Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,031
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3

Kan dah kena, dengan ibu aku boleh lah kau buat macam tu tetapi dengan Risya, jangan mimpi lah.

“Kau memang nak cari pasal dengan aku kan?” kata Datin Salbiah tidak puas hati, dia mahu memukul kepala Risya dengan pasu bunga yang sempat dicapainya, tetapi Adam sempat menghalang.

“Mama!” jerit Adam kuat. Terkejut Nek Maryam dan Datin Salbiah.

“Kau???” gugup Datin Salbiah apabila melihat jelingan tajam dari Adam. Kesabarannya tadi teruji dengan keberanian Risya, sehingga dia tidak sedar Adam sedang menyaksikan perbuatannya, selalu dia tidak berani tunjuk belang di hadapan Adam, kecuali lah Adam keluar ke ofis atau Adam tiada di rumah. Tetapi dia terlampau geram kerana Adam berkahwin dengan Risya dan menolak calon pilihannya.

“Hmm... arhhhhh..,” ketakutan Datin Salbiah semakin menjadi-jadi. Risya tidak peduli, biarlah Adam yang selesaikan. Dia terus membawa ibu mentuanya ke dalam bilik.

Sayunya hati apabila melihat bilik kepunyaan Puan Aisyah, yang kecil itu. Bilik kepunyaan orang gaji barangkali. Tetapi kemas dan cantik. Kenapa lah ibu dilayan seperti orang gaji di rumah besar ini? Kenapa? Apa salah ibu? Kena tanya encik suami nih..,

“Risya, maafkan ibu kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Risya dengan Adam semalam,” ucap ibu sambil memegang tangan menantunya. Semua orang hadir semalam, kecuali Puan Aisyah saja yang tiada. Risya tersenyum saja.

“Tak mengapa, bu!” balas Risya. Mahu bertanya lebih lanjut tetapi tidak ada keberanian.

“Bu!” panggil Adam yang baru muncul di depan pintu bilik. Adam menghampiri ibunya lalu memeluk erat Puan Aisyah.

“Mulai hari ni, kita orang akan jaga ibu, kalau Adam tak ada kat rumah ni, Risya akan jaga ibu,” ucap Adam. Datin Salbiah dan Nek Maryam selalu buli ibu ketika Adam dan Datuk Ayoib tidak ada di rumah, tetapi bila Adam ada, mereka tidak berani hendak membuli ibu kandungnya.

“Ibu tak mengapa lah, Adam. Tetapi Risya yang perlu Adam risaukan. Takut Risya pula yang turut menjadi mangsa nanti,” jelas Puan Aisyah dalam kebimbangan. Aku dihina, di caci dan dipukul kerana aku miskin.

“Risya okey lah!” balas Risya Safeya. Ooo.. banyak lagi lah yang encik suami simpan dalam hati yer. Tak boleh jadi nih.

Selepas berbual panjang dengan ibu mentuanya, baru Adam membawa Risya ke dalam bilik. Tukar pakaiannya di hadapan Risya saja. Risya yang masih malu memandang ke arah lain.

“Kenapa dengan ibu?” soal Risya sambil membuka tudung yang dipakainya. Rambut separas bahu diikat kemas. Ya ALLAH, cantiknya dia! Lama-lama sahih aku tak mampu menahan panahan matanya yang bersinar itu.

“Sebab ibu miskin, anak yatim piatu, jadi perkahwinan papa dan ibu tidak direstui. Wal hal ibu ada lah cinta pertama papa,” jelas Adam sambil duduk di atas sofa menatap wajah isterinya itu.

“Awak biarkan keluarga awak menghina ibu awak?” kalau aku lah, memang pantang lah. Ada ke boleh buat sesuka hati kepada orang yang menglahirkan aku di muka bumi ini.

“Tak ..,”

“Habis tu apa yang saya lihat tadi?”

“Depan saya dia orang tak berani lah, bila saya tak ada saja yang bermasalah. Saya nak bawa ibu keluar dari sini ibu tak nak sebab papa, suaminya itu. Kalau tidak sudah lama saya bawa ibu pergi,” ucap Adam sebak. Sejak dari kecil dia menghilang Nek Maryam menghina ibunya, memukul ibunya tetapi setelah dia meningkat remaja, Nek Maryam dan ibu tirinya tidak lagi berani menyentuh ibu kandungnya di hadapannya, kecuali dia tidak ada.

“Syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami, sebab itu lah ibu masih setia di sini,” perempuan mesti terikat dengan keadaan ini. Sebab itulah sanggup bersabar. Sanggup dipukul dan dihina.

“Yup. Tetapi papa pun tak boleh nak buat apa lah...,”

“Papa awak pengecut lah tu..,”

“Risya!” marah Adam Rafael sebab Risya mengatakan papanya pengecut. Oo, pandai pula marah aku. Silap aku kahwin awal dengan dia, kalau tidak memang aku tumbuk muka encik adam ini. Nak jaga mak kandung sendiri pun tak boleh.

“Sekejap lagi nak keluar, nak pinjam kereta, boleh tak?” aju Risya. Nak kena pergi cari pembantu rumah dulu lah. Tengok tak ada orang gaji pun. Mesti ibu yang kena memasak. Selepas ini sahih aku pula. Kalau aku masak pinggang ke mana, periuk kuali ke mana lah. Aku nie bab2 masak memang zero.

