Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,291
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 15

Laaa, ingatkan dia nak kejutkan aku. Rupanya aku yang bangun terlebih dahulu dari dia. Tetapi yang pelik mana Ayien? Ayien tak ada pun atas katil ni.. Adam pun tak ada. Pergi mana pula lah anak aku nih?

Risya terus bangun, mencari Adam dan Ayien di bilik sebelah. Mujur lah ada, sedang tidur berdua pulak tu. Hish, mesti kerja Adam yang mengangkat Ayien ke bilik ini.

“Awak!” kejut Risya. Dah nak pukul enam lah.

“Hmmm..,”

“Bangun lah, dah lewat nie..,”

“Bangun nak pergi mana?”

“Solat lah!”

“Saya dah solat lah, lepas tu baru nak tidur nih, malas nak kejutkan awak!” mata adam tak buka pun. Ah, bagus punya suami, tak kejutkan aku solat subuh pagi ni. Mujurlah jaga sendiri, kalau tidak tak solat aku pagi ni.

Sediakan sarapan terlebih dahulu lah selepas solat, mandi dan bersiap ala kadar saja. Hari ini nak kena masuk ofis juga, sebab banyak kes yang tertangguh. Jadi, hari ini memang tak boleh nak cuti. Mummy dah pesan, kalau tak boleh masuk awal, masuk lewat pun tak mengapa. Janji masuk ofis juga lah.

Dengar suara kecoh di bilik Adam. Suara jeritan Ayien juga jelas kedengaran. Selepas itu terdengar pula suara mereka berdua sedang ketawa riang di dalam bilik itu. Risya letakkan bihun goreng, roti bakar, susu di atas meja.

“Ayien, suruh papa mandikan ayien dulu yer, cepat sikit, mama nak kena masuk ofis lah pagi nie!” jerit Risya. Hari ini nak kena hantar Ayien ke rumah mak, sebab dia kena keluar cari bahan bukti di luar. Jadi, Ayien tak boleh berada di ofis bersamanya. Diam tak menjawab pun, tapi dengar suara desiran air kat bilik atas. Tengah mandi lah tu. Orang lelaki nak mandi lama mana kan? Tak sampai sepuluh minit, dua-dua datang siap, siap berpegangan tangan lagi, sambil berbual lagi.

“Cepat sikit makan, mama hantar Ayien kat rumah nenek kejap lagi,” ujar Risya. Letak susu, dan roti bakar di hadapan Ayien. Adam buatkan sendiri air minumannya, dia lebih selesa, sediakan minuman sendiri.

“Aik, nak minum apa? Saya buatkan?” soal Risya. Sebenarnya tak tahu Adam nak minum apa, sebab itu dia tak siapkan minuman untuk Adam.

“Tak nak, dah merajuk ni..,” beritahu Adam sambil mengacau nescafe o kepunyaannya.

“Ha ha ha, tak payah lah merajuk, saya tak akan pujuk awak, tau tak?” balas Risya, sambil menceduk bihun goreng untuk Adam.

“Dah agak pun!” kata Adam sambil duduk di sebelah Ayien.

“Tahu pun!” ujar Risya, turut duduk mengadap ke arah muka Adam.

“Ayien, tinggal dengan papa hari nie, sebab papa cuti lah. Nanti kita pergi jalan-jalan, nak?” kata Adam, dia ambil cuti hari ini untuk temankan Ayien.

“Mama?” tanya Ayien.

“Mama kerja lah, kenapa?” jawab Risya.

“Mama cuti lah sekali..,” renggek Ayien. Oo, mana boleh cuti, nanti nenek kau di ofis bising pulak kat mama.

“mama ada kerja lah, sayang!” pujuk Risya. Lega, boleh tinggalkan Ayien kat Adam hari ini, jadi tak perlu kejar masa pagi ini.

“Tak kira nak mama cuti jugak..,” bentak Ayien sudah mahu menangis. Ha, jangan lah buat perangai pagi-pagi macam nie lah, Ayien, bisik hati Risya.

“Ayien tinggal dengan papa, nanti papa bawa Ayien pergi beli macam-macam, nak?” pujuk Adam sambil memandang wajah Risya yang sedikit mencuka.

“Nak mama..,” ujar Ayien sudah pun menangis. Aduhai, anak dah menangis pagi nih. Adam memegang bahu Ayien dengan sepenuh kasih sayang dan memeluk Adam dengan erat.

“Laa, mama nak kena pergi kerja lah, Ayien!” pujuk Adam lagi. Tak berhenti pun menangis tu. Lagi kuat ada lah. Adam merenung ke arah wajah Risya.

“Cuti lah, anak dah menangis, kalau pergi pun, tak boleh buat kerja jugak kan?” ujar Adam.

“Busy lah hari ni..,” jawab Risya. Nak kena tinggalkan juga. Lagipun Adam dah ada untuk menemani Ayien.

“Mama...,” panggil Ayien masih lagi menangis.

“Ayien, jangan lah buat macam nie, nanti mama menangis sama, nak?” pancing Risya. Dah pukul lapan lebih, tak bertolak lagi kat ofis.

“Nak mama.. papa.. nak mama..,” jerit Ayien sambil meronta dalam pelukan Adam.

“Kejap, mama kau nie memang nak kena dengan papa lah...,” kata Adam pura-pura marah kepada Risya.

“Apa??” tanya Risya yang tidak memahami maksud yang ingin Adam sampaikan.

“Dengan anak pun tak nak mengalah ke?” suara Adam sambil menjenggilkan anak matanya. Kecut hati Risya melihat.

“Okey lah, mama cuti!” ujar Risya mengalah. Terus berhenti tangisan dari Ayien. Adam hanya tersenyum saja. Dengan anak kena mengalah jugak lah jawabnya.

“Ye ye ye ye.. seronok, mama cuti hari ni... ye ye ye..,” ujar Ayien sambil tersenyum, senang hati.

“Mama kau, sampai kau kena menangis baru nak ikut, jentik hidung baru tau!” balas Adam. Geram dengan sikap Risya tadi.

“Hidung orang mancung lah!” balas Risya. Kena call Aida lah, suruh bagi tau mummy dan papa. Kalau terus call kat mummy tentu kena marah.

“Hmmm...,” terus Adam bawa Ayien ke halaman rumah. Risya ambil telefon dan terus menghubungi Aida, nanti Aida cari dia pula.

“Wei, aku cuti lah. Ayien buat perangai!”

“Lerr, papa dia kan ada!”

“sebab papa dia cuti lah yang jadi macam ni pagi ni..,”

“dia nak suruh kau cuti jugak ke?”

“Yup, menangis lah tadi, sampai aku kena merah dengan Adam!”

“Ha ha ha.. padan muka!”

“Mummy aku mesti bising!”

“Dah bising pun, cari kau tadi. Nanti kau bukak lap top kau, aku emel apa yang kau perlu buat hari ni..,”

“Okey!”

Kejap lagi dengar lah leteran dari mummy pula. Tapi nak buat macam mana, sebab memang tak sampai hati nak tinggalkan Ayien pun kalau Ayien menangis macam tu. Baru selang lima minit, terus dapat panggilan dari Mummy. Sah lah kena berleter sebab cuti mengejut hari ini. Nak buat macam mana tahan saja lah sebab memang salah pun.

“Muka monyok ni kenapa?” tegur Adam datang semula untuk mengambil air minumannya.

“Kena marah dengan mummy lah!”

“ha ha ha.. nasib badan lah!”

“Awak punya pasal lah ni, kalau pergi kerja kat senang. Tentu ayien tak jadi macam ni!” marah Risya. Adam pun tak peduli saja.

Puas lah Adam manjakan Ayien. Penuhi segala kehendak Ayien walaupun Risya sudah menegurnya, tetapi Adam mana nak dengar cakap Risya kan. Pelbagai barangan permainan, baju kesukaan ayien dibelikan oleh Adam. Agaknya kalau minta planet marikh pun, Adam beli kan untuk Ayien ini.

“Jangan manjakan sangat ayien tu!” bisik Risya ketika pulang selesai keluar bershoping hari ini. Ayien sedang terlena di pangkuannya.

“kenapa? Dia anak saya lah!” keras suara Adam. Tegur pun tak boleh. Risya mengelengkan kepalanya. Sebab anak lah aku tegur nih, itu pun tak boleh. Huh... dengus hati Risya.

Sudah pukul enam petang ketika Risya sedang sibuk menyiapkan kerja-kerja yang diemelkan oleh Aida. Ada sikit saja lagi yang belum selesai. Elok lah sambung malam ini pula. Dia mahu mandikan Ayien terlebih dahulu sebelum sambung kerja-kerja yang tertinggal.

Keluar saja dari bilik, terkejut dia. Mana taknya, dari ruang tamu sampai ke bilik air penuh dengan buih-buih shampo. Rasanya dari kolam luar lagi lah buih-buih shampo ini datang. Jenguk ke kolam, memang tengah main shampo pun dua beranak ini. Tapi melarat sampai ke dalam rumah.

“Abang, buat apa ni?” jerit Risya yang tersasul memanggil abang kepada Adam.

“Apa, tak dengar lah!”

“Buat apa sebenarnya ni, sampaikan penuh shampo dalam rumah, tak pasal nanti jatuh pula Ayien nanti,”

“Main shampo lah!”

“Main shampo sampai satu rumah??”

“Best, nak main tak?”

Risya berdiri di tepi kolam. Berapa banyak botol shampo yang dia orang habiskan agaknya, sampai kan dalam kolam pun penuh dengan shampo. Tak ada kerja langsung.

“Awak ajar ayien main benda macam nie?” marah Risya.

“Ayien, jom kita serang mama..,” kata Adam sambil membawa buih-buih shampo dalam tapak tangannya. Begitu juga dengan Ayien. Risya cuba berlari dan mahu mengelak tetapi Adam menghalang dengan tubuh badannya yang sasa itu. Tak boleh lah Risya nak lari lagi. Terus Adam dan Ayien lumurkan buih-buih ke badan Risya.

“Ayien, jangan lah!”

“Papa suruh!”

“Abang, jangan lah!” jerit Risya.

“Apa, abang tak dengar lah Risya panggil apa?” Sengaja campur gembira sangat dengar panggilan itu dari Risya. Dia memeluk pinggang Risya, dan membiarkan Ayien melumurkan buih-buih shampo ke baju Risya.

“Mama menangis nak?”

“Ayien tak peduli!”

“Abang pun!” terus Adam menarik Risya masuk ke dalam kolam. Biar pun Risya menjerit dengan nyaring sekali.

“Ha.. ha.. ha!” ketawa Ayien gembira melihat mama dan papanya.

“Waw.. mama dah basah lah, ayien!” kata Adam masih memegang badan Risya dengan erat.

“Sayang mama!” kata Ayien sambil merangkul Risya dan mencium pipi Risya. Adam tersenyum saja.

Bahagia!

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.