Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,979
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 17

Adam tidur di sebelah Ayien, memeluk Ayien dengan erat. Kasih sayang Adam kepada Ayien tidak berbelah bahagi. Jelas kelihatan semua ini di mata Risya. Patutlah Ayien tidak boleh berpisah dengan Adam lagi. Sekejap saja Ayien sudah terlena di dalam pelukan papanya. Bila nampak Ayien terlena, Adam bangun dari katil dan berdiri di sebelah Risya.

Tadi dia hanya pura-pura marah saja lah. Nak tengok reaksi Risya yang jinak-jinak merpati, tetapi kalau kita hampiri, terbang tinggi lah pulak.

“Awak ada kerja jugak lah malam-malam nak cari pasal?” balas Risya. Aku tak suruh pun dia tidur di luar. Dia yang nak kan?

“Tak akan tak ada sikit pun kasih sayang Ris kat saya? Tak akan tak ada sedikit pun di hati Ris untuk saya? Semua tu untuk Fiqri dan Ayien saja ke? Saya???” persoal Adam tiba-tiba. Makin pelik lah pulak nih? Nak tengok juga sedalam mana hati Risya untuk aku?? Sudah nak masuk dua bulan perkahwinan kami, tetapi antara aku dan dia masih terpisah jauh. Ada saja yang tak kena antara kami berdua.

“Bukan ke awak buat semua ini untuk Ayien? Bukan untuk saya pun kan??? Di hati awak tak mungkin ada saya lah???”

“Siapa cakap? Siapa cakap saya buat semua ini untuk Ayien? Ini rumah tangga kita lah, semua ini kerana awak, kerana Ayien dan kerana rumah tangga kita lah, kenapa susah sangat cakap dengan awak ni?” ucap Adam perlahan. Adam masih berdiri di sebelah Risya.

Tentang persoalan hati memang susah, yang susahnya aku, bukan Adam pun. Sebab aku tahu Adam ikhlas menerima aku, dan menerima Ayien dalam hidupnya. Tadi waktu makan, biasa saja. Tetapi sekarang Encik Adam sudah naik angin. Kesnya hanya kerana soal tidur berasingan saja. Buat Risya nak ketawa saja lah.

“Apa?” soal Adam apabila Risya tersenyum.

“Mengalahkan perempuan period lah pulak, tadi okey saja kan? Tertiba saja kenapa?” tanya Risya perlahan. Adam ketawa mengekek.

“Ah, tak jadi lah nak marah Ris..,”

“Bukan dah marah ke?”

“Pura-pura marah..,”

“Macam betul saja ..,”

“Saya kan keturunan anak harimau..,”

“Ha, ah betul lah tu. Bekas mak tiri garang, nenek pun garang, berjangkit lah dengan awak yer..,” ujar Risya. Adam duduk di sebelah Risya membuatkan jantung Risya mahu tercabut saja apabila Adam memandang tepat ke wajahnya. Lalu tanpa diduga Adam mencium dahi Risya yang sedang melihatnya.

“Haaa...,” terkejut Risya seketika. Adam rebahkan dirinya di sebelah Risya. Memeluk bahu Risya dengan erat. Sekarang bukan setakat jantung saja nak tercabut, hati, buah pinggang, perut semuanya macam nak terlucut. Adam dapat rasakan debaran yang melanda hati isterinya.

“Ris nih...,” tegur Adam.

“Jangan buat lebih dari ini aa...,” pesan Risya tiba-tiba.

“Itu lah Fiqri tu dapat memiliki hati Ris saja, tapi diri Ris, semua tentang Ris adalah hak abang..,” bisik Adam perlahan. Betul lah tu Fiqri adalah kenangan aku yang terindah sekali. Tetapi Adam ada lah masa depanku. Tentu antara kami akan ada banyak kenangan nanti.

“Kata nak kawan dulu dengan Ris, nak kenal hati Ris dulukan, nie apa hah?”

“Ris lambat sangat... “

“Atau abang dah tak sabar???”

“Macam kucing tengok ikan hari-hari depan mata lah.. tak tertahan tau tak?”

“Ingat Ris ikan ke?”

“Tidur lah sayang, abang tak akan memaksa Ris dalam hal ini,” terus Adam bangun semula. Ambilkan Adam dan terus keluar dari dalam biliknya.

“Nak bawa ke mana pulak tu?”

“Biar Ayien dengan papa, lagi senang!”

Pagi ini terpaksa tinggalkan Ayien di rumah mama, sebab mak dan ayah pergi makan kenduri. Selalunya kalau Risya tak bawa ayien ke ofis, Ayien ditinggalkan di rumah mak, bukan rumah mama atau mummy. Mama atau mummy tu kata lah tinggal di rumah orang, sebenarnya tinggal dengan pembantu rumah dia orang saja lah.

Balik petang, Adam yang pergi jemput Ayien di rumah mama, sebab Risya balik lagi lewat dari Adam. Dekat pukul 8.00 malam baru sampai rumah. Tetapi yang hairannya Adam macam tak nak cakap dengan Risya. Muka masam jangan cakap lah. Tengok Ayien okey saja lah.

“Abang dah solat?” soal Risya. Dia solat mahgrib di pejabat tadi, selepas itu baru balik ke rumah. Adam diam. Nampak macam tak puas hati saja.

“Ayien, dah makan atau belum?”

“Dah, mama!”

“mandi?”

“Mandi dengan papa tadi..,”

“Kenapa papa marah mama, ayien?” soalnya sambil mengusap rambut Ayien. Mata melirik ke arah Adam.

“Mana ayien tau lah, mama!”

“Marah kat saya kerana balik lewat ke?” soal Risya lagi. Abang suka buat macam ini lah. Suka biar Risya tertanya-tanya apa kesalahan Risya.

“Selepas ini tak payah tinggal Ayien di rumah mama lagi, saya tak suka lah!” ucap Adam perlahan. Hah???? Tak kan bergaduh dengan mama pulak. Risya mengambil telefonnya dan terus menghubungi pembantu rumah mama.

Rupanya ceritany begini.. ketika Adam sampai petang tadi, Ayien sedang bermain seorang diri di halaman rumah. Tiada sesiapa pun yang menemani Ayien. Biasalah mama dan abah kat sibuk kat ofis. Adik-adik pula bukannya boleh harap sangat kalau bab mengasuh anak ini. Jadi si bongsu yang diamanah kan untuk menjaga Ayien telah tinggalkan Ayien seorang diri. Mujur lah Adam tak mengamuk di rumah mama tadi walaupun puas juga lah pembantu rumah mama kena soal siasat.

Risya letak telefon. Patut lah Adam bengang sangat hari ini.

“Mama!” panggil Ayien tiba-tiba.

“Kenapa sayang?” tanya Risya. Dia berdiri dan Ayien sedang berdiri di sisi kaki kanannya.

“Nak peluk papa!” jawab Ayien. Risya mendukung Ayien dan berjalan ke arah Adam yang sedang duduk di sofa. Terus Adam berdiri untuk mengambil Ayien di dalam pelukan Risya.

“Mama sayang papa tak?”

“Sayangg...,”

“Papa sayang mama tak?”

“Sayang...” sepantas itu Ayien merangkul papa dan mamanya.

“Tak fikir keselamatan anak ke, tinggal macam tu, anak tu dah lah tak tau apa-apa lagi, boleh tinggal macam tu saja..,” sambung Adam perlahan. Nampak macam dia nak marah, tetapi tak kan nak marah kat Risya pula.

“Ayien tinggal dengan siapa petang tadi?” soal Risya kepada anaknya. Anak ini tidak pernah menipunya.

“Sorang!”

“Pak usu mana?”

“Pak usu keluar lah mama!”

“Kasihannya anak mama...,” itu anak mama. Satu ibu berlainan bapa. Hubungan mereka adik beradik, biasa-biasa saja. Tidak rapat, tidak juga bermaksud renggang. Sekadar saling menghormati antara satu sama lain.

“Sebab tu saya tak pernah tinggalkan Ayien dengan dia orang, lain lah dengan mak saya!” hari ini terpaksa sebenarnya sebab sudah tidak ada pilihan lain lagi.

“Dia orang tak kisah tentang anak kita lah, Ris!” jawapan dari mulut Adam membuatkan hati Risya terharu mendengarnya. Nampak bimbang sangat kat dalam hati Adam memikirkan anaknya yang ditinggalkan sendirian. Semuanya boleh berlaku akibat kecuaian kita, akibat dari kelalaian kita.

“Ris tahu...,”

“Abang tak nak sesuatu yang tak diingini berlaku kat anak kita, itu saja. Ris dah tahu dia orang tak beri perhatian kepada Ayien kenapa tak cakap dengan abang tadi, boleh abang bawa Ayien ke ofis, atau pun abang ambil cuti saja hari ini,”tegur Adam.

“Terpaksa tadi..,”

“Masalahnya Ris tak percaya kan abang, tak sayang kan abang...,”

“Abang anak dengar lah..,”

“Mama tak sayangkan papa lah, Yien!” kata Adam ke arah Ayien yang kini sudah diambil oleh Adam. Hilang perasaan marah terhadap keluarga Risya yang membiarkan anaknya tadi.

“Sayang, mana boleh tak sayang pulak!” jawab Risya jujur.

“Ayien, sayang papa dan mama!” akui Ayien. Adam membelai rambut anaknya. Anak yang comel dan tidak mengerti apa-apa. Dan dia benar-benar menyayangi anak ini seperti anaknya sendiri. Sayang sangat!

“Rasa sakit hati sangat tengok anak dibiarkan macam tu tadi..,” ucap Adam perlahan.

“Tak mengapa, selepas nie Ayien tinggal dengan papa kalau mama pergi kerja, nak?” cadang Risya. Mudah kan? Tiba-tiba Adam mengangguk tanda setuju. Hari ini sebab nak jadi macam ini, selalunya Ayien tinggal dengan mak. Dan mak tak akan abaikan Ayien seperti mana mak besarkan Risya dulu.

Selesai solat isyak, mak ajak makan malam di rumah. Entah lah sama ada Adam sudi atau tidak setelah Adam tahu tentang Risya dan mak. Mak tu bukan saja mak angkat Risya, malah bakal mak mentua yang tak jadi pula. Kalau dulu Adam ingat itu adalah keluarga kandung Risya, jadi memang tak ada masalah.

“Nak ajak abang makan dan tidur di rumah mak lah malam ni, nak tak?” suara Risya. Kalau Adam tak nak pergi, dia tetap akan pergi dengan Ayien.

“Hmmm...,”

“Jom lah, Ris dah tak lama tak tidur kat situ!” Aku kan dibesarkan di rumah itu. Jadi, rasa rindu nak bermalam di rumah mak.

“Susah lah kahwin dengan org ada banyak mak ni, pastu banyak songgeh pulak!” kata Adam terus ambil kunci kereta. Ayien berlari mendapatkannya.

Rasa best sangat dapat balik rumah mak. Dapat kongsi cerita dengan mak seperti hari-hari sebelum ini. Dengan mak, Risya lebih terbuka, bukan lagi berahsia.

“Mak suka Adam sebenarnya..,” kata mak sambil memegang bahu Risya. Aku hanya ada seorang anak lelaki saja iaitu Fiqri. Selepas Fiqri pergi, hanya Risya dan Ayien sajalah penyeri hidup kami. Tapi sejak Adam datang, aku seolah dapat anak lelaki aku kembali.

“Mak suka abang adam?”

“Ha, ah. Rasa damai dan tenang bila melihat wajah Adam. Matanya, senyumannya, dan lirikan matanya, membuatkan rasa rindu mak selama ini terubat!”

“Mak ni macam orang jatuh cinta lah pulak!”

“He he he...,”

“Abang Adam terlalu sayangkan Ayien lah, mak. Ayien pun macam tu juga,”

“Syukur alhamdulillah. Mak dapat anak mak kembali. Ayien pula dah dapat seorang papa yang baik!”

“Mak restu lah Ris pilih abang adam?” selama ini yang masih ada dalam hatinya dan untuk dia keberatan menerima Adam adalah kerana keizinan dan restu dari seorang ibu yang membesarkan dia selama ini.

“Mesti lah!”

“Terima kasih, mak!” ucap Risya sambil memeluk erat mak angkatnya itu. Lega sangat! Risya kahwin dengan lelaki yang mak dan ayah suka. Kita bukan mahu mencari penganti, tetapi sekurang-kurangnya teman sejati kita adalah orang yang boleh membuatkan hidup kita berada di dalam ketenangan.

Di luar sana, Adam sedang rancak berbual dengan ayah angkatnya. Dalam hidup ini, cukuplah andainya kita boleh memuaskan hati orang yang menyayangi kita dengan setulus hatinya. Cukuplah kita boleh memberi bahagia kepada orang yang telah memberi kebahagian kepada diri kita juga.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.