Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
80,183
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 9

“Abah, muka Jef ni memang muka nerd sangat ke?” tanya Jef dalam perjalanan pergi sungai bersama-sama abahnya, Johari.

“Ha? Siapa cakap muka Jef tu nerd?” balas Johari. Walaupun dia sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai C.E.O syarikat pembekal kain Aurora yang terbesar di Melaka, dia wajib meluangkan masa bersama keluarganya. Mencari rezeki, mencari rezeki juga. Keluarga tetap utama. Kalau bukan keluarga, dia tidak ada semuanya.

Syarikat utama Aurora berada di Kuala Lumpur sebenarnya. Sengaja dia mahu beralih untuk menjaga cawangan di Melaka. Urusan di KL diberi kepada orang kepercayaannya.

Duduk kat KL tu bukan ada apa sangat pun. Bangunan besar-besar je lebih. Pokok, laut semua tak nampak. Lagipun, biar anak-anaknya belajar menghargai alam. Budak-budak zaman sekarang kadang-kadang bukannya tahu pun beza pokok tu dan pokok ni. Bagi tambah sedikit pengetahuan Jay dan Jef.

“Nurul tu lah. Dia cakap Jef nerd.”

“Kamu tu pun satu. Manalah kakak kamu tu tak bising kalau nak pergi memancing pun pakai baju sekolah?”

“Macam mana abah tahu?”

“Abah dah perasan dari tadi. Abah senyap je. Malas nak cakap. Kita tengok siapa yang membebel dulu. Mak kamu tu ke kakak kamu.”

Confirmlah kakak dulu! Kakak tu power bebelan dia memang ten to the power of ten!”

“Ha, tengok tu! Dah mulalah keluar dengan teori dia yang merapu.”

“Abah ni! Ish, tak nak kawan dengan semua orang!”

Jef langsung memukul tangan abahnya tanpa disedari ada kereta yang menghimpit mereka.

BOMMM!

***

Air mata masih lagi mengalir di pipi mulusnya di hospital sepi itu. Semua orang dia tidak endah. Apatah lagi mahu menegur. Biarkan semua orang! Yang penting kini dia sedih! Pilu menghempap jiwa bertan-tan beratnya. Sungguh, dugaan ini dia tidak sanggup untuk hadapi! Mengapa hari yang permulaannya indah bahagia berakhir dengan duka sengsara?

Ya, dia tahu dia selalu mengusik. Dia nakal terhadap adiknya Jefri. Namun, itu tidak bermakna dia benci adiknya. Usikan itulah yang membuatkan hari-hari yang dilalui bersinar dek senyuman dan moncong adiknya.

Jef, please be alive,” luahan yang dikeluarkan hampir tidak kedengaran.

Tangisan masih lagi memenuhi ruang. Emaknya beredar untuk mencari air sebagai penenang sementara waktu. Dengan minum air sahajalah dia bagaikan rasa excitability untuknya menangis kurang.

Johari dan Jef menghadapi kemalangan teruk dalam perjalanan mereka ke sungai tempat mereka memancing ikan. Usikan yang mulanya hanya gurauan menyebabkan Johari hilang kawalan. Kereta lain mula menghimpit dan bergesel yang akhirnya memakan jalan. Kereta Johari terbabas dan terpelanting ke bahu jalan.

Kereta remuk. Darah mengalir laju keluar.

Dengan izin-NYA, Johari cuma patah tangan. Namun, berita menyedihkan adiknya Jef banyak kehilangan darah.

Jay mahu mendermakan darahnya. Jika mahu disedut keluar semuanya pun tidak mengapa. Asalkan adiknya buka mata.

“Awak?” tegur seorang pemuda yang tiba-tiba menghampiri Jay.

Gadis itu mendongak. Macam kenal sahaja dengan pemilik suara garau tetapi mendamaikan itu. Ya, memang tidak boleh disangkal lagi. Memang tepat tekaannya tetapi apa yang lelaki itu buat di hospital itu?

“Haffiy? What’re you doing here?” tanya Jay. Saki baki air mata yang mengalir dilap pantas. Dia tidak mahu lelaki itu melihatnya dalam keadaan yang sebegitu rupa.

“Awak okey?” tanpa menjawab soalan gadis di hadapannya itu, dia terus menyoal keadaan Jay.

“Err...saya okey je. I’m fine,” balas Jay tersekat-sekat. Huh! Aku ni nak menipu pun tak kira rupa. Dah tahu muka teruk bengkak macam kena sengat lebah lagi mahu cakap okey.

“Kenapa awak menangis ni?”

Terburai lagi air matanya. Dia memang tidak dapat tahan lagi. Lantaklah dia berada di hadapan siapa sekarang ini. Dengan menangis itu sahajalah yang dapat mengeluarkan segala cas negatif dalam badannya. Moga lega.

Haffiy bingkas duduk bersebelahan gadis itu. Dia cuba memegang bahu Jay agar tersalur sedikit kekuatan buat perempuan di sebelahnya kini.

“Adik saya...Jef...Dia accident. Severe loss of blood. Severe haemorrhage. Dia perlukan darah secepat mungkin or he’ll...

“Shushhh...” Haffiy cuba memujuk. Dia tidak mahu gadis itu fikir bukan-bukan. Bukan kerja kita menentukan ajal maut. Itu semua kerja Yang Maha Agung.

“Adik awak darah jenis apa?” soal Haffiy kemudian.

Tersekat-sekat lagi, Jay menjawab, “Darah jenis A. Pihak hospital memang dah kurang sangat bekalan darah A. Mak dan ayah saya darah jenis lain.”

“Awak darah jenis apa?”

Jay menggeleng. “Saya pun lain. Saya darah B. Saya memang tak boleh nak buat apa-apa. Sekarang ni mereka cuma mengharapkan ada orang yang sanggup menderma sahaja.”

“Awak, sebenarnya saya darah A.”

Kepala Jay terus mendengarkan kata-kata Haffiy. Rasa macam dalam mimpi sahaja. Betul ke? Tiba-tiba rasa ternampak sinar harapan di mata Haffiy.

“Ha? Betul ke?”

“Ya. Last time I checked, saya memang darah jenis A. We must hurry. Jom jumpa doktor terus.”

Thank you, Haffiy! Thank you! Thank you! Thank you!” Berulang kali dia menyebut lafaz terima kasih.

Tanpa disedari dia terus memeluk jejaka itu. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan rasa terima kasih. Apa yang dia tahu sekarang ini Haffiy bagaikan pemberi harapan buatnya.

“Eh, sorry, awak. Saya tak sengaja,” ujar Jay apabila menyedari perbuatannya.

“Dah-dah. Jom!”

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina