Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,032
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 20

OOO, kalau dengan Ayien, sanggup kau datang sembah Papa yer, Adam? Desis hati Datuk Muiz apabila melihat Adam dan Risya menapak di depan pintu rumahnya.

“Pandai pun kau cari rumah papa, Adam?” sindir Datuk Muiz. Datin Aisyah menyambut kedatangan menantu kesayangan dengan sebuah pelukan yang mesra. Mana Ayien? Tak nampak pun!

“Assalamualaikum, papa!” mula Adam sambil menghulurkan tangannya kepada Datuk Muiz.

“Waalaikummussalam...,” tegas suara Datuk Muiz. Dia memandang wajah Risya. Hidung merah, mata pun merah. Baru menangis lah tu. Aku gempar sikit saja, terus datang. Semalam bukan main jual mahal dengan aku.

“Ingat Adam, kau tu anak, aku nie papa kau, patut kau hormat dan dengar cakap aku, bukannya lawan cakap aku,” kata Datuk Muiz. Kerana Ayien, kau sanggup tinggalkan keluarga kau, Adam. Hmmm...,

“Saya tak pernah lupa lah semua tu, papa..,”

“Menjawab nombor satu. Tak hormat papa langsung. Macam mana kau nak ajar ayien kalau sikap kau pun tak betul?”

“Papa jangan babitkan Ayien dalam hal kita anak beranak, Ayien tak bersalah!”

“Memang lah Ayien tak bersalah, yang bersalah tu kau!” Ada masalah sikit, kau lari, Macam mana nak selesaikan masalah kalau kau buat tindakan dan keputusan yang terburu-buru? Aku lepuk kepala kau, baru kau tahu!

“Mama!” jerit Ayien yang datang dari arah bilik Datuk Muiz. Dipeluknya Risya dengan erat sebelum Ayien meleraikan pelukan dan berlari mendapatkan Adam. Leganya hati melihat Ayien tidak di apa-apa kan.

“Papa, nak tidur sini malam ni, nak tidur dengan atuk!” beritahu Ayien pula sambil berlari mendapatkan Adam.

“Hah???” terkejut Adam dibuatnya.

“Mari kat atuk, Ayien. Biar lah papa dan mama kau tu,” kata Datuk Muiz sambil menghulurkan tangannya ke arah Ayien. Ayien terus menyambutnya.

“Yien..,” panggil Adam. Dah baik ke papa nie dengan Ayien?

“Kau tu tak reti nak pujuk hati papa lah, Adam. Anak kau lagi cerdik dari kau. Papa nak ambil terus Ayien, kalau kau nak tinggal papa pun, papa tak kisah lah. Anak kau ada, apa susah hati?” sindir Datuk Muiz sambil berlalu pergi.

“Adusss.. papa nih, geram lah!” kata Adam tidak puas hati dengan layanan Datuk Muiz.

“Air dicincang tak akan putus, yang abang buat perangai dengan papa tu, kenapa?” balas Risya pula sambil mengekori Datin Aisyah ke dapur.

“Hah???” yang nie pun salah aku jugak.

“Ris...,”

“Benda remeh temeh pun abang buat macam dah nak kiamat, benda simple saja lah, tu pun abang tak boleh selesai ke?” leter Risya pula.

“Amboi, berleter macam mak nenek pulak yang ni pun, nak kena lah tu!” bengang Adam semakin menjadi.

“Setakat nak lawan tumbuk tak ada masalah lah Encik Adam!” buang air mata aku saja tadi. Ingatkan papa dah sakitkan hati Ayien, rupanya hati papa sudah menerima Ayien sebagai ahli keluarganya. Syukur alhamdulillah.

“Ris nie, abang cakap elok-elok lah,”

“Kalau abang cakap elok-elok dengan papa, tak ada lah cerita macam nie,” muncung mulut Risya semakin menjadi.

“jadi semua salah abang lah kan?” tanya Adam turut masuk ke ruang dapur.

“Memang salah Adam pun, macam tak kenal papa sendiri,” bela ibu pula. Kan, semua salah abang?

“Hmm...,” keluh Adam. Papa tu sebelum jumpa Ayien, lain caranya, bila dah jumpa Ayien, boleh pula jadi macam ini. Dulu, cakap macam nak telan orang hidup-hidup, sekarang menyindir lah pulak.

Ayien tak nak balik petang ini, kerana mahu tinggal bersama-sama dengan atuknya walaupun puas dipujuk oleh Risya. Adam diam saja. Marah kepada Datuk Muiz masih berbaki di dalam dada. Tak hilang pun lagi.

“Ayien, jom lah ikut papa balik, papa tak ada kawan ni,” suara Adam memujuk.

“Mama, tidur lah sini, Ayien nak main dengan atuk!” pujuk Ayien pula. Terbalik. Papa kau pujuk kau, kau pujuk mama pula. Datuk Muiz tersenyum senang hati. Anak comel ini pandai memikat hati dan cerdik pula. Petah berkata-kata. Pandang matanya, hati sudah boleh cair dan menjadi sayang pula. Patutlah Adam suka,malah semua orang suka kepada Ayien.

“Tidur sini nak?” bisik Risya di telinga Adam. Adam tidak memberi jawapan.

“Tidur lah sini, dah lama tak bermalam rumah ibu kan?” pujuk Datin Aisyah pula. Nenek Yam lagi lah suka kepada Ayien. Sebab rumah ini sudah lama tak ada budak-budak seperti Ayien.

“Ayien!”panggil Adam

“Tak kira nak tidur rumah atuk jugak!”jawab Ayien.

“Sama-sama keras kepala ni apa hal?” balas Risya pula, terus naik ke bilik kepunyaan Adam.

Anak nak tidur sini pun tak boleh. Dia tu kenapa hah hari ini? Merajuk? Kalau lelaki merajuk buat malu saja lah. Perempuan merajuk lain jugak lah cerita, nie lelaki, bapa orang pula tu. Hish la, aku memang tak boleh nak fikir.

“Abang nie kenapa?”

“Geram kat papa!”

“Papa sendiri lah, yang tunjuk ego tu pun!”

“Risyaaa...,” jerit Adam.

“Huh.. tak suka lah!” Abang buat perangai macam ni.

“Tengok rancangan abang dah berjaya kan? Ha ha ha..,” ujar Adam ketawa besar. Di tariknya kedua belah tangan Risya.

“Rancangan abang? Rancangan apa ni?” soal Risya. Pelik lah!

“Datuk Muiz tu ada seorang saja anak tau tak? Adam Rafael ini saja lah anak dia, jadi Datuk Muiz kenalah terima isteri dan anak Adam Rafeal..,”

“Huh??”terkejut Risya mendengar.

Ini rancangan aku lah. Bila papa tunjuk sikap dia tak nak terima Ayien, dan marahkan Risya kerana ada anak angkat, aku pun buat perangai jugak lah. Biar papa rasakan, tanpa aku boleh kah papa hidup? Aku faham hati seorang bapa sejak ada Ayien, jadi aku tahu papa aku pun macam itu jugak. Papa tu sayang aku lah. Cuma tersasar saja kali ini, jadi aku tolong ingatkan.

“Abang saja nak uji papa, nak tengok papa boleh ke hidup tanpa anak kesayangan dia ni..,”

“Ooo.. pandai yer abang ni..,” dia kan memang anak kesayangan Datuk Muiz. Datuk Muiz mana ada anak lain lagi. Ada dia saja. Lain lah aku, yang ramai adik beradik ni.

“Ha ha ha, bila papa halau abang, abang pun terfikir idea gila ni, konon-kononnya buat lah merajuk, kecil hati dan marah, wal hal nak uji papa saja lah. Ingat abang nie apa? Abang anak jantan lah, jadi jangan cabar abang!”

“Eleh, papa tu lembut hati kerana Ayien lah, bukan kerana abang pun!” kata Risya sambil memegang pipi suaminya. Syukur alhamdulillah, semuanya sudah berjalan dengan lancar sekali. Amin.

Itu sebelum papa jumpa Ayien lah, sekarang dah jumpa si comel itu lagi lah papa tak senang duduk kalau tak pandang Ayien.

“Ris, kena menetap di sini lah, ibu dan papa dah tak ada orang lain selain abang lah!”

“Hah?”

“Boleh lah, kalau kita pergi kerja, tinggal saja Ayien di rumah nie, tak payah hantar rumah mak lagi..,” lagi lah tak boleh. Mak tu selepas aruah Fiqri tak ada, Ayien saja lah tempat menumpang kasih.

“Tak best lah tinggal rumah mak mentua, Saya nak berdikarilah. Tak nak tinggal dengan orang tua!” kata Risya. Ini pendiriannya. Buat apa lah nak tinggal rumah keluarga mentua pula. Aku bukannya selalu ada kat rumah pun, jadi mak mentua mesti sakit hati tengok aku balik lewat malam.

“Ingatkan Ris nak dengar cakap abang...,”

“Tak nak lah. Lagi satu biarlah Ayien tinggal dengan mak, mak tu tak ada sesiapa lagi selain Ayien,” ucap Risya. Hmm, betul juga. Mana boleh rampas Ayien dari mak? Ayien nie wujud kerana aruah Fiqri lah. Lupa kah aku semua tu?

“Okey lah, ikut lah cakap awak tu, tapi tak tau ayien tu macam mana lagi lah..,”

Itu lah belum jumpa kan, bila dah jumpa, dah baik, sampai lupa mama dan papa. Nak tidur saja cari mama, cari papa. Siang hari memang tak ingat dah kat mama dan papa, asyik ikut Datuk Muiz saja.

“Urus pejabat, papa dah malas nak masuk kerja, nak bawa anak kamu pergi makan angin. Nak bawa ibu kamu sekali!” kata Datuk Muiz suatu pagi.

“Pergi mana? Risya tu tak boleh renggang dengan Ayien lah, papa!”

“Dua tiga hari saja, nanti papa beri balik lah anak kamu nih!” balas Datuk Muiz.

“Nak ikut!” celah Risya. Aku nak ikut ke mana saja anak aku pergi.

“Wei, abang???” soal Adam. Tak kan aku nak tinggal seorang pula.

“Duduk lah seorang, bukan tak biasa pun!” balas Risya sambil tersenyum.

“Parah kalau macam ni, anak pun ikut, isteri pun ikut, mana aci nih!” sambung Adam. Aku juga ditinggalkan. Aduhai, teruk, teruk.. Keluh Adam di dalam hati. Tetapi di dalam hati, gembira sangat. Papa dah anggap Ayien seperti cucu kandung sendiri. Macam nak lompat sampai ke langit kalau boleh. Lapangnya hati sekarang.

“Abang, jom lah pergi sekali. Ris ambil cuti panjang lah, “ ajak Risya ketika sedang berkemas beg pakaiannya dan Ayien. Kita orang nak pergi makan angin di Malaysia saja.

“Kerja banyak lah. Ris tak ada kerja ke?”

“Semua kes dah selesai, sekarang masa untuk berehat, masa untuk bersama keluarga. Jom lah, nanti bulan depan dah sibuk semula!” ajak Risya. Bukan senang nak boleh bercuti macam ni.

“Tak boleh lah, sayang!” tolak Adam. Ikut suka hati lah. Ris tak nak paksa abang.

“Mama, papa ikut tak?” soal Ayien yang datang bersama kapal terbang mainannya.

“Tak!”

“Tak best arr..,”

“Ayien pergi lah dengan mama, dengan atuk dan nenek ya!”

“Jom lah, papa. Papa ada baru best!” ajak si comel. Adam memandang wajah Risya. Nak tolak tak sampai hati lah pulak kalau si kecil yang ajak.

“Jom lah papa!” kata Ayien sambil menarik tangan Adam.

“Okey, papa ikut!” jawab Adam pantas sekali. Amboi, anak ajak ikut terus yer. Tak ada alasan. Kata tadi banyak kerja.

“Yahooo.. sayang papa!” jerit Adam sambil memeluk Adam.

“Kecil hati lah, mama!”

“Jangan mengada-ngada, dalam hati tu seronok lah, sebab abang ikut kan?”

Tengok dengan mama, mama kena marah lah Ayien. Papa ayien nie memang berat sebelah.

“Ayien, nanti buat lagi tau, mama suka!” kata Risya sambil memeluk Ayien. Aku pun boleh atur rancangan jugak lah.

“Berpakat dengan anak lah ni????”

“Mana ada..,”

Adam mengelengkan kepalanya. Aku memang sayang kedua-duanya sekali. Jadi orang yang berkasih sayang nie kena banyak berkorban kut. Entah, yang paling penting, aku bahagia, dan insan yang aku sayang pun bahagia.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.