Kan dah kena, dengan ibu aku boleh lah kau buat macam tu
tetapi dengan Risya, jangan mimpi lah.
“Kau memang nak cari pasal dengan aku kan?” kata Datin
Salbiah tidak puas hati, dia mahu memukul kepala Risya dengan pasu bunga yang
sempat dicapainya, tetapi Adam sempat menghalang.
“Mama!” jerit Adam kuat. Terkejut Nek Maryam dan Datin
Salbiah.
“Kau???” gugup Datin Salbiah apabila melihat jelingan
tajam dari Adam. Kesabarannya tadi
teruji dengan keberanian Risya, sehingga dia tidak sedar Adam sedang
menyaksikan perbuatannya, selalu dia tidak berani tunjuk belang di hadapan
Adam, kecuali lah Adam keluar ke ofis atau Adam tiada di rumah. Tetapi dia
terlampau geram kerana Adam berkahwin dengan Risya dan menolak calon
pilihannya.
“Hmm... arhhhhh..,”
ketakutan Datin Salbiah semakin menjadi-jadi. Risya tidak peduli,
biarlah Adam yang selesaikan. Dia terus membawa ibu mentuanya ke dalam bilik.
Sayunya hati apabila melihat bilik kepunyaan Puan Aisyah,
yang kecil itu. Bilik kepunyaan orang gaji barangkali. Tetapi kemas dan cantik.
Kenapa lah ibu dilayan seperti orang gaji di rumah besar ini? Kenapa? Apa salah
ibu? Kena tanya encik suami nih..,
“Risya, maafkan ibu kerana tidak dapat menghadirkan diri
ke majlis perkahwinan Risya dengan Adam semalam,” ucap ibu sambil memegang
tangan menantunya. Semua orang hadir semalam, kecuali Puan Aisyah saja yang
tiada. Risya tersenyum saja.
“Tak mengapa, bu!” balas Risya. Mahu bertanya lebih
lanjut tetapi tidak ada keberanian.
“Bu!” panggil Adam yang baru muncul di depan pintu bilik.
Adam menghampiri ibunya lalu memeluk erat Puan Aisyah.
“Mulai hari ni, kita orang akan jaga ibu, kalau Adam tak
ada kat rumah ni, Risya akan jaga ibu,” ucap Adam. Datin Salbiah dan Nek Maryam
selalu buli ibu ketika Adam dan Datuk Ayoib tidak ada di rumah, tetapi bila
Adam ada, mereka tidak berani hendak membuli ibu kandungnya.
“Ibu tak mengapa lah, Adam. Tetapi Risya yang perlu Adam
risaukan. Takut Risya pula yang turut menjadi mangsa nanti,” jelas Puan Aisyah
dalam kebimbangan. Aku dihina, di caci dan dipukul kerana aku miskin.
“Risya okey lah!” balas Risya Safeya. Ooo.. banyak lagi
lah yang encik suami simpan dalam hati yer. Tak boleh jadi nih.
Selepas berbual panjang dengan ibu mentuanya, baru Adam
membawa Risya ke dalam bilik. Tukar pakaiannya di hadapan Risya saja. Risya
yang masih malu memandang ke arah lain.
“Kenapa dengan ibu?” soal Risya sambil membuka tudung
yang dipakainya. Rambut separas bahu diikat kemas. Ya ALLAH, cantiknya dia! Lama-lama sahih aku
tak mampu menahan panahan matanya yang bersinar itu.
“Sebab ibu miskin, anak yatim piatu, jadi perkahwinan
papa dan ibu tidak direstui. Wal hal ibu ada lah cinta pertama papa,” jelas
Adam sambil duduk di atas sofa menatap wajah isterinya itu.
“Awak biarkan keluarga awak menghina ibu awak?” kalau aku
lah, memang pantang lah. Ada ke boleh buat sesuka hati kepada orang yang
menglahirkan aku di muka bumi ini.
“Tak ..,”
“Habis tu apa yang saya lihat tadi?”
“Depan saya dia orang tak berani lah, bila saya tak ada
saja yang bermasalah. Saya nak bawa ibu keluar dari sini ibu tak nak sebab
papa, suaminya itu. Kalau tidak sudah lama saya bawa ibu pergi,” ucap Adam
sebak. Sejak dari kecil dia menghilang Nek Maryam menghina ibunya, memukul
ibunya tetapi setelah dia meningkat remaja, Nek Maryam dan ibu tirinya tidak
lagi berani menyentuh ibu kandungnya di hadapannya, kecuali dia tidak ada.
“Syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami, sebab itu
lah ibu masih setia di sini,” perempuan mesti terikat dengan keadaan ini. Sebab
itulah sanggup bersabar. Sanggup dipukul dan dihina.
“Yup. Tetapi papa pun tak boleh nak buat apa lah...,”
“Papa awak pengecut lah tu..,”
“Risya!” marah Adam Rafael sebab Risya mengatakan papanya
pengecut. Oo, pandai pula marah aku. Silap aku kahwin awal dengan dia, kalau
tidak memang aku tumbuk muka encik adam ini. Nak jaga mak kandung sendiri pun
tak boleh.
“Sekejap lagi nak keluar, nak pinjam kereta, boleh tak?”
aju Risya. Nak kena pergi cari pembantu rumah dulu lah. Tengok tak ada orang
gaji pun. Mesti ibu yang kena memasak. Selepas ini sahih aku pula. Kalau aku
masak pinggang ke mana, periuk kuali ke mana lah. Aku nie bab2 masak memang
zero.