“nak ke mana?”

“Cari pembantu rumah lah. Kasihan kat ibu!” alasan Risya. Dia yang tak pandai masak, tak nak mengaku.

“Pergi lah, tetapi bila kita tinggal berasingan nanti, saya nak awak masak sendiri untuk saya!”

“Plan nak tinggal berasingan tu tak ada kut sekarang, kecuali ibu ikut kita sekali, boleh lah!” jawab Risya seikhlas hati. Aku memang tak boleh tengok penderaan mental dan fizikal macam ini.

“Saya tak salah kahwin dengan awak lah ni, yang masak itu awak belajar memasak kan? Nanti awak beranak cepat-cepat, kalau boleh nak anak lelaki, saya nak tengok Nek Yam dengan Datin Singa tu nak jadi macam mana selepas ini?” cadang Adam Rafael. Aku salah dengar ke apa ni? Beranak? Dia nak ada anak dengan aku? Kekasih hati macam mana? Aku pelik lah tetapi hati ni macam nak pecah jadi sepuluh sekarang sebab dengar rancangan suami aku ni.

“Kekasih awak nak letak kat mana? Kahwin lah dengan kekasih awak, pastu ambik anak,”

“Awak kan ada, awak tu isteri saya lah. Kekasih tu belakang kira!” Mak aai, ayat dia boleh buat aku lemah kepala lutut saja nih.

“Abang, nenek suruh isteri abang ni, tinggal dengan ibu kat bilik bawah lah!” masuk seorang perempuan muda yang sebaya dengan Risya. Ni siapa pula, meluru masuk ke bilik orang macam orang gila saja.

“Cakap kat nenek, jangan harap!” tegas Adam sambil memandang ke arah Risya. Siapa dia nak tentukan hidup aku? Papa boleh lah ikut telunjuk nenek, tetapi aku, jangan mimpi lah.

“Nie siapa ?” soal Risya ingin tahu.

“cuba teka...”

“Adik awak?” yang nie kalau belasah sedap nih.

“Ha, ah. Anak datin tu ada dua orang, dua-dua pompuan!”

“Anak datin singa tu lah, nama dia Sarkinah, panggil kina kut!”

“Patut lah pun, datin jadi macam tu, sah-sah lah hantar keluarga ni dapat kat awak kan?”

“Tau tak apa!” aku anak lelaki, tunggal pulak nie, sah lah harta keluarga ni dapat kat aku.

Kina keluar kerana takut dengan jelingan tajam Risya.

“Kena ambik anak cepat-cepat ni, nak tengok nenek yam meraung ke tidak?” kata Risya sambil tersenyum. Dipakainya tudung di kepala semula. Kunci kereta dicapainya.

“Lama ke tak ni?”

“Kalau cepat selesai saya balik lah!” kau jangan ikut aku, sebab aku nak balik jenguk mama dan papa. Pastu nak call ibu suruh ibu settlekan tentang orang gaji pula.

Sekejap saja lah, kalau ibu campur tangan. Esok dah dapat orang gaji. Dua orang pula tu. Kalau Adam tak nak bayar aku boleh bayar sendiri lah. Duit bukannya masalah.

“Esok ibu tak payah masak, tak payah cuci baju, tak payah kemas rumah, risya dah dapatkan pembantu rumah. Ibu relaks saja!” aku nak bawa ibu tinggal bilik besar kat atas tu besok. Malam ini penat sangat kerana tolong ibu masak dan cuci pinggan tadi. Sekarang nak tidur di bilik ibu saja lah.

“Risya ni, nanti dia orang marah lah!”

“Biar lah, dia orang nak marah ke, nak mengamuk ke, risya pun nak tengok juga tahap kemarahan dia orang tu!” kata risya menarik bantal di sebelah ibu. Mak aku ada 4 sekarang, rahmat yang ALLAH berikan. Mana ada orang ada mak, sampai 4 macam aku??? Kau ada, tak ada kan?

“Oit!” kata Adam apabila melihat Risya tidur di sebelah ibunya. Kalau aku perempuan, memang aku tidur dengan ibu ku. Sekarang rasa cemburu pula dengan Risya.

“Pergilah tidur kat bilik abang, Ris nak temankan ibulah!” ooo nama manja Ris yer, Adam turut tidur di sebelah Risya. Ibu tersenyum saja. Tangan Adam sudah merayap di atas bahu Risya.

“Ingat cerita korea ke apa ni? Abang jangan gatal yer..,” geramnya Risya. Dia nie sengaja lah tu, sebab berani sentuh aku di depan ibunya. Tentu aku tak boleh nak melawan ke nak tepis ke?

“Pergi lah ikut Adam, mana boleh pengantin baru tidur berasingan!” suruh ibu. Semuga anak dan menantu aku bahagia sampai ke syurga. Semuga Adam dan Risya berjaya mengharungi sikap nenek yam dan datin salbiah tu. Amin. Doa ibu di dalam hati.

“Jom lah, tak rasa lagi malam pertama, abang tunggu kat atas yer!” usik Adam. Nak termuntah aku dengar. Esok kena cepat-cepat cari buah hati dia, tak sanggup lah aku nak ada anak dengan dia.

Adam keluar, Risya terus lelapkan mata!

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.