Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,029
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

“Papa tak boleh cium mama, biar Ayien cium mama dulu lah!” tegur Ayien, puas bermain dengan mamanya, walaupun sudah jauh pagi. Ayien kan lena awal tadi, masuk pukul 9.00 malam terus Ayien tidur bila menunggu mamanya tidak muncul-muncul. Sekarang, bila nampak saja muka Risya, terus merajuk, sebab Risya datang lewat. Hmm, anak dengan mama sama saja lah.

Sebelah kanan Risya adalah Adam. Sebelah kiri Risya adalah Ayien. Dua-dua lelaki. Risya tidur di tengah-tengah.

“Ler, papa lah dulu!” usik Adam. Seronok dapat buli Risya kerana permintaan Ayien. Ha ha ha..

“Tak.. tak.. ayien lah dulu!” jerit Ayien sambil menutup muka Risya dengan tapak tangannya yang kecil. Risya tersenyum saja dengan sikap manja anaknya itu. Adam pula cuba menutup muka Risya dengan tapak tangannya di ruang muka Risya yang kosong. Tangan Ayien kan kecil saja.

“Ah, kemek muka mama, sayang!” ucap Risya. Adam ni pun sengaja lah tu. Aku tak boleh nak bernafas nanti lah.

“Okey.. okey, kita cium mama serentak!”cadang Adam. Risya memandang wajah Adam sambil menarik muka tidak suka, tetapi tidak berani membantah takut hati Ayien terluka.

“Ha, ah.. papa cium sebelah kiri, ayien sebelah kanan!” ujar Ayien sudah lepaskan tangannya di muka Risya. Begitu juga dengan Adam.

“Yup.., papa kira yer.. 1.. 2.. 3, cium!” serentak dengan itu Adam dan Ayien mencium pipi Risya dengan manja. Tetapi si Adam nie tak lepas lah ciumannya kat pipi Risya. Terus Risya mencubit lengan Adam yang sasa itu.

“Hish.. anak suruh cium, cium saja lah!” ujar Adam menarik tangan Risya yang mencubitnya tadi.

“Tak payah ikut anak lah. Anak tu kecil tak tahu apa-apa, awak yang tua tak payah nak ikut anak!” ujar Risya sambil mengambil Adam dan diletakkan di sebelahnya kini. Nampak ayien menguap sekali lagi, terus Risya letakkan tangannya menutup mulut si kecil.

“Papa, nak minum susu!” beritahu Ayien. Botol susu diberikan kepada Adam.

“Mama buatkan nak?” pinta Risya. Selalu Risya yang buatkan.

“Tak sedap, nak papa buat kan jugak!” renggek Ayien.

“Amboi, ada papa, semua nak papa yang buatkan, mama cubit baru tau!” ujar Risya. Geram dengan sikap si kecil. Semua dapat kat Adam sekarang.

“Ayien, mama cemburu kat kita lah tu,” kata Adam, mengambil botol kat Ayien lalu terus bangun dan keluar dari biliknya. Hmm, tak sangka Adam boleh terima Ayien seperti anak sendiri. Malah menyayangi Ayien dengan setulus hatinya. Syukur alhamdulillah, doa Risya di dalam hati.

Adam datang bawa botol susu dan diberikan kepada Ayien. Ayien menyambutnya dan terus minum. Risya menepuknya perlahan. Mata Ayien terpejam. Bahagia kerana sudah ada papa dan mamanya. Nampak Ayien bahagia sangat sekarang.

“Awak..,” panggil Risya. Adam masih di sebelah Adam melihat ketulusan hati Risya terhadap Ayien. Rasa terharu pun ada atas apa yang Risya lakukan terhadap ayien.

“Yup..,”

“Maaf sebab rahsiakan tentang ayien dari awak. Maaf kerana saya banyak menipu untuk perkahwinan kita..,” pinta Risya. Ah, keinginan Ayien yang mahukan seorang papa, dan asyik bertanya tentang papa, lantas apabila Adam yang mirip Fiqri datang melamarnya, terus dia terima, tanpa berfikir panjang, semua itu kerana Ayien. Adam pula kerana mahu membela nasib ibu kandungnya, dan dia perlukan wanita yang kasar seperti Risya, tak sangka pula, Risya nie memang kasar, memang brutal, tetapi mempunyai sekeping hati yang terlalu lembut. Amat lembut.

“Saya boleh maafkan awak tetapi dengan satu syarat...,” kata Adam sambil merenung mata Risya.

“Syarat??” jangan syarat suruh aku tidur dengan dia sudah lah.

“Ha, ah!”

“Apa?”

“Tolong lah jangan berahsia lagi dari saya, tolong jangan buat saya rasa bersalah kerana marah, mengamuk kat awak!”

“Mana ada rahsia lah, awak tahu saya pernah bertunang dulu, awak tahu saya ada ayien, ada tiga emak, dan tiga ayah, mana ada rahsia lagi...,” jelas Risya. Semua sudah terang benderang pun. Itu yang awak ingat saya tahu, yang lain-lain, yang keluarga awak sendiri pun tak tahu macam mana?

“Kalau saya tanya awak jawab dengan jujur, boleh?” soal Adam. Risya nie seorang perahsia sebenarnya.

“hmmm..,” nak tanya apa lagi lah agaknya.

“Tak boleh lah tu..,” balas Adam apabila melihat Risya keberatan. Tak boleh jangan di paksa, itu hakikatnya.

“Nak tanya apa encik abang adam?” soal Risya. Ayien bukan boleh hidup tanpa Adam. Jadi aku kena hidup dengan Adam dan ayien juga lah.

