak dan sombong sahabatnya itu. Andai tidak disebabkan yang dia terdesak untuk bertemu dengan Melisa, tidak akan dijejakkan kakinya ke ‘istana’ yang penuh dengan noda dan dosa itu. Penghinaan Melisa tempoh hari telah menyedarkan dirinya yang statusnya kini tidak lagi sama dengan model cengil itu.

“Kau nak apa datang ke rumah aku malam-malam macam ni?” Masih kasar tuturan Melisa saat dia mengambil semula tempatnya di atas sofa kulit itu. Kemarahannya terhadap Asyraf dan Juliana masih belum reda.

“Aku nak ambil cuti,” tutur Baizura.

“What?!!! Kau, kan tahu yang sekarang ni aku tengah busy. Mana boleh kau sesuka hati nak ambil cuti!” Tajam Melisa memandang Baizura.

“Bukan ke yang sekarang ni kau tengah tak ada job?” Sedikit sinis kata-kata Baizura.

“Kau jangan nak hina aku, Baizura! Sedar sikit diri tu, kalau tak disebabkan aku... kau takkan boleh merasa gaji sebanyak tu!” Kian tajam pandangan Melisa.

“Aku bukannya nak menghina. Aku cuma nak sedarkan kau je. Memang pun yang sekarang ni kau tengah tak ada job... so... salah ke apa yang aku cakap?” Baizura masih berani mendepani Melisa.

Melisa kehilangan kata. Hanya dadanya sahaja yang berombak kencang. Puting beliung terhadap Asyraf dan Juliana yang masih belum reda kian bertambah teruk akibat sikap Baizura. Sahabat yang sepatutnya memahami dirinya, menambahkan pula kemarakan amarahnya.

“Buat apa kau nak ambil cuti?!” Masih kasar suara Melisa.

“Aku nak balik kampung.” Laju, Baizura menjawab.

“Buat apa kau nak balik kampung? Bukannya mak kau yang sakit.” Selamba sahaja kata-kata itu meniti di bibir Melisa.

“Memanglah bukannya mak aku yang sakit. Tapi insan yang telah aku anggap sebagai mak aku sendiri masih menderita akibat kerinduan terhadap anaknya yang semakin lupa diri. Mak kau! Dia rindukan kau... aku tahu kalau pun aku balik, kerinduan dia terhadap kau takkan surut. Tapi sekurang-kurangnya aku boleh meyakinkan dia yang kau betul-betul tengah ‘sibuk’ sampai tak sempat nak jenguk dia langsung.” Setiap patah perkataan yang dibarisi sebagai bicara dilenggokkan dengan nada sinis yang benar-benar mencengkam jiwa insan yang kian lupa akan asal usulnya.

Melisa menjeling tajam ke arah Baizura. Namun jelingannya itu dibalas selamba oleh insan yang masih utuh berdiri di sisinya itu.

“Kenapa kau jeling aku? Salah ke apa yang aku cakapkan tu? Kalau aku salah... tolong betulkan.” Baizura kian berani menentangi keegoan sahabatnya itu.

“Bila kau nak balik?” Akhirnya Melisa kalah dan mengalihkan pandangannya ke hadapan. Tidak mahu dipandang seraut wajah yang tidak tahu menghargai kemewahan yang telah diberikan kepadanya.

“Esok.” Sepatah jawapan Baizura.

“Kenapa kau tak balik malam ni je?” perli Melisa bersama senyuman mengejek.

“Kalau kau jawab panggilan aku tadi... mungkinlah aku balik lepas maghrib. Tapi tak tahulah aku sama ada kau pekak ke atau pura-pura pekak sampai tak dengar langsung deringan daripada handphone kau tu.” Perlian daripada Melisa dibalas dengan sindiran oleh Baizura.

“Kurang ajar!!! Kau...” Melisa bangkit mendepani Baizura. Berombak dadanya untuk memuntahkan amarahnya.

“Saki hati? Aku ingat orang yang suka memaki hamun macam kau ni langsung tak kenal erti sakit hati. Kalau kau boleh sakit hati dengan perangai aku yang sentiasa memperkatakan hal yang betul... kau rasa apa perasaan mak kau bila dia tahu yang selama ni kau mengkhianati dia?! Kau tipu dia! Mel... sebagai orang yang pernah rapat dengan kau... aku harap kau dapat fikirkan semula tindakan kau pada mak kau yang tengah terlantar sakit dekat kampung tu! Kalau kau masih anggap dia sebagai mak kau, jenguklah dia biarpun seketika...” Baizura pantas memusingkan tubuhnya dan menghampiri daun pintu utama penthouse itu. Cepat sahaja dia mengghaibkan dirinya daripada pandangan anak derhaka itu.

Melisa terduduk. Terduduk kerana kemarahan dan bukannya keinsafan. Sedikit pun kata-kata Baizura sebentar tadi langsung tidak meninggalkan kesan di hatinya. Merasakan yang dirinya kian tidak tenteram, dia berlalu ke dapur dan peti ais yang bersaiz besar itu dibukanya. Pantas pula tangannya mencapai berbotol-botol minuman keras. Dia berlalu ke meja makan bersama minuman-minuman keras itu.

Melisa membuka sebotol minuman keras dan dengan rakus meneguk air kencing syaitan itu, “Ada hati perempuan bodoh tu nak bagi ceramah dekat aku... kau siapa? Kau tu cuma kuli batak aku je! Makan pakai kau pun aku yang beri... Hahaha...” tawa Melisa bersambung dengan tegukan demi tegukan air yang berbau hancing itu.

“Kalau pun perempuan tua tu sakit... ada aku kesah? Hahaha... perempuan tua tu dah nak mampus! Elok kau mati je... baru tak menyusahkan aku... hahaha.” Mabuk Baizura semakin bermaharajalela sehingga biul di kepala menampakkan bayangannya.

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.