Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
80,245
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 11

Rantai basikal dibetulkan. Selekeh minyak juga tangannya akibat membetulkan rantai itu. Mana tidaknya, Johari ni bukannya reti sangat pun bab repair-repair ni. Harap je lelaki. Abangnya Johan inilah yang selalu betulkan basikal.

Dia sayang adiknya walaupun ayah mereka selalu melebihkan Johari. Yalah, anak bongsulah katakan. Namun, kasih adik-beradik yang dirasakan sangat utuh. Walaupun dia tahu adiknya itu lelaki dan boleh jaga diri sendiri, dia perlu ada di sisi Johari.

Pedal basikal dipusing-pusingkan. Apabila nampak semuanya okey, dia serahkan basikal itu kepada Johari.

“Nah, ambil basikal ni. Dah besar panjang, umur 17 tahun pun nak suruh aku betulkan. Ngada-ngada!” ujar Johan. Dilihat adiknya testing sekejap basikal itu. Manalah tahu kalau rantai basikal tertanggal lagi. Ditunggang satu pusingan di laman rumah, baru rasa puas hati.

“Kau memang terbaiklah, Han,” puji Johari. Johan pula sudah membetulkan kolar bajunya tanda bangga. Kembang kuncup hidung. Barulah jantan!

Thanks,” sambung Johari.

“Amboi, terima kasih je?” balas Johan pula.

“Habis tu kau nak apa?”

“Aku nak upah akulah. Apa lagi?”

Tangan ditadahkan minta duit dihulurkan.

Huh, kurang asam punya abang! Dengan adik sendiri pun nak berkira ke? Cet!

“Kalau kau race dengan aku sampai hujung simpang jalan sana, aku bagi RM10. Amacam?”

“Apa barang RM10? RM20lah. Bukannya banyak pun. Aku tahu ayah selalu bagi kau duit, kan?” kata Johan.

Make it RM15. Boleh?”

“Pandai betul kau negotiate dengan abang sendiri eh? Fine. RM15 it is,” ujar Johan sambil menggenggam tangan adiknya. Aduh, macam nak lumba motor gamaknya mereka berdua ni!

Basikal masing-masing dibariskan di satu garisan yang dicipta dengan kayu ranting. Nak guna spray untuk spray jalan, mahu nanti kena belasah dengan ayah mereka pula. Suka hati je nak conteng jalan. Tak pasal-pasal esok tak pergi sekolah.

“Ready...go!”

Basikal dikayuh selaju mungkin. Nasib baiklah jalan bertar. Kalau berbatu-batu, sakit punggung jawabnya sebab basikal terhentak-hentak.

Sampai di hujung simpang jalan....

I win! Yay!” Tangan dilepaskan daripada handle basikal dan dihayunkan ke udara. Berasa bangga dengan kejayaan yang baru sahaja dicipta walaupun tidak diiktiraf oleh mana-mana badan kerajaan.

Masing-masing mengayuh membuat U turn dan menghala ke rumah semula. Basikal diletakkan di tepi kolam renang. Kedua-dua adik beradik itu duduk di tepi kolam. Kaki dibiarkan sejuk dek air. Rasa lega sedikit selepas penat berlumba. Walaupun basikal sahaja, rasa tetap puas hati. Nak lumba motor, motor pun tak ada. Ayah Johari dan Johan tu tegas sedikit orangnya. Nampak naik motor sesuka hati mahu kena tangan.

“Nah, ambil duit kau,” ujar Johari sambil menghulurkan not RM10 dan sekeping not RM5 ke tangan abangnya.

“Hehehe...rezeki aku hari ni.”

Mereka diam seketika menikmati air sejuk kolam yang merendam kaki mereka. Banglo dua tingkat milik ayahnya itu memang penat kaki walaupun pusing hanya satu pusingan. Punyalah besar! Duduk tepi kolam pun jadilah. Malas nak menapak lagi. ATP dah tak cukup!

“Kau nanti nak jadi apa, Jo?” tanya Johan memecah sunyi.