“Buang perkataan encik tu rasa lagi sedap kut!”

“semua orang kahwin kena panggil macam tu ke?” dulu aku panggil Fiqri dengan panggilan abang, panggil dengan penuh kasih sayang dan bahagia sekali. Sekarang kena panggil Adam dengan sebutan macam tu jugak lah.

“Yang tu tak kisah sangat, asal kan awak tak berahsia dengan saya!” ikhlas jawapan dari mulut Adam. Betul, aku tak kisah dia nak panggil aku dengan panggilan apa pun tetapi yang penting dia menerima aku sebagai suaminya dan tidak berahsia dengan aku. Sekarang, dia nak kawan dengan aku pun sudi. Kalau dia anggap aku kawannya, temannya tentu dia mahu bercerita suka dukanya dengan aku.

Kena pikat hati Risya dari peringkat paling bawah sekali, iaitu dengan berkawan dan bersahabat dengannya.

“Risya, sudikah awak berkawan dengan saya!” lafaz Adam membuatkan Risya terkejut saja. Risya Safeya tersenyum, rasa senang hati. Tangan Adam yang dihulurkan kepadanya di sambut dan digoncang perlahan.

“Baik lah, Adam Rafael!” ucap Risya.

“Nama saya Adam Rafaeil bin Datuk Muiz, saya anak tunggal dalam sebuah keluarga yang hidup dalam kesenangan....” cerita Adam dengan panjang lebar sekali.

“Nama saya Risya Safeya binti Datuk Ayoib. Saya mempunyai ramai adik beradik sebab papa dan mama saya bercerai sejak saja berumur dua tahun lagi. Papa dan mama saya berkahwin dengan pasangan masing-masing. Papa ada tiga orang anak bersama mummy, begitu juga dengan mama yang mempunyai dua orang anak bersama abah. Sebab dia orang dah ada anak baru, saya tinggal dengan mak pengasuh saya,” terang Risya Safeya. Adam Rafael mengangguk.

Cerita Risya panjang sekali tetapi Adam sedia mendengarnya satu persatu sampai lah ke bahagiaan Ayien.

“Ayah dan mak ayien meninggal dalam kemalangan, waktu tu Ayien masih dalam perut mamanya bila nafas mamanya terhenti, doktor buat pembedahan dan keluarkan ayien lalu serahkan kat aruah fiqri...,” ucap Risya sedikit sebak. Aku tak sanggup bercerita kepada sesiapa pun cerita ini, kerana cerita ini terlalu sedih dan menyayat hati. Malam ini entah ada kekuatan dari mana untuk aku ceritakan semula kepada Adam.

Mereka sudah bertukar tempat sebenarnya, dari dalam bilik, sekarang berada di ruang tamu sambil menghirup kopi yang panas.

“awak..,” panggil Risya. Harus aku cerita hal yang terlalu peribadi ini..,”

“yup!”

“Ayien tak pandai menyusu botol waktu dia baby..,” kata-kata itu terhenti di situ sambil Risya menarik nafas yang panjang. Aku tahu cerita itu, bisik hati Adam. Cuma kalau boleh aku nak dengar dari mulut Risya sendiri.

“Baguslah kalau Ris susukan ayien sendiri, sebab ris dah jadi ibu susuan kepada Ayien dan hubungan ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat. Kalau Ris ada anak-anak pun, mereka tak ada masalah untuk bergaul nanti..,” sambung Adam, sudah memahaminya. Risya mengangguk. Dia sanggup ambil ubat dan berurut untuk beri susu kepada Ayien dan ayien bukanlah anak angkatnya tetapi anak susuannya. Malah seperti anak Risya sendiri.

“Takut suami marah sebab saya buat macam tu dulu, beri ayien susu saya sendiri lah..,” Adam nie dia tak faham ke maksud aku.

“Saya izinkan lah, bukan awak buat benda jahat pun. Benda bagus dan mulia di sisi agama, buat saja lah!”

“Walaupun ayien bukan anak....,” belum pun habis, adam terus memekup mulut Risya.

“Dia anak saya dan awak. Jangan sebut lagi perkara ini, faham tak?” tegas suara Adam.

“Hmmm, encik adam nie bukan antara kawan dah nie, nie antara suami dan isteri, tadi kata nak kawan saja, sekarang dah terlebih nih..,” balas Risya. Diambilnya cawan kepunyaan yang kosong dan juga cawan Adam, lalu diletakkan di dalam singki. Di lihatnya jam di dinding. Alamak, dah pukul 5.00 pagi. Lewat sangat nie, kalau tidur mesti tak jaga solat subuh nanti.

“Ha.. ha.. ha..”ketawa adam. Dah Risya yang tanya, sama ada aku izin atau tak dia menyusukan Ayien, aku beri lah jawapan. Apa lah Risya nih.

“Awak...,”

“Awak kan takut suami awak tak benarkan perbuatan awak tu dulu. Takut suami awak marah kan, jadi saya kan suami awak, saya beri lah jawapan,” terang Adam.

“Nak tidur lah, nanti kejutkan saya untuk solat subuh,” beritahu Risya sambil mengelap tangannya yang basah dengan kain tuala kecil.

“Okey!”

“Tengok kan Ayien sama yer!” kata Risya. Dia mahu tidur di bilik lain saja. Bukan bilik kepunyaan Adam.

“Pergilah tidur dalam bilik saya, boleh tengok kan anak kita sekali!”suruh Adam.

Risya patuh.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.