Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,218
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

Sejak mama dan papa berpisah, Risya dibesarkan oleh mak angkatnya, iaitu ibu kandung Fiqri. Waktu itu dia baru berumur lima tahun, apabila mama berkahwin dengan abah, manakala papa pula berkahwin dengan mummy. Dia yang tidak tahu apa-apa, lebih selesa tinggal dengan mak angkatnya yang sebenarnya ada lah pengasuhnya di rumah mama dan papa dulu.

Bila mama dan papa punya anak baru, dia lebih rela berkongsi kasih dengan mak, menumpang kasih ibu kandung fiqri. Sejak dari itulah dia rapat dengan Fiqri yang tua tiga tahun darinya. Dan antara dia dan Fiqri memang mempunyai hubungan yang istimewa, iaitu saling sayang menyayangi dan saling mempercayai. Dengan Fiqri dia meluahkan semua cerita, cerita sedih, cerita gembira, hanya kepada lelaki itu saja lah dituangkan segala keresahan.

Bila meningkat remaja, perasaan cinta pun menjelma dalam hati masing-masing. Apatah lagi hubungan mereka direstui oleh semua ahli keluarga. Mama, papa, mummy dan abah tidak membantah, kerana sedar akan kesilapan diri mereka sendiri yang telah mengabaikan Risya Safeya. Bukan mereka tidak sayang kepada anak ini tetapi kesibukan menguruskan hal keluarga masing-masing dan juga kerjaya membuatkan mereka menyisihkan Risya Safeya. Risya hanya mendapatkan kasih sayang dari keluarga mak dan Fiqri saja.

“Jauhnya termenung!” tegur Aida sambil menepuk bahu Risya. Risya tersenyum saja. Waktu macam ini selalunya sibuk melayan si kecil, tetapi hari ini si kecil bersama Adam. Beria benar mahu mengikuti Adam dari mamanya

“fikir masa depan lah!” jelas Risya. Kasih sayang tidak boleh dipaksa. Itu hakikat. Sekarang terlalu bimbangkan Adam dan Ayien, takut Adam hanya mainkan perasaan Ayien saja.

“Berbincang lah dengan Adam, dari hati ke hati, jangan cepat sangat membuat keputusan,” nasihat Aida, teman baik Risya yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak.

“Entah lah, sebulan berkahwin dan macam-macam berlaku, macam nak berhenti setakat nie saja lah..,” jelas Risya. Rasa macam tak sanggup lagi meneruskan perkahwinan ini. Adam tu tak sama dengan Fiqri. Takut sangat Adam hanya mahu mengambil kesempatan dan mainkan perasaan aku dan Ayien.

“Kenapa?” soal Aida. Kau ni yang susah, yang tidak mahu memberi peluang kepada Adam. Risya hanya mengeluh saja, tidak mahu memberi jawapan.

“Cuba dulu, baru tau macam mana, kenal hati budi Adam, jangan cepat mengalah, boleh tak?”

“kau ingat kahwin-kahwin nie boleh cuba-cuba ke?”

“Kalau kau cuba tak tahu kan? Aku yakin adam ikhlas menerima kau dan ayien lah!” yakin Aida sambil menepuk bahu Risya.

Petang ini, dia terus balik ke rumah Adam, kebetulan Adam ada, Ayien pula tiada. Pergi mana lagi nih.

“Ayien mana?” soal Risya terus mencari anaknya.

“Mama dan abah datang lagi, terus ikut dia orang lah!” jawab Adam. Ayien itu kan kesayangan semua orang. Jadi, semua orang memang mengambil berat kepada Ayien.

“kalau gitu saya pergi jemput Ayien lah!” balas Risya terus mencapai kunci kereta di atas meja.

“Tak payah, nanti mama hantar lah. Lagipun ada benda saya nak cakap dengan awak..,” kata Adam. Aku sudah tahu segala-galanya tentang Risya Safeya, semua rahsia sudah berada dalam kocek seluar aku lah.

“Nak cakap apa lagi ni? Saya tetap dengan keputusan saya, saya dah tak nak teruskan perkahwinan ini. Saya akui saya tersilap berkahwin awak,” kata Risya. Hari ini boleh lah terima aku dan ayien, esok-esok siapa tahu kan? Lagipun Ayien tu bukan anak dia pun. Betul lah kata mak tadi, Risya nie hanya percayakan Fiqri seorang saja. Orang semua dia tidak percaya.

“okey lah, saya tak paksa awak. Paksa pun buat sakit hati saja lah. Tapi nak berpisah awak kena tidur dengan saya dulu lah. Boleh???” ingat Adam. Dalam perkahwinan, memang pun selepas akad nikah, kena ada hubungan suami isteri terlebih dahulu, selepas itu, baru lah boleh bincang bab cerai, talak dan berpisah. Kalau tidak tak boleh berpisah.

“hah??”

“Tak pergi kursus pra perkahwinan ke sebelum kahwin dulu?”

“Pergi......,” hmmmmm.. Risya sudah terperangkap kali ini. Kata-kata Adam tidak mampu dinafikan.

“macam mana? Nak cepat berpisah, kena tidur sekarang lah!” pancing Adam lagi. Aci kerat semua jari lah, mesti mengamuk nanti.

“ooo, banyak cantik. Dah tidur nak berpisah pula. pastu saya buncit sorang-sorang. Idea tak boleh pakai langsung.., “ marah Risya. Mana tahu selepas itu aku mengandung anak dia, benda-benda macam ini, bukan boleh harap sangat.

“Kalau mengandung, kena hidup dengan saya sampai awak bersalin lah, baru boleh berpisah...,” ingat Adam. Risya terus menghampiri Adam dan memegang lengan Adam dan mahu menumbuk lengan Adam, tetapi Adam menahan tangan Risya.

“Awak jangan main-main lah dengan saya, Encik Adam!”

“Benda betul lah, Puan Risya Safeya!” ujar Adam terus memeluk Risya dengan erat. Risya cuba meronta tetapi pelukan itu semakin kemas.

“Lepas lah!”

“Sekarang pun boleh, sementara anak tak ada nih!” kata Adam cuba mengusik Risya Safeya.

Kali ini Risya menolak Adam dengan kuat sekali, akhirnya Risya berjaya melepaskan dirinya.

“Awak ingat saya ni apa hah?” kata Adam, pura-pura marah. Walaupun keegoannya sedikit tercabar.

“Awak bukan lelaki baik lah, Adam..,” suara itu terhenti apabila mendengar enjin kereta berhenti di halaman rumah.

Terus Risya menuju ke arah pintu rumah. Baru mahu membuka pintu, terdengar suara abah memberi salam.

“Assalamualaikum..,”

“Waalaikummussalam, abah!” sambut Risya sambil membuka pintu. Risya melemparkan sebuah senyuman kepada abah dan mama pula masih di dalam kereta.

“ayien tidur dalam kereta, suruh Adam angkat lah senang sikit. Mengamuk kat dalam kereta cari papanya tadi,” beritahu abah. Patut lah pergi sekejap saja tadi. Tak sampai setengah jam, bisik hati Adam terus keluar menuju ke kereta. Di bukanya pintu kereta belakang lalu di dukungnya Ayien.

“Belum sampai rumah mama, dah teringat kat papanya tadi..,” beritahu mama pula.

“Ris tak tahu mama nak ambil Ayien tadi, kalau tidak boleh Ris singgah rumah mama,” balas Risya.

“Jemput lah masuk ke rumah dulu, mama, abah!” pelawa Adam.

“Tak boleh lah, banyak lagi kerja nak kena buat nih!” tolak mama.

Bila melihat kereta kepunyaan abah dan mama telah hilang dari pandangan, terus Risya mengambil Ayien yang berada dalam dakapan Adam.

“Awak cari perempuan lain, cari anak lain, tetapi bukan saya dan Ayien!” marah Risya. Baru mahu melangkah ke keretanya. Ayien terjaga, terus menangis bila melihat wajah Risya yang sedang marah.

“Ini mama lah, sayang!” pujuk Risya, kebuntuan dengan sikap Ayien yang tiba-tiba mengamuk tidak tentu pasal saja.

“Ayien nak papa, Ayien nak tinggal dengan papa!” kata Ayien yang meronta dengan kuat. Terpaksa lah Adam datang dan mengambilnya.

“Mama dah tak nak papa dan ayien lah, ayien tinggal dengan papa yer!” kata Adam sambil merangkul Ayien dalam pelukannya.

“Hah??” terkejut Risya dengan kata-kata itu. Aku nak lah anak aku.

“Pergilah balik, lagi pun awak bukannya bawa pakaian pun datang ke sini..,” arah Adam. Ego mengalah kan orang lelaki. Cubalah berlembut sikit. Ini tidak, asyik nak melawan cakap aku saja lah.

“Ayien??”

“Ayien nak mama atau papa?” soal Adam.

“Nak papa!” jawab Ayien. Sebak hati Risya mendengarnya. Anak kecil ini masih belum mengerti apa-apa lah, Risya. Kenapa kaitkan Ayien pula.

“Okey lah, ayien tinggal dengan papa yer, jangan malam nanti menangis cari mama sudah lah!” ugut Risya, mahu melihat keletah anaknya itu. Selama ini Ayien dan Risya jarang berpisah kalau sebelah malam. Cuma sewaktu Risya berkhawin dengan Adam, dekat dua minggu juga lah Ayien di tinggalkan.

Ayien tak hairan pun dengan kata-kata Risya. Malah siap dia melambaikan tangan sewaktu Risya pulang, Risya pula yang menangis di dalam kereta kerana terpaksa berpisah dengan Ayien. Hendak patah balik ke rumah Adam, nanti apa pula kata Adam kepadanya nanti.

Balik ke rumah dengan perasaan gundah gulana kerana teringatkan Ayien. Rindukan Ayien dengan gelagat manjanya itu, rindukan mata ayien dan senyuman Ayien kala ini. Risya terpaksa mengalah, apa bila sampai pukul 1.00 pagi, ayien tidak menghubunginya walau sekali pun.

Ketuk pintu sekali saja, Adam terus membuka pintu.

“Apa hal datang rumah orang lewat-lewat nih?” tegur Adam yang menghadang Risya untuk masuk ke dalam rumah.

“tepi lah!” kata Risya sambil menolak Adam ke tepi.

“Ha ha ha..,” ketawa Adam.

“Mana anak saya?”

“Kat bilik papanya lah!”

Terus Risya masuk ke bilik Adam, kelihatan Ayien sedang tidur dengan nyenyaknya di atas katil Adam. Saat itu air mata Risya mengalir deras dengan sikap si kecil ini. Dapat papa terus lupakan mama. Nampak sangat Ayien perlukan Adam dalam hidupnya.

“Tak payah nak buang air mata awak kat rumah saya lah!” tegur Adam terus rebahkan diri di sebelah Ayien. Ikut suka hati awak lah, nak tidur sini ke, nak balik rumah awak ke, saya dah malas nak bertengkar.

“Air mata saya lah, bukan air mata awak pun!” lawan Risya. Dikucupnya dahi Ayien,pipi Ayien macam selalu sampaikan ayien terjaga.

“mama!” ucap Ayien sebaik saja membuka matanya.

“Yup, mama lah!” kata Risya sambil mengesat air matanya. Tidak mahu Ayien melihat titisan air matanya yang mengalir.

“Kenapa mama menangis? Papa marah kat mama ke?” tanya ayien. Hah, sekarang siapa nak jawab.

“Mana ada mama menangis?” tepis Risya sambil menarik kain selimut Ayien.

“Mama jangan lah menangis, Ayien sayang kan mama, sayang kan papa..,” jawab Ayien sambil mengesat air mata Risya.

“Mama tak sayang papa lah, Ayien!” beritahu Adam. Hish, mengada-ngada sungguh, jangan sampai kena cium macam pagi tadi sudah lah.

“Mama sayang papa tak?” soal Ayien. Mulut Risya terbuka luas. Apa aku nak jawab.

“Mama sayang papa tak?” sekali lagi Ayien menyoal.

“Tak!” jawab Risya spontan saja.

“Tak nak kawan dengan mama lah!” dengus Ayien terus merapatkan tubuhnya dalam pelukan Adam. Ooo, siapa ajar ni? Papa?

“Ayien, jangan lah macam ni, mama dah tak ada sapa-sapa lagi dalam hidup mama selain ayien,” jujur pengakuan itu. Selepas Fiqri pergi, dia ada lah sumber kekuatan ku. Dia yang menyebabkan aku hidup sampai sekarang.

“Sayang papa dulu..,” suruh Ayien.

“Dah lah, jangan buat macam tu kat mama, kasihan mama,” pujuk Adam. Risya terlalu sayangkan ayien. Ayien adalah segala-galanya untuk Risya, itu yang mak beritahu tadi.

“Tak nak kawan dengan mama..,” jerit Ayien juga.

“oo, mengada-ngada yer..,” terus Risya mengeletek ayien sehingga ayien ketawa dengan usikan mamanya. Ditariknya hidung ayien yang comel itu, lalu dirangkulnya Ayien tanpa sedar Risya meletakkan kepalanya di atas badan Adam. Lalu diambilnya ayien diletakkan di atas lengannya.

“Mama...,” jerit ayien sambil ketawa mengekek.

“Dah, dah, tidur, lewat dah nie, papa nak kena bangun awal lah, besok, nak pergi kerja!” tegur Adam. Risya dan Ayien tak kisah pun.

“Kalau dah terima dia, jangan hampa kan dia, boleh?” ucap Risya perlahan. Aku tak kisah sangat bab-bab perasaan nih.

“Awak tu jangan hampakan saya, boleh?” balas Adam kembali. Kau ni takut sangat lah Risya.

“Saya???”

“Saya nak ambil anak dengan mamanya sekali, bukan nak ambil anak seorang saja lah..,”

“wajib lah ambil mamanya sekali...,” perlahan saja kata Risya tetapi boleh membuatkan Adam tersenyum sampai ke telinga.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.