Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,052
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4

Sudah banyak kali Adam memanggil nama Risya. Seluruh ahli rumah mendengarnya. Sehingga menganggu orang di rumah ini untuk tidur termasuk dengan ibu sekali. Argg, dia nak apa malam-malam buta ni. Sekarang sudah pun pukul tiga pagi. Mengantuk sangat lah.

Malas nak layan, lebih baik aku tidur saja. Lagi pun aku tak mahu tidur sekatil dengan Adam. Serammm..

Dari aku tidur dengan Adam, baik aku tidur dengan ibu saja.

“Ris!” panggil Adam dari arah pintu belakang. Ler, apa hal pulak datang dari pintu belakang ni?

“Apa?”

“Ikut saya sekarang juga!”

“Tak nak!”

“Kalau saya masuk kat dalam tu lagi teruk awak nanti!”

“Pergilah, ibu tak apa-apa lah!” arah ibu pula sambil tersenyum. Aduhai, memang payah lah kalau macam ini.

“Kenapa tak datang dari pintu depan?” soal Risya pelik dengan tindakan Adam. Buat apa datang macam penyamun saja nih. Ini kan rumah dia!

“Pergi bukak pintu, nanti awak akan tahu!” arah Adam. Risya patuh. Tembol pintu dipulasnya tetapi berkunci dari luar. Siapa yang kunci ni?

“Org dah kunci lah, sebab tak nak awak tidur dengan saya!” kata Adam yang telah pun masuk ke dalam bilik ibunya. Kunci pintu depan memang tak ada, tetapi kunci pintu belakang memang ada dalam tangannya.

Kenapa lah Datin Singa tu tak kunci pintu belakang sama, kalau tidak lagi senang. Adam tak boleh datang ganggu aku.

Risya patuh mengekori langkah Adam masuk ke dalam bilik mereka. Debaran dalam hati semakin kuat. Jantung pun bergetar kencang. Boleh sakit jantung aku malam ini, apabila Adam mengangkatnya lalu diletakkan di atas katil.

“Nak buat apa ni?” tanya Risya macam soalan bodoh saja. Aku tak tadi tak boleh tidur kerana kau tiada di sisi ku. Peliknya perasaan, baru kahwin tiga hari, sudah jadi macam orang nak gila saja.

“Nak tidur dengan awak lah!” jawab Adam sambil tidur di sebelah Risya.

“Tak nak. Awak kan sudah ada buah hati. Awak bukannya jatuh hati kat saya pun!” jelas Risya. Aku nak tidur dengan lelaki yang mencintai aku, dan aku pun ada hati kan dia, bukan dengan Adam pengecut ini. Cinta dengan perempuan lain tetapi ada hati nak tidur dengan aku pula. Tak suka... tak suka.. tak suka.. jerit Risya di dalam hatinya

“Peduli apa. Awak tu isteri saya. Saya kahwin dengan awak ikhlas lah. Lagi pun tak ada syarat apa-apa pun antara kita. Saya ni suami awak yang sah tahu tak?” kata-kata Adam semakin menakutkan Risya Safeya. Takut yang amat sangat sampai kan muka sudah berubah. Apa alasan aku ni? Tu lah pandai sangat pergi kahwin kahwin dengan Adam Rafael nih.

“Tak boleh..,”

“Kenapa?”

“Tak boleh lah!”

“habis kalau tak nak semua ni, buat apa awak kahwin dengan saya? Kalau kahwin tak boleh sentuh awak, tak boleh nak pegang awak, buat apa lah saya kahwin dengan awak!” Malam ini aku nak juga lah hak aku sebagai seorang suami. Kasar macam mana pun Risya Safeya dia tetap kena patuh dan taat kepada aku.

“saya ingatkan awak tak akan sentuh saya, sebab awak tak cinta saya!” jawab Risya menagih simpati. Macam nak lari balik saja malam ini ke rumah mak. Tak pun ke rumah mama atau mummy.

“Ha ha ha..,”

“Awak, saya takut nih...,” luah juga rasa ketakutan itu. Lain lah yang jadi suami aku adalah kekasih hati ku sendiri. Huwaaaa...

“Takut ke, apa ke, kena bagi juga lah, kalau tidak mcm mana perut awak tu nak ada isi nanti,” jelas Adam. Risya rasa macam nak pengsan bila Adam semakin berani untuk melakukan tindakan selanjutnya.

“Rita mcm mana?” ungkit Risya, tentu Rita kecewa kalau adam ada anak dengan aku. Betul tak?

“Apa kena mengena Rita dengan awak? Saya boleh kahwin dua lah mcm papa saya!” Ooo.. banyak cantik, kau memang ada impian lah nak kahwin dua kan? Aku tumbuk muka baru tau.

“Kalau awak sentuh saya, dan ada anak dengan saya, jangan haraplah awak nak madukan saya..,” tegas Risya Safeya. Kau jangan sama kan aku dengan ibu kau, atau Datin salbiah tu, yang sanggup mengongsi kasih sayang seorang lelaki. Aku memang tak nak.

Tiba-tiba teringat Fiqri, tunangnya itu. Lesung pipit Adam sama dengan lesung pipit Fiqri, sebab itu dia kahwin dengan Adam. Dia masih rindu kepada aruah tunangnya yang meninggal dua tahun yang lalu. Walaupun sebelum Fiqri meninggal, lelaki itu sempat berpesan kepadanya supaya mencari penganti dirinya. Rasa rindu itu membuatkan air mata Risya menitis tanpa sedar.

“Aik kenapa ni? Saya tak buat apa-apa lagi lah!” tegur Adam terkejut dengan linangan air mata Risya. Risya segera mengesat air matanya. Silap aku sebab berkahwin dengan Adam. Ingatkan Adam akan melayan aku seperti dalam novel-novel atau drama tu, sebab itu aku tak kisah.

“Dah, dah, tidur lah!” kata Adam terus bangun dari situ dan tidur di bawah saja.

Lama Risya mencari ketenangan dan kekuatan di dalam dirinya. Hampir setengah jam juga. Kenapa lah aku jadi macam ni malam ni? Rasa malu kerana menangis di di hadapan Adam.

“Mintak alamat Rita, saya nak cari Rita dan meminang Rita untuk awak!” biarlah Adam berkahwin dengan kekasih hatinya saja. Aku tahu betapa sakitnya hati kerana kehilangan kekasih hati sendiri.

“Sanggup ke bermadu?” soal Adam yang masih belum terlepas.

“Yup!”

“Yang menangis tadi tu kenapa?”

“Ingatkan seseorang lah!”

“Awak perlu teruskan kehidupan tanpa dia di sisi awak. Kalau teringat tu, sedekahkah fatihah atau baca yassin kat dia, bukannya menangis lah!” ingat kan menangis kerana aku tadi, rupanya kerana Fiqri. Mak telah ceritakan segala-galanya kepada Adam, sewaktu berada di rumah mak hari tu. Jadi Adam sudah tahu cerita antara Fiqri dan Risya. Risya ni nampak saja kasar tetapi hatinya lembut.

Berbual sehingga masing-masing terlena, bila terjaga Adam sudah berada di sisinya tanpa memakai baju. Dia pula???? Dia ambil kesempatan waktu aku tidur ke semalam?

“Awak???” jerit Risya, geram yang amat sangat. Adam terkebil-kebil.

“Kenapa?” soal Adam kembali. Sebenarnya Adam tak sentuh pun Risya, tetapi sebab malas nak buka aircond, dan kipas pula hanya menghala ke arah Risya seorang, dia terpaksalah membuka tshirt yang dipakainya. Itu saja.

“Awak buat apa kat saya semalam?” soal Risya lagi.

“Buat apa? Buat mcm orang suami isteri lah!” usik Adam sambil tersenyum.

“hah??”

“Saya boleh buat apa saja lah sebab awak tu isteri saya..,”

“Kalau dengan saya awak berani yer, tapi dengan mama tiri awak, dengan nenek awak, awak tak berani..,”

“Bukan tak berani lah tetapi hormat kepada orang tua, itu yang bermasalah sangat tu..,”

“Awak memang tak guna!”

Habis lah kau Risya, benda dah jadi pun. Mana boleh berpatah lagi. Aduhai, boleh buat aku pening kepala hari ini, tetapi aku masih banyak kerja yang perlu diuruskan hari ini. Pembantu rumah datang hari ini, nak jumpa papa untuk meminta kebenaran dan macam-macam hal lagi.

Adam merenung Risya Safeya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Rambut Risya yang masih basah mengocak jiwanya. Risya memandang ke arah lain.

“Tengok aku lah!” arah Adam sambil menarik wajah Risya memandang wajahnya. Cantik sangat dia ni. Puji Adam dalam hati.

“Nie dah bagi lah ni?” soal Adam sambil tersenyum saja. Kau ni tak kan lah kau tak sedar.

“Dah jadi pun, nak bagi apa lagi? Tapi awak kena lupakan Rita lah jawabnya,” ugut Risya. Aku kena berkorban ke? Serahkan Adam kepada Rita, walaupun dia sudah memiliki diri ku?

“Ha, ha, ha...,” ketawa besar Adam dengan jawapan Risya Safeya. Adam merangkul Risya kemas dalam pelukannya.

“Awak..,”

“Apa?”

“Nak kena jemput pembantu rumah pagi nanti, pastu nak bawa ibu pindah bilik, nak ibu keluar, boleh tak?” beritahu Risya. Terima saja lah, nak buat apa lagi, tetapi yang penting rancangan hari ini. Ibu perlu dipindahkan bilik sebab ibu bukannya orang gaji di rumah ini. Ada bilik kosong di tingkat atas ini.

“Pergi lah, tetapi pembantu rumah tu boleh tahan ke? Sebenarnya kita orang dah pernah ambil pembantu rumah lah, Cuma dia orang tak tahan dengan sikap nenek dan mama,” beritahu Adam masih memeluk Risya dan dengan berani mencium pipi Risya.

“Rasanya tak ada masalah kut kali ni..,”

“Tentang ibu, kena bincang dengan papa dulu. Nanti saya temankan awak jumpa papa!”

“Memang nak jumpa papa pun, tapi jumpa papa seorang diri lah, boleh tak?”

“Tak boleh?”

“Boleh tak boleh, saya tak kisah lah. Awak jangan ikut saya!”

Memang dia jumpa papa seorang diri, ketika papa masuk ke kereta mahu ke ofis, Risya turut masuk bersama. Ketika itu Adam sudah lama bertolak ke ofis. Lama berbual dengan papa di dalam kereta. Papa yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Tetapi hati papa baik. Terlalu baik.

“Papa tak akan jadi anak derhaka lah, kalau papa tegakkan kebenaran. Dosa atau pahala bukan nek yam yang tentukan, tetapi ALLAH lah papa. Jangan lah layan ibu macam itu, sebab ibu pun ada hak sebagai seorang isteri kat papa,” luah Risya dengan tegas. Kasihan ibu, yang sudah kehilangan haknya sebagai isteri pertama dalam rumah ini.

Selepas menjemput pembantu rumah dan mengemas bilik baru untuk ibu, Risya membawa ibu ke salon kecantikan. Beli baju baru untuk ibu dan bawa ibu berjalan-jalan dan makan di luar. Wajah ayu ibu makin terserlah. Selalunya ibu hanya memakai baju-baju yang lusoh saja tetapi hari ini penampilan ibu benar-benar berubah.

“Mulai hari ini ibu tak payah layan lagi kehendak Datin Salbiah dan nenek yam tu, ibu bukannya orang gaji di situ lah, ibu mem besar kat situ!” kata Risya ketika sampai di rumah.

“Ibu takut lah, Risya!” luah ibu. Aku tak kisah kalau aku yang dihukum tetapi jangan lah babitkan Risya pula.

“Pergi mana sampai ke petang baru balik ni?” tegur Adam di muka pintu rumah. Risya hanya tersenyum saja apabila Adam sendiri terkejut melihat penampilan baru ibu kandungnya sendiri.

‘Kita orang pergi jalan-jalan, makan-makan di luar lah!” jawab Risya. Dia nie anak drebar teksi ke apa? Tapi gaya hidup macam anak orang kaya saja. Pelik lah aku.

“lain kali cakap ke mana awak bawa ibu, orang dalam rumah ni dah kecoh lah, ibu tak ada!” tegur Adam Rafael. Sebaik saja Adam sampai di rumah tadi, dia terus kena sembur. Tetapi Adam buat tidak peduli saja.

“Risya!” panggil papa pula yang muncul dari belakang Adam. Papa hampir tidak kenal dengan wajah ayu Puan Aisyah.

“Kenapa papa?”

“Betul kata Risya tadi, papa tak boleh biarkan perkara ini berterusan lagi,”

“Ha, macam itu lah papa,”

Papa bawa ibu masuk ke bilik baru tadi. Sekarang tinggal lah mereka berdua saja.

“Awak cakap apa dengan papa tadi, nampak papa lain benar saja hari ni..,”

“Tak cakap apa pun lah, hanya minta kebenaran dari papa nak bawa ibu keluar saja,” jelas Risya.

“Cepat, pergi mandi, lepas mahgrib kita keluar makan di rumah mak!” kata Adam. Ha, ah, boleh balik jumpa mak malam ni. Tetapi rindu juga kat mama dan mummy.

“Kita bawa ibu sekali, nak?” aju Risya. Kalau Adam tak ada, tentu Datin Salbiah dan Nek Yam dera ibu, lebih baik bawa ibu sekali. Adam mengangguk!

“Mana alamat Rita ni, saya nak pergi cari dia lah!” gesa Risya. Dah nak malam, apa alasan aku malam ini?

“Nak buat apa?” tekan tanya Adam kepada Risya. Sahih lah takut aku buat sesuatu malam ni.

“Biar Rita layan awak malam-malam, saya memang tak nak!” terang Risya.

“Suruh saya lupakan Rita kan? Jadi susah-susah cari Rita nak buat apa? Saya ni selagi awak tak buncit memang tak kahwin lah dengan Rita tu....,” terang Adam pula. Muka Risya berubah 400 peratus. Merah campur warna pelangi dah sekarang.

“Buncit???” tak ada ayat yang sedap sikit ke nak cakap. Aku lepuk muka tu baru tau. Tetapi, kasar-kasar aku tak kan lah aku nak tumbuk muka suami sendiri pula. Buang tabiat ke apa ke ni?

“Tak nak mengandung anak awak..,” hu hu hu, rasa mcm nak menangis pula.

“Kenapa? Awak ada lelaki lain ke? Selain saya dan Fiqri?” ujar Adam. Macam mana pun Fiqri memang sudah wujud dalam hati Risya. Jadi, memang susah pun Risya nak lupakan Fiqri.

“Tak ada!”

“habis tu?”

Di bilik sebelah terdengar suara Datin Salbiah sedang mengamuk.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.