“nak ke mana?”
“Cari pembantu rumah lah. Kasihan kat ibu!” alasan Risya.
Dia yang tak pandai masak, tak nak mengaku.
“Pergi lah, tetapi bila kita tinggal berasingan nanti,
saya nak awak masak sendiri untuk saya!”
“Plan nak tinggal berasingan tu tak ada kut sekarang,
kecuali ibu ikut kita sekali, boleh lah!” jawab Risya seikhlas hati. Aku memang
tak boleh tengok penderaan mental dan fizikal macam ini.
“Saya tak salah kahwin dengan awak lah ni, yang masak itu
awak belajar memasak kan? Nanti awak beranak cepat-cepat, kalau boleh nak anak
lelaki, saya nak tengok Nek Yam dengan Datin Singa tu nak jadi macam mana
selepas ini?” cadang Adam Rafael. Aku salah dengar ke apa ni? Beranak? Dia nak
ada anak dengan aku? Kekasih hati macam mana? Aku pelik lah tetapi hati ni
macam nak pecah jadi sepuluh sekarang sebab dengar rancangan suami aku ni.
“Kekasih awak nak letak kat mana? Kahwin lah dengan
kekasih awak, pastu ambik anak,”
“Awak kan ada, awak tu isteri saya lah. Kekasih tu
belakang kira!” Mak aai, ayat dia boleh buat aku lemah kepala lutut saja nih.
“Abang, nenek suruh isteri abang ni, tinggal dengan ibu
kat bilik bawah lah!” masuk seorang perempuan muda yang sebaya dengan Risya. Ni
siapa pula, meluru masuk ke bilik orang macam orang gila saja.
“Cakap kat nenek, jangan harap!” tegas Adam sambil
memandang ke arah Risya. Siapa dia nak tentukan hidup aku? Papa boleh lah ikut
telunjuk nenek, tetapi aku, jangan mimpi lah.
“Nie siapa ?” soal Risya ingin tahu.
“cuba teka...”
“Adik awak?” yang nie kalau belasah sedap nih.
“Ha, ah. Anak datin tu ada dua orang, dua-dua pompuan!”
“Anak datin singa tu lah, nama dia Sarkinah, panggil kina
kut!”
“Patut lah pun, datin jadi macam tu, sah-sah lah hantar
keluarga ni dapat kat awak kan?”
“Tau tak apa!” aku anak lelaki, tunggal pulak nie, sah
lah harta keluarga ni dapat kat aku.
Kina keluar kerana takut dengan jelingan tajam Risya.
“Kena ambik anak cepat-cepat ni, nak tengok nenek yam
meraung ke tidak?” kata Risya sambil tersenyum. Dipakainya tudung di kepala
semula. Kunci kereta dicapainya.
“Lama ke tak ni?”
“Kalau cepat selesai saya balik lah!” kau jangan ikut
aku, sebab aku nak balik jenguk mama dan papa.
Pastu nak call ibu suruh ibu settlekan
tentang orang gaji pula.
Sekejap saja lah, kalau ibu campur tangan. Esok dah dapat
orang gaji. Dua orang pula tu. Kalau Adam tak nak bayar aku boleh bayar sendiri lah. Duit bukannya masalah.
“Esok ibu tak payah masak, tak payah cuci baju, tak payah
kemas rumah, risya dah dapatkan pembantu rumah. Ibu relaks saja!” aku nak bawa
ibu tinggal bilik besar kat atas tu besok. Malam ini penat sangat kerana tolong
ibu masak dan cuci pinggan tadi. Sekarang nak tidur di bilik ibu saja lah.
“Risya ni, nanti dia orang marah lah!”
“Biar lah, dia orang nak marah ke, nak mengamuk ke, risya
pun nak tengok juga tahap kemarahan dia orang tu!” kata risya menarik bantal di
sebelah ibu. Mak aku ada 4 sekarang, rahmat yang ALLAH berikan. Mana ada orang
ada mak, sampai 4 macam aku??? Kau ada, tak ada kan?
“Oit!” kata Adam apabila melihat Risya tidur di sebelah
ibunya. Kalau aku perempuan, memang aku tidur dengan ibu ku. Sekarang rasa
cemburu pula dengan Risya.
“Pergilah tidur kat bilik abang, Ris nak temankan
ibulah!” ooo nama manja Ris yer, Adam turut tidur di sebelah Risya. Ibu
tersenyum saja. Tangan Adam sudah merayap di atas bahu Risya.
“Ingat cerita korea ke apa ni? Abang jangan gatal
yer..,” geramnya Risya. Dia nie sengaja
lah tu, sebab berani sentuh aku di depan ibunya. Tentu aku tak boleh nak melawan
ke nak tepis ke?
“Pergi lah ikut Adam, mana boleh pengantin baru tidur
berasingan!” suruh ibu. Semuga anak dan menantu aku bahagia sampai ke syurga.
Semuga Adam dan Risya berjaya mengharungi sikap nenek yam dan datin salbiah tu.
Amin. Doa ibu di dalam hati.
“Jom lah, tak rasa lagi malam pertama, abang tunggu kat
atas yer!” usik Adam. Nak termuntah aku dengar. Esok kena cepat-cepat cari buah
hati dia, tak sanggup lah aku nak ada anak dengan dia.
Adam keluar, Risya terus lelapkan mata!