Johari memandang ke langit kononnya sedang berfikir sesuatu. Seusai itu, dia terus memandang abangnya di sebelah yang tua setahun daripadanya.

“Aku nak ikut jejak langkah ayah. Kalau dapat pegang salah satu jawatan kat dalam syarikat ayah tu pun dah cukup. Kau?”

“Aku?” Johan pula menunjukkan reaksi selamba. “Aku suka duit. Aku pun nak jadi macam kau. Aku nak gantikan ayah nanti bila dia dah tua. Dapat duit banyak. Boleh aku belanja sakan.”

“Kau cakap macamlah kau tak ada duit sekarang ni?”

“Kau tak tahu ke? Ayah tu kalau aku minta je baru dia bagi. Kalau tak, haram jadah dia nak bagi. Lain dengan kau. Kau mintak ke, tak mintak ke, poket kau tu penuh je.”

“Kau ni tak baiklah cakap ayah macam tu. Dia baik tau.”

“Ada aku kata ke dia jahat?” Kepala adiknya ditolak. Hei, adik aku yang sorang ni! Biasalah, akukan abang. Abang kena mengalah sikit.

***

Memori itu kembali lagi. Memori bersama adiknya. Ah, sungguh dia tertekan! Rambutnya serabut macam orang sakit jiwa.

Ah, lantaklah!

Rasa sayang yang dahulu sungguh memenuhi pelusuk jiwanya terhadap Johari, kini telah bertukar menjadi benci!

Ya, dia benci Johari!

Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia, tanpa diminta, Johari dihantar jauh ke England untuk melanjutkan pelajaran. Manakala Johan pula masih di Malaysia. Menuntut ilmu di tanah sendiri.

Ya, kadang-kala dia berasa ayahnya memang tidak adil! Johan pun pasang cita-cita untuk belajar di luar negara. Kalau diikutkan, keputusan SPM Johan lebih baik daripada adiknya. Johan juga nak itu, nak ini. Mengapa Johari pula yang dapat semua?

Memang sengaja dia tidak menyatakan hasrat hatinya itu kepada arwah ayahnya. Mungkin ayahnya akan nampak potensi diri Johan tetapi langsung ditutup mata. Angan-angan entah ke mana. Belajar di tanah air juga. Huh, bosan!

Johan belajar bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan dirinya kepada arwah ayah. Kalau boleh, setiap semester dia rangkul anugerah Dekan dan ditunjukkan kepada orang tuanya itu. Disangkanya reaksi bangga, gembira dan seronok yang ditujukan tetapi hanyalah secebis senyuman. Bahu ditepuk dan arwah ayahnya terus beralih. Ucapan tahniah jauh sekali!

Betapa kecewanya Johan!

Betapa sakit jiwanya!

Sedih!

Balik-balik Johari juga yang dicari.

Johari! Johari! Johari!

Ah, jangan disebut nama itu! Aku benci!

Sifat mengalah seorang abang kepada adik menipis sedikit demi sedikit. Rasa iri hati dan membenci yang menggantikan perasaan kasih dan sayang.

Hari demi hari, Johan selalu menyendiri. Johari cuba untuk menegur abangnya, namun, satu respon positif pun dia tidak dapat.

Kalau bertanya khabar, Johan akan cakap, “Okey.”

Apabila ditanya sihat ke tidak, dia akan cakap, “Hurmm...

Pulangnya Johari ke Malaysia makin menambahkan lagi sakit hati. Johan yang baru sahaja menapak ke dalam syarikat ayahnya diberi jawatan yang biasa-biasa. Johari pula, terus menyandang jawatan tinggi sehingga akhirnya dia yang memegang jawatan CEO. Ada ke patut?

Huh, ayah memang tak adil! Sepatutnya Johan yang pegang jawatan tu! Johan lebih layak! Bukan Johari!

Johan benci ayah!

Aku benci kau, Johari!

Aku janji. Walau apapun caranya, akan kurampas apa yang sepatutnya menjadi hak milik aku!

Mati kau Johari!

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina