Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,975
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 19

Di mana ada Adam, di situ ada Ayien. Berkepit siang dan malam. Aduhai, anak mama ni, manja sangat lah dengan papanya. Adam pula menurut saja apa kata Ayien. Merap sangat lah si nakal itu. Sikit-sikit papa, Risya marah sikit, mesti cari papanya.

“Abang, jangan manja sangat anak tu,” tegur Risya. Makan tadi, nak papa yang suapkan. Dulu mama, sekarang papa lah semuanya.

“Baik, sayang!” balas Adam sambil tersenyum. Petang nanti nak bawa Ayien jumpa ibu. Ibu nak sangat berjumpa dengan cucunya yang seorang ini.

“Papa, panggil siapa tadi?” mulut comel itu sudah mula bertanya. Risya menguntumkan senyuman. Kan dah kena.

“Panggil...hmm...,” kata Adam sambil memegang dagunya.

“Sayang tu siapa?” laju mulut Ayien bertanya.

“Ha, itu lah, sebut lah benda-benda macam tu di hadapan anak, sayang lah, manja lah.. tengok anak dah mula bertanya,” ucap Risya sambil mendukung Adam.

“Yer, sayang papa!” kata Adam sambil mengambil Adam. Tak kisah pun dengan teguran isterinya itu.

“Sayang tu apa papa?”

“Sayang tu macam nie.., kata Adam sambil mengucup pipi kanan Ayien.

“Macam nie..,” sambung Adam terus mencium pipi kiri Ayien pula. Tersenyum bahagia saja si ayien dengan sikap papanya.

“Dan macam ini..,” kata Adam berpura-pura mahu mengigit pipi kanan Ayien. Mengekek Ayien dibuatnya.

“He he he..,” ketawa Ayien.

Mereka berjalan keluar dari restoran makan. Tengah hari ini Adam membawa Ayien untuk makan tengah hari bersama kerana Adam ambil cuti semata-mata untuk Ayien.

“Adam!” tegur satu suara lelaki. Adam dan Risya mengalih ke arah datangnya suara itu. Terpandang Datuk Muiz bersama Datin Aisyah, ibu bapa kandung Adam. Datin Aisyah tersenyum senang. Sepatutnya petang nanti baru mahu datang berjumpa Adam dan ayien, tetapi tidak sangka pertemuan berlaku lebih awal. Risya terus mengambil Ayien dan cuba menjarakkan langkah. Tahu hakikat yang sebenarnya tentang sikap Datuk Muiz kepada Ayien.

“Papa...,”kata Adam terus berjalan menghampiri ibu bapanya. Tetapi Risya tidak berganjak.

“Itu anak kau Adam?” soal Datin Aisyah. Adam mengangguk sambil memberi isyarat supaya Risya datang membawa Ayien kepada ibunya. Tetapi Risya tidak berganjak.

“Ha, ah..,” jawab Adam. Subhanallah. Indahnya ciptaan Ilahi. Besarnya anugerah ini. Matanya, wajahnya, rambutnya, semua tentang dia, sekali pandang saja membuatkan hati kita sudah terpaut. Terpikat!

“Cucu ibu!” panggil Datin Aisyah berjalan ke arah Risya dan terus memeluk Ayien. Diciumnya kedua belah pipi Ayien dengan penuh kasih sayang.

“Anak kau Adam? Ini ke Ayien yang kau sebut tu?” tanya Datuk Muiz dengan tegas sekali. Renungan mata Datuk Muiz menikam ke sukma. Berbisa sekali renungan matanya.

“Kalau papa tak suka, jangan lah papa sakiti hati Risya dan ayien, papa. Saya sudi menerima apa saja kata-kata papa, tapi biarlah ini rahsia antara kita berdua saja,” bisik Adam perlahan ke telinga papanya. Jujur, aku tidak rela papa menyakiti hati insan yang aku sayang. Risya dan Ayien, kedua-duanya aku sayang.

“Papa nak jumpa kau malam ini. Bawa Risya dan anak kau sekali!” ujar Datuk Muiz sambil menghampiri isterinya. Matanya tertumpah ke arah si comel itu. Hati tidak tentu arah secara tiba-tiba saja. Benarlah ada keajaiban pada si kecil ini, bisik hati Datuk Muiz.

“Insha ALLAH, papa!” ujar Adam. Aku akan datang tetapi tanpa Risya. Tanpa Ayien. Biarlah aku saja menerima hukuman tetapi bukan Risya dan Ayien.

“kalau kau anak papa, kau patut patuh pada arahan papa, Adam Rafael. Jangan engkar pula. Papa tak pernah ajar kau jadi penipu..,” cabar Datuk Muiz yang faham sangat dengan perangai anak lelakinya.

Itu dulu lah papa, sekarang saya adalah suami dan ayah kepada seorang anak lelaki. Jadi, saya sanggup lakukan apa saja untuk melindungi orang kesayangan saya.

Memang tak akan pergi pun rumah papa malam ini. Apa nak jadi, jadi lah. Lagipun papa sudah usir saya, buang saya dalam hidup papa kerana saya pertahankan Ayien. Walaupun papa terima saya bekerja di syarikat papa sebagai pekerja biasa saja, tetapi hati saya tetap terluka, papa?

Apa salah Ayien, papa? Kalau dia ada keluarga kandungnya, tak akan lah dia ada bersama Risya dan menumpang kasih Risya dan saya. Tetapi takdir menentukan, dia menjadi yatim piatu sebelum lahir ke dunia ini lagi. Belum sempat kenal dunia, kedua ibu bapanya telah pergi meninggalkan dia, papa. Dan saya faham sangat kenapa, dan mengapa Risya terlalu sayangkan Ayien mengatasi nyawanya sendiri. Pergorbanan Risya terlalu besar lah, papa!

“Abang tak pergi ke rumah papa?” soal Risya. Dah 9.30 lebih, tetapi Adam masih bersama Ayien. Pakai t shirt dan kain pelekat saja. Anak datuk nih suka sangat pakai kain pelekat kalau duduk kat rumah. Aku pula tak selesa tengok laki aku pakai kain pelekat macam tu. Macam ayah yang tinggal di kampung saja.

“malas nak pergi, kalau pergi pun buang masa saja lah!” ujar Adam. Setakat pergi bergaduh, baiklah tinggal di rumah dengan Ayien. Kan Ayien?

“Pergilah, tak baik biarkan papa dan ibu menunggu kat rumah tu. Mana tahu papa ada hal yang lebih penting nak cakap dengan abang,” gesa Risya. Papa hanya tak suka aku dan Ayien, bukan tak suka anak sendiri pun.

“Tak nak!” terus Adam dukung Ayien yang mahu terlelap itu masuk ke dalam bilik.

“Ris boleh jaga Ayien lah, tak payah perlu bimbang tentang kami berdua,” jerit Risya lagi, entah lah sama ada Adam dengar atau tak, Risya sendiri pun tak pasti.

Terdengar telefon bimbit Adam berbunyi, tetapi sengaja tidak dijawabnya. Banyak kali pula tu. Tentu dari ibu dan papa. Selepas itu telefon Risya pula berbunyi.

“Kalau Ris anggap abang ni suami Ris, jangan jawab telefon tu,” jerit Adam dari atas. Apa hal pulak ni, sampai beri amaran macam tu. Ini yang buat aku bengang malam-malam macam ni lah. Risya terus naik ke atas untuk mencari Adam. Ayien dah terlelap pun, dia tu boleh pula belek muka ayien, tanpa berkelip matanya.

Risya menarik tangan Adam keluar dari bilik.

“Ayien dah tidur, boleh lah kita pun tidur awal malam ni..” kata Adam sambil senyum penuh makna. Dipandangnya Risya dengan renungan yang penuh bermakna.

“Tidur awal? Abang jangan harap...,” ujar Risya. Selagi abang tak selesaikan masalah abang dengan papa malam ini, Abang tidurlah dengan Ayien.

“Boleh lah, yang..,”

“Abang pergi jumpa papa dulu, boleh?” bantah Risya. Sudah lah tak bagi aku jawab call tadi, sedangkan ibu yang call, bukan papa pun.

“Nak buat apa jumpa, papa? nak dengar papa marah dan berleter? Buang masa saja lah!” dengus Adam.

“Ooo, abang bergaduh dengan papa. Jadi, apa masalahnya kalau saya angkat call ibu tadi?” kau yang bergaduh dengan papa, bukan salah ibu pun.

“Ibu mesti nak suruh Risya pujuk abang jumpa papa, itu saja lah!” jawab Adam penuh yakin. Macam tahu sangat ibu nak suruh Risya pujuk dia.

“Apa pun terjadi, jangan putus hubungan dengan papa lah. Abang nak hidup macam Ris ke? Perit tau hidup macam Ris...,” ujar Risya perlahan. Abang bertuah, sebab kasih sayang papa dan ibu hanya untuk abang seorang, bukan seperti Ris, yang kasih sayang terpaksa dibahagikan dengan adik-adik tiri.

Adam mengeluh berat. Dia tahu perasaan Risya saat ini. Dia cuba memahaminya sejak dia tahu kehidupan Risya tidak seperti orang lain. Ada tiga mak, tiga ayah, tetapi kasih sayang yang tulus rasanya dari mak seorang saja, iaitu mak aruah Fiqri. Selebihnya terpaksa berkongsi kasih, sebab ibu dan bapa kandung bercerai dan mempunyai keluarga masing-masing dan mempunyai tanggungjawab ke arah lain selain dari Risya seorang.

“Susah lah cakap dengan papa tu, Ris. Dia tak faham dan tak nak faham!” ujar Adam. Papa fikir darjat dan keturunan dan menolak Ayien kerana ayien bukan darah daging ku. Itu lagi perit dari apa yang Risya alami.

“kalau susah buat lah supaya jadi senang!” balas Risya sambil tersenyum. Adam mengeleng tanda tidak memahaminya.

“Cakap senang lah nak buat yang susah!”

Telefon berbunyi lagi, kali ini dari papa. Adam terus mengangkatnya.

“Kau bawa Risya dan anak kau ke rumah papa sekarang juga, Adam. Kalau tidak papa mengamuk nanti,”ugut Datuk Muiz di talian.

“Ikut suka hati papa lah, nak mengamuk ke apa ke, saya tak kisah!” kata Adam sambil mematikan talian telefonnya.

“Abang ni tak baik lah buat macam tu kat papa. kalau tak fikir abang nie suami Ris, nak Ris bagi penumbuk muka abang,” tegur Risya sambil berlalu dari situ.

“Apa kes nak tumbuk muka suami pula ni?”

“Geram lah, papa tu baru ajak berjumpa, abang dah fikir yang buruk-buruk, cuba fikir yang baik-baik saja!” entah-entah papa dah terpikat dengan ayien, lalu mahu menerima ayien sebagai cucunya. Siapa tahu kan?

“Kau memang garang lah Risya, sampai nak tumbuk muka suami kerana kes macam tu? Spesis apa lah agaknya kau ni, abang pun tak tahu?”

“Sebab Encik Adam Rafael ni suami saya saja, kalau tidak memang sah saya belasah muka Encik Adam malam ini,” ujar Risya kembali meneruskan langkahnya.

“Ooo, nak tumbuk saya, nak belasah saya lah ni!” kata Adam sambil mempercepatkan langkahnya ke arah Risya. Di pegangnya bahu Risya, tetapi Risya menepisnya dengan kasar. Disentuhnya tangan kanan Risya pula, Risya menepisnya dengan tangan kiri. Adam cuba memeluk Risya, tetapi Risya berjaya menolak badan Adam ke sebelah.

“Aik, berani lawan abang yer!” kata Adam. Mujurlah aku ada ilmu seni mempertahakan diri, kalau tidak sahih kena belasah dengan isteri sendiri. He he he...,

Kali ini Adam memegang kedua belah tangan Risya. Risya cuba menendang kaki Adam tetapi tidak berjaya. Risya cuba meronta, mahu melepaskan pegangan tangan Adam tetapi pegangan tangan Adam terlalu kuat.

“Macam mana? Nak mengaku kalau atau tak?” ujar Adam. Ah, aku nak lepaskan diri tu, boleh lagi lah, tetapi kalau aku bertindak nampak kasar sangat dan tak hormat kat suami pula. Nie yang susah kalau berhadapan dengan suami sendiri dan adam tahu tentang itu. Sebenarnya Risya boleh mengloloskan dirinya dari Adam tetapi kalau Risya bertindak, nampak sangat Risya berkasar dengan suami sendiri. Risya hanya tersenyum saja.

“Sebab dah kalah jadi abang dapat hadiah lah kan?” kata Adam sambil memeluk Risya dan mengendong Risya.

“Abang nak buat apa nie?” ujar Risya apabila Adam membawanya masuk ke bilik sebelah.

“Buat apa yang sepatutnya seorang suami buat kat isterinya..,”

“Tak nak!” ujar Risya apabila Adam meletakkannya di atas katil. Terus Adam padamkan lampu bilik.

Bangun pagi ini dapat berpuluh panggilan dari papa, Adam buat tak kisah saja.

“Ris, abang nak pergi cari kerja tempat lain lah, hari ini. Ris ambil cuti jagakan ayien boleh?” kata Adam. Tak nak kerja dengan papa. lagipun kawan baiknya, Amar ada menawarkan pekerjaan kepadanya di syarikat Amar. Jadi, hari ini dia akan berjumpa dengan Amar untuk membincangkan hal tersebut.

“Ris kena pergi mahkamah lah, ada kes pagi ni,” beritahu Risya, tak boleh lah bercuti nanti mummy mengamuk.

“Ayien?”

“Tinggal dengan mak macam biasa lah!”

“Abang hantarkan sekarang,” kata Adam terus mendapatkan Ayien. Risya hanya mengangguk saja.

Tetapi baru jam sepuluh, apabila mak telefon dan beritahu berita tidak enak ini membuatkan Risya hilang akal.

“Papa ambil Ayien kat rumah mak lah, abang!” beritahu Risya sudah mula cemas. Takut papa buat benda tak baik kepada Ayien dan melukakan hati Ayien pula nanti. Takut papa sakitkan hati Ayien.

“Risya!” panggil Adam apabila mendengar suara tangisan Risya. Risya nie kalau org buat apa saja kat dia, dia tenang saja, tetapi kalau org buat kat Ayien, mesti dia menangis.

“Abang datang jemput Ris sekejap lagi, nanti kita jumpa papa!”

Janganlah papa sakitkan hati Ayien. Aku sendiri pun tak sanggup kalau hati Ayien terluka.

“Papa, kita berbincang!” ujar Adam Rafael menyerah kalah. Untuk Ayien, biarlah aku berkorban saja.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.