Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,025
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2

Hendak menangis apanya? Cerita tu aku simpan sebagai kenangan di dalam hati. Apa pun hidup ini perlu diteruskan. Itu yang aku pegang selama ini. Malah kenangan kami itu lah yang membuatkan aku kuat dan tabah selama ini.

“Buah hati awak tahu awak kahwin dengan saya?” soal Risya.

“Tak,” jawab Adam separuh kesal. Rita tak tau pun aku sudah kahwin dengan orang lain. Aku akan simpan rahsia ini dari pengetahuan Rita. Kalau Rita tahu tentu hati dia akan terluka dan kecewa. Tetapi aku terpaksa!

“Kasihan kat dia, sepatutnya awak kahwin dengan dia, jaga dia, bukannya gatal nak kahwin dengan saya lah?” Dia nie memang teruk lah. Bercinta dengan Rita, kahwin dengan aku, yang satu lagi pilihan mama dia pulak. Sampai tiga? Orang dalam novel, dalam drama ada dua saja, yang dia sampai tiga sekali? Macam tak percaya saja aku nih.

“Mama saya tu garang lah, nenek saya lagi garang, saya tak sanggup lihat buah hati saya kena maki, kena hamun dengan mama dan nenek saya lah..,”

“Sayang kepala hotak apanya macam ni, orang kalau sayang orang kahwin lah.. nanti tentu dia frust bila tahu awak kahwin dengan orang lain,” marah Risya. Tak fikir perasaan perempuan langsung lah dia. Tak suka lah aku suami macam ni, pengecut.

“Esok saya bawa awak jumpa keluarga saya, baru awak kenal dia orang macam mana..,” putus Adam Rafael. Sebab sayang lah aku buat macam ni, kau tu yang tak tahu.

Pagi ini ketika bangun, Adam Rafeal terkejut yang amat sangat. Mana taknya, tangan kanan Risya atas muka dia, manakala kaki kiri Risya menindih kaki kanan Adam Rafeal. Tidur apa ni? Dah lah awak tu perempuan.. orang pilih gadis yang lemah lembut dan bersopan santun sebagai isteri, yang aku ni? Hah, nak sangat perempuan yang kasar jadi isteri, tengok apa sudah jadi? Mujur lah Risya pakai tshirt dan seluar track, kalau tidak entah lah, aku dah tak boleh nak fikir lagi ni?

“Bangun, sembahyang!” kejut Adam Rafael. Malam pertama aku jadi suami Risya Safeya, nama sedap, orang pun sama padan dengan nama, tetapi kasar.

“Lima minit!” jawab Risya tanpa mencelikkan matanya.

“awak sedar tak awak tidur dengan siapa?” soal Adam Rafael, dia ni sedar ke tak yang dia sudah berkahwin dengan aku? Dia bukan bujang lagi. Kalau macam ini lah sahih mama aku ada darah tinggi.

Risya mencelikkan matanya, terpandang wajah Adam Rafeal di sebelahnya. Hish, apa dah jadi ni? Fikir semula Risya, apa yang sudah berlaku semalam? Bukan awak dah kahwin ke? dan yang berada di sebelah awak adalah suami awak.

“Awak nie siapa?” sengaja Risya menyoal, mengawal debaran yang mula bertandang.

“Saya luku kepala awak tu, nak?”

“He he he...” senyuman dia, lesung pipit dia yang membuatkan aku terkenangkan seseorang. Mungkinkah kerana ini yang menyebabkan aku tanpa ragu menerima dia menjadi suami aku?

Bangun nak mandi, tetapi rasa tidak selesa pula kerana, Adam ada bersamanya di dalam bilik ini. Tak kan nak salin baju dalam bilik air pula. Lagi lah tak selesa.

“Awak pergilah mandi dulu,” suruh Risya.

“Jom, mandi sekali nak tak?” usik Adam Rafael. Sebenarnya dia tahu apa yang terdetik di dalam hati Risya ketika ini.

“Perangai tak macam orang ada buah hati pun,” orang kalau ada buah hati mestilah teringat, mesti lah tak boleh terima perkahwinan macam ini tetapi Adam Rafael tak kisah pun.

“Tu buah hati, nie isteri. Tak sama lah, awak!” alasan Adam terus bangun dari katil, Risya mengelengkan kepalanya.

Risya menunggu sehingga Adam selesai bersolat. Baru mahu berdiri, Risya terus menolak badan Adam keluar dari bilik.

“Kenapa pula ni?”

“Orang nak mandi, nak solat. Awak tunggu saya kat luar yer!”

“Hey apa ni? Kita suami isteri lah, apa yang awak nak malukan?”

“Bukan malu, tapi segan lah!” terus Risya kunci pintu. Tinggalkan Adam Rafeal terkulat-kulat di situ.

“Risya!” jerit Adam. Panggil lah, aku tak peduli.

Lamanya dia mandi, lama juga dia bersolat. Tak campur dengan bersiap lagi, sehinggakan dia terlupa Adam masih menunggu di luar.

“Risya!”

“Ya, mak!”

“Kamu bergaduh dengan Adam ke?” Adam??? Ya ALLAH, suami aku tu mesti sedang menunggu di luar. Terus Risya berlari ke pintu bilik, dan membukanya. Tak ada pun Adam, yang ada hanya lah mak saja. Ini mak angkat kita lah, kita dari kecil tinggal dengan keluarga angkat. Adam tak tahu kita tinggal dengan mak angkat kita, sebab nama ayah angkat sama dengan nama ayah kandung kita. Ayoib. Masa kahwin ayah kandung turut hadir, Cuma Adam saja yang tak tahu.

“Abang mana mak?” soal Risya cemas.

“Sedang sarapan dengan bapa kamu kat bawah!” jelas mak.

Hehehe... masih pakai tshirt dan kain pelekat saja lah suami aku ni. Baju tak tukar lagi.

“Apa ayah? Dia tak pandai memasak?” soal Adam Rafael. Isteri aku tak boleh memasak? Hish macam tak percaya saja. Salah pilih isteri lah aku ni. Garang, kasar dan tak pandai memasak. Risya, Risya, anak drebar teksi saja, tetapi duduk macam orang kaya.

“Yup!” jawab bapa.

“Pandai makan saja lah!” jawab Risya. Ibu yang masak untuk kita selama ini.

“Teruk lah macam ni, nak kena cari pembantu rumah lah pulak..,” lagilah kena reject dengan nenek sebab tak boleh nak memasak.

“Memang lah, awak kan kaya, duit banyak tu nak simpan buat apa?” kalau kau tak cari pembantu rumah pun, aku memang nak cari lah. Aku boleh bayar lah, sebab papa dan ayah orang berduit. Orang berharta.

“Kahwin dengan awak, boleh habis harta nih..,” gurau Adam Rafael.

“nasib lah!” jawab Risya. Tak kisah pun. Mak Timah mengelengkan kepalanya. Pak Ayoib pula buat-buat tidak tahu saja.

“Makan cepat, Adam nak bawa kamu jumpa keluarga dia lah pagi ni!” gesa Pak Ayoib. Tengok muka keluarga Adam Rafael semalam, semuanya macam nak telan Risya hidup-hidup saja. Semuanya tak suka. Pagi ini nak mengadap dia orang pula, macam mana lah agaknya.

“Abang pergi lah salin baju dulu, tak kan nak balik macam ni,” suruh Risya apabila Adam Rafael mengambil kunci kereta kepunyaannya.

“Nak salin baju kat rumah lah. Risya bawa lah baju untuk seminggu dua, kalau okey kita tinggal di situ, kalau tak okey, kita tinggal di rumah kita,” jawab Adam. Ler, dia ni lagi teruk, nak balik dengan pakai tshirt dan kain pelekat saja. Hish,hish, anak orang kaya buat perangai huduh lah pulak.

Sepanjang perjalanan Risya termenung panjang. Adam Rafeal tu sudah menceritakan tentang dia dan ahli keluarganya dari A sampai Z, satu pun tak disembunyikan dari aku. Tetapi aku???

Nak cakap ke apa yang aku ada. Aku ada 3 mak, dan 3 ayah. Kalau aku cakap dia boleh terima atau tak? Takut dia pengsan saja nanti. Aku bukan anak drebar teksi, tetapi ayah aku Datuk Ayoib tu seorang peguam, mak tiri aku peguam. Mama pula ahli perniagaan dan begitu juga dengan papa tiri aku, seorang ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia ni? Kalau aku cakap, agak-agak Adam boleh terima tak?

“Fikir apa ni?”

“Takut!”

“Takut apa, kalau mama atau nenek saya marah awak, awak lawan lah!”

“Dengan orang muda bolehlah bertumbuk ke apa ke, nie orang tua lah!” ingat aku perempuan kurang ajar ke apa ke? Aku pun pandai hormat orang tua-tua lah.

Dalam dua jam sampai lah di rumah Adam Rafael. Patutlah balik macam ini, rumah tak jauh sangat pun. Tak ada sesiapa pun yang datang sambut pengantin baru pagi ni. Sebelum nak melangkah masuk ke dalam rumah, selisih dengan ayah Adam Rafael, Datuk Muiz. Datuk Muiz biasa saja, senyum, salam dan nampak ramah dan mesra.

“Masuk Risya!” pelawa Datuk Muiz. Risya mengangguk.

“Ooo, kau bawa balik juga perempuan tepi jalan ni, Adam!” sambut Nenek, namanya kalau tak salah Nek Maryam, itu yang Adam beritahu tadi.

“Tumbuk muka nenek awak, boleh?” bisik Risya di telinga Adam. Adam tersenggih saja. Cakap elok-elok sikit yer, aku bukan perempuan tepi jalan lah. Risya menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan Nek Maryam tetapi Nek Maryam menolaknya dengan kasar. Tapi Risya mengelak. Silap orang kut.

“Nie isteri kau, Adam? Perempuan tak senonoh!” jerit Datin Salbiah di atas tangga. Hish, hish bahasa, kurang ajar sungguh lah. Macam mana lah orang muda nak hormat orang yang lebih tua, kalau ini lah bahasa yang digunakan.

“Anak dengan mak sama saja, mak sudah lah miskin, pergi cari isteri pun miskin juga!” kata Nek Maryam sebaik saja nampak seorang perempuan yang sebaya dengan Datin Salbiah.

“Nenek jangan babitkan ibu saya lah!” marah Adam sambil menghampiri perempuan tadi.

“Risya ni ibu kandung saya, yang tadi tu mama tiri saya lah!” perkenalkan Adam kepada Risya. Puan Aisyah memeluk Risya dengan erat. Adam ada dua mak juga lah ni.

“Tak payah berpelukan di hadapan aku lah, menyampah aku tengok!” jerit Datin Salbiah seperti orang gila saja.

“Adam, kau dengan isteri kau tak boleh tinggal sekali. Nak beranak pinak susah pulak. Suruh Risya tidur dengan ibu kau di bilik orang gaji...,” arah Nek Maryam.

“Siapa nak ikut arahan nenek nih? Dia isteri saya lah!” lawan Adam. Selalu bergaduh sangat dengan nenek dan mama tirinya, dari sejak kecil sampai lah sekarang, mujur lah papa tidak menyebelahi mama tirinya, kalau tidak lagi lah sakit hati.

“Hey, aku ketua rumah inilah, kau jangan memandai!” sambung Nek Maryam.

“Cuba lah bersuara sikit, nie diam saja, apa hal. Awak tak nak tolong saya ke? Bela saya ke?” bisik Adam Rafael lagi. Tengok Risya ni tenang sangat.

“Buang masa lah lawan dengan nenek dan mama tiri awak tu, tak best langsung!” ujar Risya sambil menarik tangan Puan Aisyah pergi dari satu. Baru selangkah berjalan sudah ada orang menarik tudung Risya dari arah belakang, tetapi Risya sempat menepisnya.

Terkejut beruk Datin Salbiah.

“Mama nie tak ada etika ke nak sambut menantu?” perlahan suara Risya membuatkan Adam tersenyum memanjang.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.