Home Novel Komedi/Romantik Komedi Awak Cun!
Awak Cun!
Lily Irdina
26/8/2014 11:22:46
79,869
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Beli Sekarang
Bab 17

“Hai, Aunty Ana!” tegur Maya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam banglo serba mewah. Sengaja dia singgah sebentar di rumah itu. Dia mahu melawat orang tua yang mungkin bakal bergelar mertua. Hati mestilah perlu sentiasa diambil. Kalau mahu dapat anak, mestilah hati emaknya dipikat dulu, kan?

Kediaman keluarga Aunty Ana dan Dato’ Hafez memang sudah menjadi seperti rumah keduanya. Semua kedudukan bilik ahli keluarga mereka mahupun susun atur perabot rumah sudah melekat dalam kepala.

“Maya! Bila kamu sampai ni?” sambut Aunty Ana girang. Sudah lama juga tidak bertemu dengan anak gadis jelita itu. Mungkin sibuk agaknya di kolej.

“Semalam, aunty,” balas Maya bersikap ramah. Rambut lurus separas pinggang diperbetulkan. Penampilan perlu sempurna di depan mata wanita itu.

Since when did you become so beautiful, Maya?

The same time you did, aunty. Aunty pakai produk apa ni? Kedutan macam dah kurang je.”

“Yakah? Ala aunty guna produk yang sama je dulu. Tak sangka baru nampak effect sekarang,” ujar Aunty Ana sambil memegang lembut wajahnya. Senyuman ikhlas dihulurkan ke gadis itu. Sudah besar panjang dah si Maya ni. Dah tua aku ni rupanya.

“Eh, Maya. Jomlah duduk dulu. Kita sembang-sembang.”

“Tak apalah, aunty. Maya datang nak cari Haffiy sebenarnya.”

‘Dah agak dah. Maya ni kalau datang rumah aku mesti nak berkepit je dengan anak aku tu,’ desis hati Aunty Ana.

“Haffiy mana, aunty?” tanya Maya. Leher dipanjangkan. Mata mencari-cari kelibat lelaki yang menjadi pujaannya sejak bangku sekolah dulu.

“Eh, Haffiy tak bagi tahu Maya ke?”

“Bagi tahu apa, aunty?”

“Minggu ni Haffiy tak balik Johor Bahru.”

Pelik. Haffiy kata pada aku hari tu dia balik rumah dia yang kat JB ni. Kenapa aku datang dia tak ada pulak?

“Yakah? Kalau macam tu, mesti dia ada di rumah atuk dia yang kat Melaka tu, kan?” teka Maya. Arif benar dia tentang kehidupan Haffiy. Semuanya sudah berada dalam genggaman. Jika lelaki itu tidak berada di Johor Bahru, mesti dia akan berada di Melaka.

Aunty Ana mengangguk kemudiannya. “Itulah yang Haffiy beritahu aunty. Mungkin dia teman Batrisya di rumah atuk mereka.”

Maya mengangguk faham. “Kalau macam tu, Maya balik dulu eh, aunty.

“Dah nak balik ke? Hei, aunty baru nak buat air untuk kamu.”

“Tak payah susah-susah, aunty. Tadi kat rumah dah jamah macam-macam makanan bibik buat. Kenyang lagi.”

Aunty Ana masih lagi dengan senyumannya. “Kamu nak balik tu, bawa kereta baik-baik ya.”

“Okey, aunty. Jangan risau. Nanti kirim salam dekat Dato’.”

Wanita itu mengangguk.

Bye, aunty!

Maya melambai-lambaikan tangannya ke arah Aunty Ana.

***

Maya menapak masuk ke dalam Toyota 86 kepunyaannya. Kereta itu dimiliki sempena hari lahirnya yang baru saja berlalu. Jenuh dia memujuk papanya untuk menghadiahinya kereta tersebut. Akhirnya, merasa juga dia memandu kereta itu.

Telefon bimbit di dalam tas tangan diambil. Nombor telefon rumah datuk Haffiy dicari lantas didail.

“Assalamualaikum.” Kedengaran suara seorang pak cik tua mengangkat telefon.

“Waalaikumsalam. Tok Aki, Haffiy ada di rumah tak?”

“Anak ni siapa ya?”

‘Ala, tak payahlah tanya aku siapa. Mengada-ngada betul. Aku nak cakap dengan Haffiy ni.’

“Er...saya Maya, kawan Haffiy,” dijawab juga pertanyaan orang tua itu.

“Oh, Maya. Maaflah ya. Haffiy tak balik rumah Tok Aki minggu ni.”

“Tak balik?”

Pelik. Kata-kata Tok Aki didengar lagi.

“Haffiy kata dia tidur rumah kawan. Ada hal katanya.”

Maya mengangguk walaupun dia tahu Tok Aki tidak nampak. “Em, tak apalah kalau macam tu. Terima kasih, Tok Aki.”

Panggilan diputuskan.

Maya termenung. Dahinya berkerut.

“Kawan? Siapa kawan dia?”

Otaknya ligat berfikir. Semua wajah kawan Haffiy dibayangkan seketika. Semuanya dia kenal dan tahu tempat tinggal masing-masing. Hampir kesemuanya tinggal di Kuala Lumpur. Famili klon Edward Cullen sahaja yang baru berpindah. Keluarganya telah berhijrah ke United Kingdom. Tinggal klon Edward Cullen sahaja yang tinggal bersama emak saudaranya yang juga tinggal di Kuala Lumpur. Setelah tamat belajar di matrikulasi, dia akan terus pergi ke UK.

Habis tu, siapa lagi kawan Haffiy yang dia tak kenal? Seingatnya, tidak ada seorang pun kawannya yang tinggal di Melaka. Hampir semuanya tinggal di bandar besar.

“Tak boleh jadi ni. There’s something that he’s not telling me and I intend to know what that is.

Enjin kereta dihidupkan. Minyak ditekan.

Hati Maya ragu.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Lily Irdina