Home Novel Keluarga Gadis Bermata Hazel
Gadis Bermata Hazel
Lily Irdina
11/1/2019 23:07:49
17,800
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
Bab 4

Terbeliak matanya apabila jam sudah menunjukkanpukul 7.30 pagi. Diri yang berlingkar macam ular sawa baru telan seekor lembuitu terus terbangun daripada pembaringan. Cepat-cepat dia melompat dari ataskatil. Kepala yang pening-pening sebab baru bangun tidur itu diketuk sikit.Moga-moga hilang rasa kantuk yang masih lagi bersisa. Terhuyung-hayang badannyamencari tuala pula. Kepala tertoleh ke sana ke mari hanya untuk mencari sehelaituala yang entah kat mana dia gantung.

            “Alamak,macam manalah aku tak ingat aku letak towelaku kat mana?” Amanda bermonolog di pagi hari itu.

            “Towel kat tempat gantung belakangpintulah, Amanda. Ish aku ni! Itu pun tak ingat ke? Heish, ni semua sebabterbangun lambat! Tak guna betul punya jam loceng. Penat-penat aku set kau, kautak bunyi pulak. Eh, bukan jam tu yang salah! Bateri tak betul tu! Tulah...lainkali jangan main kutip bateri kat tepi jalan. Kan dah lambat ni.”

            Membebel je budak perempuan nipagi-pagi. Pergi mandilah cepat! Eh, pergi solat dulu! Eh, nak solat apa dahpukul 7.30 ni? Memang qada’ jela jawabnya!

            Tuala yangakhirnya dijumpai di belakang pintu langsung dicapai. Dia dengan pantas menujuke bilik air untuk memberus gigi dan mencuci muka. Air sembahyang diambil.Dirinya kemudian terus menunaikan solat subuh yang telah lama habis waktu itu.Tak apa, tak sengaja!

            ALHAMDULILLAH.Sempat juga dia menunaikan solat. Mengingatkan hari itu ada kelas, berlari-laridia pergi ke bilik air semula untuk mandi. Kalau boleh memang malas betul dianak masuk bilik mandi tu. Memang nak je dia pergi ke kelas terus. Tapi nantitakut bau busuk pulak. Kalau dia tu duduk kat negara musim sejuk tak apalah kotkalau tak mandi. Bukannya bau pun. Hehehe...

            Setelahbersiap-siap dia terus menuju ke luar rumah. Lantaklah dengan sarapan tu.Asalkan sampai kelas cepat. Dahlah kelas starttepat pukul 8.00 pagi. Aduh, gawat ni kalau lambat sampai! Mahunya kena denda denganpensyarah misai kontot tu!

            Pagi-pagidia dah mengumpat cikgu. Ampun ya! Maaf zahir batin. Hikhik...Setelah kasuthitam berjenama All Star itu tersarung, kakinya terus berlari menuju keperhentian bas. Tak pasal-pasal kena exercisepagi-pagi ni.

Amanda menyumpah seranah dalam hati. Takhabis-habis menyalahkan sang bateri. Padahal diri sendiri yang tak betul ambilbateri kat tepi jalan. Nak set jam kat telefon bimbit dia lupa pulak. Aduh!

            “Alamak,jauh lagi ke tempat tunggu bas ni?” Kakinya dah penat berlari. Matanya tertancap pada sebuah bas yang sedangberhenti di tempat tunggu bas tersebut. Apa lagi? Amanda memang pecut habis nakkejar bas tu! Pecut tak pecut, bas itu bergerak meninggalkannya terlebihdahulu.

            “Hoi, pakcik bas! Tunggu aku, oi!” Amanda hanya mampu melihat bas yang semakin hilangdaripada pandangan. Alahai, Amanda! Apalah nasib kau hari ni? Habislah kau,Amanda! Mahunya kau kena menghadap lecturermisai kontot tu.

            “Hwaaa! Macammana aku nak pergi kelas ni? Takkan aku nak jalan kaki? Jauh sangat kot. Ingatkaki aku ni kaki besi ke boleh tahan jalan kaki sampai kolej Mannipal tu?” rengekAmanda yang ternyata penat itu. Dahlah dia terpaksa ponteng makan sarapan.Bertambah-tambah penat jadinya. Amanda membebel tak sudah-sudah. Fikirannyadiperah saat itu juga mengira cara untuk ke kelas.

            “Nak call papa ke tak ek?” Amanda mengetukbibir. Tudung yang ditiup angin itu dibiarkan sahaja. Tak ada masa mahuberfikir soal penampilan sekarang. Apa yang penting dia mesti sampai ke kelaswalau apa cara sekalipun. “Alah, cellphonepulak tak bawak. Papa...anak papa ni perlukan bantuan papa!”

            Pandanganmatanya melihat sekeliling. Memang dia berkira-kira untuk mencari teksi pula.Nasib baiklah dia bawa duit berkepuklah jugak. Memang cukup nak naik teksipergi kolej. Dalam hati berdoa berpanjangan semoga adalah sebiji kenderaan yangboleh menghantarnya ke kelas dengan selamat. Tak mahu dia kena denda dengan pensyarahyang digelarnya pensyarah misai kontot tu.

            Telinganyamenangkap bunyi sebuah kereta sejurus sahaja dia selesai berdoa dalam hati.Betullah tazkirah yang dia selalu dengar. Senjata orang mukmin itu ialahberdoa. Doalah apa sahaja. InsyaALLAH, Yang Maha Kaya itu pasti kabulkan. Amin!

            Kepalanyamenoleh ke arah kereta yang rasanya agak dikenali itu. Rasanyalah. Macam pernahnampak. Dahinya berkerut sedikit. Matanya kini betul-betul cuba untuk melakukanaccomodation reflex sebaik mungkin.Eh, memang betullah! Dia kenal sangat dengan kereta tu! Bukan macam pernahnampak. Memang hari-hari dia nampak kereta tu! Mana taknya? Kereta jiransebelah!

            Jiransebelah pun jadilah. Wahai muka, bersedialah kau buat muka kesian! Hati mamatrumah sebelah ni kau kena cairkan tau. Asal kau dapat sampai kelas!

            Tangannyadihayunkan untuk memberhentikan kereta tersebut.

            Kereta ituakhirnya diberhentikan berhampiran dengan tempat tunggu bas itu. Melihatkanseorang perempuan yang melambainya tadi, lelaki yang berada di dalam keretatersebut terus menurunkan cermin kereta.

            “Kai, akunak mintak tolong kau ni,” tutur Amanda menundukkan sikit kepalanya. Kai yangmengenakan kaca mata hitam itu menurunkan sedikit cermin matanya lalu disangkutpada batang hidung mancungnya. Pandangan ditala pada perempuan tersebut yangjelas kelihatan agak cemas.

            “Aik,macam mana awek lawa ni boleh tahu nama aku?” Kai lebih berkata-kata dengandirinya sendiri. Sedikit sebanyak dahinya berkerut mula berfikir.

            Amandayang ketika itu tak ada masa nak melayan si Kai terus mengetuk kepala. Apabiullah mamat ni pagi-pagi?

            “Aku nijiran kaulah, Kai. Anak Uncle Syafiq tu! Tak ingat ke?” Amanda menjawabpersoalan yang bermain di mulut jejaka tersebut. Heish, susah betul nak mintaktolong dengan orang tak kuat ingatan ni! Aku ni dahlah lambat. Harap-haraplah lecturer misai kontot tu tak masuk kelaslagi. Kalau tak, habislah aku! Aduh!  

            “Oh,Amanda ke? Ha, kau nak apa?” tanya Kai pula apabila sudah jelas di penglihatananak kepada jirannya itu. Cis, aku ingatkan awek lawa mana tadi! Awek tak jauhdi mata rupanya. Padanlah tiba-tiba jadi tak lawa! Kai melucutkan kaca matanya.Terpampang di depannya gadis yang berpakaian kasual yang dia kenali tetapijarang ditegur.

            “Hantarkanaku pergi kolej boleh?”  Dia cuba bermanismuka. Yalah, nak mintak jasa baik orang pagi-pagi ni. Dengan jiran sebelah yangannoying pulak tu.

            “Pergi kolej?”

            “Yalah.Takkan nak pergi jogging pulak.”

            “UncleSyafiq mana?”

            “Dah pergikerja.”

            “Bas?”

            “Tertinggal.”

            Masing-masingberkata sepatah dua kata. Yang seorang tanya sepatah, yang seorang lagi jawabsepatah. Ha, baguslah tu!

            Alah,mamat ni! Tak payah banyak tanya boleh tak? Aku nak cepat ni! “Boleh ke tak?”

            “Malaslah.”

            “Ha?”

            “Akumalaslah. Kau pergilah jalan kaki sendiri. Bersenam sikit pagi-pagi ni. Elokuntuk kesihatan.”

            Amboi,sedap mulut dia je nak ceramah pagi-pagi ni! Kau ingat kau tu pegawai kesihatanke? Ish, geramnya!

            “Alah,Kai! Tolonglah. Aku dah lambat ni. Please!”Wahai muka, tolonglah kau berlakon walau sesaat! Banyak betul perkataan ‘wahai’yang dia guna hari ni. Kalau buat dalam karangan Bahasa Malaysia agak-agakboleh dapat A+ tak? Hehehe...

            “Kau ni.Jalan kaki pun malas.”

            ‘Ish,siapa yang malas sekarang ni? Tak sedar diri ke yang kau tu tengah naik kereta?Kalau bukan sebab aku nak mintak tolong, memang dah lama aku bagi penumbuk katmuka kau tu tau! Geramnya! Main-main pulak dengan aku eh!’ Amanda menyumpahseranah lagi dalam hati.

            Tadi lepasgeram dengan bateri jam loceng. Sekarang geram pulak dengan mamat bernama Kai!

            “Fine! Fine! Aku buat deal dengan kau. Kalau kau hantarkan akupergi kolej, aku buatkan kau sarapan. Nak?”

            Bersinar-sinarmata Kai apabila terdengar perkataan sarapan. Dia memang pantang kalau dengarpasal makanan. Dia memang suka makan! Terdengar saja Amanda nak buatkansarapan, memang dia langsung tak boleh tolak tawaran macam tu! Ada orang dahrela hati nak masakkan untuk aku. Orang kata rezeki jangan ditolak. Musuhjangan dicari. Bolehlah aku bangun tidur terdampar sarapan pagi kat rumah. Takpayah susah-susah nak masak. Oh, heavengila! “Naik sikit boleh? Buatkan aku makan malam jugak. Hehehe...”

            Amandamembeliakkan mata. Mengada-ngada betul mamat ni! Tapi nak buat macam mana? Takada masa betul dia nak layan mamat ni. Memang dah lambat sangat nak pergi kelasni! Habislah! Habislah aku!

            “Boleh takni?” tanya Kai.

            “Yalah.Yalah.”

            Kaitersengih. “Cepat masuk kereta.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina